Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

Ramadhan

Selamat menyambut bulan yg penuh keberkatan...bulan Ramadhan. Moga kita diberi kekuatan utk mempertingkatkan lagi amalan kita sepanjang bulan ini dan juga bulan-bulan seterusnya. Puasa melatih kita agar dapat mengawal nafsu, jadi berpada-padalah dengan hidangan kita ketika berbuka dan juga bersahur tu.

Usahalah untuk istiqamah membaca al-quran selepas solat, bersolat sunat terutamanya tarawih (tak semestinya perlu berjemaah di masjid atau surau...bagi yg ada anak-anak kecil macam maisya ni lebih selesa solat tarawih dikerjakan di rumah) serta qiamullail jika mampu...Insyaallah!

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan sya'aban:

"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (lailatul Qadar) yang lebih baik drp seribu bulan. Satu bulan yg Allah S.W.T. telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada ma…

Murtabak Mee Segera

Imej
Dah lama tahu pasal murtabak ni (orang selalu panggil murtabak maggi)..tapi tak pernah makan dan tak teringin plak nak mencuba sebelum ni...entahlah...rasa macam pelik je he..he..

last week masa dok pikir-pikir nak masak apa utk petang tu dengan bahan-bahan yg limited kat rumah ( kes malas nak ke kedai! )...teringat plak kat murtabak ni. Nie pun versi paling sempoi sebab tak de tambah daging ke sayur etc...cuma tambah bawang sikit. Bila makan...rupanya sedap jugak ye murtabak ni...senang nak buat, mengenyangkan plak tu!

Murtabak Mee Segera

1 bungkus mee segera
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 biji telur saiz sederhana
*boleh tambah daging/sayur etc

-Mee segera direbus hingga lembut dan toskan.
-Gaul rata mee dengan perencahnya( maisya guna perasa kari...kalau tak mau guna perencah tu boleh letak serbuk kari biasa tu).
-Tambah bawang dan gaul rata.
-Pecahkan telur dan kacau sedikit.
-Gaul mee tadi bersama telur( kuantiti telur ni tak boleh byk sgt...nanti jadik cam telur dadar plak...tapi kala…

Thank You

Imej
Terima ni dari Bal ( http://balquen-blog.blogspot.com/ ). Terima kasih sekali lagi....akak dah sental-sental sikit award ni bagi lebih berkilat..akak tgk dah ramai dapat award ni so tak payah le nak pass lagik eh.

Bukan Biskut Raya!

Imej
Ramai yg buat entry pasal biskut raya kan...maisya tak tau lagi nak buat biskut apa tahun ni...biskut-biskut kali ni bukan biskut raya...nie saja-saja buat utk makan je.


Yang ni ikut resepi dari Shima tapi dah ubah sikit ikut apa yg ada kat dapur Maisya je...so biskut ni dah tak jadik Double Choc Chip tapi jadik Biskut Nestum..he..he.. Sedap biskut ni...rangup je...bila start makan dah tak boleh nak berhenti!

DOUBLE CHOC CHIP COOKIES
resepi: shima (http://shima27.fotopages.com/?entry=1627736)

350gm butter (maisya guna marjerin)
1 cwn gula
1/2 cwn serbuk koko
2 1/2 cwn bubble rice/rice krispies (maisya guna nestum)
1 1/2 cwn choc chip (tak letak)
1 cwn mixed nuts - dibakar dulu hingga keperangan (tak letak)
1 cwn tepung jagung
2 cwn tepung naik sendiri

CARA:
1. panaskan oven 180 celcius(maisya guna suhu 160 C, api atas dan bawah)...sementara tu pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkan serbuk koko...kacau sebati.
3. bubuh bubble rice, choc chip & nuts..kacau sebati lg
4. masukkan tepung …

Hadiah

Imej
Dapat hadiah ni dari adik Shima ( http://shima27.fotopages.com/ ) yg sgt pandai masak tu...hidangan dia sentiasa nampak macam hidangan kat hotel, teringin akak nak pi makan kat umah shima tapi jauh sgtlah! Terima kasih byk-byk ye bagi akak hadiah ni.



Maisya pass plak hadiah ni kepada ....mmm..nak bagi kat siapa ye?...maisya bagi kat Sue (http://sofwat.fotopages.com/ )...busy sungguh dia sekarang, rindu nak tgk update terbaru kat fotopages dia.

Bun Sosej Berpintal

Imej
Resepi dari kak Noormasri. Resepinya simple cuma susah sikit nak bentukkan dia...kak Noor ada ambik gambo step by step. Gambar-gambar di bawah ni gambar sumbangan kak Noormasri(Izinkan maisya letak kat sini ye)






BUN SOSEJ BERPINTAL resepi sumbangan NoorMasri di FNR

Bahan-bahan :

400 g tepung roti (strong white bread flour) (maisya guna tepung gandum biasa, tambah baking powder 3/4 sudu kecil)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu kecil garam (paras rata)
1 sudu besar gula castor
3 sudu besar minyak masak (maisya guna 1 sudu besar marjerin & 2 sudu besar minyak)
250 ml air suam (warm)
10 batang sosej ayam
sedikit sayur campur
sedikit sos tomato
sedikit mayonis

Cara membuat:

Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan air. Gaul rata hingga jadi doh.
Tambah minyak dan uli sehingga menjadi doh yg lembut.
Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tu…

Another award

Imej
Dapat award ni dari kak Pinat(http://pinatbate-alwan.blogspot.com/) . Tq so much!
Oleh kerana dah pernah dapat the same award before so rasanya kali ni tak payahlah nak pass lagi award ni(err...sebab tak berapa ramai kenalan blogger ni..) ...ok ke kak Pinat? Tapi kalau sesapa yg rasa nak bawak balik award ni dipersilakan..

Donut Muffins

Imej
Tengah dilanda kemalasan untuk meng'update' blog..hu..hu..

Resepi muffin yg maisya cuba kali ni agak menarik sebab combination of donut & muffin. It is suppose to taste like a donut( a cake-donut type not the yeast-donut type )....mmm..not sure about that, but these muffins taste really good!

The original recipe suruh guna shortening tapi Maisya guna marjerin sebab tak berapa suka guna shortening. Lagipun ada jumpa resepi yg sebijik serupa dgn ni cuma dia guna minyak instead of shortening...kalau nak guna butter pun ok kot?

Sebelum cuba resepi, jom kita baca sikit dulu artikel ni:

A Muffin That Tastes Like a Doughnut
http://www.taunton.com/finecooking/articles/how-to/doughnut-muffins.aspx
Enjoy authentic doughnut flavor in an easy to make muffin; best of all, there's no frying
by
Kathleen Stewart

They may look like muffins, but they taste like doughnuts. A dip in melted butter lets the cinnamon-sugar coating stick.
I love doughnuts, but oh, the work involved in making them: the…

Tempe Goreng Berempah

Imej
Selalu goreng dengan garam kunyit je...kali ni buat yg lain sikit...jumpa resepi ni kat fotopages Shima. Sambal kicap tu tak buat pun sebab malas. TEMPE GORENG BEREMPAH
resepi asal: majalah saji/Kak Muza (FRD)
http://shima27.fotopages.com/?entry=1560743

6 keping tempe - dipotong
10 ulas bwg merah - ditumbuk/kisar
3 ulas bwg putih - ditumbuk/dikisar
125gm rempah kari daging
1 sudu teh perencah ikan bilis (maisya tak letak)
60gm tepung jagung
1 sudu besar cili kisar
garam
sedikit air
500gm minyak masak (utk menggoreng)

sambal kicap:
5 tangkai cili merah - ditumbuk/dikisar
3 tangkai cili padi - ditumbuk/dikisar
125gm kicap pekat
5 sudu kecil gula - adjust ikut rasa
3 sudu kecil sos cili & sos tomato - adjust sendiri
** kicap cair secukupnya – kalau perlu

CARA:
1. satukan bhn2 kisar/tumbuk dgn rempah kari, perencah ikan bilis, tepung jagung, air & garam..gaul rata & adunan mesti pekat
2. ambil tempe & celupkan/sapu rata dgn pes...perap seketika
3. panaskan minyak...goreng tempe hingga perang &a…

Teh Tarik

Imej
Jumpa resepi ni kat myresipi, tertarik dengan rupa dia, berlapis-lapis....tak pernah jumpa lagi teh tarik macam ni so cuba buat...first time buat tapi jadik sgt layernya. Ikut sukatan yg diberi tu dapat byk..cukup utk 2 gelas...gelas maisya kecik kot? Cubaan seterusnya maisya kurangkan sukatan air utk susu tu...agak-agak boleh dapat 1 gelas bila dah campur dengan teh tu nanti...lepas beberapa kali buat barulah cantik sikit...teh tarik ni rasa dia biasa je...cuma rupa dia tu yg menarik. Mengikut kata empunya resepi...selain teh boleh jugak ganti dengan kopi, milo, etc....belum cuba lagi versi yg lain tu....oh ya, bila nak minum tu kacau le dulu ye..
Air Teh Tarikku
siti mariam @ myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/5065
Bahan-bahan ( 1 gelas )
2 uncang teh
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu cair
Cara-cara
-rebus the dengan 1/2 cawan air (rebus sampai air teh tu tinggal 1/3 cawan je)...
-campur susu pekat & susu cair dengan 1 cawan air panas, tarik sampai berbuih
-tuangkan…

Award

Imej
Dapat ni dari MamaFaMi, tq! Sesapa yg dapat ni dari Maisya kalau rajin panjangkan kepad 7 org blogger yg lain, kalau malas just ambik je benda ni dan letak kat blog...tak kena denda/saman pun kalau tak ikut rules tu kan...(..he..he..ikut suka hati je tukar rules sendirik...sorry ek mama)...
Thank you so much MamaFaMi( http://mamafami.blogspot.com/)for passing this award to me.....

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.

Here are the rules to follow:
When you receive the prize you must write a post showing it, together with the name of who has given it to you, and link them back. Choose a minimum of 7 blogs (or even more) that you find brilliant in their content or design. Show their names and links and leave them a comment informing they were prized with ‘Brilliant Weblog’. Show a picture of those who awarded you and those yo…

Banana Pancake

Imej
Ada 2 versi banana pancake ni..satu versi pisang dilenyek dan digaul bersama adunan pancake, satu versi lagi pisang dipotong-potong dan cuma disusun atas pancake.
Yang ni versi pertama, guna resepi dari kak liza...gebu dan lembut je pancake ni. Tak jumpa plak resepi ni kat fotopages kak liza so copy dari mamaFaMi BANANA PANCAKE (Hanieliza)

Ingredients :

8 ripe bananas ~ mashed
Salt
1 tablespoon sugar
2 tablespoons milk powder
1 egg
1 cup flour
1 teaspoon bicarbonate soda
a bit of margarine

Method :

1. Sift flour with bicarbonate soda. Set aside.
2. Mix well the mashed bananas, salt, sugar and egg.
3. Fold in the sifted dry ingredients till well incorporated.
4. Heat the non-stick pan and grease with a bit of margarine.
5. Put a spoonful of the batter onto the pan and flatten it.
6. Cover the non-stick pan and let the bater cook till golden brown. It's best done on medium heat to avoid the blackish color.
7. Flip over, so that the other side will get cooked as well.
8. Serve with honey or golden syr…

Fatt Koh @ Huat Kueh

Imej
Resepi yg sangat sempoi...bahan-bahannya mudah dan hasilnya superb! Ada persamaan dengan mushi-pan yg maisya buat guna pancake mix haritu....tapi yg ni lebih sedap dan gebu. Resepi asal dari blog Lily Ng tapi maisya dah ubah sikit bahan-bahannya. Gula tu kalau rasa macam byk sila kurangkan, maisya rasa ok je.



Brown Sugar Fatt Koh

Ingredients:
250 gm self rising flour(maisya guna 240 gm tpg gandum + 3 teaspoons baking powder)
140 gm soft brown sugar(bukan gula merah tu tau..ni soft brown sugar yg halus tu)

100 ml air suam
150 gm santan pekat

garam

Method:
Panaskan periuk kukus.

Griskan acuan dengan minyak.
Larutkan gula dalam air suam, tapis dan sejukkan.
Campurkan semua bahan, whisk until thick and smooth.
Tuangkan adunan ke dalam acuan hingga 90% penuh( supaya dia merekah dengan cantik).

Kukus dengan api besar selama 15 minit( atau lebih jika acuannya besar )

*maisya buat dapat 8 biji saiz besar

Pulut Durian

Imej
Tengah musim sekarang ni so buat jugaklah entry pasal durian ...sebenarnya kat rumah ni selalunya durian tu habis makan macam tu je tak sempat nak buat kuih ke kek ke pengat ...anak-anak bukan makan sgt durian, maisya & hubby le yg byk makannya...lepas tu malam tak nyenyak tido sebab hangat!! Kalau rumah ada aircond best jugak...haritu kami pakat tido kat living room je...kipas syiling on, tambah lagi kipas berdiri tu 2 bijik..ha...ha..

Pulut durian ni rasanya dulu-dulu tak biasa makan...kalau durian gaul dengan nasi tu biasa jugak tengok. Durian makan dengan pulut & santan ni kiranya sesuatu yg agak baru bagi maisya....sedap memang sedap tapi tak boleh makan byk ye...

Pulut Durian

untuk pulutnya:
2 cawan beras pulut - dibersihkan dan direndam lebih kurang 3 jam
2 cawan air
Daun pandan

Toskan pulut, masukkan ke dalam loyang dan tambahkan 2 cawan air. Letakkan jugak daun pandan. Kukus hingga masak( dalam 20 minit )

untuk santannya:
Santan - agak-agaklah kepekatannya ye
Garam
Daun Pandan

Ma…

Curry Laksa

Imej
Hidangan yg agak menarik...kuahnya tu basicly adalah kuah mee kari cuma ada tambahan daun kesum, bunga kantan, asam keping...macam buat laksa.... resepi asal ambik kat fotopages maklang tapi maisya buat ikut apa yg ada kat rumah je...



Curry Laksa Nyonya
http://ulampegaga.fotopages.com/?entry=1141163
sumber : chef lotffi

Bahan-bahan kuahnya:
Isi ayam dalam semangkuk kecil (maisya guna beef)
Udang sederhana besar dlm 15 ekor
Bawang merah 4 ulas } ditumbuk halus
Bawang putih 3 ulas }
Daun kesum dlm 3-4 tangkai - dihiris halus
Bunga kantan dlm 3-4 batang - dihiris halus
Cili blender dalam 6 sudu besar (tak letak..takut pedas sgt)
Rempah kari 6 sudu besar
Asam keping 1-2 keping
Air agak2 dalam 3 cawan..
Santan dari sebiji kelapa (maisya guna fresh milk)
Fish ball & fish cake (tak letak)
Garam & gula secukup rasa..
Serai (dititik )
*Maisya tambah kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang semasa tumis tu.

Bahan-bahan mee :
Mee kuning- dicelur
Taugeh -
Sengkuang - dihiris batang mancis
Timun - dihiris batang …

Chocolate & Blueberry Parfait

Imej
Sekarang ni cuaca agak panas..tambah plak tgh musim durian....bertambah panas le badan ni bila dah makan durian...haritu jengok fotopages kak Linda ternampak Ichigo Parfait...tergoda la plak...masa puasa 27 Rejab haritu buat ni utk berbuka...simple je nak buatnya, just lapiskan je adunan cheese dengan apa yg kita suka...kalau ada cornflakes, biskut( dihancurkan ) ke boleh letak kat lapisan bawah sekali dan jugak atas sekali...pendek kata bubuh je apa yg kita nak.



Chocolate & Blueberry Parfait

Adunan cheese:
1 cawan cream cheese ( maisya guna homemade cheese, rujuk nota di bawah )
1/2 cawan sour milk ( sila rujuk nota di bawah )
2 sudu besar powdered sugar

Pukul semua bahan hingga sebati dan smooth. Nisbah bahan-bahan ni sebenarnya boleh adjust sendiri..nak lebihkan cheese ke etc...ikut selera masing-masing.

Chocolate Syrup:
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan air
1/2 cawan gula
garam
1/2 sudu teh esen vanilla

Gaul rata semua bahan( kecuali esen vanilla) dan masak dengan api sederhana hingga mendid…