Tuesday, December 27, 2005

Chicken


Ayam Rampai
Image hosted by Photobucket.com

Ini ada satu resepi yg simple dan sedap. Kalau masak lauk ni, tak payah masak lauk lain lagi sebab macam-macam ada kat dalamnya. Selalu Maisya tambahkan juga daun kari supaya wangi. Resepi ini sumbangan forumer hanieliza dari board FNR forum.cari.com.my

AYAM RAMPAI

Bahan
1/2 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil..bersihkan]
5 biji kentang[ potong kecil dan gorengkan]
1 batang carrot [potong kecil]
20 tangkai kacang sepat/buncis
1 bij capsicum merah[potong kecil]
2 biji tomato [belah 6]
1 labu bawang besar [potong bulat]
3 biji cili merah [hiriskan kasar]
10 biji cili api [hiriskan kasar]...kalau nak pedas...
garam
kunyit serbuk
minyak

Bahan tumis [hiriskan]
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm halia

Cara.
1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak [gunakan minyak bekas goreng kentang]. Jangan terlalu garing [nanti keras isi ayam tu]
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk tumis bahan tumis.
3. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan masukkan ayam semula. Gaulkan rata.
4. Masukkan sayuran kacang dan carrot dan cili semua. Gaulkan rata.
5. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata. Rasakan garamnya.
6. Angkat dan hidangkan.




Ayam Masak Ungkep
Image hosted by Photobucket.com

Resepi ini diberikan oleh forumer NoorMasri dari board FNR forum.cari.com.my .Simple jer nak buatnya, rasa pun sedap...tak payah susah-susah macam buat rendang tu...ketumbar dengan jintan tu Maisya guna yang serbuk jer...

AYAM MASAK UNGKEP
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong 8
2 sudu besar ketumbar -disangai
1/2 sudu besar jintan halus/putih-disangai
2 cm halia
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 sudu besar cili kisar - optional
garam secukup rasa
minyak utk menumis
air secukupnya

Cara membuat:
Tumbuk hingga lumat ketumbar dan jintan halus kemudian tumbuk pula halia, bawang merah dan bawang putih
Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan cili kisar
Tumis sehingga garing
Masukkan ayam, asam keping serta sedikit air
Renehkan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat (kepekatan kuahnya ala2 rendang gitu)
Rasakan garam secukupnya boleh lah diangkat.

Variasi: boleh tambah serai ketuk dlm masakan ni kalau suka
Image hosted by Photobucket.com



Ayam Goreng Ala India
Image hosted by Photobucket.com

Resepi ni diberi oleh forumer Bebop dari board FNR forum.cari.com.my . Dah banyak kali buat...kali ni selain dari serbuk kari & serbuk cili, Maisya tambahkan jugak serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam....bertambah power rasa ayam goreng ni!! Kali ni Maisya tak guna tepung gandum tapi guna tepung beras...baru rangup sikit.Kadang-kadang Maisya tambah daun kari yg dihiris halus
Ni resepi asalnya:

Bawang merah + bawang putih ditumbuk, garam, cili powder, curry powder, telur (1 biji), tepung gandum (2 sudu besar), gaul sebati semua bahan dan kemudian digaulkan pula dengan ayam, biarkan sebentar. Goreng kan ayam secara deep fry.

p/s Adunan batter boleh di tambah air sedikit demi sedikit sekiranya adunan terlalu pekat. Jangan pulak terlampau cair, nanti batter tak lekat kat ayam....nanti tak besh....




Chicken Tikka
Image hosted by Photobucket.com
Chicken tikka [RasaCinta at FNR]

4 Servings
Ingredients:

1 1/2 lb Chicken breast; boneless
Garam; perasa
1 ts Chili powder
1 ts Ketumbar
2 tbsp Lemon juice
2 biji bawang putih, dititik
Ginger, grated
2 tbsp Minyak masak
2/3 cup Yogurt, plain

1. Cut the chicken into 3/4-ich cubes...cucuk guna skewers.. then susun dlm dulang leper..

2. Masukkan kesemua bahan2 dlm food processor and blend until smooth...pour over skewered chicken.. ratakan marinade sampai dia coat betul2...... cover and refrigerate for 6 hrs / overnite

3. Panaskan oven 230 deg C / 450 deg F...atur skewer and cook 5 to 7 mins.. basting occasionally with any remaining marinade...... serve hot, garnished with lime slices

Note:
lebihan marinade boleh dibuat kuah masala...... you may take the tikka off the skewers if you wish, but allow the meat to cool slightly before removing from the skewers.

Part II.

5 oz. tomato paste
10 oz. tomato puree
2 lbs. tomatoes, chopped
2 ts ginger paste
2 ts garlic paste
2 ts green chilies] buang biji + hiris
1 Tbsp red chili powder
2 ts cengkih
8 biji buah pelaga / cardamoms
salt to taste
3 Tbsp butter
2/3 cup cream
honey to taste] kalo termasam

1. Put tomatoes, tomato paste and tomato puree in a pot and add abt 4-1/4 cups of water..

2. Masukkan ginger + garlic paste, green chilies, red chili powder, cengkih + pelaga dan garam...... masak atas api yg kecil hingga pekat

3. add butter and cream




Image hosted by Photobucket.com

AYAM PANGGANG MADU [hanieliza at FNR]

1 ekor ayam [boleh juga dipotong kecil jika buat BBQ]
1/2 cawan madu

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm halia
2 cm kunyi hidup
1 s/b jintan manis
1 s/k garam

Cara
1. Bersihkan ayam dan toskan sehingga kering.
2. Gaulkan madu dan bahan mesin.
3. Ratakan bahan perap besama ayam dan perapkan selama 3 jam atau semalamam dalam peti sejuk.
4. Bakarkan dalam oven 200'C selama 1 jam atau sehingga garing.

Friday, December 23, 2005

Nasi

Nasi Minyak Hujan Panas
Image hosted by Photobucket.com

Maisya guna beras biasa jer masak nasik minyak ni...menjadik jugak. Simple but delicious! Resepi ini adalah dari forumer NoorMasri dari board FNR forum.cari.com.my

Hidangan utk 4-5 orang
NASI MINYAK WARNA WARNI aka NASI MINYAK HUJAN PANAS
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air } jika beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau bergantung kpd jenis beras yg digunakan
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi }
2 sudu besar majerin } untuk menumis
2 sudu besar tomato puree atau sos tomato
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }

Bahan hiasan:
Sedikit bawang goreng
Sedikit gajus goreng

Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
Masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Kemudian masukkan air,susu,tomato puree serta garam.
Bila nasi hampir kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
Tanak hingga masak, kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng serta gajus goreng





Nasi Bukhari Ayam
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

NASI BUKHARI AYAM
http://hanieliza.fotopages.com/?entry=564642

Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis swhingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah



Nasi Kuning
Image hosted by Photobucket.com



Nasi Beriyani Daging
Image hosting by Photobucket



Nasi Beriyani Anak Mami Style
Image hosting by Photobucket

VEGETABLES

Pajeri Nenas


Image hosted by Photobucket.com
First time masak pajeri nenas ni...guna resepi forumer MAKLANG dari board FNR forum.cari.com.my . Maisya pilih resepi ni dari banyak-banyak resepi tu sebab resepi ni tak guna santan....Masa rebus nenas tu Maisya tak tambah gula pun. Maisya guna jintan dlm bentuk serbuk so tak payah kisar dah.


Pajeri Nenas
Bahan(sendiri sukatlah ya):
Nenas - (dipotong dan direbus sekejap, tambah sedikit gula), bila dah masak, toskan airnya.

Bahan Kisar:-
Bwg merah
Bwg putih
Halia
Udang kering
Jintan halus
Jintan kasar

Bahan Lain :-
Kerisek
Gula merah
Kulit kayu manis,bunga lawang, daun kari
Kari daging
Air asam jawa
Cili merah dibelah 2

Cara
1. Tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis,bunga lawang dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas dan kacau.
3. Masukkan garam serta gula merah sedikit dan udang kering (ikut suka berapa ekor nak letak)
4. Masukkan sedikit air asam jawa,biar sampai pekat dan naik minyak
5. Campakkan cili merah dibelah 2 tadi.






Pecal
Image hosted by Photobucket.com





Curried Roast Potatoes
Image hosted by Photobucket.com

Resepi ini diberikan oleh forumer NoorMasri dari board FNR forum.cari.com.my .Instead of guna cili kering, Maisya guna serbuk cili. Sedap makan cam tu jer masa panas-panas...


CURRIED ROAST POTATOES
Bahan-bahan:

800 g ubi kentang (boleh juga guna baby new potatoes)
3 tangkai cili kering } hiris
2 ulas bawang putih } ketuk
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan putih (cumin)
3-4 sudu besar minyak masak
secubit garam

Cara membuat:

Kentang dibuang kulit dan potong kecil - ( jika guna baby potato tak yah potong..basuh bersih2 buh bulat2 cam tu je)
Tumbuk ketumbar dan jintan putih kasar2 (tak perlu lumat sgt..kasi pecah2 sket2 aje)
Panaskan oven pd suhu 200'C
Ambil dulang pembakar masukkan minyak, kunyit, biji sawi, bawang putih, cili kering, jintan dan ketumbar..gaul sebati
Masukkan dlm oven selama 5 minit
Keluar kan dulang kemudian masukkan kentang dan secubit garam, gaul biar sebati dgn rempah tadi.
Masukkan semula dlm oven, sesekali kuarkan dan gaul kentang tersbt biar rata.
Bakar selama 25-30 min atau sehingga kentang masak dan agak garing (nak test..cucuk dgn lidi sate..kalau senang je cucuk maknanya kentang tu dah masak
Enak makan panas2.





Jelatah
Image hosted by Photobucket.com
Dulu ingatkan susah sangat nak buat jelatah ni..rupanya senang jer....cara Maisya ni very simple. Belajar dari my sis.

Jelatah
Bahan:
Nenas
Timun
Tomato
Cili merah
Sos Cili
Sos Tomato
Gula
Garam

Cara:
Hiris semua sayur ikut bentuk yg disukai. Gaul dengan sos cili, sos tomato, gula & garam. Biarkan dalam setengah jam baru makan( supaya rasa dia sebati )





Acar Timun
Image hosted by Photobucket.com
Image hosting by Photobucket

Apam Puteri Ayu


Image hosted by Photobucket.com

Apam puteri ayu @ seri ayu...sebab tak de acuan nyer so buat dlm acuan bahulu @ cara....dapat ler apam yg comei-comei jer...Maisya guna resepi dari Restoran Pak Amir sumbangan Mariani bt. Mat. Sedap..my favourite!

Kuih Puteri Ayu

Bahan:

4 biji telur
250g gula
300g tepung gandum ayak bersama 1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar Ovalette
250ml susu sejat
sedikit pewarna (biasanya hijau)
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja) digaul dgn sedikit garam & tepung ubi

Cara

  1. Pukul telur dgn gula hingga kembang, masuk Ovalette & pukul lagi.
  2. Masuk tepung berselang seli dgn susu - gaul rata.

  3. Sapu acuan dgn sedikit minyak, letakkan sedikit kelapa di bhg bawah acuan.

  4. Tuangkan adunan - kukus 10 hingga 20 minit.
Image hosted by Photobucket.com

Pau



Pau kali ni terover gebu sebab tersilap bubuh sampai 2 sudu kecik yis..patutnya 1 sudu jer...
Untuk pau Maisya guna resepi yg diberi sekali dgn yis Mauripan tu. Maisya buat guna sukatan macam ni(lebih kurang 1/4 dari sukatan asal):

PAU

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 camca teh yis kering
1/4 cawan gula
1 camca besar minyak masak
1/2 cawan air ( tambah mengikut keperluan )
*Jumlah air yg digunakan bergantung kpd mutu tepung


Cara:
1.Gaulkan tepung dgn yis segera dan larutkan gula di dlm air
2.Gaulkan semua ramuan.Uli selama 10 - 15 minit atau sehingga adunan menjadi licin dan kenyal
3.Bahagi kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan setiap satu.Biarkan selama 10 minit
4.Canaikan adunan dan isikan inti
5.Letakkan setiap adunan di atas kertas yg dipotong 4 segi
6.Biarkan selama 35 minit
7.Kukuskan selama 10 minit pada suhu yg tinggi
*masa kukus Maisya lapik dgn tuala lembap




Intinya plak my mom selalu buat inti macam ni...Sukatannya kena agak-agak sendirilah ye...

Bahan:
ayam/daging - dipotong kecil-kecil dan gaulkan bersama serbuk lada hitam
dan kicap
sengkuang - disagat/ diparut
bawang merah - dipotong dadu

Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang hingga agak layu, masukkan ayam/daging. Gaul-gaul rata hingga ayam/daging masak. Akhir sekali masukkan sengkuang, gaul rata dan tambah kicap, garam jika perlu. Masak hingga inti agak kering.
Image hosted by Photobucket.com

yg ni gambar inti buah kurma..sebab inti tak cukup, seketul yg ni jer inti kurma nyer

Banana Coffee Muffin


Image hosted by Photobucket.com



Banana Coffee Muffin

INGREDIENTS:
Makes 12 large muffins

180g all-purpose flour
195g superfine flour
5 tsp baking powder or 2-1/2 tsp double action baking powder
1/2 tsp salt
210g castor sugar
3 large eggs, lightly beaten
250ml milk
4 tbsp instant coffee powder
130g butter, melted and cooled
3 ripe bananas, mashed
Coffee powder to dust muffin surface

METHOD:
Preheat oven at 200 degC. Line muffin tray with paper cups.

Sift flours, baking powder and salt into a mixing bowl. Add sugar into the flour mixture. Use a whisk to lightly blend the mixture.

In another mixing bowl, dissolve coffee powder in milk. Add egg and melted butter. Mix well.

Make a well in the middle of dry ingredients. Add the wet ingredients and mashed bananas. Mix just until all the flour is moistened. The batter should look lumpy. Do not overmix.

Divide batter into 12 muffin cups. Dust surface of muffins with a little coffee powder.

Reduce temperature to 180degC and bake muffins for 25-30 minutes or until well risen.

Transfer to wire racks to let cool.

Source: Jo's Deli & Bakery

Maisya buat muffin ni just guna tepung gandum, tak campur dgn superfine flour macam dlm resepi asal( malas nak beli sebenarnya). Kat atas muffin ni tak dust dgn coffee powder pun sebab malas...he..he..he..satu lagik, Maisya guna marjerin jer. Taste dia memang sedap tapi Maisya punya ada macam rongga-rongga sikit kat dalam dia and a bit keras....ada ler tu yang tak kenanya. Kalau ikut betul-betul resepi tu maybe boleh jadik lagik sedap.