Sunday, January 21, 2007

Tuna-Mayo Bun


Pernah seorang forumer di board FNR, forum.cari.com.my kata, resepi utk roti, pau dan donut ni sebenarnya boleh guna yang sama je cuma cara masaknya je berbeza. Dibakar, dikukus dan digoreng. Mungkin betul kata dia sebab Maisya pernah try guna resepi pau dan bakar...memang ok je jadiknya. Bun yang Maisya buat ni pun menggunakan resepi pau cuma Maisya tambah sebiji telur. Sesiapa nak try inilah resepinya:
Tuna-Mayo Bun
2 cawan tepung gandum/tepung roti
1 camca teh instant yis
1/4 cawan gula
1 camca besar minyak/marjerin/butter/shortening
1/2 cawan air suam
1 biji telur( dipukul sedikit )
garam
-Larutkan gula dalam air suam
-Gaulkan tepung, garam dan yis.
-Tambahkan telur dan air gula. Uli hingga jadi doh( doh masih melekit-lekit dan lembik pada peringkat ni ).
-Tambahkan minyak/butter/marjerin/shortening. Uli hingga doh licin dan tak melekat di tangan( lebih kurang 30 minit ).
-Peram hingga doh naik 2 kali ganda
-Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli sebentar.
-Bahagikan kepada 8 bahagian yang sama besar.
-Isikan dengan tuna-mayonis dan bentukkan bulat-bulat.
-Biarkan hingga naik 2 kali ganda dan bolehlah dibakar hingga masak. ( Kalau ikut oven Maisya, suhu 160-170 C selama 20-25 minit )
*Maisya tak sapukan telur kat atas bun tu, cuma spraykan dengan air sebelum masuk oven dan bila dah masak sapukan butter/marjerin
*Maisya selalunya gunakan tepung gandum sahaja. Kalau guna tepung roti mungkin kuantiti air tu agak berbeza.
*So far Maisya dah try guna minyak, butter, marjerin...semuanya menjadik cuma rasa dia ada sedikit berbeza.

Donut Suria

Maisya kalau buat donut, kadang-kadang jadik kadang-kadang tak....walaupun guna resepi yg sama....mmm...tak taulah sebab apa, ni gambar masa menjadik elok.
Guna resepi donut suria tapi guna 1 sb shortening+2 sb marjerin( sebab shortening tak cukup). Kali ni Maisya tak buat seperti cara yang diberikan dalam resepi. Maisya gaulkan semua bahan kering( tepung, susu tepung, yis, garam ). Kemudian Maisya larutkan gula dalam air suam dan tuang ke dalam adunan kering tadi. Gaul hingga jadik doh, dan baru tambah shortening/marjerin. Uli hingga licin. Separuh Maisya buat bentuk donut biasa dan separuh bentuk bulat. Dah habis bentuk-bentukkan tu terus Maisya goreng( tak de peram-peram dah ). Lepas goreng isikan dengan jem strawberry guna botol sos yg munjung panjang tu. Nampak macam banyak je inti sampai terkeluar padahal inti kat dlm tu secoet je, tak larat nak picit botol sos tu sebab botol tu jenis yg keras sikit. Ni resepi yang asal

Donut Suria
recipe by: sunsuria33 from board FNR, forum.cari.com.my

Bahan A
3 cawan tepung
3 tablespoons susu tepung
3 tablespoons shortening
3 tablespoons gula pasir halus

Bahan B
*200ml air suam
2 teaspoons instant yeast..kalau guna mauripan tak boleh perap lebih dr ½ jam
20 ml air – sbg tambahan jika perlu

Cara:
-Bancuh bahan B*.
-Masukkan ke dalam bahan A.
-Masukkan air tambahan.
-Uli 5 minit, terus terap atau buat bulat bulat.
-Perap then boleh goreng.

Owner resepi; k.Su kata dia dah perbaiki resepi tu (Maisya tak try lagik resepi yang baru ni). Ni resepi yang terkini:

Donut Suria
3 cawan tepung
1 cawan air
3 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula
2 sudu makan shortening( dulu tulis 3 senang ingat takut orng boh banyak nanti berminyak)
21/2 sudu teh yeast ( dulu tulis 3 dah tried banyak kali 2 1/2 pun jadi gak)
secubit garam ( tapi saya selalu lupa nak boh)

Puding Roti


Selalunya Maisya buat puding roti ikut resepi sendiri( tak de sukatan, bubuh je bahan-bahan ikut suka hati...he..he.. ). Kali ni try guna resepi k.Liza sebab ramai yang kata sedap. Maisya ikut bebetul resepi except kismis tu maisya ganti dengan kurma yang dicarik-carik. Adunan roti tu Maisya pukul sampai hancur le roti tu( kalau boleh nak blender tapi masa tu malas plak nak keluarkan blender, basuh,etc ). Hasilnya...memang puas hati la...elok je jadiknya. Sedap makan bila dah disejukkan. Ops! Kuah kastad tu Maisya buat jadik agak cair dan kurang manis sebab Maisya guna fresh milk bukan susu cair.
Puding Roti
post by hanieliza at board FNR, forum.cari.com.my

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus ( boleh tambah lam 1 0r 2 sudu kalau nak manis)
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C: 2 sudu besar kismis hitam

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Pukul butter dan gula hingga sebati, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Tambahkan esen vanila dan juga tepung jagung. Gaul rata.
3. Masukkan adunan roti dan gaul rata. Tambahkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

Sos kastard
bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk, panaskan dengan api kecil. Kacau hingga pekat macam sos. Dimakan bersama puding roti.

Agar-agar Pelangi


AGAR AGAR PELANGI
sumber: majalah keluarga tahun 80an
15g agar-agar
1400ml air
2 cawan gula pasir
38g gula batu
pewarna merah, hijau, kuning
4 keping roti
1 tin susu cair IDEAL
2 biji telur
1 biji limau kasturi, ambil jusnya
1. Bahagi agar-agar kpd 2 bahagian. Masak satu bahagian dgn 600ml air hingga larut. Kemudian, masukkan 1 cawan gula pasir dan 38g gula batu. Masak hingga gula larut.
2.Tapis dan tuangkan agar-agar ke dlm 3 bekas. Warnakan tiap-tiap satu dgn pewarna yg berlainan. Biarkan keras,kemudian parut halus dan campurkan semua warna.
3. Masak baki agar-agar dgn 800ml air hingga larut. Masukkan baki gula dan masak hingga larut. Tapis dan masukkan kedalam periuk lain; ketepikan.
4. Rendam roti dlm susu cair. Pukul telur hingga sebati, kemudian tuangkan ke dlm adunan roti dan kacau rata. Masukkan air perahan limau dan kacau. Tuangkan kedalam adunan agar-agar tadi dan jerang hingga mendidih.
5. Sediakan acuan yg telah dibilas. Masukkan agar-agar yg diparut hingga menutupi bahagian bawah acuan. Kemudian tuangkan agar-agar yg suam ke atasnya, setebal 1cm. Buatlah berselang seli hingga kedua-dua agar-agar habis.
6. Sejukkan.
*Nota:
-puding ni sedap sebab ada bubuh roti dlm adunan dia.
-Kalau ikut resepi dia suruh campur semua warna agar-agar yg diparut tu tapi maisya buat satu warna satu lapis.
-Gula batu tu tak bubuh pun tak pe, boleh ganti dgn gula biasa.Tapi,kalau guna gula batu seperti yg ditulis dlm resepi, agar-agar akan nampak cantik berkilat.
-Masa melapis tu tak usah bubuh byk/tebal sgt agar-agar yg diparut tu pada satu layer sebab nanti lapisan-lapisan tu susah nak melekat.
-kalau ikut resepi dia suruh start dgn lapisan agar-agar yg diparut tu so lapisan pertama tu bubuh very thin layer jer...kalau bubuh byk nanti dia tertanggal bila potong-semasa melapis, tak perlu tunggu keras each layer sebab dia memang takkan bercampur.
-agar-agar ni tak berapa sesuai simpan lama...dia akan jadik berair sikitlah...tak taulah sebab sukatan agar-agar maisya yg tak berapa betul ke or sebab apa.
-nak buat agar-agar ni kena timing betul-betul, better buat agar-agar yg 3 color tu in advance. Bila dah keras baru start dgn adunan lagik satu, sebab nanti takut agar-agar yg nak diparut tu tak sempat keras kalau buat serentak.
-utk memudahkan kerja, gunakan blender utk sebatikan roti, susu dan telur tu. Adunan akan jadik lagi smooth.
-Air perahan limau kasturi tu boleh gantikan dgn esen vanila sebab fungsinya utk menghilangkan bau telur.
-susu cair tu jenama lain pun tak pe

Saturday, January 20, 2007

Kek Gula Hangus

Maisya try resepi ni semasa raya haji baru ni...buat utk bawak balik kg. Nasib baik menjadi elok je sebab before ni pernah gak buat kek ni( guna resepi lain ) tapi langsung tak de sarang. Tapi adunan ni tak dapat banyak...next time kena buat 2 adunan sekaligus.

Kek Gula Hangus Puan Halimah
post by Yume at board FNR, forum.cari.co.my

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah bewarna perang, masukkan sedikit air panas( hati-hati kerana dia akan meletup-letup sikit ). Kacau hingga gula larut dan tuangkan baki air panas.Kacau hingga sekata. Tutup api. Masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair. Sejukkan.

4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara:
-Pukul telur sampai kembang & pekat.
-Masukkan susu pekat ,kacau hingga sebati.
-Masukkan tepung & soda bikarbonat yg telah diayak.
-Tuangkan esen vanila.
-Masukkan gula hangus.
-Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
-Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.Lapikkan dulang dibawahnya