Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

Pancake

Imej
Pancake adalah antara hidangan yg senang disediakan utk sarapan...boleh makan macam tu je, curahkan madu/syrup atau ditambah inti;kalau letak kacang tanah, krim jagung dan gula jadiklah apam balik, kalau letak kacang merah jadik dorayaki. Nie dorayaki Pancake Mix rasanya memang byk dijual, kalau nak senang boleh beli saja yg tu. Maisya selalunya buat sendirilah adunannya...nie antara resepi yg pernah maisya gunakan. Pancake recipe posted in FNR by sis blackmore 100gm flour 2 tsp baking powder 2 tsp sugar 1 egg 125ml milk 1 tbsp melted butter - disejukkan ...cara ...tepung...baking powder dan gula disatukan...masukkan telur dan susu dan kacau adunan hingga rata...kemudian masukkan butter cair tadi...kacau hingga rata... ...panaskan kuali non-stick......curahkan sesenduk adunan ini dan masak macam biasa lerrr... Resepi yg sis blackmore bagi tu asalnya dari Nigella Lawson...tapi cari kat internet jumpa yg lain sikit dari tu...yg ni tak pernah cuba lagi tapi saja nak simpan, boleh try lain

Ikan Kukus

Imej
Menu sempoi tatkala malas nak masak. Ikan Kukus Seekor ikan( ikut suka la nak guna ikan apa ) bawang putih - dihiris halus halia -dihiris halus serbuk lada hitam kicap tiram garam lobak merah- dihiris halus air perahan limau kasturi Bersihkan ikan, perapkan ikan dengan semua bahan kecuali lobak merah. Sebelum kukus, taburkan hirisan lobak merah. Kukus hingga masak.

Moi

Imej
Sekarang dok tgh selsema lagi...anak-anak pon semua berhingus je semua...makan apa pun kurang best sebab hidung tersumbat, kurang deria rasa. Ternampak moi ni kat fp kak amal ...terus buat, tapi guna apa yg ada kat rumah je la...telur tu tak letak sebab tak suka sangat telur separuh masak. Lobak asin tak de so maisya goreng carrot yg dah dihiris nipis. best betul makan masa panas-panas...kalau ada sambal tu mesti lagi terangkat tapi sebab malas, tak buat...lagipun orang lain tak makan pedas. * moi = bubur nasi.... moi ni panggilan orang utara rasanya sebab before kawin maisya pun tak pernah dengar jugak...family maisya panggil bubur nasi ni kanji Moi Londo http://amal5041.fotopages.com/?entry=1620484 2 pot beras di cuci dan dimasak dgn 10 cwn air (Masak hingga menjadi bubur nasi... taruk 2 ketul halia yg diketuk utk ambil baunye ) Ikan bilis -digoreng Isi ayam direbus dan disiat-siat.. Telur separuh masak ( tak letak ) Dimakan bersama-sama: Minyak bwg putih dan halia (cincang 3 ulas

Chocolate Biscotti

Imej
Bila buat biscotti mesti teringat kat Shima ...your hubby dah tak request soh buat biscotti ke? Double Chocolate Biscotti http://allrecipes.com/Recipe/Double-Chocolate-Biscotti/Detail.aspx Submitted by: Janet Allen Rated: 5 out of 5 by 120 members Prep Time: 25 Minutes Cook Time: 40 Minutes Ready In: 1 Hour 20 Minutes Yields: 36 servings INGREDIENTS: 1/2 cup butter, softened 2/3 cup white sugar 1/4 cup unsweetened cocoa powder 2 teaspoons baking powder (maisya letak 1 tsp je) 2 eggs 1 3/4 cups all-purpose flour 4 (1 ounce) squares white chocolate, chopped (tak letak) 3/4 cup semisweet chocolate chips (tak letak) DIRECTIONS: 1. In a large mixing bowl, cream butter and sugar with an electric mixer until light and fluffy. Gradually beat in cocoa and baking powder. Beat for 2 minutes. Beat in the eggs one at a time. Stir in flour by hand. Mix in white chocolate and chocolate chips. Cover dough, and chill for about 10 minutes. 2. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Divide dough i

Mee Kantonis

Imej
Resepi ada kat sini: MEE KANTONIS Muffin Coklat , resepinya maisya guna yg ni : DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN Tengok gambar atas ni...adunan yg sama tapi dengan acuan yg lain dan cara bakar yg sedikit berbeza ...yg hujung kiri dan kanan, maisya bakar letak atas redai oven(yg macam jaring tu), guna acuan tart dan jugak yg btk 4 segi...muffin merekah dengan elok Yg tengah tu guna acuan muffin(yg jenis sebijik-sebijik) tapi letak atas oven tray...merekah sikit-sikit je tapi ok jugak rupanya...kalau guna tray nampaknya, haba jadik kurang kuat so muffin kurang rekahannya. *nie nota/peringatan utk diri sendiri sebenarnya

Sambal Tempoyak Masak

Imej
Tempoyak Masak tempoyak ikan bilis/udang kering- ditumbuk cili merah dan cili padi-ditumbuk serai-ditumbuk daun kunyit-dihiris halus daun limau purut-dikoyak-koyakkan serbuk kunyit garam air campur semua, gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga pekat...sentiasa kacau supaya tak hangit.

Castella

Imej
Castella or Kasutera is a popular Japanese sponge cake made of sugar, flour, eggs, and starch syrup, very common at festivals and as a street food. Now a specialty of Nagasaki, the cake was brought by way of Portuguese merchants in the 16th century. The name is derived from Portuguese Pão de Castela, meaning "bread from Castile". Castella cake is usually sold in long boxes, with the cake inside being approximately 27cm long. It is somewhat similar to Madeira cake, also associated with Portugal, but its closest relative is pão-de-ló, also a portuguese cake. Note that there are similar types of sponge cakes named after the same fashion, in French: Pain d'Espagne, in Italian: Pan di Spagna, in Greek: Pantespani (Castile is a former kingdom of Spain comprising its central provinces, thus Pain d'Espagne and other variants are quasi synonymous to "bread from Castile"). Read more infomation at http://en.wikipedia.org/wiki/Kasutera Sebenarnya tak pernah makan kek ni

Acar Ikan Tenggiri

Imej
Resepi ambik kat fotopages maklang ,kurangkan cili sebab anak-anak(& hubby) tak tahan pedas. Acar Ikan Tenggiri Sumber : Variasi Masakan Mami-Hjh Fadhilah Hanoum http://ulampegaga.fotopages.com/?entry=1172570 Bahan 2 keping ikan tenggiri – gaul ngan kunyit & garam. Goreng jangan terlalu garing. 2 biji bawang besar – dibelah 4 3 biji cili merah – dibelah 2 1½ cwn air 7 sm minyak goreng ikan tadi 1 sm gula 2 st cuka masak ½ st jintan manis } ½ st jintan putih } disangai & ditumbuk halus 2½ sm ketumbar } Garam Bahan Kisar : 10 cili kering 4 biji bwg merah 4 biji bwg putih Kunyit hidup Halia Cara Satukan bahan kisar dengan ketumbar,jintan manis dan jintan putih hingga sebati. Tumiskan dalam kuali dan goreng agak lama hingga garing. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rempahnya wangi. Kemudian, masukkan ikan goreng, bawang besar, cili merah, cuka, gula dan garan…kacau rata hingga elok pekatnya…tutup api.

Cendawan Goreng Celup Tepung

Imej
simple je resepi ni, belajar dari mak & adik maisya haritu masa balik kg. Before ni selalu buat jadik lembik je cendawan tu, kali ni memang rangup...tapi tak tau le next time buat boleh menjadik ke idak sebab resepi tak de sukatan, Cendawan Goreng Celup Tepung Cendawan tiram-dibersihkan dan toskan, lap bagi kering kalau lembap sangat tepung gandum tepung beras tepung jagung air kapur garam rempah(ikut suka nak letak apa, kari ke..maisya letak rempah masala) air Semua bahan-bahan(kecuali cendawan) digaul sebati. Nisbah setiap tepung tu maisya letak sama byk je setiap jenis. Adunan ni jangan terlalu cair. Celup cendawan dalam adunan dan goreng hingga garing.

Pokok Kesum utk Cik Puan Kesum

Imej
Cik Puan Kesum request nak tengok gambar pokok kesum maisya yg baru ditanam tu...macam ni la rupa dia...boh dlm bekas kecik je, nanti nak pi beli pasu besar sikit...tanah pun nak kena beli jugaklah. Rumah ni semua kawasan dah kena simen...tanah yg ada tu pun haritu ambik kat rumah mertua. Setakat ni nampak ok..harap-harap boleh terus hidup

Lauk-pauk

Imej
Resepi ni dapat dari rancangan memasak kat tv masa kat jepun, tapi dlm rancangan tu dia guna mugi-cha(barley tea)...kali ni maisya just guna teh biasa...jap...apa...erk nak bagi nama kat resepi ni? Daging Rebus Teh Bahan-bahan: Daging(biar seketul besar je, tak payah potong-potong) Teh uncang or serbuk Air Cara-cara: Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan uncang teh( teh ni kena pekat so guna 2 atau ikut le byk mana air yg guna ). Biar beberapa minit. Masukkan daging dan masak hingga daging masak dan empuk. Maisya guna pressure cooker so cepat je. Bila dah masak, toskan airnya. Hiris-hiris nipis daging tu dan bolehlah makan dengan apa-apa sos yg kita suka contohnya air asam, sesame seed dressing, etc. Sesuai utk makan dengan daging atau sebagai salad dressing Goma-dare( Sesame Seed Dressing) http://cookpad.com/recipe/268341 30g bijan 1/2 labu bawang besar 1/2 batang lobak merah 1 ulas bawang putih 350ml vegetable oil 100ml cuka 130ml kicap 50g gula(kalau guna kicap manis,

Tiramisu Cake

Imej
Terliur tengok tiramisu kat fotopages kak Linda ...rajinkan diri utk buat tapi guna-barang-barang yg ada kat rumah je so tak begitu original tiramisu ni....dah tu keknya lagik byk dari adunan cheese le plak so tak syok sgt....tapi laju jugak masuk mulut...he..he.. Cheese tu maisya guna homemade cheese je. Kek plak chocolate sponge cake...memula ingat nak try buat Savoiardi @ Lady Fingers Biscuit yg selalu digunakan utk buat tiramisu ni...dah siap salin resepi semua tapi malas le plak sebab putih dan kuning telur nak kena pukul asing-asing....last-last buat sponge cake je senang sikit. Tapi nanti nak try jugak buat biskut tu( nama je biskut tapi dia lembut cam cake jugak)satu hari nanti.. Utk sponge cake maisya guna resepi dari kak Roy (Roylazim fotopages), buat separuh je tapi byk jugak jadiknya...resepi ada kat sini: Chocolate Sponge Cake Utk tiramisu maisya ikut resepi umi_e dari myresipi tapi whipped cream tu maisya ganti dengan yogurt. Masa kat kedai maisya terjumpa yogurt perasa

Sizzling Mee

Imej
Haritu hubby beli mee sanggul so try buat sizzling mee ni. Cendawan shiitake tak de so maisya guna sos tiram cendawan jenama NONA...ok la nak dapatkan sikit rasa cendawan tu...sayur tu bubuh je mana yg ada kat rumah...memang bestla...anak-anak pun suka makan tapi terpedas sikit...lain kali maybe kurangkan or takmo letak cili kering tu. Sizzling Yee Mee Lilydvalley @ myresipi.com http://www.myresipi.com/top/detail/1092 Bahan-bahan ( 2-3 org makan ) 2-3 sanggul (gulung) yee mee 5 ulas bawang putih 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa 3 biji cili kering- potong 2 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat 1/2 in halia- hiris nipis Serbuk lada hitam garam- secukup rasa Beberapa titik Minyak bijan 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air sedikit minyak utk menumis Cara-cara Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya. Masukkan ayam yg telah

Produk dari Kacang Soya

Imej
Nie macam-macam eksperimen yg dibuat guna kacang soya. Haritu dah berjaya buat air soya, tauhu dan jugak okara cookies. Baru-baru ni buat lagi air soya.. so selain dari diminum, ni antara yg berjaya dihasilkan... Tauhu Telur..resepi dah pernah letak dah. Dulu cuba buat guna air soya dlm kotak tu so kali ni try guna air soya homemade ni plak...seperti biasa, susah nak tanggalkan dari acuan...ingat nak alas dengan plastik tapi takde plastik yg tahan panas tu...kat mana ye nak beli?...mm...tak cantik so potong macam-macam bentuk jadiknya..janji boleh makan...ni goreng dan campur sekali masa masak sayur campur. Lepas tu tangan ni gatai plak nak try buat fucuk( betul ke ejaan ni?...dalam bahasa jepun panggil yuba). Tengok cara macam senang so try le jugak buat tapi buat sikit je...sebabnya proses nak buat benda ni lama....kalau buat byk tak larat le plak,lagipun nak try je...lain kali boleh buat byk-byk plak. Tak sangka gak boleh jadik....dapat sikit je so campur jugak dlm sayur campur seka

Kuih Talam

Imej
Dah lama tak buat kuih-kuih talam ni...dulu selalu gak buat kuih lapis..sekarang malas sikit...lagipun kuih-kuih macam ni banyak betul guna santan...tu yang malas tu. Kuih kaswi sebenarnya dah banyak kali buat tapi kadang-kadang jadik kadang-kadang tak...mana taknya, selalu lupa resepi yg mana satu yg jadik dan mana satu yg tak...bila nak buat jenuh gak selongkar file-file resepi tu....yg ni kali ni jadik elok...so better letak kat blog ni, nanti lupa lagi....hu..hu...maisya guna resepi DianaA tapi dah ubah sikit sebab nak buat rasa pandan. Resepi ni ambik kat blog Teratak Chetam. nie resepi asalnya KUIH KASWI sumbangan Diana Bahan-bahan 500 gm tepung gandum 400 gm gula melaka 200 gm gula pasir 125 gm tepung ubi 1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja 1000 ml air Cara Menyediakan Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan. Masak hingga gulanya pekat. Tapis dan sejukkan. C ampurkan tepung ubi, tepung gandum, kapur

Apam Betawi

Imej
Semalam dok belek-belek resepi cari idea nak masak apa utk breakfast...teringin nak cuba apam marble/marmar or apam indon tapi semua guna ovallete(takde stok kat rumah skrg)...so at last buat apam betawi ni....dah lama maklang(ulampegaga fotopages) post resepi tu kat FNR...few years back rasanya, baru ada kesempatan nak cuba. Maisya buat 1/2 adunan je ...rasa apam ni macam bahulu pun ada. APAM BETAWI Recipe posted by MAKLANG at FNR sumber : SAJI 3 cwn tepung gandum 1 1/2 cawan gula kasar( maisya kisar halus supaya senang sebati dgn telur) 5 biji telur 1 sk baking powder Esen vanila Pewarna merah Pukul telur+gula hingga kembang betui (kaler jadi putih dan pekat).Masukkan esen vanila.Baking powder + tepung gandum disatukan,gaul kasi rata dulu dan masukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit (kaup balik).Bahagi kepada 2 adunan, 1 asal dan 1 lagi merah.Tuang ke dalam loyang warna asal diikuti warna merah.Kukus 1/2 jam.Enak dimakan begitu saje atau bersama kelapa