Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2007

Chocolate Sponge Cake

Imej
Hari Jumaat lepas 22hb Jun, Maisya punya 6th Wedding Anniversary( sekejap jer dah 6 tahun kawin!) so buatlah kek ni...deco sempoi jer dengan chocolate topping. Dalam tu kek sponge coklat. Disebabkan kek tu tak berapa naik/gebu so buat 3 layer supaya nampak tinggi sikit. Masa gaul tepung ke dalam adunan telur tu dah tau mesti kek ni tak naik sebab semasa dok gaul-gaul tu volume dia dah berkurang...ni kes terlebih gaul/salah teknik le ni...tak biasa buat kek sponge. Decoration tu memula ingat nak buat macam lain, tapi try punya try tak menjadik so jadik le yang sempoi cam ni.

Utk sponge cake tu maisya guna resepi ni Sponge Cake(loyang 18cm) recipe taken from http://www.katch.ne.jp/~takeda/cake/tomodate.htm

3 biji telur 90g gula kastor 90g tepung gandum(diayak) 30g butter(dicairkan)
1. Letakkan bowl yang berisi telur di atas bekas yang berisi air suam(suhu lebih kurang 30 C). Putar dengan kelajuan tinggi sehingga betul-betul kembang. 2. Tambahkan gula sedikit demi sedikit dan terus putar sehingg…

Begedil Ikan Bilis

Imej
Di waktu tak de ayam atau daging nak dimasak…boleh buat begedil ni. Sedap jugak…dah banyak kali maisya buat. Kali ni maisya tak celup dengan telur pun. Just goreng dengan minyak yang sedikit…cukup utk garingkan bahagian luar tu jer sebab bahan-bahan untuk begedil ni semuanya dah dimasak terlebih dahulu kan. Maisya blender jer bilis dengan bawang goreng tu…malas la nak tumbuk.

Begedil Ikan Bilis & Kentang
Recipe posted by blackrose at FNR

Kentang potong dan goreng/rebus
bilis goreng
bawang goreng-[potong bawang merah kecil & bawang putih skit dan goreng garing]
lada sulah.. banyak2 sedap
daun sup/saderi
telur
tepung gandum

bawang goreng dan bilis goreng tumbuk halus
pastu masukkan dalam kentang yang dilenyek.
masuk lada sulah, daun sup pas tu gaul sampai rata.
bentukkan.
celup dalam telur yang dicampur dengan sedikit tepung.
goreng

nota...begedil ni lebih lemak compare ngan pakai daging... sedap

Pisang Sos Karamel

Imej
Resepi ni maisya ambik dari satu website indonesia. Resepinya ditulis dalam bahasa sana so maisya agak-agak jer maksudnya. Sesapa yang boleh translate meh bagitau kat maisya betui ke idak apa yang maisya buat. Rasa dia ok cuma pisang yg maisya guna tu tak berapa masak lagik so terasa kelat pisang tu...he...he..nanti kena cuba dgn pisang yg betul-betul masak ranum.

Ok ni original resepinya

Pisang Saus Karamel
Posted by kwek2 under Cemilan Manis
http://thearisan.com/resep/?p=295

Bahan :
8 buah pisang raja masak
3 sdm mentega
50 gr kacang mede/kenari/almond panggang, cincang kasar
1 sdm kismis, endam air hanga sampai mekar, tiriskan

Saus Karamel :
75 gr gula pasir
50 ml air panas
1 sdm jeruk lemon

Cara membuat:
1. Kupas pisang, buang sulur-sulur (seperti benang) yang menempel pada daging pisang sampai bersih, sisihkan.
2. Panaskan mentega dalam wajan datar, masukkan pisang, goreng dengan api kecil, balik-balikkan sampai kedua sisi pisang kecoklatan, angkat. Pipihkan pisang dengan punggung sendok, sisihk…

mini cream puff

Imej
Mini cream puff, size kecik boleh terus masuk mulut seketui tu..senang anak-anak makan. Ikut resepi dari chef annuar tapi inti dia bubuh homemade whipped cream....sejukkan dalam fridge dulu baru makan....

Cream Puff/Eclair/Choux Paste
Source : Chef anuar

Bahan:
250g air
100g marjerin/mentega
200g tepung gandum (ayak)
6 biji telur
1/2 sudu kecil perasa vanila

Cara:-
1. Campurkan air, marjerin & perasa vanila ke dlm periuk dan panaskan dn api sederhana hingga mendidih (gunakan non stick pan & senduk kayu)
2. Masukkan tepung sedikit? dan kacau rata sehingga menjadi doh.
3. Masukkan doh ke dlm mangkuk pembancuh. Putar hingga doh menjadi sejuk dan masukkan telur sedikit2 sehingga sebati.
4. Masukkan dalam piping beg dan paipkan di atas loyang.
5. Bakar hingga masak dgn suhu 170 darjah celcius selama 15 mins dah sejukkan. (maisya bakar dalam 25 minit )
6. Hiaskan dgn cooking choc/custard

Tips:
1. Nak tahu cream puff dah masak atau belum, cuba perhatikan pada puff tersebut. kalau masih ada keluar bui…

Tapai Pulut

Imej
Tapai pulut adalah favourite hubby maisya. Selalunya masa hari raya mak mertua akan buat tapai dan hubby maisya makan berbungkus-bungkus. So, maisya pun kenalah tahu jugak cara nak buat tapai ni. Selalu nak cuba buat tapi tak reti nak carik kat mana ragi tu...haritu masa balik kg, maisya cilok mak punya ragi..he..he..Hari Rabu haritu maisya pun buat le tapai ikut resepi yg ada kat bawah ni. Resepi ni cukup sempoi untuk first timer macam maisya ni. Lepas 2 hari diperam, tadi bukak tengok dah jadik! Tapi belum rasa lagik sebab nak bubuh dlm fridge dulu kasik sejuk baru best makan.

Tapai Pulut
recipe posted by Speedial at FNR

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut = 400 gm beras pulut (1 cawan = 200 gm pulut)
2 cawan air
1/4 biji ragi – 1 biji ragi dipotong 4

Cara-cara:
Panaskan kukusan, guna api yg kuat.
Beras pulut dicuci bersih dan toskan airnya. (Beras pulut tak perlu direndam)
Masukkan beras pulut dan air ke dalam loyang.

Kukuskan selama 15 minit.
Setelah 15 minit angkat kukusan.

Gemburkan biar pulut …

Muffin Pisang Coklat

Imej
Muffin pisang coklat k.liza. Dah banyak kali buat guna resepi ni.Yg atas tu bakar, yg bawah bentuk bahulu tu kukus. Kali ni hasilnya kurang gelap sebab serbuk koko tinggal sikit jer(ada le dlm 2 sudu kecik je kot) dan jugak sebab campur gula putih dgn brown sugar. Maisya suka yg bakar dari yg dikukus...tapi dua-dua pun sedap.

Bawah nie gambar yang buat dulu-dulu..yang ni kukus.Ada orang lain buat bila dikukus jadik lawa merekah, tapi maisya buat tak jadik merekah plakMUFFIN PISANG COKLAT

Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikit garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]

Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau bakar sehingga masak.

##Baru tambah resepi pada entry yang lama -Puding Seri Ayu Berkuah Kastad -Puding Triffles

Rojak India

Imej
Sorang forumer nama Sury ada bagi link utk satu website singapore yg ada resepi rojak india....maisya tertarik dengan resepi batter utk cucur dia sebab dia gunakan yeast so
Maisya pun try resepi yg ada dekat link tu, just try guna basic cucur batter tu utk buat cucur bawang dan jugak coconut fritters dia....sedap jugak. ...Hasilnya cucur bawang jadik cantik berongga-rongga, rangup di luar dan lembut di dalam...yg coconut fritters tu plak memang jadik cucur keras...kuah dia biasa-biasa jer. Utk cucur tu maisya tak bubuh telur pun sebab just buat 1/4 jer dari resepi...takkan nak bahagi 4 telur tu kan...leceh, so tak bubuh pun ok.

Utk resepi yang penuh boleh lawat website ni. Pergi under section FOOD, bawah kategori RECIPES
http://www.littleindia.com.sg/

Rojak Batter
Contributed by: Jurong Banana Leaf Restaurant (Halal)

Ingredients:
1kg. plain flour
1 egg
1 tsp. salt
2 tbsp. sugar
2 tbsp. dried yeast
1 tbsp. ghee
900 ml. Water

Method:
1. Mix and stir sugar and yeast with 100ml water until dissolves
2. …

Carrot Cake

Imej
Carrot Cake Suria...maisya tak bubuh walnut dan jugak cinnamon powder. First time buat kek guna kaedah pukul putih telur sampai kaku ni....tak berani try before ni, takut bantat. Alhamdulillah jadik lembut je cuma terlebih bakar le plak...dah gelap sikit warna bahagian bawah tu, nasib baik tak hangus je... Carrot Cake Suria
4 biji telur ( diasingkan)
1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil ( darurat minyak masak pun
boleh)
150g gula castor
150g brown sugar
1 1/2 cawan carrot (diparut)

diayak
250g tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam

100g walnut ( dicingcang, wajib ada baru sedap)

Cara
1. Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua2 jenis tu) dan carrot. Kacau sebati, masukkan pula walnut dan akhir sekali masukkan adunan bahan2 kering yg diayak tadi. Kacau perlahan guna senduk kayu.

2. Pukul putih telur sampai betul2 kembang, soft peak form(ni penting!) & masukkan dlm adunan kek.

3. Bakar pada suhu 180c selama 45 min.

tips: bila dah ma…