Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2006

5th Wedding Anniversary Cake

Imej

Popia Basah

Imej
Petang tadi dah berjaya buat popia basah guna resepi dewi. Mula-mula kulit tu tak berapa menjadi sebab dia tak lekat kat kuali( maisya guna kuali hitam yg biasa jer tapi yg jenis tebal punya ). Ada le dlm 3 or 4 keping yg first tu terpaksa dibuang...nak kata kuali tu berminyak dah cuci bersih-bersih dan lap kering-kering so maisya agak kuali tu terlalu panas. Maisya teringat yg ada forumer kat FNR cakap dia alihkan dari api masa nak buat kulit tu so try ler alihkan dari api dan biar kasi sejuk sikit...alhamdulillah lepas tu menjadik! Maisya guna tangan jer, tak de lah panas sangat.

Popia Basah
Recipe posted by Dewi at FNR

Kulit Popiah
Bahan:
Tepung Gandum 1 kilo
Air ( bancuh macam buat cucur tapi pekat sikit)
Minyak masak ( 2 sudu besar)
1 biji telur ( optional tak der pun tak pe)

Cara:
-Bancuh tepung dan gaul sampai tak berketul2. dan biarkan sekurang2nya 1 jam.
-Bila kuali dah cukup panas, tak payah panas giler api serderhana kecil, ambil segenggam tepung dan lalukan atas kuali membentuk bulat…