Wednesday, May 24, 2006

Apom Coklat

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
Semalam buat Apom Coklat.....sebenarnya macam kek coklat jer rasanya...

APOM COKLAT
sumber:BicaraMuslim.com
penyumbang:quratul ayuni

1. 4 biji telur
2. 3 cawan gula (nak kurang manis kurangkan sikit dianya kuantiti)
3. 3 cawan tepung gandum
4. 1 cawan minyak masak
5. 1 cawan serbuk koko
6. 1 tin susu cair
7. 2 sudu kecil esen vanilla
8. 1 sudu kecil bikarbonat

Cara buat.
~~~~~~~

Pukul No.1 & No.2 = kalau boleh guna mixer (untuk hancurkan gula saja)
Lepas tu masukkan bahan-bahan yg lain
Kukus di dalam acuan kecil 10-15 minit

Nie hasil yg maisya buat semalam....first batch kukus tu maisya lapik dgn papercup, jadik cantik jer kembang mekar...second batch tu sebab dah kehabisan papercup maisya terus tuang dlm acuan jer...tapi yg ni tak mekar le plak, atasnya membulat jer. So maisya potong-potong jer macam dlm gambar no2 tu.
Sedap dan lembut jer...

Saturday, May 20, 2006

Sagu Gula Merah

Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Sagu Gula Merah

First time buat, maisya ikut cara yg biasa iaitu basuh sagu, tapiskan lepas tu masak dgn air sampai sagu kembang dan masak, kena kacau selalu dan ambil masa yg lama...tapi hasilnya tak cantik. Refer gambar yg pertama.
Kemudian maisya terbaca tips yg ditulis oleh forumer s3Nor!t@ di forum.cari.com.my seperti yg tertulis di bawah ni. Setelah ikut tips ini, barulah sagu tu jadik cantik, dan caranya pun mudah dan cepat. Hasilnya seperti dlm gambar kedua.

...petua dr chef rohani jelani...
1. didihkan air lam periuk (air lebihkan sikit lagi elok), pastu masukkan sagu (jgn basuh...bukak packet terus jer masuk lam periuk tu)...
2. pastu, sambil tuang sagu sambil kacau supaya nanti sagu tak bergentel....biarkan mendidih atas api besar lebih kurang 10 minit.
3. pastu, padamkan api tudungkan periuk. Biarkan sagu duk lam periuk dalam 10-15 minit.
4. pastu, bukak tudung periuk....kacau2 tengok sagu tu, bila dah bertukar jadi jernih boleh lah tapiskan.
5. pastu, siram sagu dibawah air mengalir sampailah hilang kanji2 dia tu....
6. pastu, masukkan lah dalam acuan.

Sagu ni boleh dimakan bersama santan&air gula merah atau susu cair&air gula merah....maisya dah cuba kedua-duanya dan bagi maisya, maisya lebih suka makan dgn susu cair&air gula merah.