Wednesday, November 18, 2009

Fried Apple Pie




Apple Pie Goreng ala McD
Sumber : Faridah Hanom/Bebop
6 - 8 keping pie

Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
1 sudu teh garam
1/2 cawan air sejuk

2 biji epal hijau
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

1 cawan minyak sayuran utk menggoreng

Cara-caranya
1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul.
2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci. Letakkan inti epal di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan.
Tips:
-simpan pastry yang telah diisi inti epal dalam freezer sekejap agak2 15 minit. Keluarkan kemudian terus goreng, Method ini untuk mendapatkan pastry yang ranggup.
-Inti epal mestilah tidak terlalu basah takut kulit pastry lembik.
-Minyak mesti panas betul, sebaik2nya goreng dalam minyak yang banyak.
-Inti pie ni agak sedikit, so tambahkan epal menjadi empat bijik dan gula 3/4 cawan.

Maisya buat kali ni inti apple dan jugak inti pisang.

Untuk inti pisang:
-Potong dadu pisang( jangan gunakan pisang yg terlalu masak, nanti dia lembik)
-Gaulkan dengan sedikit madu atau brown sugar
-Bolehlah digunakan sebagai inti utk pie.

Thursday, November 12, 2009

Chocolate Almond Biscotti

Resepi kali ni diambil dari fp Shima. Dah lama simpan resepi ni cuma kali ni baru berkesempatan nak cuba. Hazelnut tu Maisya gantikan dengan almond.


CHOCOLATE HAZELNUT BISCOTTI
http://shima27.fotopages.com/?entry=1503317

original recipe: Joy of Baking by Stephanie Jaworski

125gms semisweet/bittersweet chocolate - dihancurkan kasar2
1 cwn (215gms) brown sugar
1 3/4 cwn (250gms) tepung gandum
1/3 cwn (30gms) serbuk coco
1 sudu besar (4gms) serbuk kopi espresso
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
3 biji telur saiz besar
1 1/2 sudu teh vanilla
1 cwn (150gms) hazelnut cincang - dibakar dulu sampai rangup

CARA:

1. panaskan oven 150 celcius...bakar kacang dulu, sejukkan.
2. hancurkan chocolate kasar2 pastu satukan dlm food processor dgn brown sugar...blend kasi hancur..
3. dlm mangkuk lain, ayakkan tepung, garam, serbuk koko & baking soda...ketepikan.
4. amik mixer lak, pukul telur & vanilla dlm 30saat gitu...pastu dgn kelajuan rendah, masukkan adunan tepung & chocolate td berselang seli sampai abis...
5. pastu bubuh kacang... kacau bg rata dgn senduk kayu...(adunan ni mmg pekat & berat mcm dodol)..kene kuat2 skit kacau yerr....
6. pastu amik tepung, sapu kt tgn byk2...ambik skit adunan, gelek2kan kt papan pemotong mcm wat kopok lekor...buatlah dlm 4 ketul 'log'
7. bakar dlm oven selama 40min...pastu kuarkan biarkan sejuk sat...then potong guna pisau bergerigi dgn kelebaran1 inchi...pastu bakar blk selama 15 min...kalau suka garing2 lebihkan skit masa membakar. siap!!


note: time nk bakar tuh kene jarak2kan log tuh jauh2 sbb nnti akan mengembang 3x ganda!!

Friday, November 6, 2009

Kek Milo



Gambar je dulu, dah lama buat ni...few months back kot?( abaikan tarikh pada gambar tu...lupa nak set semula tarikh lepas ganti bateri kamera)...tgh carik balik resepinya..tapi tak jumpa-jumpa...tak ingat letak kat mana.....tak ingat jugak copy resepi dari mana...uwaaa...




Alhamdulillah, jumpa jugak resepinya...(sebab tu la buat blog ni in the first place, sebab selalu tak jumpa kertas resepi..hu..hu..)

Resepi ni dah diubahsuai dari resepi Eggless Chocolate Cake II oleh Ginger P di allrecipes.

Eggless Milo Cake

A: diayak
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

B
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan milo

C: mix well
1 1/2 sudu besar esen vanila
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan susu

-Campur rata bahan A & B
-Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati.
-Bakar sehingga masak.

Monday, November 2, 2009

Resepi Ayam

Ketiga-tiga resepi ni ambik kat blog kak Zana. Mula-mula pergi sana nak ambik resepi ayam masak merah je tapi end up salin 3 resepi dan buat ketiga-tiganya(bukanlah buat semua dalam sehari). Semuanya sedap. Ayam masak merah tu buat byk so malam tu makan dengan nasi, pagi esoknya makan plak dgn roti jala.




AYAM MASAK MERAH PAK AJI HASSAN
http://zanazman.blogspot.com/2009/02/ayam-masak-merah-pak-aji-hassan.html


1 1/2 ekor ayam
A- bhn tumis
bwg merah dihiris bwg putih dihiris
halia dihiris
1/2 inci kulit kayu manis
3 bj buah pelaga sekuntum bunga lawang
3 bj cengkih
B - bhn mesin dan di adun sekali jadi pes
5 biji buah keras (ganti kacang tanah pun ok gak)
10 biji buah badam
2 sdb kaskas (optional)
1 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
1/3 tin tomato sup brand heinz
1/3 tin susu cair
1/2 botol sos tomato
10 ulas bwg merah
5 ulas bawang putih
2 sdb serbuk cili

C -
santan (optional)
susu pekat
garam bawang besar - potong bulat
daun sup dan daun bawang - dipotong

1. ayam dibersihkan dan di gaul dgn garam & kunyit dan digoreng sebentar.
2. Panaskan minyak yg secukupnya utk menumis.
3. tumis bhn tumis hingga naik bau dan agak kekuningan
4. pastu masukkan bhn2 mesin dan yg dah diadun sekali tu. dan masak hingga pecah minyak.
5. bila rempah dah pecah minyak baru masukkan ayam yg telah digoreng. kacau sebati
6. biar seketika dgn api sederhana, pastu baru masukkan air mengikut kepekatan yg disukai.
7. reneh kan dlm 5 -10 minit. then masukkan susu pekat, santan dan garam secukup rasa.
8. biar didih sebati dan sebelum tutup api masukkan hirisan bawang besar dan daun sup/bawang.




Ayam Madras
http://zanazman.blogspot.com/2009/04/menu-dan-resipi-ayam-madras.html


1 ekor ayam
1/2 tin susu cair
2-3 sdb susu pekat
garam secukup rasa

bhn tumis:
2 kuntum b. cengkih
2 kuntum b. lawang
2 biji buah pelaga
3 cm k.kayu manis.
1 helai d. ketumbar
1 helai d. pandan
1 cmb myk sapi (optional)

utk menumis bhn mesin:
10 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
2.5 cm halia
2 btg serai
3 tangkai cili hijau (kalau cili tak pedas boleh add 1-2 tangkai cili padi utk pedas)
1 tangkai daun bawang,
1 biji tomato,
30 gm kacang gajus (boleh ganti dgn badam)

bhn bancuh :
2 cmb serbuk kari
1 sdt serbuk jintan manis
1 sddt serbuk kunyit
2 cmb tomato puri/sos

1) Ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu.
2) Periuk lain tumis bhn tumis hingga naik bau.
3) Masukkan bhn bancuh, tumis kejap
4) then masuk bhn mesin dan tumis hingga pecah minyak. (proses ni agak lama)
5) masukkan ayam dan susu cair dan kacau sebati.
6) masukkan air dan susu cari dan susu pekat. jgn lupa perasakan dgn garam.
7)masak hingga kuah agak pekat dan ayam pun empuk (lagi empuk ayam lagi sedap



Ayam Panggang
http://zanazman.blogspot.com/2009/02/ayam-panggang.html


blend:
bwg besar
bwg putih
halia
serai
daun kari
mayonis
kunyit
cili kering
garam dan gula

ayam belah 4 je. perap ayam semalaman utk lebih sedap. bakar pada suhu 200C selama 20 minit