Thursday, September 27, 2007

2nd week or Ramadhan

Antara hidangan yang dimasak sepanjang minggu kedua bulan puasa

Agar-agar merah...terlembik skit.
Karipap
Murtabak...kali ni inti dia kurang sedap sikit sebab guna telur sikit sgt( malas nak pi beli )
Bubur caca....doh bubur caca ni buat sendiri. Silap le pi buat besar-besar sebab bila dah masak dia mengembang lagik so jadik gedabak betui. Tak sedap le nak makan sebab besar sgt. Acar buah.........first time cuba buat sendiri, tak berapa jadik arr sebab gravy dia sikit jer tapi pi sumbat fruits & jeruk byk-byk! He..he...Rasa dia a bit different dari yg my mom punya acar buah.
Roti canai.....roti canai ni special sikit sebab buat guna resepi pastry puff, taaapi walaupun rupa dah ok taste dia terlalu berlemak sebab penggunaan butter yg banyak. Nanti will try to modifiy ikut resepi roti canai, cuma cara penyediaan tu nak ikut cara buat puff pastry sebab maisya tak reti le nak tebar or tarik-tarik roti canai macam orang lain buat tu.
Sambal tumbuk.....disebabkan hubby maisya tak makan pedas so ni buat utk maisya sorang je la...makan dengan bubur lambuk(surau punya), ada lagik dlm peti ais tu.
Semalam birthday anak yg no3 tu, buatkan kek dan deco sikit.




Thursday, September 20, 2007

1st Week of Ramadhan

Alhamdulillah, dah seminggu kita berpuasa. Nie antara hidangan sepanjang minggu pertama bulan puasa ni. Resepinya akan dibubuh kemudian bila rajin skit...he..he.. Gambo makanan time balik kampung haritu tak de la plak sebab bukan maisya yg masak.


Hidangan berbuka (merangkap makan malam jugak) :

Puding Laici

Agar-agar Gula Merah/Agar-agar Santan

Rich Chocolate Pudding

Puding Kastad Dengan Jelly

Makizushi( yg togel tanpa nori... :P )

Cucur Kentang

Mee Goreng

Beef Burger ( ada 2 saiz, yg besor utk org beso...yg kecik utk budak kecik! )

Hidangan sahur:
Tak byk sebab biasanya makan oat jer...tak perlu le ambik gambo oat kan..

Garlic Bread with Potato Soup


Bun kosong makan dengan nescaffe susu+oat

Sekian, next week plak update.







Thursday, September 13, 2007

Ramadhan al Mubarak

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan. Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan, dan memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lepas.

Bulan puasa ni kurang sikit aktiviti memasak. Selalunya waktu berbuka kami hanya makan kurma, puding/agar-agar, kuih dan minum air. Memang tak makan nasi waktu malam kecuali ada moreh di surau. Sahur tahun ni kami bercadang nak makan oats sahaja so dengan kurangnya masa di dapur diharap dapat banyakkan masa utk ibadah seperti membaca al-quran, solat sunat etc. Akan usaha juga agar dapat kurangkan masa mengadap PC ni.

2 minggu pertama ni nak cuba siapkan baju raya anak-anak( tak potong lagi kain ni...hu...hu..). 2 minggu terakhir baru nak mula buat biskut raya(...mmm...tak pilih lagi nak buat biskut apa..)

Begitulah perancangan maisya untuk bulan puasa ni.

Monday, September 10, 2007

Buttercream Roses





Semalam Maisya pergi belajar deco cake guna buttercream. Bukan pergi kelas formal tapi mintak kak Anis -ahli ResepiNet (http://rhynseri.fotopages.com/) tolong ajarkan. Kebetulan rumah K.Anis tak jauh dari rumah Maisya. Walaupun first time jumpa tapi seronok jer bersembang. Tujuan utama Maisya nak belajar buat bunga rose dari buttercream tapi macam-macam jugak yg dapat dipelajari dari k.Anis. Inilah hasilnya...belajar buat rose guna kon dan juga flower nail. Bunga tu 2 kuntum k.Anis buat, 3 kuntum Maisya buat...yang tak lawa tu Maisya punya ler he...he..:lol:
Nie kek sebelum dideco..maisya buat butter cake.

ni dah dipotong

Laksam


Maisya sebelum ni tak pernah makan laksam....dulu-dulu ingatkan laksam ialah perkataan singkatan kepada laksa asam...ha..ha...lawak sungguh! Maklumlah maisya tak pernah sampai lagi ke kawasan pantai timur so banyak masakan kawasan pantai timur yang maisya tak tahu. Sejak join FNR, byk jugak yg dah belajar. Laksam ni salah satunya....First time buat last year rasanya(gambar no2)....tak sangka sedap pulak, masa tu buat sikit jer. Rasa tak puas plak makan tapi sebab agak malas nak buat laksamnya tu so lepas tu tak buat-buat dah. Last week rajinkan diri jugak buat...kali ni buat byk sikit so memang puas le makan. Tapi kali ni laksamnya agak susah nak digulung, pecah-pecah...rasanya kali ni terlebih bubuh air kapur tu sebab last time buat elok jer.
Laksam
recipe by Senorita posted at FNR

Bahan-bahan
3 cawan level tepung beras
4 cawan air
1 sudu teh air kapur (ambik kapur sket pastu + air, kacau...pastu ambik air dia saja...jgn ambik kapur)
3 sudu besar level tepung ubi
1/4 sudu teh garam

Bancuh semua bahan kemudian tapiskan. Biarkan sebentar.

Kuah Laksam
recipe by NoorMasri at FNR

4 ekor ikan kembung/selayang
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kepala parut } diambil santannya
2 keping asam gelugur
1.5 cm halia
sedikit garam

Cara membuat kuah:

Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk bawang merah, lada hitam dan halia hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.

Bahan untuk ulam:

Daun kesum } dimayang halus
Kacang panjang } dimayang
Timun } dimayang
Daun selasih/kemangi } dimayangTaugeh } buang ekor


White Loaf


White loaf ...tapi guna tepung biasa dan tak bubuh bread improver ....so outcome dia tak secantik roti Kak Anim @ Penyulawa tu. Tak glaze dgn eggwash sebab malas.


White Loaf
recipe posted by Penyulawa at FNR

250g high protein flour
2 tsp instant yeast (use 1/2 packet of mauripan)
1 tsp improver
15g sugar
1 tsp salt
13g shortening
160 ml water

Mix dry ingredients and shortening with low speed till mixture becomes breadcrumbs.
Add water gradually and knead till dough soft and elastic.
Take out from mixer and round-shape the dough. Cover with damp cloth and let it rise double.
Glaze the loaf pan with shortening.
Divide dough into 2 or 3 portions. Round shape them and arrange in the pan. Allow dough to rise double in size.
Glaze with eggwash and bake in oven at 180 degree Celcius for 20-30 minutes.

Black Bottom Peanut Butter Muffin



Yg ni sebenarnya guna resepi utk black bottom cupcakes( bawah chocolate cake dan atasnya adunan cream cheese). Maisya tak buat bahagian cheese kat atas tu..maisya just letakkan peanut butter sebagai ganti. Method buat cam style buat muffin( fold in wet ingredients kepada dry ingredients )...so jadiklah macam ni hasilnya.


Black Bottom Peanut Butter Muffin

INGREDIENTS
• 1 1/2 cups all-purpose flour
• 1 cup white sugar
• 1/4 cup unsweetened cocoa powder
• 1 teaspoon baking soda
• 1/2 teaspoon salt
• 1 cup water
• 1/3 cup vegetable oil
• 1 tablespoon vinegar
• 1 teaspoon vanilla extract
• peanut butter

DIRECTIONS
1. Preheat oven to 200 degrees C. Line muffin tins with paper cups or lightly spra y with non-stick cooking spray.
2. In a large bowl, mix together the flour, 1 cup sugar, cocoa, baking soda and 1/2 teaspoon salt.
3. In a different bowl, mix together the water, oil, vinegar and vanilla.
4. Add the wet ingredients to the dry and stir ONLY till moistened. It's very important not to over-mix quick breads, such as muffins, or they can get very tough
5. Fill muffin tins with the batter and top with a dollop of peanut butter.
6. Bake in preheated oven for 25 to 30 minutes.


Nie resepi asalnya

Black Bottom Cupcakes I
submitted by: Laura Duncan Allen at allrecipes.com
"Chocolate cream cheese cupcakes, rich and gooey. Serve these little gems with a tall glass of ice cold milk."

INGREDIENTS
• 1 (8 ounce) package cream cheese, softened
• 1 egg
• 1/3 cup white sugar
• 1/8 teaspoon salt
• 1 cup miniature semisweet chocolate chips
• 1 1/2 cups all-purpose flour
• 1 cup white sugar
• 1/4 cup unsweetened cocoa powder
• 1 teaspoon baking soda
• 1/2 teaspoon salt
• 1 cup water
• 1/3 cup vegetable oil
• 1 tablespoon cider vinegar
• 1 teaspoon vanilla extract
DIRECTIONS
1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Line muffin tins with paper cups or lightly spra y with non-stick cooking spray.
2. In a medium bowl, beat the cream cheese, egg, 1/3 cup sugar and 1/8 teaspoon salt until light and fluffy. Stir in the chocolate chips and set aside.
3. In a large bowl, mix together the flour, 1 cup sugar, cocoa, baking soda and 1/2 teaspoon salt. Make a well in the center and add the water, oil, vinegar and vanilla. Stir together until well blended. Fill muffin tins 1/3 full with the batter and top with a dollop of the cream cheese mixture.
4. Bake in preheated oven for 25 to 30 minutes.



Friday, September 7, 2007

Nasi Daging Biryani Mudah


Resepi ni maisya mintak kat kohai(junior) masa kat nagoya dulu, Suraya. Tq Su...dah banyak kali buat sebab senang. Kadang-kadang guna ayam, kadang-kadang guna daging. Tapi Su tak bagi sukatan bahan-bahannya so kenalah kita agak-agak sendiri ye. Nie Maisya copy & paste jer dari email yg Su bagi..boleh paham dak? he..he..he...

dis is a recipe for nasik beriyani

1. tumih rempah wangi(kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) dalam minyak sapi hingga wangi
2. bila dah wangi, add bawang dan garlic and halia
3. bila dah layu, add rempah kari sedikit( bukan amount macam nak buat kari tu )
4. bila dah garing, add daging dan ayaq
5. add tomato(4,5 bijik)(cubed), tomato puree, yoghurt, garam, gula
6. add onion(2,3 bijik)(cubed)
7. layer dengan nasik(yang dah dimasak) dan kismis

ps: utk melembutkan daging tuh, better rebus daging selama lebih kughang 1 jam
pss:di no 4, kalau nak add ayaq rebusan daging tuh, lebih baguih






Monday, September 3, 2007

Homemade Spagetti




Selepas direbus

Dah siap dimasak!

Dah lama mesin mee tak beroperasi so last week cuba buat pasta pulak. Memang dah lama nak try buat pasta sendiri, akhirnya berjaya juga buat. Resepinya simple saja. Maisya buat 3 adunan...suppose utk 3 person tapi banyak jugak dapat, boleh makan utk 4 org.

Spagetti( for one person )
http://www.ajiwai.com/otoko/make/pasta.htm


100g tepung gandum( boleh guna tpg high protein atau tepung biasa...maisya guna tepung biasa jer)
1 biji telur(saiz sederhana)
1 sudu besar olive oil/ vegetable oil

1.Campurkan semua bahan. Ratakan telur dan minyak ke keseluruhan tepung, jadikan seperti breadcrumbs.
2.Uli adunan hingga jadik doh.
3.Rehatkan adunan sekurang-kurangnya 1 jam.
4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan leperkan dgn rolling pin dulu sebelum guna mesin mee. ( supaya mudah dan tak terlalu membebankan mesin )
5.Canai dengan menggunakan mesin dari paling tebal hingga dapat ketebalan yg dikehendaki
6.Sidai selepas dicanai( refer gambar no 1 )
7.Selepas habis semua adunan dicanai baru dilalukan pada bahagian utk potong mee. Sidai (refer gambar no 2) hingga kering. Gambar no 3 ialah spagetti yg dah disidai lebih kurang 4 jam...dah agak kering dan keras macam yg dijual tu.
8.Rebus dengan air mendidih + garam sebelum digunakan(jika terus rebus tanpa dikeringkan spagetti tu, masa merebus hanya sekejap jer...)


*boleh sidai guna rolling pin or anything...maisya guna redai oven jer....payah jugak nak menyidai tu sebab line tu rapat-rapat .

Mushi Pan

Mushi pan sejenis kuih jepun ...kalau org kita panggil apam le. Kali ni buat plain jer sebab tak apa bahan yg nak ditambah. Dulu pernah buat yg dicampur dengan kismis...boleh refer resepi ni ---> Apam Kismis

Mushi Pan
http://cookpad.com/tohoho/recipe/377924/

100g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
80g gula
70cc susu
1 biji telur
1/2 sudu besar minyak

1.Gaul rata tepung dan baking powder
2.Campurkan semua bahan lain dlm satu bekas, gaul hingga sebati dan tuangkan ke dalam tepung.
3.Gaul rata dan tuang dlm bekas-bekas kecil.
4.Kukus 10-15 minit dengan api yg kuat.

Kuih Bom Manis


Maisya selalu fail bila buat cucur manis...selalu jadik leper dan tak sedap! Kali ni try resepi Bom Manis ni...memang perfect dari segi rasa dan rupa. At last berjaya jugak!! Maisya buat double adunan ni. Mula-mula tu Maisya jemput-jemput adunan tu agak besar, bila masuk dlm kuali dia membesar, jadik gedabak le plak. So lepas tu jemput-jemputkan kecik sikit baru ok.
Bom manis
recipe posted by daun_kesum at FNR

1 sudu teh yis @ mauripan
1 cwn tepung gandum
2 sudu gula
3 sudu susu pekat
sedikit garam
sedikit air
minyak utk menggoreng

Cara-cara membuatnya

Campurkan yis, gula & susu dengan sedikit air ... larutkan
Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung ... tambah air lg agak2 cam adunan jemput2
Perap adunan dlm 1-2 jam utk dptkan hasil sarang yg cantik
Sebelum menggoreng masukkan sedikit garam ...
Goreng dgn api sederhana