Thursday, January 31, 2008

Cookies

Ni plak himpunan cookies yg pernah dicuba...resepi biskut raya pun baru nak letak ni...hu..hu...






Guna resepi Coffee Cookies ni tapi ubah sikit, campur serbuk koko..so jadik Mocha Cookies la...terlebih rajin bubuh dlm piping bag dan pipe bentuk macam rose guna nozzle star....tapi adunan ni bila dah lama dia agak keras sikit so susah nak pipe, bila dah akhir-akhir tu maisya just senduk guna sudu jer.

Coffee Cookies - yani@myresipi.com
http://myresipi.com/top/detail/221

Bahan-bahan
240g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar instant coffee ( maisya guna 2 sb coffee dan 1 sb serbuk koko )
1 biji telur
80g gula halus
60g gula perang
100g unsalted butter- suhu bilik

Cara-cara
-Ambik 2 sudu besar instant coffee campurkan dengan 2 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
-Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
-Dalam bekas lain, campurkan kedua-dua jenis gula dan kacau.
-Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam butter. Pukul sehingga putih/ kembang
-Masukkan telur sikit demi sedikit dan pukul lagi
-Kemudian masukkan pula instant coffee yang telah dicairkan. Kacau.
-Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dengan baking powder. Kemudian campurkan 1 sudu besar
instant coffeeyg tak dicampur dengan air(ni maisya guna serbuk koko). Kacaukan.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter tadi sambil dikacau.
-Drop adunan tadi ke atas loyang yang dilapik dengan oven paper. Taburkan sedikit instant coffee ke atasnya.(tak buat pun)
-Bakar dengan suhu 180C selama 15-20 minit (maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas & bawah..selama 10 minit untuk yg saiz nipis dan kecik...15 minit utk yg besar dan tebal)







Tart ros ni dah lama teringin nak buat tapi sebab leceh tu yang malas ... at last buat jugak utk hantaran adik haritu. Mula- mula tu maisya guna jem strawberry yg biasa tu jer so bila masak dia meleleh le plak...comot plak jadiknya. Dah separuh jalan maisya teringat yg ada forumer kat FNR cakap kalau nak guna jem biasa kena masak jem tu dan campur dengan tepung jagung sikit( bancuh tepung jagung dengan air sikit dan masukkan dalam jem ..masak le sampai pekat sikit )...bila dah buat macam tu barulah tak comot biskut.

TAT ROS

3/4 cawan gula aising
1 cawan mentega
1 cawan tepung jagung
1 biji kuning telur
Sedikit tepung gandum ikut lembut (lebih kurang 1 3/4 cawan)
Jem sbg inti
Cawan kertas

1. Putar gula aising bersama mentega seketika.
2. Masukkan kuning telur, putar lagi.
3. Masukkan tepung jagung, gaul sebati.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai.
5. Canai setebal 3/4cm, terap dgn acuan kuih bentuk bulat.
6. Sapukan jem di permukaan biskut dan lipat dua.
7. Buat dua keping dan cantumkan.
8. Masukkan kedlm cawan kertas sebelum dibakar hingga masak.







JEJARI OATS


resepi dari kak penyulawa FNR

250g butter
4 oz castor sugar
2 cups roll oats- blend
2 tablespoon coco
2 cups flour


gelek shape fingers, bake, gelek dgn icing sugar+ susu tepung.
sedap... rupa tak cantik sangat tapi sedap...








Biskut cornflakes ni maisya tambah jem strawberry kat tengahnya...saja nak bagi berseri sikit!


Biskut Cornflakes


resepi dari sue FNR

180gm tpg gandum
150gm butter
80gm icing sugar
50gm tpg jagung
1kuning telur
80 gm cornflakes (hancurkan) - gunakan brand nestle.nipis & ranggup sikit.tak pun beli kat BWY..murah
1/2 sudu teh baking powder

Pukul butter & gula sampai berkrim. Masukkan kuning telur. Pukul lagi then masukkan cornflakes & tpg jagung. Uli adunan sambil masukkan tpg gandum sedikit2. Kalau lembik biarkan sebentar.Bulat2kan sebesar guli..nak gaul dgn cornflakes pun boleh. bakar hingga masak


try la..best sebab dia rangup....






Sanggup beli loyang cutter semata-mata nak buat biskut ni. Nasib baik menjadi! Untuk topping tu maisya lebihkan coklat dan kurangkan white chocolate.

Biskut Shortbread/Choco Batik
Sumber : Anis Adlina

Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan 10x12 dengan kertas minyak (biar terjuntai sikit supaya mudah biskut dikeluarkan nanti)
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong kedlm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau sehingga coklat telah keras ( tak payah sejukkan dlm fridge...letak je kat luar kejap je dia kerasnya.)
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.






Biskut oren ni buat saja-saja utk anak-anak makan...buat pun tak de resepi...maisya ambik marjerin sikit lepas tu campur dengan gula( maisya selalu kisar halus gula kasar tu...senang nak sebati dengan marjerin ).....bila dah sebati campur plak kordial oren sunquick tu sikit...kacau rata. Last sekali masukkan tepung sikit-sikit sampai le jadik doh, tambah jugak tepung kastad sikit....lepas tu ikut suka le nak buat bentuk apa. Yg gambar atas ni buat bulat dan lorekkan dengan toothpick.


Friday, January 25, 2008

Homemade Cheese

Pernah tak cuba buat cheese sendiri? Sejak Maisya terjumpa resepi mudah untuk buat cheese sendiri kat rumah memang teringin nak cuba tapi asyik tertangguh jer. At last berjaya juga merajinkan diri untuk cuba.

Cheese yang paling sempoi nak buat ialah Yogurt Cheese...cuma beli natural yogurt tu( cth jenama Sunglo )...lepas tu letak atas tapis yg dialas dengan kain dan biarkan semalaman untuk mengasingkan cecair....dah jadik le yogurt cheese!

Yogurt cheese dan cottage cheese boleh menggantikan cream cheese;

1 cup Cream cheese =
1 cup pureed cottage cheese OR 1 cup plain yogurt, strained overnight in a cheesecloth
(info dari
http://allrecipes.com/HowTo/Common-Substitutions/Detail.aspx )


Tapi sebab asyik terlupa jer nak beli natural yogurt ni so Maisya try resepi yg paling simple yang Maisya jumpa kat sini:

Cottage Cheese
http://www.ajiwai.com/otoko/make/cottage.htm
1 liter susu
1/2 cawan air perahan lemon/ cuka

-tuangkan air perahan lemon ke dalam susu yg telah dipanaskan ke suhu lebih kurang 60 C. Kacau sedikit dan biarkan dalam 10 minit.
-Tuangkan ke atas penapis yg dah dilapik dengan kain untuk asingkan pepejal dan cecair. ( Yang pepejal ni lah cheese dan yg cecair tu dipanggil whey milk...jangan buang whey milk ni sebab byk kegunaannya ....nanti cerita kat bawah plak pasal whey milk ni )
-pegang bucu kain dan bunjutkan cheese tu. Celupkan dalam bekas berisi air dan goyang-goyangkan beberapa kali( utk menghilangkan rasa dn bau lemon/cuka )...yang ni optional, kalau tak mahu buat pun ok especially jika cheese ni nak guna utk buat cheesecake or anything yg memang perlukan rasa masam lemon.
-angkat, toskan airnya dan perah sikit utk mengeluarkan lebihan air.
-dah sedia utk digunakan...gaulkan dengan garam jika digunakan dalam salads


Malangnya my first try tak menjadi( rugi jer 1 liter fresh milk! )...susu tu tak mendadih seperti yg sepatutnya so terpaksa buang aja.

Lepas tu buat research lagik kat internet, nak cari kat mana silapnya. Jumpa pula resepi dengan a few tips kat sini :

Homemade Cottage Cheese

http://cookpad.com/horsetail/recipe/236532/


menghasilkan lebih kurang 200 - 300g cheese

bahan-bahan:
1 liter susu
4 sudu besar air perahan lemon/ cuka

atau

http://cookpad.com/mykitchen/recipe/430879/
120g susu tepung
600cc air
90cc cuka

Cara-cara:
-Panaskan susu hingga hampir mendidih( jgn sampai mendidih! ). Tutup api.
-Kacau susu dengan senduk dan tuangkan air perahan lemon( semasa dan selepas tuang air perahan lemon tu tak perlu kacau! ). Biarkan susu tu mendadih lepas tu kacau perlahan-lahan dan biarkan lagi hingga mendadih sepenuhnya.
-Tuangkan ke atas penapis yg dah dilapik dengan kain untuk asingkan pepejal dan cecair. ( Yang pepejal ni lah cheese dan yg cecair tu dipanggil whey milk...jangan buang whey milk ni sebab byk kegunaannya ....nanti cerita kat bawah plak pasal whey milk ni )
-Biarkan hingga semua cecair dah terasing dan simpan dlm bekas tertutup dalam peti ais. Sebaiknya digunakan segera sebab tak tahan lama

Cuba buat lagi sekali a few days later. Kali ni Maisya bancuh susu tepung jer sebab takut tak menjadi lagi, rugi kalau beli fresh milk. Kali ni menjadi le sikit walaupun hanya dapat sikit jer cheesenya...patutnya boleh dapat lagi banyak. Cheese yg terhasil agak lembik. Ada jugak resepi yg suruh perah cheese tu utk dapatkan cheese yg lebih firm.


Dengan cheese yg sikit tu cuba buat tiramisu( first time buat tiramisu ni! ). Nie tiramisu sempoi je sebab guna kek coklat, tuang sikit bancuhan air kopi kat kek tu lepas tu lapiskan dengan cheese yg dah dipukul bersama gula. Buat 2 lapis dan last sekali ayakkan serbuk koko kat atasnya. Sedap jugak, rasa dia tak byk beza dengan yg guna cream cheese( yg mahal tu!!)


Nie ada jumpa satu lagik resepi, lebih kurang je...saja nak simpan resepi ni utk koleksi rujukan sendiri.

Soft Cottage Cheese
http://www.gentlespirit.com/gs6n02/v6n02c.htm

2 c. hot water
1-1/2 c. dry milk powder
3 T. Fresh lemon juice or white vinegar

Blend water and dry milk and pour into saucepan (foam and all).

Sprinkle lemon juice or vinegar slowly around edges and gently stir over medium heat just until milk begins to curdle, separating into curds and whey. Remove from heat and let rest one minute. Pour into strainer or colander, rinse with hot, then cold water. Press out water with back of spoon. Makes about 1-1/2 c. curds. If desired, moisten rinsed curds with a little buttermilk before serving and add salt to taste. Refrigerate if not used immediately. Whey from fresh milk powder can be used in place of water in breads and soup.

Recently, Maisya try buat cheesecake guna homemade cottage cheese ni. Cream cheese kan mahal skrg ni!

Nie rupa my Cotton Soft Japanese Cheesecake



Antara yg boleh dibuat dengan menggunakan whey milk:

Sour Drink
Whey milk + susu + gula/madu/jem...kacau rata dan boleh minum....

sedap tau!Tapi kalau guna cuka instead of lemon juice semasa buat cheese tu ..tak sure boleh minum ke idak whey milk nya...tak berani nak try...

Whey milk boleh jugak guna semasa buat roti, scone etc sebagai ganti air.

Sunday, January 20, 2008

Aneka Puding & Agar-agar

Himpunan beberapa resepi utk puding & agar-agar yg dah lama terperuk dlm PC.



PUDING LAICI –kak liza
http://hanieliza.fotopages.com/?entry=909314

bahan –bahan:
10 gm agar-agar serbuk atau 1 paket agar-agar strips [28 gram]
6 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dalam tin... [dimesin beserta dengan airnya]
1 tin laici [untuk hiasan jika mahu]

Cara:
1. Masakkan agar-agar bersama air sehingga larut.
2. Masukkan gula. Biarkan hingga gula larut. [jika gunakan agar-agar strips kena tapis]
3. Masukkan laici yg dah dimesin dengan airnya dan susu cair. Kacau rata. Tutup api.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Sejukkan
5. Hidangkan bersama buah laici.


NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit, gunakan sudu untuk memakannya.....






PUDING KASTAD BERJELLY

Bahan Puding :
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
5 cawan air

Bahan jelly:

nak senang gula instant jelly brand nona etc tu jer...guna perasa strawberry ke...tapi kalau terpaksa buat sendiri boleh try buat cam ni:

2 sudu kecil agar-agar serbuk
1 1/2 – 2 cawan air
1 cawan air sirap dari 1 tin fruit cocktail( tambah air jika tak cukup…tambah gula jika kurang manis)
sedikit sirap ros

buah-buahan koktel dalam tin

Cara
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam periuk di atas api sehingga pekat.
2. Masukkan dalam bekas.
3. Taburkan buah-buahan koktel dalam tin di atas puding
4. Masakkan air dan agar-agar hingga larut, masukkan bahan yg selebihnya dan kacau rata. Tuangkan atas puding dan sejukkan.






AGAR-AGAR GULA MELAKA
http://babybatriesyia.fotopages.com/?entry=826900

Bahan-bahan:
200 ml air
180 gm gula melaka
3 sudu kecil serbuk agar agar
1 helai daun pandan - diikat kecil
300 ml santan pekat ( dicampur sedikit garam)

Cara
- Masakkan air, serbuk agar-agar hingga agar-agar larut.
- Masukkan gula melaka dan daun pandan, biar gula larut dan adunan mendidih.
- Keluarkan daun pandan. Masukkan santan, biar mendidih sebentar(tak perlu kacau) dan tuangkan segera ke dalam bekas. Sejukkan.






DADIH STRAWBERRY


1/2 sudu besar agar-agar serbuk
1 liter(1 kotak) susu perasa strawberry
1 cawan air
4 – 5 sudu besar gula

Masakkan agar-agar dengan air hingga larut.
Tambah gula, masak hingga larut
Tuangkan susu strawberry, kacau rata dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan.









Rich Chocolate Pudding.....first time buat masa bulan puasa yg lepas, terus jatuh cinta dengan puding ni...sedap! Memang terasa coklatnya. First time dulu buat ikut resepi dari myresipi, tapi second time buat Maisya dah ubah sikit sebab tak de susu tepung so guna susu pekat. Puding ni maisya buat lembut sikit, makan pakai sudu.

Nie version asal

RICH CHOCOLATE PUDDING -junjs11 @ myresipi
http://myresipi.com/top/detail/1071

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
10g serbuk agar2 (Tanpa perisa) -maisya kurangkan, saja nak bagi dia lembut sikit

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.


*Kalau omit serbuk agar-agar, air guna 4 cawan sahaja.


Nie plak version yg dah dimodified

RICH CHOCOLATE PUDDING :

A
1/2 cup cocoa powder
4 tbs tepung jagung
1 cup water
#campur bahan-bahan ni dan kacau hingga sebati

B
1 cup condensed milk
2 cups water
1 tsp vanilla essence
#campur bahan ni dan kacau sebati

C
3 tbs butter

D
2 tbs agar-agar flakes(* refer nota kaki dibawah )
1 1/2 cups water
#campur kedua bahan ini dah masak hingga agar-agar larut sepenuhnya.
#masukkan bahan A,B...kacau sentiasa hingga hampir mendidih
#masukkan bahan C dan kacau hingga pekat
#tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan



*agar-agar flakes:
nie maisya kisar agar-agar strips tu guna blender kering tu sampai jadik serbuk kasar ...senang nak sukat.


Rujukan utk penggunaan agar-agar taken from http://www.vegcooking.com/vegcooking-gelatinalt.asp :
- 1 Tbsp. of agar-agar flakes is equal to 1 tsp. of agar-agar powder
- Set 2 cups of liquid using 2 tsp. of agar-agar powder, 2 Tbsp. of agar-agar flakes
- Keep in mind that highly acidic ingredients, such as lemons, strawberries, oranges,
and other citrus fruits, may require more agar-agar than the recipe calls for.
Also, enzymes in fresh mangoes, papaya, and pineapple break down the gelling
ability of the agar-agar so that it will not set.
Cooking these fruits before adding them to a recipe, however, neutralizes the
enzymes so that the agar-agar can set.
- Substitute powdered agar-agar for gelatin using equal amounts.





I think this one boleh letak under kategori puding jugaklah...combination kek dan jelly.
Resepi asal menggunakan gelatin tapi maisya guna agar-agar. Kalau ikut kata empunya resepi, bila tuang adunan jelly tu ke atas kek, adunan jelly tu akan meresap ke dalam kek dan berkumpul di bahagian bawah kek...tapi maisya buat tak jadik camtu pun...dia dok stay kat atas kek tu jer , adakah sebab penggunaan agar-agar ? Tak taulah....tapi sedap jugak kombinasi dua ni...lebih kurang pandan layer cake lah cuma perasanya jer berbeza.

KEK CAPUCCINO - tulip77@myresipi.com
http://myresipi.com/top/detail/3272

Bahan-bahan ( loyang 20cm )
1 keping kek span berukuran 20cm
250ml air kopi (3sb serbuk kopi segera + air panas)
2sb serbuk gelatin
250ml susu pekat

Cara-cara
Alas dasar tin 20 cm dengan kek span
Larutkan gelatin di dalam air kopi panas, campurkan dengan susu pekat. Kacau rata.
Tuangkan ke atas kek span dan biarkan ia meresapsepenuhnya. Simpan di dalam peti sejuk (bhgn bawah) selama beberapa jam atau hingga keras. Cover loyang dgn cling film Bila dah elok beku, keluarkan dari loyang dengan cara terbalikkan loyang untuk mendapatkan lapisan jeli di bhgn atas
.

Tuesday, January 15, 2008

Rendang Daging Masak Hitam


Lepas tengok resepi ni di blog Ujen, lepas tu dicuba oleh Maklang dan jugak Noora....Maisya pun teringin gak nak try since sama-sama orang Perak kan...he..he..Cuma masalahnya tak tahu apa itu jintan pedas dan biji rempah...tak sempat tunggu reply dari ujen pasal bahan-bahan tu Maisya buat berdasarkan andaian sendiri...Maisya rasa jintan pedas tu jintan putih sebab mesti bukan jintan manis kan..biji rempah tu plak Maisya agak ketumbar sebab pernah jumpa paket rempah tulis rempah biji= coriander seeds. Bila dapat reply dari Ujen, jintan tu dah betul tapi biji rempah tu bukan ketumbar...alamak salah le plak, tapi sedap jer masa buat haritu...he..he..dan yg penting senang nak buat!
##pembetulan dari ujen....memang betui dah biji rempah tu = biji ketumbar.


Rendang Daging Masak Hitam
Resipi Asal : Mak ujen http://periukbelanga.jugem.jp/?cid=1

Bahan2
1 kg daging

Di Kisar halus
3 biji bawang besar
20 tangkai cili kering

Bahan di goreng tanpa minyak dan di kisar/tumbuk halus
20 sen Jintan Pedas
20 sen Biji rempah
* kita beli yg 50sen kat pasar malam dan ambik separuh sahaja.

Kerisik dari 1/2 biji kelapa ( kira-kira 6-7 sudu besar)
Segenggam gula merah ( kira-kira 5 sudu besar)
Kicap ( saya guna cap kipas udang ) secukup rasa..

Gaul semua bahan2 di atas di dalam satu bekas...kicap tu sehingga nampak
adunan semua berkicap le....

Bahan utk menumis
4 biji bawang merah ( dimayang)
2 biji bawang putih ( dimayang )
kulit kayu manis
bunga lawang

Cara2
1. Tumis bahan2 penumis hingga naik bau
2. bila dah naik bau tuangkan daging yg dah di gaul dgn bahan2 di atas
3. Masukkan sedikit air asam jawa
4. Masak sehingga kering...

* Masak dia senang jek..tak remeh..tunggu je sampai kering....tapi lepas tu
rasa le masin manis nye...tambah le ikut citerasa....

Friday, January 11, 2008

Kaya Boxes(?)



Minggu lepas cuba buat kaya balls...mula tu guna acuan kuih cara tapi leceh le plak. Pernah baca ada yg bakar adunan ni dlm oven guna acuan muffin so disebabkan kemalasan yg melampau masa tu maisya guna loyang cutter jer.Gris dengan minyak kat loyang dan jugak cutter tu. Curah separuh adunan dalm loyang, lepas tu letak cutter dia. Sudukan kaya kat setiap petak( guna piping bag senang sikit ), lepas tu tutup setiap petak dengan adunan yg selebihnya( guna piping bag ). Bakar guna api atas & bawah suhu 145 C selama lebih kurang 25 minit. Bila dah sejuk boleh le keluarkan dari loyang...part nak keluarkan dari cutter ni yg leceh sikit. Kena keluarkan satu-satu.Nie dia hasilnya....Kaya Balls (tapi dah bentuk kotak so panggil Kaya Boxes kot? ). Inti kaya tu maisya beli jer...malas nak buat sendiri.


Maisya bawak gi rumah member, semua sibuk tanya kuih apa dan siap ada yg mintak resepi. Nasib baik ingat lagik resepinya dlm kepala sebab baru buat so dapat le dia salin resepi.

RESIPI KAYA BALL
source: http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan10.htm

Membuat 'Kuih Kaya Ball' memerlukan acuan yg khas tetapi anda boleh cuba
menggunakan acuan 'Kuih Cara'. Utk menjimatkan masa, boleh gunakan serikaya yg dijual di dalam tin. Serikaya yg dibuat sendiri kadangkala tidak begitu licin seperti serikaya yg dibeli kerana cara membuatnya di rumah memerlukan anda mengacaunya di atas api perlahan tanpa henti hingga ia pekat dan berkilat.

SERIKAYA
10 biji kuning telur
1 camb tepung gandum
1 liter santan pekat (dari 2 biji kelapa)
250 g gula pasir
2 helai daun pandan

Pukul telur, tepung gandum dan tepung beras hingga sebati kemudian tapiskan. Masak santan dan gula atas api perlahan sehingga mendidih. Masukkan campuran telur dan daun pandan, kacau perlahan-lahan atas api perlahan sehingga pekat. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota: Bagi yg gemar serikaya gula merah, masak 150 g gula merah + 100 g gula pasir + 100 ml air hingga gula hancur. Anda mesti kurangkan santan menjadi 900 ml saja. Prosedur lain seperti di atas.

BATTER
250 g tepung gandum
1 camt serbuk penaik
secubit garam
125 g mentega
75 g gula kastor
4 biji telur
200 ml susu segar
1/2 camt vanila

Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Putar mentega, gula dan telur
hingga kembang. Masukkan 1/4 susu, putar sebati kemudian masukkan 1/4 campuran tepung. Ulangi proses secara berselangseli. Akhir sekali, masukkan vanila. Panaskan acuan, lengser dengan sedikit minyak kemudian isikan separuh dengan adunan. Letak sedikit serikaya dan tutup dengan adunan hingga penuh. Tutup acuan dan masak hingga keperangan.

Friday, January 4, 2008

Selamat Datang Tahun 2008!

Lama sungguh tak update blog ni....hujung tahun agak sibuk dengan persiapan untuk kenduri kawin adik. 2 minggu sebelum kenduri maisya dah balik ke kg. Maisya buatkan 3 jenis biskut dan sebiji kek untuk hantaran. Maisya buat biskut Tart Ros, Marble Shortbread dan Biskut Tembikai.


Kek untuk hantaran maisya buat kek coklat kukus, topping dengan melted chocolate. Tabur badam cincang atas kek; buat bentuk love. Lepas tu lekatkan biskut 'love letters' keliling kek tu. Lastly ikat plak dengan riben.
Ini sebiji lagi kek maisya buat utk pengantin potong waktu petang tu. Mulanya nak buat kek 2 tingkat( adik request ...dah beli dah tiang kek tu) tapi di sebabkan beberapa faktor; kek tak berapa naik ( tak biasa guna oven besar kat rumah mak tu...), terpaksa combine 2 kek jadik 1 & tak cukup masa! ( bila ada anak kecik susah le nak buat kerja...)...terpaksalah berpuas hati dengan kek ni jer....decoration untuk kek ni pun maisya tak puas hati...nampak agak kosong sebab tak sempat dah nak tambah deco kat tepi-tepi. Mulanya nak buat bunga rose banyak lagi bagi penuh atas tu tapi bunga asyik tak jadik jer... banyak tu jer lah yg dapatnya.

Problem dengan buttercream ....tak berapa stabil, tak boleh nak transfer rose ke atas kek, patut tambah gula icing lagi tapi dah rasa malas sangat nak tambah apa-apa....maisya suka buat kerja time tak de org tapi paham-paham je lah rumah nak kenduri memang sentiasa penuh dengan org!


Nie plak hi-tea untuk tetamu dari belah pengantin lelaki hasil dari idea dan usaha kakak maisya yg sulung. Ada macam-macam kuih; Kuih talam, tepung pelita @ limas , karipap tu tempah kat org je. Muffin tu ada org bagi. Pie Tee, Fruits Tart, Cheese& Blueberry Tart, Triffles tu akak sulung maisya yg buat. Popia goreng tu usahasama maisya dan adik-adik( maisya tolong bungkus je sebenarnya..he..he..)





Banyak sebenarnya gambar-gambar serta resepi yg nak dikongsi tapi tunggu next week lah pulak!


Anak maisya yg sulung start tadika hari rabu haritu...masukkan tadika kat kawasan rumah ni jer so maisya le kena hantar dan ambik tiap hari. Kena jalan kaki le sebab tak reti bawak kereta or motor....berpeluh gak kena jalan kaki dlm 10 minit...kiranya total sehari kena jalan 20 minit le utk hantar dan ambik....dah lama tak bersenam, lenguh kaki le sehari dua ni... Agak-agak boleh kurus kot by the end of this year ...he..he...