Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Update

Imej
Just a quick update. Introducing our new family member: Aisyah. * Click the image to see it in larger size.

Kuih Tepung Talam

Imej
Beberapa bulan yang lepas surau di taman Maisya tinggal ni ada anjurkan program untuk muslimat...kami belajar buat kuih tepung talam. Memang puas hati dengan resepi ni, pertama kali cuba dah jadi elok je. Kemanisannya pun ok tak terlalu manis. KUIH TEPUNG TALAM resepi oleh Pn. Suzita Lapisan Bawah: 2 1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan gula pasir 3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa ) 1 cawan air daun pandan 1 sudu kecil pewarna hijau 1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas. 2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata. 3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati. 4. Tambahkan pewarna. 5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit. * Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula. Lapisan atas: 2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa ) 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil garam 1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas. 2 Tuangkan santan pekat sedikit demi se