Wednesday, November 21, 2007

Croissant

Beberapa minggu yg lalu cuba buat Croissant. Sebelum ni dah 2 kali buat puff pastry; tengok method buat croissant ni lebih kurang je dengan puff pastry so confident sikit nak try. Tapi leceh le plak sebab doh tepung tu ada guna yis, so kena proof dan doh akan mengembang, susah nak canai.

Sudahnya, my first batch jadik hodoh sebab tak boleh nak bentuk...dah tu terlebih bakar le plak. Lebihan doh simpan dlm freezer semalaman. Nie gambar my frst batch, buruk kan!



Esoknya sambung dengan balance doh tu. Lepas semalaman dalam freezer senang plak nak handle doh ni, patutlah ada resepi croissant yang memang suruh simpan doh dlm freezer semalaman sebelum dibentuk. Kali ni ok sikit bentuk dan rupanya.Yang ni gambar 2nd batch



Yang ni plak 3rd batch...yang ni baru puas hati hasilnya.


Maisya guna resepi dari fotopages MamaFaMi, tapi cara-cara tu maisya ikut style buat puff pastry....rasanya lebih mudah kalau ikut cara MamaFaMi ni...next time akan ikut cara MamaFaMi plak. Boleh tengok step by step photo kat fotopages MamaFaMi

CROISSANTS
recipe taken from http://mamafami.fotopages.com/?entry=950873

Ingredients :
3 cups flour
1/2 teaspoon salt
3 tablespoons sugar
1 egg yolk
3/4 cup lukewarm water
3/4 cup lukewarm milk
1 teaspoon instant dried yeast
250 g butter ~ divided into 3 portions

Method :
1. Sift flour, add sugar, salt, egg yolk and instant dried yeast into a mixer. On the mixer and pour lukewarm water and lukewarm milk, bit by bit. Knead till a soft and elastic dough is formed. Cover and leave in a warm place for 2 - 3 hours to allow the dough to rise. (I didn't have to wait that long because the dough rise very fast. Maybe the yeast that I used is very good, masyaAllah). Punch down the dough and divide into 4 portions. If you prefer your croissants to be big, then divide to less number of portions. I made half the recipe so I divided into 2 portions.
2. Knead lightly and roll out into a rectangle.
3. Dot or grate 1/3 of the butter over the top 2/3 of the pastry, leaving a border.
4. Fold the bottom third of the pastry over the middle third and...
5. ...the top third over that. Press the edges together. Turn the dough around (clockwise) and then roll out to the original size. Repeat this folding and rolling process twice more with teh remaining butter, then once without any butter. Chill for 30 minutes before each rolling.
6. Roll each portion into a large rectangle.
7. Cut into 4 triangles.
8. Make a slit at both sides of the triangle.
9. Roll up each, starting from one corner to the opposite corner with both hands.
10. Seal the point of the triangle with a little beaten egg yolk.
11. Curve each croissants into a crescent shape.
12. Arrange on a baking tray.
13. Brush with beaten egg yolk. Leave to rise in a warm place for 15 - 20 minutes. Preheat the oven to 200 C. Bake the croissants for 5 minutes then reduce heat to 180 C and bake for a further 15 - 20 minutes.


this is how I did mine :

Fudge Brownies


first time cuba buat brownies, guna resepi ambik dari fotopages maklang. Tak pernah makan brownies sebelum ni....macamana rasa/tekstur brownies sebenarnya? Maisya buat ni dia macam garing sikit atas dia( terlebih bakar ke ? )...tapi sedap la..tak bubuh topping pun.

resepi ni copy & paste dari fp maklang jer....tak pe ye maklang...

Fudge Brownies



1 cup butter, melted
1 cup cocoa powder
2 cups sugar
1 1/2 tsp vanilla
4 eggs
1 1/3 cups flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 cup nuts or chocolate chips (optional) - maisya letak choc chips dan serbuk badam


Mix cocoa in well with the melted butter. Add sugar, vanilla,
and eggs, mixing well. Add flour, baking powder, salt, and nuts
or chocolate chips. I actually prefer the chocolate chips!! Pour mixture
into a greased 9 by 13 inch pan. Bake in a preheated 350F oven for
25 - 30 minutes, until a toothpick inserted comes out almost clean, you do
not want to overbake!


Nota : Maklang bakar dengan suhu 180 selama 40'.( maisya pun bakar macam ni )


untuk yg nak buat toppingnya boleh cuba resepi ni, tapi maisya belum cuba lagi.


Choc. Fudge (utk topping brownies ni...)
recipe taken from
http://ulampegaga.fotopages.com/?entry=1343737

Sumber : cikgu sue

Bahan
1 cup sugar
1 cup water
1 cup susu cair
½ cup coco powder
½ cup corn flour
2 egg yolk
Secubit garam

¼ cup marjerin

Cara
Kacau semua bahan hingga pekat dalam periuk, lastly letak marjerin ¼ cup.


Nota : kata cikgu sue dia tak letak pun egg yolk…kalau nak choc.fudge yang kental, guna susu cair sepenuhnya.

Basic Muffin Recipe


Guna resepi basic muffin sue, tambah choc chips. Kuantiti susu maisya lebihkan sebab selalu kalau ikut resepi tu muffin jadik agak keras. Kali ni ok.
BASIC MUFFIN
Recipe posted by Sue at FNR

Bahan A
2 cwn tpg gandum
3 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1/2 cwn gula
* tpg gandum & baking powder tu ayak 3 x

Bahan B
1 biji telur
3/4 cwn susu segar ( maisya guna 1 cawan )
1/4 cwn minyak jagung
* bhn B ni satukan, just pukul dgn whisker untuk sebatikan

1. Panaskan oven 175'C.
2. Gaul rata bahan A (kalau ada kekacang/buah, gaul sekali, supaya tidak mendap). Lobangkan di tengah-tengah.
3. Tuangkan bahan B. Gaulkan sedikit dengan spatula plastic. (jgn pakai senduk/sudu jenis besi, ni petua). Satu lagi jgn terlalu lama menggaul. Ini pun penting untuk muffin tu naik tingi. Kalau ada tepung sikit2 tak gaul sangat pun tak apa..dah siap isi dalam muffin cup alas dlm muffin try.. make sure nak masukkan dalam oven baru letak dalam paper cup.
*maisya bakar guna api atas dan bawah, bakar selama lebih kurang 20 minit
nie ada info yg berguna mengenai muffin, bacalah untuk menghasilkan muffin yg cantik!

Puding Cendol



Last week buat puding cendol ni utk jamu tetamu yg dtg ke rumah, alhamdulillah ramai yg kata sedap. Maisya tak bubuh kuning telur macam resepi tu tapi ok je menjadi. Tapi bahagian gula merah tu agak nipis le plak...

Puding Cendol
http://myresipi.com/top/detail/2899
tuntung15@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Cara-cara
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.
Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-cara:
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Thursday, November 15, 2007

Tarts

Last week maisya buat tart. Guna resepi kak mas untuk tart shell....adunan tu memang dapat banyak, jadiknya macam-macam jenis tart yg maisya buat utk perabihkan adunan tu...buat besar-besar cepat sikit habihnya..he.he..malas sebenarnya nak buat kecik-kecik ni. Ni ada lagik seketul tart shell yg besar kat dlm peti ais tu...tgh pikir nak buat tart apa plak lepas ni.

Maisya tak de loyang tart tu so guna loyang biasa je ...tepi-tepi tu tekan sikit dengan garfu bagi nampak cantik sikit Tapi buat besar-besar ni payah plak tart shell tu nak lekang dari loyang Kalau yg kecik-kecik tu senang je tanggalnya. Terpaksalah biarkan aja tart shell tu dlm loyang. Ok ni hasil-hasil tart yg sempat dibuat minggu lepas.



Sweet Potato and Almond Cream Tart
source: http://cookpad.com/mykitchen/recipe/292498/

Tart shell/pastry- recipe from 1mas2ra FNR
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour

1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy. Cucuk-cucuk bahagian dalam mould dengan fork.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan.

*Maisya guna loyang size about 8 inches. ( Gambar 1 )

1st layer - sweet potato
200g keledek
sedikit gula/madu

Rebus keledek hingga empuk.Toskan, gaul dengan sedikit gula atau madu dan lecek. Ratakan ke atas tart shell ( Gambar 2 )

2nd layer -almond cream
50g butter
50g gula( kisar halus utk memudahkan kerja )
1 biji telur
1 sudu besar jus lemon
50g serbuk badam

Pukul butter dan gula hingga sebati. Masukkan telur, pukul hingga sebati. Masukkan jus lemon, gaul rata. Masukkan serbuk badam, gaul rata. Ratakan adunan ini di atas lapisan keledek. ( Gambar 3 )

Taburkan dengan bijan hitam. Boleh juga dihias dengan hirisan keledek( Gambar 4 )

Bakar hingga masak ( about 10 - 15 minutes ) - ( Gambar 5 )

Sejukkan dahulu barulah dipotong ( Gambar 6 )



3 Layer Peanut Butter and Chocolate Tart

Tart shell/pastry- recipe from 1mas2ra FNR
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour

1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy. Cucuk-cucuk bahagian dalam mould dengan fork.
5. Bakar hingga masak (180 C for about 20 minutes ) - ( Gambar 1, 2 ) Keluarkan dan ketepikan.

*Maisya guna loyang size about 8 inches.

1st layer - Peanut butter fudge
1/4 cawan (atau lebih) peanut butter
6 sudu besar susu pekat
3 sudu besar butter
sedikit esen vanilla

Cairkan butter dalam periuk kecil, tambah susu pekat. Kacau sentiasa dan biar hingga mendidih selamat 1 minit . Tutup api dan tambahkan esen vanilla serta peanut butter. Kacau hingga sebati dan smooth. Tambah lagi susu pekat jika adunan terlalu pekat. Ratakan adunan ni ke atas tart shell yg sudah dibakar. ( Gambar 3 )

2nd layer - Peanut butter chocolate ganache
100g(atau lebih) cooking chocolate
1 sudu besar susu pekat
1/2 sudu besar shortening
peanut butter

Masukkan cooking chocolate, susu pekat dan shortening ke dalam periuk kecil dan cairkan guna kaedah double boil. Tutup api bila coklat hampir cair kesemuanya. Kacau hingga adunan smooth, tambahkan peanut butter( sama banyak dengan kuantiti melted chocolate tu ) dan gaul rata. Ratakan adunan ini di atas lapisan peanut butter fudge. ( Gambar 4 )

3rd layer - plain chocolate ganache
150g(atau lebih) cooking chocolate
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar shortening

Cairkan guna kaedah double boil. Tuang ke atas adunan peanut butter chocolate ganache.( Gambar 5 )

Biarkan sejuk dan coklat mengeras sebelum dipotong/ dimakan. ( Gambar 6 )


Strawberry Jem Tart
- yg ni just nak perabihkan adunan tart yg tinggal sikit so letak strawberry jem je dan bakar( terlebih bakar plak..hu..hu..)

Tuesday, November 13, 2007

Roti Naan


Salah satu roti kegemaran maisya. Selalu buat jadik tak berapa lembut, kali ni baru betul-betul menjadi. Hari Sabtu try buat 1/4 adunan( dapat 4 keping ), malam tadi buat 1/2 adunan pula( dapat 8 keping ). Makan dengan kuah sardin.


Roti Naan
recipe taken from http://hamimbazilah.fotopages.com/?entry=781866

Bahan:
750 g tepung gandum
250 g tepung naik sendiri -
maisya guna tepung gandum tapi tambah baking powder sikit
250ml plain yogurt (low fat pun boleh)
1 sudu kecil serbuk yeast ( rendam dlm secawan air suam) -
maisya letak lebih sikit, dlm 1 1/2 sudu kecil
2 sudu besar butter (olive oil lg sedap) - maisya guna minyak masak
2 sudu besar gula
sedikit garam

cara:
1. Rendam terlebih dulu yis, tunggu sehingga timbul
2. Sementara itu, campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata
3. masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati, masukkan air jika perlu (if adunan terlalu kering)
4. uli sehingga agak lembut, dan bulat2kan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)
5. canai leper, dan bakar dlm kuali tanpa minyak, api kecik


cara maisya buat:
1.Gaul rata tepung, baking powder dan yis
2.Larutkan gula dan garam dlm air suam
3.Tambahkan larutan gula&garam serta yogurt ke dlm adunan tepung. Gaul rata hingga jadik doh.
4.Tambahkan minyak dan uli rata hingga doh licin dan tak melekat di tangan.
5.Peram dalam setengan jam
6.Tumbuk-tumbuk buang angin dan bahagikan kepada beberapa bahagian( Maisya bahagikan kepada 8 bahagian utk 1/2 adunan resepi ni)
7.Canai leper dan biarkan sekejap agar doh naik sikit.
8.Masak guna kuali, api kecil. Bila nampak ada gelembung-gelembung kecil muncul, terbalikkan roti tu. Kalau betul caranya, nanti roti tu akan kembung masa masak tu( boleh tekan-tekan sikit dengan tuala macam masak capati tu ). Terbalikkan lagi sekali jika perlu.
9.Angkat, sapukan sikit butter/ghee dan tutup dengan tuala.


utk Naan cheese:
1. setelah canai leper, taburkan cheese dan gula
2. canai another naan and tindihkan dan canai semula

note:
- apabila mencanai leper jgn terlalu nipis, sedang2
- apabila bakar biasanya ia akan mengelembung, pastikan api kecik, dan terbalik2kan naan jika perlu
- plain Naan: sedap dimakan bersama kari, dalca, sambal tumis, yogurtmint dan macam2 lagi
- Naan cheese: sedap dimakan begitu saja...bebudak mesti suka, ada jugak yg gantikan cheese dgn butter, coklat spread, dll
- adunan untuk 12-15 keping

Monday, November 5, 2007

Pulut Kuning dan Rendang



Sempena habis puasa ganti, buat pulut kuning dan rendang...sebenarnya tekak terasa nak makan lemang dan rendang sebab tak puas makan masa hari raya haritu....mana taknya, masa pergi beraya asyik sibuk mengekor si kecik, Sarah je....baru pandai berjalan, jadi dia asyik ke sana sini, pegang itu ini....ishk...lepas tu asyik nak keluar dari rumah jer. Tak dapat le nak menikmati hidangan hari raya dengan tenang...

Pulut kuning maisya cuma buat 1/2 kilo....tapi tak berapa jadiklah. Tak berapa lembut walaupun dah tambah lagi air....mungkin sebab maisya rendam cuma 2 jam sebelum kukus tu atau mungkin sebab maisya kukus letak pulut tu dalam loyang, tak letak directly atas kukusan tu.

Rendang daging ni maisya guna resepi yg sama dengan rendang ayam(boleh check entry yg lalu)

PULUT KUNING
Recipe from kak liza; http://hanieliza.fotopages.com/?entry=421568

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.

1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula (maisya tak letak)

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk (maisya kukus dlm 15 minit)
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi(maisya kukus dlm 15 minit++)
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.