Saturday, January 31, 2009

Nasi Daging



NASI DAGING
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1613811

Bahan-bahan:
3 pot beras
1/2 cwn tomato puree cair (maisya guna sos tomato)
1 cawan susu cair

Bahan-bahan tumis :
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis

Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
3. Masukkan beras dan kacau seketika.
4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.

* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.



Bahan-bahan utk stok daging :
500gm daging
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar rempah kurma
i camca teh lada putih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut

* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.

Cara hidangan :
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Dihidang dengan air asam dan juga dalca.



Air asam :
Perahan air asam jawa
Bawang besar hiris
Buah tomato segar, dipotong kecil-kecil
Hirisan cili merah atau cili hijau
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis/kasturi
*lebih sedap jika ditambah sedikit kerisik

Thursday, January 8, 2009

Chocolate Chips Cookies




CHOC CHIPS COOKIES

http://yummylicious-jun.blogspot.com/2007/09/chocolate-chip-cookies.html

recipe by martha stewart

1 cawan butter-suhu bilik
1 cawan brown sugar

1/2 cawan gula

1 sudu teh esen vanilla

1 biji telur A

2 cawan tepung
1/2 sudu teh soda bikarbonat

1/2 sudu teh garam

12 ounce choc chip


pukul butter n gula n brown sugar hingga kembang. masukkan esen vanilla. pukul. masukkan telur, pukul lagi.
dalam mangkuk lain, campurkan tepung, soda bikarbonat n garam. masukkan dalam campuran butter pada kelajuan rendah hingga bercampur rata. masukkan choc chip. rata. gunakan sudu, letakkan atas dulang beralas baking paper, dgn jarak 3in..bakar selama 16-18min