Thursday, April 30, 2009

MARBLE TWIST ROLL

Cubaan kedua buat roti guna resepi ni...langkah-langkahnya agak panjang tapi sebab suka tgk rupanya tu so buat jugaklah. Kali ni gagal pada langkah terakhir iaitu masa proses nak mnggulung roti tu dia pecah le plak...terpaksalah tukar sikit. Maisya cuma lipat dua je roti tu. Mungkin roti yg maisya buat kali ni jadi agak tebal so susah nak gulung.


















MARBLE TWIST ROLL
http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1785774

Sumber : Majalah Sedap (Bil. 1, Vol 1)

Bahan2 Inti (maisya guna resepi sendiri, resepi ada di bawah sekali)
125 ml air
50 gram gula pasir
garam
15 gram susu tepung
15 gram serbuk koko/coklat
25 gram tepung gandum
1/2 sudu makan marjerin
40 gram coklat masak hitam ~ dipotong2

Bahan2 Doh/ Roti
500 gram tepung gandum
1 bungkus yis segera (mauripan 11g)
15 gram susu tepung
75 gram gula pasir
50 gram madu
1 biji telur
275 ml air (maisya cuma guna lebih kurang 250ml)
1 sudu teh garam
50 gram marjerin

Bahan Sapuan
100 gram buttercream untuk sapuan (maisya pukul butter hinngga kembang dan tambah sedikit susu pekat serta gula ising, pukul lagi hingga sebati)

Cara2 Membuat Inti
Masak semua bahan inti, kecuali coklat masak hitam. Sambil dikacau2 hingga meletup2, masukkan potongan coklat. Kacau sehingga coklat larut dan padamkan api.

Cara2 Menyediakan Doh
1. Dalam bekas yg sesuai.. masukkan tepung gandum, yis segera, susu tepung, gula pasir. Kacau rata.
2. Bancuh madu & garam di dalam air hingga rata. Masukkan telur ke dalam tepung tadi dan tuangkan air + madu tadi sedikit demi sedikit sambil di uli rata & tidak melekat pada tangan.
3. Uli hingga adunan licin. Masukkan pula marjerin dah diuli hingga kental, rata & licin. Biarkan doh selama 30 minit.
4. Tumbuk doh untuk membuang angin. Canai nipis doh setebal 1 cm. Masukkan inti. Lipat bahagian tepi ke tengah. Lipat lagi bahagian tepi yang sebelah lagi ke arah tengah juga.
5. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Lakukan lipatan seperti cara di atas.
6. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Potong-potong adunan dengan lebar 1 cm kemudian putarkan adunan.
7. Susun di dalam dua buah loyang bersaiz 26cm x 26 cm x 4 cm yang disapu marjerin dan dialas kertas kalis minyak.
8. Biarkan selama 60 minit. Sementara itu.. panaskan ketuhar suhu 190C. Sapu dengan susu segar(maisya tak buat). Bakar di dalam ketuhar selama 16 minit dengan suhu 190C. (maisya guna suhu 175C...bakar selama 20 minit)
9. Keluarkan roti dengan berhati2 ke atas redai kuih. Semasa roti masih panas.. sapukan butter di permukaan roti.
10. Setelah roti benar2 sejuk, terbalikkan roti diatas kertas kuih dengan berhati2. Buangkan kertas alas/lapik yg melekat pd roti & sapu nipis krim mentega.
10. Gulung roti dengan berhati2 dan padatkan. (Ikut cara gulung swiss roll ) Kemudian bolehlah dipotong & dihidangkan


PESAN MAJALAH SEDAP:
*Mencanai adunan haruslah satu arah sahaja supaya adunan lebih licin.
*Memutar setiap adunan roti sebaiknya rata putarannya hingga menghasilkan bentuk roti yang cantik coraknya.
*Mengisi inti/krim mentega jangan sampai ke tepi adunan supaya inti tidak akan keluar ketika digulung.


Ini inti coklat yg maisya gunakan.

Inti coklat:
2 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar air

Campur semua bahan dan kacau hingga betul-betul sebati.
Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi pekat Sejukkan.

Monday, April 20, 2009

Kuih Tiram Kulit Popia





Kuih Tiram Kulit Popia

Bahan2
Kulit Popia
Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air supaya jadi pes yg pekat( ini akan digunakan sebagai gam )
Gula aising
Minyak secukupnya utk menggoreng

Cara2
Kulit popia digulung sampai habis(gulung longgar je jangan gulung ketat-ketat), kemudian sapukan dgn pes tepung gandum dihujungnya supaya dia melekat. Ulanglah sampai habis. Kulit popia yg belum digunakan tu tutup dengan tuala lembap supaya dia tak kering.
Kemudian potong serong2 lebih kurang 1 inci sampai habis.
Panaskan minyak, kemudian goreng kulit popia yg telah dipotong dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Angkat & toskan.
Biarkan seketika, kemudian taburkan gula aising ke atas popia yg telah digoreng tadi dan digaul biar sekata. Kalau suka gula aising banyak tabur lebih sikit.
Bila gula dah melekat kat popia tu maka bolehlah dimakan.

Sunday, April 19, 2009

Popia Goreng




Inti popia:
bawang merah
bawang putih
udang
sengkuang
lobak merah
timun
garam
serbuk kunyit

Bawang merah dihiris dan digoreng hingga garing. Sejukkan.
Bawang putih di cincang halus.
Udang dipotong kecil.
Sengkuang, lobak merah dan timun dipotong halus seperti batang mancis.
Panaskan sedikit minyak, goreng bawang putih hingga garing dan tambahkan udang. Kacau rata.
Bila udang dah masak, masukkan sengkuand dan lobak merah. Tambahkan juga serbuk kunyit dan garam. Kacau rata hingga sayur agak layu( jangan sampai terlalu lembik).
Tutup api dan tambahkan timun dan bawang goreng. Gaul rata.
Pindahkan inti yg dah dimasak ke atas penapis utk membuang lebihan air.


Saturday, April 18, 2009

Friday, April 10, 2009

Homemade Sardine

Jom kita buat homemade sardine plak....terjumpa resepi ni dari blog Mat Gebu. Resepinya sempoi je cuma kena ada pressure cooker la...memang serupa je rasa macam yg beli dlm tin tu...so sapa yg takut nak beli sardin dlm tin tu bolehlah cuba buat sendiri.

Maisya buat ni malas nak sukat-sukat so letak je bahan sesedap rasa tapi terkurang air le plak so kuahnya agak pekat...kalau ikut bebetul sukatan yg diberi should be ok.



HOME MADE SARDINE
http://tiffinbiru.blogspot.com/2009/03/home-made-sardine.html


BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna/sardin
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya & ekor. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.

Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.

Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...

Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.

Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.


ni dah buat sambal sardin

Friday, April 3, 2009

Caramel Cheesecake

Sempena birthday hubby semalam, buat Caramel Cheesecake. Resepi dari blog FA. Maisya tukar base tu guna biskut, resepi asal kena buat macam kek/brownies utk basenya. My karamel macam tak berapa jadik je...warna dia tak cantik la...tak shiny. Maisya cuma buat separuh adunan je.





Caramel Cheesecake

http://melayuberangan.blogspot.com/2009/01/caramel-cheesecake.html

ingredients:
Caramel :
butter 120g diced
brown sugar 220g
whipping cream 200ml

Base : (maisya tak buat base ni)
butter 60g
brown sugar 30g
dark chocolate 125g chopped
lemon juice 2tsp mixed with 50ml milk, left for 5 min
eggs 2 lightly beaten
instant coffee powder 2tsp mixed with 1 tsp hot water
vanilla flavour 1/2 tsp
plain flour 60g sifted
cocoa powder 30g sifted
bicabornate soda 1/4 tsp
walnuts 100g.toasted and chopped

Filling :
cream cheese 500g diced
cornflour 2Tbsp+2 tsp sifted
vanilla 1tsp
whipping cream 200 ml
eggs 4 lighly beaten

Method

Caramel
1. Combine butter and brown sugar and stir over low heat until sugar dissolves wihtout boiling. Stir in whipping cream. Bring to boil. The simmer,uncovered. for 8 min stirring continuosly. Remove from heat and set a side to cool.

Base
1. Melt butter,sugar and chocolate over double boil. Stir until smooth.remove from heat. Stir in lemon juice mixture. Add eggs,coffee mixture and vanilla. Stir until combined. Add in sifted ingredients and mix until smooth
2. Preheat oven to 180 degree.Grease base of a round 23 cm springform cake pan with 1 Tbsp butter. Sprinkles with flour. Cover the bottom of cake pan with aluminium foil.
3. Pour mixture in and base and bake for 10 min.
4. Remove the pan from oven and spread one third of caramel on base. Decorate the top with walnut and set aside.
5. Lower oven temperature to 150 degree.

Filling
1. Beat cream cheese until smooth. Add one third of caramel and combines. Add in cornflour and vanilla. Mix until smooth.add cream and beat until mixture thickens. Gradually pour in eggs and mix until just combined.
2.Pour filling on base.Place cake pan in water bath.bake for 1 hour. After 1 hour,turn oven off. Leave cake in oven for 30 min with door closed. Remove water bath but leave cake to cool completely in oven with door ajar.

Topping
Heat remaining caramel over low heat and pour on warm cake. Decorate with walnut. Refrigerated for at least 6 hours


Untuk basenya Maisya guna resepi ni, saja nak try resepi ni...boleh je guna biskut apa-apa yg jual kat kedai tu.

Cocoa cookie
yani@myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/252

cookie untuk cheesecake yg saiz 18 cm

Bahan-bahan ( 18cm )
70g tepung gandum
10g cocoa powder (maisya guna 15g)
40g gula halus (maisya guna soft brown sugar)
50g butter/shortening
10-20ml fresh milk/air - adjust kekerasannya

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan dari atas ke bawah ke dalam beg plastik. Ramas-ramas biar semuanya bercampur.
Canaikan biar setebal 5mm
Potong-potong bentuk 4 segi.
Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 12minit(maisya bakar guna 160C selama 15 minit). Keluarkan dan sejukkan.
Bila dah sejuk tu, patah-patah/hancurkan dengan belakang gelas.
Gaulkan dengan lebih kurang 50g butter kemudian tekan dalam loyang utk buat base cheesecake(alas loyang dengan aluminum foil)


*Untuk resepi caramel cheesecake ni tuangkan 1/3 dari caramel atas base ni lepas tu baru tuang filling cheesenya.