Thursday, February 26, 2009

Keropok Lekor

Ini salah satu projek yg dah lama teringin nak buat tapi asyik tertangguh sebab tak cukup kerajinan....keropok ni rasanya maisya dah terlebih letak tepung...tapi still ok sebab tak de lah keras or liat, makan masa panas-panas tu rangup je. Rasa bawang putih tu kuat jugak so kalau tak suka boleh omit rasanya.



KEROPOK LEKOR
resepi sumbangan 14sept di myresipi
http://www.myresipi.com/top/detail/6657

Bahan-bahan ( - )
1kg ikan selayang/ kembung
5-10 ulas bawang putih
1kg tepung ubi/kanji
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Garam secukup rasa
Perasa
Air

Cara-cara
Asingkan isi ikan dari tulang.
Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...
Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.

Friday, February 13, 2009

Banana Chiffon



Banana Chiffon Cake
http://perantaukitchen.fotopages.com/?entry=1505867

Bahan-bahannya.

A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh cream of tartar (maisya gantikan dengan sedikit jus limau kasturi )

B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
7 oz tepung naik sendiri
3 oz minyak masak
3 oz Air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk santan (maisya guna susu tepung )
2 bijik pisang (yg Besar)


Caranya:
1) pukul bahan A sampai bertanduk (jangan letak gula berlebihan nanti putih telur susah nak ringan)Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri. Selepas semua sebati masukan tepung dan pukul lagi, lepas tu masukkan ke dalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
Masukan dalam loyang chiffon( tak perlu gris dengan butter ) dan bakar 140'c sampai masak

3) Telangkupkan acuan sebaik sahaja keluar dari oven dan biarkan hingga sejuk barulah dikeluarkan kek dari acuan.

Nota: semasa mengacau pastikan
1.Kacau perlahan dengan satu arah
2.Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

Thursday, February 5, 2009

Beef Katsu

Sebelum digoreng




Beef Katsu ni cara buatnya lebih kurang macam chicken chop la tapi yg ni guna beef.

BEEF KATSU

Daging
Telur
Tepung
Breadcrumbs
Garam
Lada hitam
Daging dipotong lebar dan nipis .Kemudian diketuk dengan anak lesung supaya lembut dan lebih leper( senang sikit nak masak ). Perap sebentar dengan garam dan serbuk lada hitam.

Salut daging dengan tepung, kemudian celup dlm telur dan seterusnya golek dalam breadcrumbs.

Goreng dengan minyak yg banyak hingga bewarna perang.

Toskan dan dipotong-potong kecik sebelum dihidang.