Wednesday, October 29, 2008

African Marble Cake

Resepi ni dah lama simpan tak buat-buat ....weekend baru ni ada majlis hari raya kat taman tempat maisya tinggal ni so buat kek ni untuk dibawa ke sana. Sangat-sangat puas hati dengan kek ni, buatnya pun tak susah.



AFRICAN MARBLE CAKE
Sumber: Roshayati Johari @ RNet

Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri (maisya guna tpg biasa + 3 sudu kecil baking powder)
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit (maisya guna 6 biji telur size B)
1 camca besar ovallate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara-caranya:
1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
3. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan selebihnya dalam loyang. (maisya guna loyang 4 segi 20cm x 20cm x 5.6cm).Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan.
4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak. (maisya bakar selama 50 minit, 160 C api atas dan bawah, loyang letak atas oven tray..di rak tengah)
5. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.

Thursday, October 23, 2008

Ameenah - 6 tahun

21hb Oktober, birthday anak sulung maisya...tahun ni dia dah tadika so buat something utk diberi kepada kawan-kawan kat tadika dia. Malas nak buat kek dengan ising apa semua tu sebab maisya hantar dia ke tadika jalan kaki je...tak cukup tangan nak bawak ...so buat cookies dan bungkus-bungkus untuk setiap orang...maisya lupa nak tanya ada berapa orang semuanya kat tadika tu so main agak-agak je la....harap-harap cukup untuk semua.


Nie 3 jenis biskut yg maisya buat; yg kiri sekali Chocolate Sugar Cookies, yg tengah tu Chocolate Shortbread dan yg kanan tu Shortbread. Mulanya nak decorate semua tapi dah tak larat, decorate separuh je dan buat 2 design ni jer.


Doraemon ni cacat sikit..ha..ha.tak lengkap, hidung tak de...misainya pun tak cukup...tapi anak boleh cam yg tu doraemon so kira lulus lah kan...pewarna hitam pun tak de so terpaksa guna warna brown utk line.


yg ni dah malas so buat corak bunga je dan tak de bubuh pewarna dah, ok jugak sebab biskut tu pun dah hitam...contrast dengan warna putih tu.

Setiap bungkus maisya isi 4 biskut.




Cake ni plak buat utk makan kat rumah je...chocolate sponge cake layer dengan chocolate ganache. Topping dengan chocolate ganache jugak dan hiasan-hiasan tu maisya guna royal icing yg extra lepas buat topping cookies tadi. Pipekan bentuk kelopak bunga atas kertas minyak...lepas tu bakar sekejap. Tapi byk yg tak jadi...lepas bakar dia kembong le, pecah masa nak tanggalkan dari kertas minyak dll so pilih mana-mana yg elok je utk decorate atas kek.



Resepi:

Chocolate Sugar Cookies & Royal Icing
Chocolate Shortbread
Chocolate Sponge Cake - Roylazim

SHORTBREAD

Bahan-bahan ( 70 biji )
250gm mentega tanpa garam (pada suhu bilik)
1/2 cawan gula halus
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras

Pukul butter dan gula, tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut.
Terap dengan acuan yg disukai dan bakar.

Chocolate Ganache
200g cooking chocolate
100g ( or more ) condensed milk
1/2 sudu besar butter

Panaskan susu pekat secara double boil, masukkan coklat masakan yg dah dipotong-potong kecil dan kacau hingga larut sepenuhnya. Tutup api. Tambah susu pekat jika adunan terlalu pekat. Akhir sekali masukkan butter dan gaul rata. Bolehlah dituang atas kek sebagai topping dan juga disapu pada setiap layer.




Tuesday, October 21, 2008

Cocoa Banana Muffin


Sedap sangat!!


COCOA BANANA MUFFINS
http://www.chocolatebytes.com/cocoa-banana-muffins/

1/2 cup applesauce (or substitute vegetable oil)
1 egg
1 cup sugar
2 very ripe bananas, mashed
1/3 cup cocoa
1-1/2 cup flour
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
1 tsp vanilla

Preheat oven to 350F. Cream applesauce, egg, sugar and banana. Stir in remaining ingredients( do not overmix ). Pour into greased muffin tins. Bake for 25 minutes. Makes 1 dozen muffins.

Friday, October 17, 2008

Apam Pisang

try resepi yg sempoi ni dari kak jun...alhamdulillah menjadik, lembut dan gebu je.


APAM PISANG
resepi dari
http://yummylicious-jun.blogspot.com/2007/03/apam-pisang.html


6-7 biji pisang emas-dilenyek
4-5 sudu besar gula ( boleh kurang or lebihkan ikut kemanisan pisang )
1 biji telur
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 - 2 cawan tepung ( maisya guna tepung naik sendiri )

Gaul pisang yg dah dilenyek tu dengan gula, tambahkan soda bikarbonat dan gaul rata. Tambahkan telur dan gaul sebati.


Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang lebih kurang nak wat cucur pisang tu.

Masukkan dalam bekas yg digris.

Kukus hingga masak( 20-30 minit) ; satu cara nak tau dia masak, atas dia akan jadi soo dark brownish..kalu nak sure, cucuk aje la...kalu x lekat tu..masak la...




Pernah jugak try resepi dari Diana ni...sedap! Gambar rasanya ada ambik tapi tak jumpa plak maklumlah buatnya dah bertahun-tahun dulu..ha..ha..kalau jumpa nanti maisya paste gambarnya.

dah jumpa gambarnya...rasanya yg ni la kot

APAM PISANG KUKUS
resepi dari Diana di FNR

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam

Cara-caranya
Tepung gandum diayak dengan baking soda. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit.


Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan juga dibalut dengan kain tutup kukusan supaya wap tidak jatuh kedalam kuih

Wednesday, October 15, 2008

Kek Raya

Ni kek yg sempat dibuat utk raya


Kek pandan ni bawak balik ke rumah parents dan jugak mertua. Buat satu adunan tapi bahagi 2 bekas so dapat le kecik je setiap satu. Toppingnya tak buat sebab malas.

KEK MENTEGA PANDAN KELAPA
http://resipinoraini.blogspot.com/2008/04/kek-mentega-pandan-kelapa.html

Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur B
60 ml santan segar @kotak
1 sudu besar pes pandan
240 gm tepung kek@ tepung gandum
30 gm kelapa kering
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahagian atas (topping):
40 gm mentega
35 gm gula aising
55 gm kelapa kering
Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan santan dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan.
4. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit sedikit ke dalam adunan diatas.Diikuti dengan kelapa dan gaul sebati.
5. Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
7. Untuk membuat toppingnya, pukul mentega dan gula hingga sebati lalu dimasukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan mentah tadi.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.






Kek marble ni buat utk open house kat rumah parents. Guna resepi yg ni: Kek Marble Susu




Kek coklat ni adik yg buat. Guna resepi yang ni: Kek Coklat








Kek ni plak buat beberapa hari before raya( 26hb September )...utk birthday Sarah yg kedua. Kek coklat ni cara buatnya sempoi macam resepi yg pernah maisya try before ni( ops bila check balik maisya belum letak resepi kek yg dulu tu rupanya...hu..hu..). Tapi tak tau silap tang mana or memang macam tu sepatutnya(?)...kek tu macam mampat ...tak berongga tapi still lembut la cuba tak berapa minat le kek yg macam tu.

KEK COKLAT RICH N MOIST
recipe posted by Water_lily @ FNR

Bahan-bahan A;
2 biji telur saiz besar
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat + air (terpulang nak manis lebihkan susu as long as semua campuran jd 1 cawan)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh baking powder

Bahan B;
1 cawan air panas menggelegak.

Cara-cara :
1. campurkan semua bahan A dlm sebuah mangkuk. kacau n gaul rata. tak payah pukul pun.
2. bila bahan di atas semua dah gaul sebati, masukkan Bahan B iaitu secawan air panas menggelegak tadi dan kkacau rata.
3. tuang adunan dlm loyang dan bolehlah dikukus selama lebih kurang 45 minit or hingga masak.

Untuk toppingnya maisya guna resepi ni:

CHOCOLATE TOPPING
resepi dari ahpek di FNR

Bahan
1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau apa2 minyak lah
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

Cara membuat (sentiasa kacau sehingga selesai)
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia.
5. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.


*resepi ni topping dia x keras bila sejuk.tp untk sesape yg x suka topping cair x sesuai kot resepi ni.




Ni dia resepi yg lebih kurang sama macam yg atas ni...yang ni maisya buat bulan 4 haritu.

CHOCOLATE CAKE
di'copy' bulat-bulat dari
http://mapley.fotopages.com/?entry=1010475

1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 camcateh baking powder
1 1/2 camcateh baking soda
1 camcateh garam
2 cawan gula castor
2 biji telur
2 camcateh esen vanila
1/2 cawan minyak sayuran
1 cawan susu segar, dipanaskan

Cara2: (yg ni pelik skit, tp ikut aja, insyaAllah jadi!)
1. Gaulkan tepung gandum, gula, koko, baking powder, baking soda dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan minyak sayuran dan pukul selama 5 minit. (The batter will be a bit tough for a cake, but it's ok)
3. Akhir skali barulah masukkan susu segar dan pukul selama 5 minit lagi (adunan sgt cair). Be careful sbb the batter will splash everywhere and keep in mind the milk is hot.
4. Masukkan semua adunan ke dalam 1 loyang SAHAJA (agak2 22cm diameter). The cake will most definitely naik gila2, tp jgn panic. It will shrink back bila dah sejuk (something like gateau). Kalau adunan dibahagi dlm 2 loyang, you won't get its superb moist.
5. Bakar dalam oven (yang dah preheat), 180 degrees Celcius selama lebih kurang 40 minit.






this one buat before puasa lagi...guna resepi yg ni: Kek Gulung Batik
Cuma kali ni tukar choc emulco kepada strawberry emulco dan intinya guna jem strawberry.


Friday, October 10, 2008

Biskut Raya 2008



This year sempat buat 3 jenis ni je...try resepi baru semuanya.




GREENLACE COOKIES
combination resepi dari kelisacute dan baya

Bahan2 A
120 gm butter
20 gm shortening
80 gm gula castor
1 sudu teh pandan emulco/paste

Bahan2 B
180 gm tpg gandum
30 gm tpg honkwee(hijau)
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
30 gm biskut marie - blend
20 gm gajus dibakar - blend
pewarna hijau

Hiasan : Coklat putih & colour rice

Cara-Cara
1. Sebatikan semua bahan A sehingga sebati
2. Msukkan semua bahan B dan adun menjadi doh yg lembut
3. Canai, terap & bakar
4. Hiaskan dgn coklat putih dan taburkan dgn colour rice.








SNOW ALMOND
sumber:Majalah SAJI

Bahan A
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi

1/2 bj kuning telur

Bahan B
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/
serbuk roti putih [breadcrumb]
Serbuk badam
coklat masakan

Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih dan serbuk badam

* adunan skit...jadi nak banyak doublekan aje..,kalau adunan lembik tambah tepung skit demi skit sehingga dapat utk diterap




FAMOUS AMOS COOKIES
resepi dari ninoZ di FNR

(Recipe may be halved)
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda (soda bicarbonate)
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal and blend in blender to a fine
powder)

24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
1 8 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla

Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla; mix together
with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips,
Hershey bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a
cookie sheet. Bake for 10 minutes at 375 degrees Farenheiht. Makes 112 cookies.


*satu adunan ni dapat tersgtlah byk...haritu buat 1/2 adunan je.

ni plak biskut-biskut kat rumah mak....kakak dan adik-adikyg buat.
Semperit
Biskut Oats
Biskut Kopi
Biskut Cornflakes
Biskut Chocolate Chips

Tag dari Bal

lukisan by my daughter; Ameenah 6 thn
Dapat tag ni before raya..skrg baru nak siapkan...sebab dah lama peram so takyah la tag sesapa plak. Tapi kalau ada yg nak buat silakanlah.


7 facts about me:

1-Anak ketiga dari 7 adik-beradik( 6 perempuan, sorang lelaki )

2-Kawin masa umur 25tahun...skrg dah ada 3 org anak( semua perempuan umur 6, 3, 2 tahun )

3-Seorang yg sgt berat mulut...cakap bila perlu saja. My handphone memang jarang sekali digunakan...prefer guna SMS, email etc. Dengan hubby memang tak pernah cakap lama guna phone...seminit-dua je kot? Pernah jugak bergayut lama kat phone dengan my close friends tapi most of the time maisya jadik tukang dengar je...he..he..

4-Seorang yg quite moody...sekelip mata angin boleh berubah-ubah..he..he...tapi orang yg rapat dengan maisya sajalah yg akan merasa tempias angin ni....

5-Hanya memasak kat rumah sendiri, kalau kat tempat lain takkan memasak kecuali disuruh/terpaksa.

6-Baru start berjinak-jinak dengan dapur sejak umur 20 tahun sebab dok kat negara orang...sebelum tu takat tolong basuh pinggan je kat dapur.

7-Berdarah gemuruh....bercakap depan orang-ramai tu sesuatu yg sgtlah menakutkan! Really hate interviews, presentations etc....