Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri

Tinggal beberapa hari je la nak raya...kat kedah ni esok dah start cuti tapi maisya 30hb nanti baru balik kg kat Kuala Kangsar. Dah lama tak update blog ni walaupun byk sebenarnya resepi yg nak dikongsi tapi malas le plak. Nak letak gambar biskut raya pun tak de sebab tak buat lagi so maisya letak kad raya utk tahun ni. Ni gambar Masjid Ubudiah kat Kuala Kangsar...ambik gambar ni masa raya tahun lepas masa singgah solat kat situ...cantik plak gambar tu so sesuai nak dijadikan kad raya.


Nak ambil kesempatan mohon maaf kepada rakan-rakan blog dan juga fotopages yg selalu maisya singgah utk carigali resepi..he..he..halalkan resepi-resepi yg maisya copy & paste kat blog ni( tapi maisya selalu tulis dari mana sumber resepi tu ).

Kita jumpa lagi lepas raya nanti ye! Sesiapa yg baca entry ni silalah angkut kad raya ni dan tampal kat blog/fotopages masing-masing( nak hantar sendiri tak boleh )

Saturday, September 20, 2008

Kad Raya


Yeay dapat kad raya dari Zira...sekarang ni dapat kad raya digital je la eh....tak ingat dah bila kali terakhir dapat kad raya melalui pos...dulu masa sekolah rendah boleh dapat berpuluh-puluh kad raya! Tq Zira, nanti akak balas ye( tak buat lagi kad raya utk tahun ni )
Nie tambahan beberapa lagi kad raya yg maisya bawak balik dari rumah kawan-kawan


dari rumah bal
dari rumah kak jasmeen
dari rumah kak tun

dari rumah maklang

dari rumah mamafami

Wednesday, September 17, 2008

Savoury Quickbread

Haritu ada tengok Chef Wan buat savoury muffin kat tv...tak salin le plak resepinya. Dia kata boleh nak letak dalam bekas muffin or just letak dalam loaf pan. Nie maisya modified dari resepi Basic Muffin Sue supaya jadik savoury muffin dan bakar dalam loaf pan. Sangat sesuai kalau buat untuk breakfast.


SAVOURY QUICKBREAD

Bahan A
2 cwn tpg gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
* tpg gandum & baking powder tu ayak 3 x

Bahan B
1 biji telur size besar
1 cwn susu segar
1/4 cwn minyak
* bhn B ni satukan, just pukul dgn whisker untuk sebatikan

Bahan C
1/2 labu bawang besar -dihiris
2 sosej - dihiris
daun sup/daun bawang/kucai -dihiris
garam
minyak utk menumis
serbuk lada hitam
1/2 lobak merah - dihiris halus

Bahan D
Sos tomato

1. Panaskan oven 175'C.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga sedikit layu. Tambahkan sosej dan lobak merah. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata. Masukkan daun sup/daun bawang/kucai, gaul rata dan tutup api. Setelah sejuk, campurkan bersama bahan B. Kacau rata.
3. Gaul rata bahan A. Lubangkan di tengah-tengah.
4. Tuangkan adunan dari langkah 2. Kaup balikkan adunan, jgn terlalu lama menggaul.
5. Tuangkan ke dalam loaf pan yang sudah digris dengan butter. (boleh jugak letak dalam muffin pan )
6. Sapukan sos tomato pada permukaannya.( kalau nak letak mayonis atau cheese pun boleh jugak )
6. Bakar guna api atas dan bawah, bakar selama lebih kurang 30 minit.





ni gambar-gambar roti yg buat kebelakangan ni:

Yang ni semua guna resepi
Bun Sosej Berpintal...cuma tukar rupa dan inti dia je.
Letak jem strawbrry kat atas dia.


Inti sardin
Nie pun inti sardin. Cara maisya buat bentuk bun ni boleh tengok gambar bawah ni
Canai bentuk 4 segi panjang, letak inti kat tengah. Potong menyerong dengan pisau kat kiri dan kanan. Lipat bahagian kiri dan kanan berselang-seli menutupi inti tu.



Nie guna resepi yg sangat berguna tatkala malas nak menguli tapi terasa nak buat roti...
Double-Quick Bread



Spread The Love


Received this from Shinky ( http://lifeoffaristeyfamily.blogspot.com/ ). Thank you so much...suka baca your blog.


Tuesday, September 16, 2008

Apam Tapai & Apam Marmar

Kat kg Maisya...famous gak apam yg letak dalam daun pisang macam ni tapi Maisya tak tau resepi dan nama sebenar apam tu...gebu dan putih melepak je apamnya. Yang ni apam tapai biasa je tapi saja alas loyang dengan daun pisang. Apam tapai selalunya guna eno tapi maisya malas nak ke kedai semata-mata nak beli eno so guna yis kering ...nasib baik jumpa resepi ni kat Fp kak Masriyah.


APAM TAPAI BERAS
resepi asal dari http://mariha.fotopages.com/?entry=1582325


Bahan A
1/2 cawan tepung beras ] ayakkan
1/2 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan gula
1/2 s/kecil yis kering

Bahan B
1/2 cawan tapai nasi
3/4 cawan air

pewarna (jika suka)

kelapa parut [muda] ]
garam ] gaulkan

Cara
1. Gaulkan bahan A sama rata.
2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
3. Bubuh pewarna jika mahu.
4. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam
5. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
6. Sapukan minyak pada loyang/alaskan loyang dengan daun pisang dan tuangkan adunan.
7. Kukus selama 10 - 12 minit.
8. Bila telah masak sejukkan.
9 Keluarkan kueh dan hidangkan bersama kelapa parut yg telah digaulkan dengan kelapa.



Apam yang ni plak memang dah terkenal kat alam siber ni...Gebu dan lembut.



Nie sukatan untuk separuh dari resepi asal


APAM MARMAR
http://www.myresipi.com/top/detail/871

resepi dari Mat Gebu di myresipi

1 cawan tpg gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
100 ml santan
1/2 cawan gula halus
1 biji telur Gred A
1/2 camca teh vanila esen
1/2 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

-Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
-Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
-Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
-Dalam loyang yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
-Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Monday, September 15, 2008

Bubur Lambuk


Antara menu wajib bulan puasa kan...kadang-kadang surau kat sini pun ada buat tapi kalau buat sendiri boleh la makan byk sikit. Kalau dulu mak selalu masak kanji (bubur nasi) ni kosong je...lepas tu makan dengan kerabu taugeh. Kali ni maisya makan dengan kerabu kacang botol

BUBUR LAMBUK
quinnie @ myresipi
http://myresipi.com/top/detail/5478


1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak (minyak masak / minyak kelapa)
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
daging
segenggam udang kering
2 helai daun pandan
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan kasar
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cawan santan pekat
6 biji bawang merah - buat bawang goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara
-panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
-lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
-kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
-lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
-dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
-masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
-selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
-kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
-bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


KERABU KACANG BOTOL

Kacang botol - dipotong kecil
Bawang besar - dihiris
Cili merah/cili api - ditumbuk
Udang kering - direndam dalam air panas, toskan dan tumbuk
Serai - ditumbuk
Kerisek
Air perahan limau kasturi
Gula & garam
*Maisya saja tambah daun selom, daun kesum sikit

Gaul semua bahan.

Thursday, September 11, 2008

Baked Bittersweet Mousse

Selalu takut nak cuba buat mousse sebab penggunaan telur yg mentah tu...ni terjumpa resepi baked mousse so try buat. Tak tau le sama ke tak antara mousse yg biasa dengan yg baked ni tapi memang sedap( bagi yg sukakan coklat la)...maisya tak de bekas ramekin so letak dlm cawan je.



Baked Bittersweet Mousse
http://www.insanitytheory.net/kitchenwench/2008/08/04/silky-soft-baked-bittersweet-mousse/
(from ‘Bittersweet‘ by Alice Medrich)

Ingredients (makes approx 4 cups/6 serves)
170g bittersweet chocolate, finely chopped
1/4 cup milk (or water or coffee or 1/2 cup heavy cream)
3 large eggs, at room temperature
3 tbsp caster sugar

Double cream, strawberries and pure icing sugar, to serve

1. Position rack in lower third of oven and preheat oven to 160 degrees C.

2. Place chocolate and milk in a heatproof bowl, then place over a pot of barely simmering water (make sure the bottom of the bowl doesn’t touch the water) and stir till the chocolate has almost completely melted, then remove the bowl and continue to stir till the liquid is completely smooth. If using a liquor, stir in at this stage.

3. In a seperate bowl, whisk together the eggs and sugar till well blended, then use an electric mixer to beat the eggs at high speed for 3-4 minutes or till the eggs have a texture like softly whipped cream and are light and very fluffy.

4. Fold 1/4 of the eggs into the chocolate, then half the remaining eggs till almost blended. Fold in the remaining eggs till evenly incorporated and smooth. Divide among ramekins, then place ramekins in a high-sided baking tray.

5. Boil a kettle of water then fill the baking tray till water comes halfway up the sides of the ramekins, then bake till the centre of the mousses reads 70 degrees C (or just bake for about 15-18 minutes till the tops feel barely set). Remove from the oven and allow ramekins to cool for at least 10 minutes, then garnish with a dollop of softly whipped cream, a strawberry and a light dusting of icing sugar.


Monday, September 8, 2008

Roti Canai

Ini ntah kali yg keberapa buat roti canai guna resepi dari Niceghost ni....rasanya kali ni paling berjaya antara cubaan-cubaan sebelum ni. Dulu selalu senang koyak bila tebar dan tarik doh tu dan bila masak plak jadik keras sikit...rasanya teknik buat tu tak berapa betul... dulu adunan tu maisya tak uli betul-betul...kali ni maisya uli macam buat roti tu( dah namanya pun roti kan...)...dekat 15 minit dok uli dan banting adunan tu barulah peram. Hasilnya baru la ok...tapi still tak perfectlah macam kedai punya kan. At least kali ni anak-anak pun makan laju jer.

Ni gambar masa ntah bila punya...dah lama sgt simpan gambar ni...beberapa tahun yg lalu punya gambar rasanya. Tak reti nak buat yg style sanggul tu so just lipat-lipat jadik bentuk 4 segi.

Yang ni yg paling latest...oklah kan rupa dia. Baru berjaya buat yg style bulat ni.

Ni letak telur so jadiklah roti telur

Yang ni buat tahun 2006...buat murtabak.


ROTI CANAI
resepi sumbangan niceghost99 di FNR

3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat nya:
1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tp campur semuer kalau pakai mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjarin

Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat,
tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.

Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)
Dan saluti dgn marjarin utk mengelakkan ia dari melekat.(maisya salut dengan minyak)
Tinggalkan selama 2 jam.

Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing

lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu


Di sini PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais


Nie gambar step by step cara nak membentuk roti canai.
Bentuk 4 segi:


Bentuk sanggul

* untuk bentuk sanggul ni lepas doh ditebar senipis mungkin, tarik satu hujung sambil lipat macam nak buat kipas kertas tu. Lepas tu gulung dari dua arah, tindih 2 gulungan tu dah tekan sikit. Bila nak masak leperkan sikit guna tangan.


Saturday, September 6, 2008

Puding Permata

Tergoda dengan rupanya yg cantik....dah lama nak cuba tapi bulan ramadhan je yang rajin nak buat puding & agar-agar ni so baru sekarang buatnya. Sedap cuma agak manis sikit.

PUDING PERMATA
http://myresipi.com/top/detail/3756
rossitamz @ myresipi.com

Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )

** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair/susu segar
125gm gula pasir (maisya letak 12 sudu besar)
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar

** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair/susu segar
250gm gula pasir (maisya letak 20 sudu besar)
10gm serbuk agar-agar (maisya letak 2 sudu besar)
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air

Cara-cara
** Untuk agar-agar :
Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih. (maisya masak air dengan serbuk agar-agar sampai larut. Lepas tu tambah gula...bila gula dah larut tambahkan susu yg dah dibancuh bersama serbuk koko)
Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.

** Untuk kastad :
Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat. (Maisya masak air dengan serbuk agar-agar hingga larut. Lepas tu masukkan gula dan bila gula dah larut masukkan susu dan juga bancuhan tepung kastad)
Tuang ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Friday, September 5, 2008

Granola

Inilah hidangan untuk sahur maisya dan hubby sepanjang bulan puasa ni. Tuang je susu panas, dah boleh makan ...last year just makan oat plain macam tu je...this year try buat granola ni...sedap sikit nak makan sebab ada rasa macam-macam. Nie guna resepi yg paling sempoi...lepas ni nak try resepi yg lain plak.

*Granola = cereal made of especially rolled oats with dried fruits and nuts and honey or brown sugar (
wordnet.princeton.edu/perl/webwn)

CRUNCHY GRANOLA
book: Cooking Thin with Chef Kathleen by Kathleen Daelemans

1 cup firmly packed dark brown sugar
1/2 cup water
4 teaspoons vanilla essense
1 teaspoon salt
8 cups rolled oats
(maisya guna instant oat + nestum)
2 cups chopped walnuts, pecans or slivered almonds
dried fruits (optional)

Preheat oven to 160 C.
Combine brown sugar and water in a 4-cup microwave proof glass measuring cup or bowl. Place in microwave on high for 5 minutes and cook until sugar is completely dissolved.
( maisya larutkan dengan air panas je)
Remove from microwave, add vanilla extract and salt.
In a large mixing bowl, combine oats, nuts, and brown sugar syrup mixture. Stir until thoroughly mixed.
Spread the granola onto cookie sheets and bake 45 minutes to 1 hour or until golden and crunchy. ( every 10 minutes maisya keluarkan dan gaul supaya dapat bakar sekata )
When the mixture comes out of the oven, it is still very pliable. You may choose to add in dried fruit as a finishing touch at this time.
When granola has cooled completely, store in an airtight container.

Hadiah lagi

Terima kasih atas tanda ingatan... tgh busy sket..tak sempat nak cari calon utk pass hadiah-hadiah ni..akak just letak kat blog akak je ya..

dihadiahkan oleh bal (
http://balquen-blog.blogspot.com/) ..tq



Bal Has Tagged Me With A Lovely Poem On Friendship.

We need friends for many reasons,
all throughout the season.
We need friends to comfort us when we are sad,
and to have fun with us when we are glad.
We need friends to give us good advice,
We need someone we can count on, and treat us nice.
We need friends to remember us once we have passed,
sharing memories that will always last.

Spread the poem of friendship....
1.
Everyday Life
2. Words of Love
3. Sheng's Simple Thoughts . . .
4. My Wonderful Life ....
5. Can of Thoughts
6.
Designs By Vhiel
7. Vhiel's Corner
8. Anything and Everything in Between
9. A Mother's Stuff
10. http://housewifeatwork.blogspot.com/
11.
My Receipes
12. Vblogger
13. thefootloosechef
14. Yummy Food
15. MamaFaMi's Spice n Splendour
16. KakLin's Gallery
17.
Harmony Flavour
18.
Dari Dapur Maisya




dihadiahkan oleh Zira(
http://azieyra82.fotopages.com/ )..tq


Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, kaklin, Zira, Maisya