Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2007

Serimuka

Imej
Sekali-sekala buat kuih tradisional ni ok jugak kan...cuma kali ni maisya buat utk hidang kat org so dapat makan sisa-sisa dia jer sikit...sedap plak. Bahagian bawah tu guna resepi kak liza dan bahagian atas tu pulak resepi Rashidah dari Resepi Net. Resepi asal suruh masak dulu adunan lapisan atas tu hingga naik wap, tapi maisya malas so terus tuang jer atas lapisan pulut tu dan kukus. Nasib baik menjadik jugak!

Serimuka
Lapisan bawah:
2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan cair
sedikit garam

-Basuh dan rendam beras pulut selama beberapa jam. Toskan
-Masukkan beras pulut, santan dan garam ke dalam loyang dan kukus dengan api besar 15 minit. Buka penutup dan gaul rata pulut.
-Kukus lagi 10 minit
-Gaul rata dan isikan ke dalam loyang lain yg dah disapu minyak. Tekan-tekan supaya padat. Kukus semula untuk 5 minit.
-Cucuk-cucuk bahagian permukaan pulut dgn garfu.

Lapisan atas:
100 g gula pasir
1 tbs tepung jagung
1 tbs tepung gandum
12.5 oz santan
3 biji telor (small size)
1/4 ts vanilla & garam
5 hela…

Puding Kastad Mangga

Imej
Resepi ni dah bertahun tersimpan dalam buku resepi maisya ...kalau tak silap salin dari majalah Mingguan Wanita. Baru ada kesempatan nak cuba. Sedap tu sedap tapi kurang rasa mangga, maybe mangga yg maisya guna tu tak berapa sedap or maybe kena bubuh byk sikit baru terasa mangganya. Masa tuang adunan kastad ke dalam agar-agar tu kena cepat-cepat kacau supaya adunan tak berketul.

Puding Kastad Mangga
sumber: Mingguan Wanita

20g agar-agar serbuk/strip
1000ml air
300g gula pasir
4 sudu besar tpg kastad
400ml susu cair
4 biji telur
300g mangga dikisar halus
1/2 sudu teh esen vanilla
Pewarna merah

-Masak agar-agar bersama air dengan api sederhana hingga larut
-Masukkan gula dan kacau hingga larut
-Tapis dan asingkan 500ml agar-agar ke dalam periuk lain dan masak guna api kecil

-Kacau tepung kastad bersama susu cair dan telur hingga sebati ( tak perlu pukul hingga telur kembang, cukup sekadar semuanya sebati ).
-Tuang separuh ke dalam agar-agar pertama, kacau hingga sebati.
-Tuangkan ke dalam acuan.
-Bia…

Hotdog Bread

Imej
Resepi hot dog bun yg maisya biasa buat kena guna telur, cuba pulak resepi ni sebab tak payah guna telur. Maisya buat guna 1 kg tepung semalam sebab hubby suruh sediakan makanan utk 15 org .. Nasib baik ler menjadik...dah le uli dgn tangan jer..

Nie dah siap isikan dgn kebab...resepi kebab ada kat sini --> Kebab
Hotdog Bread
oleh: yani myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 biji )
160ml air
250g tepung roti
14g(1 1/2 sudu besar) gula
4g(1 sudu kecil) garam
8g(1 sudu besar) lemak sayur
2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
16g(3 sudu besar) susu tepung

Cara-cara
Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.

Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

Roti hot dog tu buat masa siang, malam tu plak…

Nikujyaga

Imej
Nikujyaga-simmered beef and potatoes( for 4 person )
300g daging( dihiris nipis )
2 bawang besar, dihiris
4 biji(500g) ubi kentang, dipotong kecil
2 sudu besar minyak
1 1/2 cawan air

3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap( kalau guna kicap manis, adjust le kuantiti gula tu )

-Panaskan minyak dan masukkan daging, bawang dan kentang. Gaul rata.
-Masukkan air dan biar hingga mendidih
-Tambah gula dan kicap, masak dengan api sederhana hingga kentang empuk dan kuah hanya tinggal separuh.

#maisya tambah carrot masa buat haritu...

Ohagi

Imej
Ohagi is one of my favourite Japanese Food. OHAGI = soft glutinous rice-balls covered with sweet azuki bean-paste.

SWEET AZUKI BEAN-PASTE
150g azuki bean/red bean
250ml water
180g sugar
salt

-rendam kacang merah beberapa jam
-masak dengan sedikit air hingga mendidih, buang air tu dan ganti dengan air baru.
-masak sekali lagi hingga mendidih, buang air tu.
-masukkan kacang tadi bersama 250ml air ke dalam pressure cooker. Close lid, bring to high pressure, lower heat on stove and pressure cook for 8 minutes. Release the pressure, remove the lid.
-tambah gula dan masak hingga air kering, kacau-kacau selalu.
-tambah garam sejurus sebelum padam api
-gaul-gaulkan kacang tu hingga jadi separuh hancur, sejukkan

GLUTINOUS RICE BALLS
150g beras pulut
220ml air

-basuh dan rendam beras pulut beberapa jam
-masukkan beras pulut dan 220ml air ke dalam loyang dan kukus dengan api besar 15 minit, angkat dan gaul-gaulkan kemudian kukus lagi 10 minit.
-bila dah masak, tumbuk-tumbuk pulut tu hingga jadik separuh hancur
-b…

Roti Naik

Imej
Nie plak guna resepi ROTI NAIK ambik dari FP kak Nim( Penyulawa )....sedap dan gebu jer roti ni walaupun tak de guna telur....buat bentuk simpul tapi bila dia dah mengembang habis hilang bentuknya . Terlebih peram kot sebab dok bakar mexican bun tu dulu.

ROTI NAIK-MIL ROZIYATI (JB)
400 gm tepung roti
100 gm tepung superfine
290 ml air
40 gm tepung susu
180 gm soft brown sugar
100 gm majerin/butter
11 gm yeast
1 tsp vanilla esen
yellow colour

cara maisya buat ialah:
-gaul semua bahan kering,
-tambah air dan esen. Gaul hingga jadik doh.
-tambah marjerin dan uli dalam 15-20 minit.
-biarkan dalam 10 minit
-tumbuk dan buang angin, bahagi-bahagikan doh.
-biarkan 15 minit
-bulat-bulatkan atau bentukkan ikut suka hati
-peram 30 minit
-bakar

#maisya guna tepung gandum jer semuanya, tak bubuh pewarna kuning

Mexican Bun

Imej
Last week buat mexican bun. First try tu tak berapa lawa sebab pi sumbat byk-byk dlm satu tray so dia bercantum, topping pun tak berapa elok ...oven kecik, malas nak bakar byk kali
Oleh kerana topping dia ada lebih so 2, 3 hari lepas tu buat lagi sekali...this time baru nampak lawa sikit.
Tak pernah makan before ni...sedap rupanya mexican bun ni.... boleh buat lagik nanti. Masa bakar tu wangi jer...
Maisya guna resepi ni utk topping dan filling dia. Utk rotinya maisya guna resepi Roti Blueberry dari Yusnina.

Mexican Bun ( 17 biji bun )
recipe posted by Lilydvalley at http://myresipi.com/top/detail/830

Bahan-bahan
Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar

Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant c…

Bika/Bingka/Kue Ambon

Imej
Sebelum bercerita tentang Bika Ambon ni...jom kita baca sikit info tentangnya, ni ambik dari Wikipedia

"Bika Ambon-Dari Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia.

Bika Ambon adalah sejenis
kue asal Indonesia. Terbuat dari bahan-bahan seperti telur, gula dan santan, Bika Ambon umumnya dijual dalam rasa pandan, meskipun kini tersedia pula rasa-rasa lainnya seperti durian, keju, cokelat.
Asal muasal Bika Ambon tidak diketahui jelas. Meskipun namanya mengandung kata "
Ambon", Bika Ambon dikenal sebagai oleh-oleh khas Kota Medan. Di Medan, Jalan Mojopahit di Medan Petisah merupakan kawasan penjualan Bika Ambon yang paling terkenal. Di sana terdapat sedikitnya 40 toko yang menjual kue ini.
Bika Ambon biasanya dapat bertahan dalam kondisi terbaik selama sekitar 4 hari, karena setelah itu kue tersebut mulai mengeras"


Baru-baru ni ada someone kat FNR minta resepi Bika Ambon ni so ada 2 org beri resepi yg berbeza...satu guna kuning telur sahaja, satu lagi guna wh…

Biskut Coklat Chips Rangup

Imej
Disebabkan ramai yg telah mencuba resepi ni dan cakap sedap so Maisya pun buat biskut choc chip k.liza ni, memang sedap!! Tak sampai 24jam dah habis sebab kebetulan ada tetamu lak haritu, dok jamu le biskut ni...nak buat pun tak leceh. Seperti biasa maisya guna merjerin jer ,tak bubuh badam sebab anak-anak tak suka, guna tepung gandum biasa jer.

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP
Recipe posted by Hanieliza at FNR

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung biskut ]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap …

Pita Bread & Kebab

Imej
Ini adalah cubaan kali ketiga maisya buat roti pita...Dah cuba 3 resepi yg berbeza tapi kali ni sungguh puas hati bila kelapan-lapan roti pita yg dibuat tu naik kembung dgn sempurna bila bakar. Sebelum ni mesti ada yg tak naik. Tak taulah sebab resepi ni yg bagus ke or sebab maisya dah improve cara buat roti pita ni tapi korang cubalah...tak susah. Maisya ikut sebijik cam resepi, tak de ubah apa-apa kecuali maisya uli dgn tangan je.

Peppy's Pita Bread
Submitted by: Sandy
Rated: 5 out of 5 by 126 members Prep Time: 30 Minutes
Cook Time: 15 Minutes Ready In: 3 Hours 20 Minutes
Yields: 8 servings

"Easy to make pita style bread."
INGREDIENTS:
1 1/8 cups warm water (110
degrees F/45 degrees C)
3 cups all-purpose flour
1 teaspoon salt
1 tablespoon vegetable oil
1 1/2 teaspoons white sugar
1 1/2 teaspoons active dry
yeast

DIRECTIONS:
1. Place all ingredients in bread pan of your bread machine, select Dough setting and start. When dough has risen long enough, machine will beep.
2. Turn dough onto…