Monday, June 30, 2008

cooking video

last week ada problem dgn internet connection...byk le resepi yg belum dpt update..malas le plak jadiknya...nie nak share beberapa video yg menarik

How to make cheese
http://youtube.com/watch?v=jBPYopcoeqs


How to make toufu(tauhu)
http://www.youtube.com/watch?v=3kARjk3k3EY


How to knead dough(for bread)
http://youtube.com/watch?v=-nPLsaMaGyM

http://youtube.com/watch?v=dWj8oHMPFm0


How to shape dinner rolls
http://youtube.com/watch?v=RU4taKontMg


How to shape braided bread
http://youtube.com/watch?v=peBLtCEOlA0


How to make croissant
http://youtube.com/watch?v=JpIx0th5tgg

http://youtube.com/watch?v=6a-Re9w_RMA


Selain di youtibe, boleh jugak carik video masakan di VIDEOJUG

Monday, June 23, 2008

7th Wedding Anniversary




22hb June, my wedding anniversary...every year memang tak de apa-apa celebration or hadiah pun...tapi every year maisya akan buat kek. Rasanya tiap-tiap kali pun maisya mesti buat kek coklat..he...he..senang dan sedap! Seperti biasa tangan tu gatai nak main-main icing...sekali-sekala dpt peluang kan...nie lah kek utk tahun ni.

Untuk kek tu guna resepi Kek Coklat Kukus Zaiima, dilayerkan dengan buttercream koko...topping dgn coklat, keliling tu letak kacang tumbuk( kacang tanah je..he.he..tak de stok badam )...tulisan '7th' tu pun gunakan kacang jugak( tak cukup buttercream sebenarnya nak tulis ). Bunga (bunga ros yg huduh) dan daun tu guna buttercream.

Actually masa buat bunga ros tu rasa macam buruk je so ingat nak buat ros style swirl tu je sekali tu carik-carik nozzle bentuk star tak jumpa....entah manalah perginya, entah-entah dah terbuang sekali masa buang piping bag the last time guna haritu...hu...hu...nozzle tu beli masa zaman bujang lagik tu...sayangnya, nanti nak selongkar lagik laci tu tgk kot ada terselit kat man-mana.
Semalam hubby tak de kat rumah sepanjang hari so lepas dah siap kek ni (petang)..simpan le dulu dalam peti ais...sedar-sedar tengok kek tu dah kena korek dengan anak...terpaksalah potong bahagian yg dah kena korek tu( nasib baik dia tak korek tang tulisan dan bunga tu)...tak pelah kan, memang buat utk makan pun

7 tahun usia perkahwinan bermakna 7 tahun jugaklah usia kami mengenali diri masing-masing Semoga ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat. 

Tuesday, June 17, 2008

Slice Cheese Chiffon

Sempena Hari Bapa yg lalu, cuba resepi yg ni...resepi yg agak low cost sikit( barang semua mahai skrg so kena jimat cermat ). Ni kali kelima maisya buat kek chiffon..still tak perfect jugak...atasnya merekah dan jugak kecut sikit tapi still tegap jugaklah bentuknya. Bila agaknya baru dapat buat kek chiffon yg betul-betul cantik...kena cuba lagi dan lagi.



Rupa bahagian atas yg tak cun, merekah!

Rupa bahagian bawah, nampak kek mendap sikit.


Slice Cheese Cake

http://cookpad.com/mykitchen/recipe/465020/

Bahan A

80ml susu segar
3 keping cheese( yg jenis slice tu )



Bahan B
3 kuning telur
40g gula halus
80g tepung kek -diayak
40ml minyak(maisya guna minyak jagung)
2 sudu besar jus lemon(maisya guna jus limau kasturi)


Bahan C
3 putih telur
40g gula halus


1-Panaskan bahan A di dalam periuk hingga cheese cair( jangan biarkan susu mendidih, guna api kecil dan kacau selalu). Sejukkan.

2-Pukul kuning telur bersama dengan gula hingga sebati. Tambahkan campuran susu dan cheese (yg dah sejuk). Gaul sebati. Tambah minyak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Tambahkan jus lemon dan gaul rata. Tambah tepung dan gaul rata.

3-Pukul putih telur hingga berbuih dan tambahkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga bertanduk dan jika diterbalikkan , putih telur tu tak tumpah.

4-Ambil 1/3 dari adunan putih telur dan tambahkan kepada adunan di langkah no 2. Kacau rata.

5-Ambil lagi 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan denga perlahan ke dalam adunan di langkah no 4 tadi. Habiskan baki putih telur dan kaup balikkan hingga sekata( jangan terlalu byk menggaul)

6-Tuangkan ke dalam acuan ( 17 cm) -( tak perlu griskan acuan ) dan bakar dengan suhu 180 C selama 30 minit.

7-Bila dah masak terus terbalikkan acuan dan biarkan kek sejuk dalam keadaan itu.

8. Bila dah sejuk baru lalukan pisau dikeliling kek utk keluarkan dari acuan.




*maisya selalunya lepas dah sukat gula tu akan kisar pulak sampai betul-betul halus.

*maisya guna tepung gandum tapi keluarkan 1/2 sudu besar dan gantikan dgn 1/2 sudu besar tepung jagung

*maisya hanya gunakan mixer utk pukul putih telur tu je, proses yg lain semua guna sudip kayu

*maisya tambah sedikit jus limau kasturi semasa pukul putih telur, atau boleh juga guna cream of tartar utk menstabilkan putih telur tu.

*maisya guna acuan 20cm

*maisya bakar guna 160 C, api atas dan bawah selama 40 minit...acuan letak di rak yg bawah sekali.

Deco sikit dengan sugar glaze( gula icing + susu pekat + pewarna biru )
Happy Father's Day!

Okara Cookies

Nie dia resepi yg guna okara(hampas kacang soya)...actually, maisya ada try 2 resepi tapi yg first tu tak jadik ...hu...hu...rasanya sebab okara tu terlalu lembap ! Nasib baik resepi tu cuma guna combination of okara dan gula je..tak delah rasa membazir sgt( tapi makan jugaklah sampai habis cookies tak jadik tu...hu..hu..). Resepi yg kedua ni best...lagipun okara tu digoreng dulu tanpa minyak sampai kering baru digunakan..sedap tau. Resepi ni tak dpt byk sgt..haritu maisya doublekan adunan.



Okara Cookies
http://cookpad.com/mykitchen/recipe/540782/

50g tepung gandum -diayak
50g okara kering
10g tepung jagung -diayak
50g butter( dibiarkan pada suhu bilik )
30g gula halus

-Utk dapatkan okara kering , ambik lebih kurang 120-130g okara(yg lembap tu) dan goreng tanpa minyak hingga kering dan berderai, jgn sampai hangus plak, setakat brownish sikit je.Lama jugak ambik masa..dekat 20 minit ..lepas tu baru sukat ambik 50 g je. Memang lepas kering, berat okara tu akan berkurang lebih kurang separuh. Sejukkan.
-Bila okara tu dah sejuk, kisar sampai halus.
-Pukul butter bersama gula hinggga sebati dan kembang
-Ttambahkan tepung gandum, tepung jagung dan okara yg dah dikisar tadi. Gaul sebati hingga jadi doh.
-Bentukkan bulat or 4 segi panjang dan rehatkan dalam petiais 30 minit - 1 jam.
-Potong nipis( 1 cm) dan susun atas tray.
-Bakar dengan suhu 160C, api atas dan bawah selama 13- 15 minit( suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing)


* Lepas potong-potong tu kalau agak pecah-pecah ...picit-pict dan tekan-tekan sikit dengan tangan supaya bentuknya kemas.

ni gambar okara yg kering dan dah dikisar

Friday, June 13, 2008

Homemade Tauhu

Lepas dah buat air soya, try buat tauhu plak...sejak terbaca cara-caranya yg sempoi kat fp sue , memang dah plan nak buat. Bila dah berjaya buat air soya sendiri maisya pun ambik sikit air soya tu(masa tgh-tgh panas lagi) dan campurkan dengan cuka sikit-sikit sampai le dia mendadih. Lepas tu tapis,perah dengan kain dan tindih dengan benda berat utk keluarkan lebihan airnya. Menjadik jugak...tak sangka. Tapi tauhu ni keras sikit, tak macam kat kedai tu still boleh goyang-goyang sikit tauhunya. Maybe sebab buat sikit dan nipis je, nanti akan cuba buat dlm kuantiti yg banyak plak.
Haritu maisya memang buat sikit sebab nak try dulu so dapat le seketul kecik je.Tak bubuh dlm acuan apa-apa so bentuknya bulat. Lepas tu maisya potong 4 dan goreng.
Dah goreng tu hiris nipis plak sebab nak tabur atas kuey teow.

Air Soya

Dah lama teringin nak buat air soya sendiri tapi selalu terlupa nak beli kacang soya. Haritu pergi supermarket ternampak kacang soya ni terus beli 1kg. Byk projek boleh buat dgn kacang soya ni ...buat permulaan, kita buat air soya dulu...


Fresh soya beans & okara(hampas kaca soya)
resepi oleh:
yani@myresipi.com

http://www.myresipi.com/top/detail/1680


Bahan-bahan ( menghasilkan +/- 1 liter )
200g kacang soya
6 cawan air

Cara-cara
Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.

*maisya tak sure, lepas rendam tu dia toskan dulu ke or terus kisar sekali dgn air tu. Yang maisya buat haritu, maisya toskan dan baru kisar ( tambah air takat paras kacang tu masa nak kisar ). Kisar dlm kuantiti yg sikit ye senang sikit nak hancurnya.

Nie rupa okara(hampas kacang soya). Still agak lembap sebab tak larat nak perah dah.

Penang Char Kuey Teow

Sebenarnya tak pernah makan pun Penang Char Kuey Teow ni maklumlah maisya jaaaraaang sangat pi keluar makan kat kedai so byk jenis masakan yg tak berapa tahu. ... Nie ada resepi utk buat paste CKT ni sekali. Boleh buat dan simpan dalam petiais, bila nak masak senang sikit kerja. Maisya dah cuba, sedap tapi tak taulah sama ke tak dengan yg kat kedai sebab tak pernah beli. Maisya buat just basah sikit tak bubuh air byk so tak berkuah.

Nie CKT pastenya





Untuk kuey teow tu maisya guna resepi yg ni : HOMEMADE KUEY TEOW
Tapi agak malang haritu...masak tgh gelek bagi nipis doh tu, mesin mee tu rosak le plak...dah stuck, tak mo pusing...uhuk..uhuk...nasib baik dah gelek nipis semuanya cuma nak gelek lagi sekali utk ketebalan yg paling nipis tu cuma sempat siap 2/3 je so hasilnya, ada yg nipis ada yg tebal tapi oklah jugak. Nasib baik jugak part utk juraian mee tu tak rosak kalau tak kena guna pisau je la. Dah suruh hubby tgkkan , dah bukak mesin tu tapi tak tau tang mana yg rosaknya...terpaksalah cuti sekejap dari buat mee ni buat sementara waktu. Nanti nak try bukak sekali lagi dan bedah siasat..he..he...





Penang Char Kuey Teow
resepi oleh che'iza@myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/4513

Ni resepi paste tuk buat Char Keuy Teow.......

Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* U TK MEE *
300gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

UTK PASTE-
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg msk nak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust
**kalau utk yg kering tak yah buh air n kurangkan sikit paste tu
**kalau tak masuk petis pati ikan bilis tu tambah 1sb lg jd 3sb




Wednesday, June 11, 2008

Roti John Goreng



Cuba Roti John versi goreng plak. Kalau boleh salut nipis je dgn batter tu so tak ambik byk masa utk goreng...kurang le serap minyaknya.
Untuk inti pun gunakan hanya sedikit minyak utk tumis segala tu...kalau dah terbyk minyak inti tu letak atas tapis dan biarkan sekejap untuk buang lebihan minyak.
Roti John Goreng
che'iza@myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/4505

Bahan-bahan ( 6 biji )
6 buku roti hotdog

* INTI *
150 gm daging cincang
150 gm kentang di potong dadu
1/2 labu bawang besar di potong dadu
2 biji bawang puting cincang halus
1 sk serbuk cili
2 sb serbuk kari
daun sup cincang halus, sedikit garam n gula

* BATTER *
100 gm tepung gandum
1 sb tepung beras
1/2 sk baking powder
2 sb telur (dlm 1/2 biji)
180 ml air
1 sb serbuk ketumbar & jintan (optional)
sedikit lada sulah n garam

Cara-cara Untuk inti:
tumis bwg besar n bwg putih hingga kekuningan. Masukkan serbuk cili n serbuk kari, tumis garing. Masukkan daging cincang dan kentang. Kacau rata biar masak kering. Bila siap letak daun sup dan kacau... (mcm buat inti biasa)

Untuk batter: Campur semua bahan, kacau hingga sebati n ketepikan...

Potong roti kat tgh2 (mcm nak buat hotdog). Sumbat inti kat dlm roti. Celup roti dlm bancuhan batter n goreng.. Pastikan semua roti tersalut dgn bancuhan batter. Goreng dlm minyak panas cara deep fry.
Siap boleh dihidang dgn sos n mayonis.....

Saturday, June 7, 2008

Laksa..my mom's style


My family punya kuah laksa simple jer tak guna banyak bahan..dari kecik dok makan yg ni so memang sedaplah...orang lain tak tau lah kan.

Kat kg Maisya - Kuala Kangsar, mee utk laksa ni dibuat dari tepung gandum...biasanya kat tempat lain laksa ni guna tepung beras kalau tak salah. Rasa dia nak sama macam udon( dulu kat Jepun memang guna udon utk buat laksa ) so maisya guna resepi utk udon utk buat laksanya. Resepi boleh check kat sini: UDON.

Untuk kuahnya plak:

KUAH LAKSA
Ikan kembung( ikan sardin pun ok )
Bawang besar
Cili kering( rendam dlm air panas )
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping

-ikan dibersihkan dan direbus dengan air yg banyak bersama asam keping hingga masak.

-keluarkan ikan ambil isinya sahaja(asingkan tulang-tulangnya) dan masukkan dalam blender, tambah air rebusan tadi secukupnya dan kisar sampai hancur.

-Tuang semula ke dalam periuk yg berisi air rebusan tadi

-Kisar bawang dan juga cili , tuang ke dalam periuk tadi.

-Tambah lagi asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Tambah air jika perlu dan jerang dengan api perlahan hingga semua sebati dan masak....lagi lama lagi bagus. Tambah garam secukup rasa.

utk bahan sampingan:

bawang merah- dihiris
timun-dihiris halus
daun salad-dihiris halus
cili merah-dihiris
telur rebus-potong 4
limau kasturi-potong 2


Thursday, June 5, 2008

Oden

Oden ni sedap makan masa winter tapi kat malaysia bila-bila pun boleh je...ni lebih kurang macam Yong Tau Foo le. Selalunya kalau Jepun di supermarket tu dah jual paket-paket utk buat oden ni. Tinggal balik rumah masak supnya dan bubuh le segala benda dlm tu.
Utk sup selalunya guna dashi, kicap je. So maisya just rebus ikan bilis lepas tu tambah le kicap sesedap rasa. Tambah garam dan gula kalau nak. Bahan-bahan kali ni maisya letak kentang & carrot(yg dah direbus separuh masak terlebih dulu), fishball(yg ni beli), ganmodoki, kamaboko, chikuwa, dan abura age.

Kamaboko dan chikuwa tu sebenarnya kena guna ikan yg isi putih tapi maisya buat guna ikan kembung jer...saja je nak try...kalau beli tenggiri tu mahal le plak. So rupa dan rasa dia tak sama le dgn yg sepatutnya. Chikuwa plak guna bahan yg sama dengan kamaboko cuma balut kat chopstick dan kukus lepas tu grill plak sekejap.

Abura age tu tak menjadik...resepi just suruh potong nipis tauhu, keringkan dan goreng. Tapi tak jadik le...tak mau dia mengembang cam yg sepatutnya...tapi tak pe still boleh makan lagik! Ha..ha..

Oden ni biasanya makan cam tu je or boleh le nak cicah dengan apa-apa tapi disebabkan bahan-bahannya sikit kali ni, kalau makan pon tak kenyang ... so maisya makan dengan udon...tambah nori/seaweed sikit. Itulah dinner kami semalam.

Malas nak mengarang ayat so just copy & paste info dari pelbagai sumber.

Oden is a Japanese winter dish consisting of several ingredients such as boiled eggs, daikon radish, konnyaku, and processed fish cakes stewed in a light, soy-flavoured dashi broth. Ingredients vary according to region and between each household

List of Popular Ingredients
Boiled eggs
Chikuwabu - gluten tubes. Popular in Kantō, virtually unknown elsewhere.
Sliced daikon
Suji - beef tendons
Ito konnyaku
Konnyaku
Carrot
Shiitake
Kabocha - Japanese squash
Potato
Tsukune - fish or meat balls
Octopus
Tofu products:
Ganmodoki - fried balls of tofu mixed with grated vegetables
Atsuage - deep fried tofu
Tofu - mainly in Kansai, usually seared
Surimi products:
Bakudan - boiled egg wrapped in surimi
Chikuwa - thick tubes of surimi
Gobomaki - boiled gobo (greater burdock root) wrapped in surimi
Hanpen
Ikamaki - squid wrapped in surimi
Kamaboko
Shinjoage - fried seafood paste

Extract from
http://en.wikipedia.org/wiki/Oden


Ganmodoki or hiryouzu are small deep-fried fritters made of tofu and various ingredients. They are either eaten as-is or cooked in a broth

Utk sayurannya maisya just bubuh carrot, daun bawang dan bawang yg dicincang.

GANMODOKI
http://www.justhungry.com/ganmodoki-or-hiryouzu-japanese-tofu-fritters

400g / 10oz firm tofu, as fresh as possible
1 dried shiitake mushroom, reconstituted in water, squeezed dry, and finely chopped
2 Tbs finely grated (into shreds) carrot
2 Tbs finely chopped green onion
3 Tbs. finely grated (to a pulp) yamaimo or potato
1 egg white or egg white substitute
1 tsp. salt
1 Tbs. corn or potato starch
Oil for deep frying

Optional additions - choose one or several
1 Tbs. canned or blanched gingko nuts, roughly chopped or whole if you have tiny ones
1 Tbs. dried sakura ebi (tiny little shrimp)
1 Tbs. boiled edamame beans (don’t add both gingko and edamame, use one or the other)
1 Tbs. cooked hijiki
1-2 kikurage (tree-ear mushrooms), reconstituted in water, squeezed dry, and finely chopped (instead of the shiitake, or use 1/2 shiitake and 1/2 kikurage)

Drain the tofu, and wrap in a clean non-terrycloth kitchen towel. Place on a cutting board, then put another cutting board or similar flat item on top of the tofu. Place a weight on top (such as a small pan filled with water) and leave for about 15-20 minutes, to drain out some of the moisture from the tofu.
In the meantime, very briefly blanch the carrot in boiling water (about a minute).
If the tofu still feels a bit web, put the tofu in another cloth and squeeze very gently - you don’t want the tofu to be totally dry, it should be the texture of small curd cottage cheese. Mash up the tofu with your hands or with a potato masher.
Mix all the ingredients with or without the optional additions in a bowl, until it’s rather creamy.
Heat the oil to about 160°C / 320°F. Form the tofu mixture into small patties and fry 2-3 at a time (don’t overcrowd the frying pot).
Drain well, and serve immediately with soy sauce and mustard (karashi jo-yu). They are also pretty good at room temperature, so are great for obento



Kamaboko is made from white fish, which is filleted, pounded into a paste, mixed with a starch and molded into a variety of shapes. It can be steamed, deep fried, barbecued or poached. With its delicate taste and firm texture, it plays an important role in numerous Japanese recipes including Ozoni, other soups, noodles, simmered dishes, Oden, other casserole dishes, salads, and also makes an attractive and delicious appetizer.
Kamaboko also goes by many other names, based on the shape, cooking method and even geography. Chikuwa is formed in the shape of bamboo. Steamed Kamaboko is also called Sumaki or Mushiita. Fried Kamaboko is called Tenpura in West Japan and Satsuma Age in the Kanto District (East Japan).

Info taken from http://home.earthlink.net/~marutama/facts.htm

KAMABOKO
http://www.ajiwai.com/otoko/make/kamabo.htm

250g isi ikan tenggiri atau apa-apa ikan putih
15g tepung gandum
50ml air sejuk( dari peti ais )
5g garam

Ambil isi ikan dan rendam sekejap dlm air sejuk( dari peti sejuk ) utk hilangkan bau dan lebihan lemak/minyak. Toskan.
Bungkus isi ikan dalam kain dan perah untuk buang lebihan air.
Cincang isi ikan dengan pisau lebih kurang 10 minit atau boleh guna food processor kalau ada.
Tumbuk pula isi ikan menggunakan lesung batu selama 10 minit. Tambah tepung dan air garam. Sambung tumbuk lagi 10 minit.
Ambil isi ikan tu dan bentukkan 4 segi or bulat . Letak atas kertas minyak dan rehatkan dlm sejam.
Kukus 20-30 minit.Sejukkan dan potong-potong bila nak digunakan
.

Tuesday, June 3, 2008

Pandan Marble Bread

Yang ni, Maisya ubahsuai sikit resepi yg guna utk 65C TangZhong Method

PANDAN MARBLE BREAD



Untuk Pandan Sheet:
2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
4 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar santan pekat(maisya guna santan kotak Ayam Brand)

4 sudu besar air daun pandan( dari beberapa helai daun pandan)
pewarna hijau( jika perlu)
1/2 sudu besar minyak

Campur semua bahan kecuali minyak dan kacau hingga betul-betul sebati( tapis jika perlu ).

Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi pekat(thick paste).
Tutup api.
Tambah minyak dan kacau hingga sebati( mula-mula memang susah nak sebati tapi terus kacau je) ( sila refer gambar )
Sejukkan sebentar.
Masukkan ke dalam plastik zip lock( maisya guna yg saiz S ) atau plastik biasa pun boleh juga. Gelek adunan hingga memenuhi semua ruang plastik tu. (sila refer gambar)
Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Gunting keliling plastik untuk keluarkan dari plastik tu.

Untuk adunan TangZhong:
250ml air
50g tepung gandum/tepung roti

Kacau hingga sebati dan masak dengan api kecil sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi sedikit pekat( adunan masih dlm keadaan cecair tetapi pekat ). Sejukkan sebelum digunakan. Lebihannya boleh disimpan di dalam peti ais, tahan selama 3 hari( buang jika adunan sudah bertukar warna )

Untuk doh roti:
500g tepung gandum/tepung roti

2 sudu besar susu tepung
160g adunan TangZhong
110 ml air suam
100 ml santan pekat(maisya guna santan kotak Ayam Brand)
garam
50g gula
1 paket(11g) yis kering
50g mentega

Bancuh gula dengan air suam dan tambahkan yis, biar hingga yis berbuih sebelum digunakan.
Campurkan tepung, susu tepung, garam dan gaul rata. Buatkan lubang ditengah-tengahnya dan tuangkan adunan yis tadi, adunan TangZhong dan santan pekat.
Gaul rata sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambahkan mentega dan uli hingga rata.
Uli doh hingga elastik kira-kira 15 minit.
Rehatkan doh hingga naik 2 kali ganda.
Buangkan angin dan uli sebentar. Balut dengan cling wrap dan masukkan dalam bekas bertutup.
Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku selama sekurang-kurangnya sejam.
Keluarkan dan canai bentuk empat segi panjang( lebarnya 2 kali ganda lebar pandan sheet, tingginya lebih sikit dari tinggi pandan sheet)
Letakkan pandan sheet ditengah-tengah dan balut. Boleh lihat gambar di bawah untuk langkah-langkah seterusnya. (klik gambar ni utk lihat gambar yg lebih jelas)

<
kemudian bolehlah dibentuk ikut kesukaan masing-masing

Yang ni menggunakan resepi yg sama macam haritu 65C TangZhong Method, cuma maisya tukar resepi utk chocolate sheet tu kepada yg lebih simple bahan-bahannya. Hasilnya tak mengecewakan cuma pecah-pecah sikit masa proses melapis dan mencanai.



Simple Chocolate Sheet
resepi asal dari cookpad.com tapi dah tukar sikit

1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar air

Campur semua bahan dan kacau hingga betul-betul sebati( tapis jika perlu ).
Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi pekat
Sejukkan sebentar.
Masukkan ke dalam plastik zip lock( maisya guna yg saiz S ), plastik biasa pun ok. Gelek adunan hingga memenuhi semua ruang plastik tu.
Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Gunting keliling plastik untuk keluarkan dari plastik tu.
Resepi ni menghasilkan lebih kurang 80g chocolate sheet.


Apam

Dah cuba buat pelbagai jenis apam gula merah yg guna tepung gandum, yg ni lain sikit sebab ada campuran tepung beras. Maisya buat dia macam kering dan keras la...tak tau le silap maisya or memang sepatutnya jadik macam tu. Prefer yg guna tpg gandum sahaja.




APAM GULA MERAH
http://yummylicious-jun.blogspot.com/2007/07/apam-gula-merah.html

60gm gula merah
40gm gula
150ml air
2 daun pandan
jerang semua hingga mendidih, tapis n sejukkan.

bahan yis:-
125ml air suam
1 sudu teh gula
1 1/2 sudu besar yis
campur air suam ngan gula, pastu campurkan yis.

bahan tepung:-
240gm tepung gandum
40gm tepung beras
garam

satukan bahan tepung ngan air gula n campuran yis tadi. tuang dalam loyang yg disapu minyak sket. biar kembang. kukus 15-20min. (make sure isi dlm loyang tu jgn penuh ye..1/2-3/4 sbb pastu dia kembang..)








Before ni dah pernah cuba resepi dari Cranko21( FNR)...lebih kurang je tapi ada yg jadik berat kat bahagian bawahnya walaupun atasnya dan kembang mekar. Yang tak kembang pun ada tapi yg tu elok plak tak berat bawahnya.



HUAT KUEH
http://sakurambo.multiply.com/recipes/item/18/Huat_Kueh

Ingredients:
165g castor sugar
Pinch of salt
200ml water
300g rice flour
1/2 tsp baking powder
200ml water
1 tbsp Eno fruit salt
A few drops of food colouring (e.g. red, yellow etc)

Directions:
Bring water, sugar and salt to boil. Stir the syrup and leave aside to cool.

Sift rice flour and baking powder into a mixing bowl. Add water and colouring (if any). Mix well.

Pour in syrup prepared in Step (1) and mix to form a batter. Cover it with a damp cloth and leave aside for 30 minutes.

Heat moulds over rapid boiling water for 10 minutes. Remove moulds from steamer and lined with paper cups.

Add Eno fruit salt into batter and stir immediately. Quickly pour batter into moulds.

Steam over rapid boiling water for 15 minutes until Huat Kuih opens up. DO NOT lift the lid in any instance.

NOTES:
The proper preparation of below steps ensures the opening up of Huat Kuih:
Preheat of moulds before batter is poured into moulds.
Addition of Eno fruit salt into batter and steam batter immediately.








Haritu cuba buat bahulu yg jenis bakar tu tapi tak menjadi sgt gara-gara lekat kat acuannya...try plak jenis kukus ni...melekat jugaklah walaupun still boleh keluarkan tapi tak comel dah. Yang letak dlm acuan tart tu senang je nak tanggal. Rasa kuih ni macam apam putri ayu tu cuma yg ni tak de kelapa dan tak letak ovalette.



STEAMED BOLU PANDAN
http://auntyyochana.blogspot.com/2008/04/steamed-bolu-pandan.html

Ingredients:
3 eggs
145 gm. sugar
1/8 tsp. salt
155 gm. Cake flour or Hong Kong flour ) sift together
1/2 tsp. Baking Powder )
100 ml. Santan (coconut milk)
25 ml. pandan juice
a drop of green colouring
1/2 tsp. of Pandan paste

Method:
(1) Whisk eggs , salt with sugar till thick and creamy.
(2) Fold in the flour mixture alternately with the coconut milk.
(3) Add in pandan juice, green colouring and pandan paste. Fold lightly.
(4) Spoon into greased cake moulds and steam for 15 mins. over high heat.
(5) Cool on wire rack.

Sunday, June 1, 2008

Chocolate Chiffon

2 hari lepas cuba buat chocolate chiffon, tak berapa menjadi. Atasnya merekah sikit dan jugak kecut sikit lepas dah sejuk. Masa tonggengkan acuan tu kek tu terkeluar le plak walaupun tak griskan acuan pon. Bila potong nampak masih lembap sikit so I guess tak cukup masak lagi. Haritu utk pandan chiffon guna suhu 160 C, api atas dan bawah selama 45 minit dah elok masak so ingatkan oklah. Patut tambah lagi 5-10 minit rasanya utk chocolate chiffon ni...resepi pun suruh masak sampai sejam, tu la degil..he..he..
p/s: baru beli acuan chiffon weekend haritu, size 20cm(RM 13.90) je sebab oven kecik...kalau lebih dari tu tak muat dah.





Maisya guna resepi dari blog Yochana.

Chocolate Chiffon Cake
http://auntyyochana.blogspot.com/2006_08_01_archive.html

Ingredients:

4 Egg yolks
40 gm. cocoa powder
130 ml. water
130 gm. sugar
1/4 tsp. salt
150 gm. cake flour -maisya guna tpg biasa, keluarkan 1 tbs dan ganti dgn 1 tbs tpg jagung
1 tsp. Baking powder
85 gm. Cornoil

4 Egg white
90 gm. Sugar
1/8 tsp. Cream of Tartar-maisya guna jus limau kasturi

Method:

(1) Sieve all dry ingredients together.
(2) Add egg yolks, water and sugar into dry ingredients ans stir till smooth.
(3) Add in cornoil and stir till smooth.
(4) Beat egg white with cream of tartar and slowly pour in the sugar till finish and beat for about 2 mins until stiff.
(5 Fold egg white with egg yolk mixture and pour into a 23 cm or 25 cm. chiffon cake pan.
(6) Bake at 175C for about 1 hour or till skewer comes out clean.
(7) Invert chiffon cake immediately onto a wire rack and let it cool before removing from pan.
(8) Slice and serve.