Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2006

Tuna-Mayo Spagetti

Imej
Resepi ni from my friend. Masa Maisya pergi rumah dia dulu( masa zaman bujang ), dia masakkan untuk Maisya. Very simple and it tastes good. Syikin, thank you! Tuna-Mayo Spagetti Bahan-bahan: 1 tin tuna mayonis ( Maisya guna brand Ayam ) 2 tangkai cili kering dibasuh, ditos dan dihiris halus ( boleh bubuh ikut suka banyak mana ) 3 ulas bawang putih dihiris nipis( nie pun bubuh ikut anggaran sendirik ) olive oil ( minyak biasa pun ok jer ) spagetti direbus hingga lembut garam dan lada sulah secukup rasa Cara: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kering sehingga bawang putih agak garing. Masukkan spagetti dan gaul rata. Tambahkan tuna mayonis ,garam dan lada sulah secukupnya dan gaul rata....dah siap!! nota: kalau tak jumpa tuna mayonis yg dlm tin tu boleh gunakan tuna yg dlm tin ( perahkan minyaknya dulu sebelum guna dan hancur-hancurkan isi tuna tu) dan campurkan dgn mayonis...agak-agaklah sukatan mayonis tu sebab kalau banyak sangat nanti spagetti jadik terlalu berminyak!

Mee Bandung Asli Muar

Imej
Maisya try resepi dari Puan Puti Mazura...tengok resepi, dia tulis guna 1 labu bwg putih....takut plak nak bubuh byk tu so Maisya kurangkan sikit. Gula pun Maisya kurangkan. Mee Bandung Asli Muar - mesra.net Kiriman: Puti Mazura Mashudi Sumber: Resepi Asli Muar Bahan-Bahan: 1 kg mee kuning 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 1 labu bawang putih (diketuk) 5 biji bawang merah ½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) ¾ - 1 cawan gula pasir 3 - 4 cawan air rebusan daging 1 sudu makan sos tiram Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang,

Kuih Tako

Imej
Nie first time makan kuih tako sebenarnya...resepi k.liza ni simplified version, kononnya kuih tako yg original guna tepung hoe kwee dan ada bubuh sengkuang cina di dalamnya. Ada juga yg guna tepung arrowroot. Maisya selalu kalau nak pilih resepi untuk dicuba, mesti carik yg paling simple je, so I tried this recipe. Silap Maisya terbubuh jus pandan yg agak pekat so terasa pahit sikit. Casing dari daun pandan tu belajar dari member di FNR. Tak susah rupanya nak buat casing tu. Boleh refer sini utk tengok caranya: CASING DAUN PANDAN KUIH TAKO Kiriman: hanieliza - board FNR, forum.cari.com.my Bahan: Lapisan Bawah 1 cawan tepung jagung [kurangkan sikit..dalam 2 s/kecil] 1 cawan gula 4 cawan air pewarna hijau/jus pandan Bancuh rata dan masakkan atas api/dapur. Tuangkan dalam bekas acuan daun pandan atau bekas pelastik kecil. Lapisan Atas 1/2 cawan tepung jagung 4 cawan santan pekat + garam Kacau rata dan masakkan atas dapur sehingga pekat. Tuangkan atas adunan hijau tadi

Bingka Suji

Imej
Bingka suji ni sebenarnya bukan ler bingka suji yg tulen..he..he..haritu plannya nak buat talam suji yg dlm buku resepi k.liza(hanieliza) tu tapi terasa malas plak nak buat lapisan atasnya tu, so Maisya just buat lapisan bawahnya dan instead of kukus Maisya bakar...jadiklah bingka....rasa dia ada sikit kureng dan tak berapa manis sebab kalau yg asalnya dia ada lapisan gula perang kat atas tu. Nie lah hasil kerja org tgh malas...resepinya Bingka Suji 3 cawan santan cair 1 cawan tpg suji 1/2 cawan gula garam pewarna kuning campur semua bahan dan masak dgn api kecil hingga pekat. Lepas tu tuang dlm loyang dan bakar dgn suhu 190 C for about 30 minutes.

Coleslaw

Imej
Inilah first time cuba buat coleslaw...tak sangka jadik sebijik cam yg makan kat KFC tu..Kalau ikut resepi, semua bahan dicampur sekali, tapi Maisya buat asing-asing. Tak campurkan sayur dan sos tu sekaligus sebab Maisya prepare agak awal. Dalam sejam before makan tu baru Maisya gaulkan semua sekali. Natural yogurt tu Maisya guna susu cair yg diperahkan jus limau nipis dan dibiarkan dalam 5 - 10 minit, then kacau rata. CRUNCHY COLESLAW Kiriman: noormasri, board FNR, forum.cari.com.my Bahan-bahan: 1/2 biji Kobis bulat } dihiris halus 1 btg lobak merah } dicincang halus 1 labu bawang besar} dicincang halus 6-8 sudu besar mayonis 6-8 sudu besar natural yogurt garam secukupnya serbuk lada hitam Cara membuat: Campurkan semua bahan didlm mangkuk, gaul sebati.Sedia dihidangkan

Creamy Potatoes

Imej
Resepi ni dicuba sebab masa tu bahan-bahan ni jer yang ada kat rumah...simple tapi mengenyangkan. Maisya ikut sebijik cam resepi cuma tak bubuh dill sebab tak de dan Maisya tambah grated cheese kat atas tu. Susu tu Maisya pakai susu cair. Creamy Dill Potatoes Post by: speedial, board FNR forum.cari.com.my Source: RecipeZaar A creamy, tasty potato dish that can be made ahead and baked when ready to serve. Ingredients: 4 medium potatoes 2 tablespoons melted butter 2 tablespoons flour 1 cup milk 1/2 cup mayonnaise 1/4 teaspoon pepper 1/4 teaspoon salt 1/4 teaspoon dry dill weed (ni tak tau ape benda nya maybe sejenis rumpai kot) Method: Boil potatoes until almost done, then peel and dice. Spread potatoes out evenly into casserole dish. Mix together butter, milk and flour and bring to a boil, whisking constantly. Cook for 1 minute more, then remove from heat. Add mayonnaise and rest of ingredients and mix. Pour mixture over potatoes in casserole. Sprinkle paprika and additi

Ayam Percik Special

Imej
Maisya pilih untuk cuba resepi ni sebab cara penyediaannya yang agak berbeza. Cara macam ni tak payahlah nak risau ayam tak masak kat dalamnya bila dibakar. Lagipun bahan-bahannya simple sahaja. Alhamdulillah sedap! Ayam Percik Special kiriman:periperi ,board FNR, forum.cari.com.my Bahan2nya: 1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya) Bahan A: (diblender dengan sedikit air) 3 batang serai 2 inci halia 3 biji bawang putih 4 biji bawang merah Bahan B: 1 1/2 cawan air asam jawa pekat 7 sudu besar gula garam secukupnya Bahan C: 6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit) 1 cawan santan pekat Cara2nya: Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata. Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan sa

Crystal Ball / Biskut Arab

Imej
Maisya dah selalu tolong mak buat biskut arab masa dulu-dulu bila menjelang raya. Tapi selalunya mak yang bancuh adunan. Maisya dan adik beradik yang lain hanya tolong bulat-bulatkan jer. Sekarang ni dah ada version baru biskut arab ni yang agak ceria sikit rupanya. Orang panggil Crystal Ball....hu...hu..hu..nama pun gempak jer tapi ianya cuma biskut arab yang dibubuh colour. Dah bertahun tak buat biskut arab ni so this time cuba bubuh colour plak! Biskut Arab source: mak Bahan 4 cawan tepung gandum 3/4 cawan gula kastor Minyak sapi secukupnya Cara Gaul tepung dan gula kemudian tambahkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut. Bulat-bulatkan dan bakar. Gaul dgn gula kastor. Biskut ni memang fragile semasa masih panas so berhati-hati masa nak angkat dari loyang...better tunggu sejuk sikit sebab lebih mudah untuk diangkat. Kalau nak bubuh colour, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan tambahkan pewarna yang berlainan bagi setiap bahagian itu.Nie tips d

Roti John

Imej
Roti John yang ni sempoi jer sebab guna lebihan lauk sardin malam sebelumnya tu. Roti John Bahan: Roti hot dog lebihan lauk sardin bawang besar telur butter/marjerin grated cheddar cheese mayonis sos cili Cara: Panaskan lebihan lauk sardin tu hingga kuah agak kering, then sejukkan. Tambah bawang besar yang dicincang dan telur. Gaul rata. Spread ke atas roti hot dog yang telah dibelah dua dan disapu butter/marjerin. Tabur grated cheese di atasnya. Susun atas loyang( roti dalam keadaan terbuka ) dan grill ( guna api atas ) hingga adunan sardin tu masak. Lepas tu bolehlah dibubuh sedikit mayonis dan sos cili. Dah ready untuk dimakan. Kalau ada sayur timun ke salad or tomato bolehlah bubuh...masa buat ni sayur apa pun tak de kat rumah so tak bubuhlah. Roti hot dog tu Maisya buat sendirik jugak guna resepi ni : Hot Dog/Burger Bun Nie dia roti hot dog yang Maisya buat. Ada part yang gelap sikit..he..he..biasalah pakai oven murah jer dan kita ni amatur bukannya pro.

Royal Chocolate

Imej
Sesuai dengan namanya, biskut ni memang rich dengan rasa coklat. Mungkin akan terasa pahit sikit tapi bila dah makan, tak boleh nak stop...he..he..warna dia pun memang hitam macam biskut oreo tu. Kalau ikut sukatan seperti dalam resepi, adunan akan jadik agak lembik so pepandailah tambah tepung. Maisya rasa masa buat ni dah teroverbeat butter and sugar so adunan jadik a bit oily. Pukul cukup sekadar nak satukan butter dan gula, tak payah sampai macam nak buat kek tu. Maisya gunakan tepung gandum biasa sahaja. Royal Chocolate Kiriman: MMISS, board FNR forum.cari.com.my Bahan: 300g butter ( or 250g butter + 50g marjerin ) 170g gula halus 200g tepung kek 100g serbuk koko 2 kuning telur 1 sudu teh esen vanila Hirisan badam( optional ) Cara: 1.Putar butter dan gula hingga kembang 2.Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi 3.Masukkan tepung kek dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul sebati 4.Bentukkan ikut citarasa sendiri dan aturkan dalam loyang yang telah disapu marjerin. Janga

Biskut Fancy Ice Cream

Imej

Cornflakes Crunchies

Imej

Melon Bread ( Meron-pan )

Imej

Pizza

Imej

Puding Seri Ayu Berkuah Kastad

Imej
Very simple recipe tapi rasa dia agak plain sebab tak bubuh fruit cocktail....kalau time malas bolehlah buat yg ni. Puding Seri Ayu Berkuah Kastad recipe posted by Soda at FNR Bahan2 Puding:- 2 cawan tepung jagung 12 cawan air sejuk 2 sudu besar gula 1 sudu kecil pewarna kuning (or any color) Cara membuatnya:- 1. Bancuh tepung jagung dengan air sejuk, gula dan warna kuning 2. Jerangkan dengan api kecil dan kacau rata hingga adunan pekat dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan kecil dan sejukkan. Bahan2 Kuah:- 1 tin susu cair 1 tin air sejuk 1 1/2 cawan gula 2 sudu tepung kastad (bancuh dengan sedikit air) (kepekatan kuah ikut citarasa sendiri) Hiasan:- 1 tin laici 1 tin anggur 1 tin nenas kiub 6 biji ceri merah dan hijau (dipotong) (bole juga guna buah peach atau buah2 ikut kegemaran pembuat) Cara membuat kuah :- 1. Campurkan semua bahan-bahan kuah dan masak dengan api kecil. Kacau hingga masak dan angkat serta sejukkan. 2. Untuk menghidangnya, keluarkan puding dan letak dalam mangkuk. T

Talam Pisang

Imej

Swiss Roll

Imej
Dah lama teringin nak buat swiss roll tapi selalu malas sebab kebanyakan resepi yang maisya jumpa kaedahnya agak leceh such as; putih dan kuning telur diasingkan dan dipukul berasingan ataupun bahan-bahan yg digunakan banyak, kena guna ovalette la, etc. Akhirnya maisya jumpa resepi yang sempoi. Resepi ni ada pada satu Japanese website, siap ada gambar step by step lagik…tapi terlupa plak nak copy the url. Nie resepi yg dah ditranslate…sorry ayat tunggang langgang. Simple Swiss Roll 3 biji telur 60g gula kastor 50g tepung gandum/superfine flour Isikan air suam ke dalam satu bekas. Letakkan satu bekas yg lain diatasnya dan pecahkan telur ke dalam bekas ini. Pukul telur sehingga gebu/kembang. Tambahkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga adunan gebu dan kental. Tambahkan tepung sedikit demi sedikt dan kaup balikkan aduan sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang oven yg telah dilapik dgn kertas minyak dan digris dengan mentega. Bakar di dalam oven (yang telah dipanaskan terlebih dahulu

Puding Triffles

Imej
First time makan triffles masa my friend buatkan utk maisya sempena my 23rd birhday. Lepas tu makan yg my sis dan aunty buat. This is my first time buat sendiri. Maisya ikut resepi yg kat bawah ni tapi tak bubuh fruit cocktail & yogurt. Dlm gambar nampak cam ok tapi part kastard tu lembik sikitlah...itupun maisya dah tambah sukatan tepung kastad...Anyway, rasa dia memang sedap Puding Triffles recipe posted by ashra at FNR 1 biji kek swiss roll 1 tin fruit coktail 1 bungkus agar2 serbuk 1 tin susu cair+1 tin air+7 sudu gula pasir 4 sudu tepung kastard nestle yogurt cara: layer 1 potong swiss roll dan susun dalam acuan.tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll.ketepikan. layer 2: 1 tin susu cair+1 tin air+7 sudu gula di masak atas api(sambil masak tu, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 gelas air). bila susu dah mendidih, kecilkan api, masukkan bancuhan tepung kastard..kacau hingga susu menjadi pekat. tuang atas layer 1. layer 3: buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2.ke

Biskut Vico

Imej
Biskut ni asalnya biskut lain tapi Maisya dah tukar sikit ingredients dia so kenalah tukar nama sekali. Pada yang tak tahu, Vico ni sama jenis macam Milo, Ovaltine tu ... Maisya suka dengan adunan biskut ni sebab senang nak handle, outcome dia pun best, rangup! Nanti maybe nak try guna serbuk koko plak...sure jadik hitam legam..he...he.. Biskut Vico 100g butter 50g shortening 180g tepung gandum 50g tepung jagung 80g serbuk minuman Vico 80g gula icing 1/2 sudu teh baking powder 1 kuning telur -Pukul butter, shortening dan gula hingga sebati. -Masukkan kuning telur, gaul rata. -Tambahkan tepung jagung, baking powder dan Vico. -Sambil uli, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis. Jika adunan lembik, biarkan beberapa ketika sebelum diterap. -Terap ikut bentuk yang diingini dan bakar dengan suhu 160 C selama 10 minit.