Monday, March 8, 2010

Cakui

Terpikat bila tgk gambar cakui ni kat blog kak Zana.

Resepi ni berlainan sikit dengan resepi yg pernah Maisya cuba sebelum ni. Resepi yg dulu tu ada tambahan baking soda selain dari yis dan adunan kena uli. Resepi kak Zana ni tak perlu uli cuma gaul-gaul je dengan senduk sampai sebati sebab adunannya lembik. Masa nak membentuk tu kenalah bermandi dengan tepung sikit supaya tak melekat kat cutting board dan pisau. Adunan kena peram 3-4 jam....so sebelum tidur dalam pukul 12 tgh mlm tu Maisya bancuh siap-siap dan bangun awal sikit sebelum subuh untuk goreng...takut jugak kalau adunan jadik masam kalau terlebih peram so Maisya simpan adunan dalam peti ais malam tu...alhamdulillah ok je rasa dia.

Rupa dia tak secantik yg kak Zana buat tapi hasilnya lembut sampai ke petang.



CAKUI
http://zanazman.blogspot.com/2010/02/cakui-pau.html


400 gm tpg gandum
4 gm yis segera
(maisya guna 1 1/2 sudu kecil)
1/2 sdb shortening(maisya tak letak)
1 sdb marjerin(maisya guna 1 1/2 sudu besar marjerin sebab tak guna shortening)
1 biji telur
1 sdb susu pekat/ gula
secubit garam
+ - 1 1/2 cwn air

cairkan marjerin then sejukkan, pastu masukkan telur dan kacau sebati. yis di larutkan dlm air dengan 1 sdt gula dan biar kembang. Satukan tepung dengan garam, shortening dan susu. gaul sebati. kemudian masukkan campuran telur dan marjerin and masukkan yis dan air. kacau sebati dan perap lebihkurang 3-4 jam. Bentukkan dan goreng dlm minyak panas.


KUAH KACANG

5 btg cili kering - digoreng dlm minyak
1 labu bwg besar - dipotong kasar dan digoreng hingga layu tak perlu hingga garing
sengengggam kacang tanah - digoreng tanpa minyak
gula, garam dan air asam jawa - sesedap rasa


blend cili kering dan kacang tanah bersama air dlm blender. blend atau tumbuk bawang yg digoreng tadi. panaskan minyak tumis bawang dahulu dah naik bau dan agak garing masukkan kacang dan cili yang dah diblend. tambah air jika perlu. kemudian biar didih seketika dan masukkan gula, garam dan air asam sesedap rasa.

Friday, March 5, 2010

Sardin Gulung

Antara kuih yg mudah utk disediakan...
SARDIN GULUNG
Untuk kulitnya gunakan roti sandwich yg digelek hingga nipis...make sure roti tu jadi betul-betul mampat, kalau tak dia akan serap minyak bila digoreng. Kalau rajin sila buang bahagian tepi roti tu....Maisya tak buang pun.

Isikan intinya ( sardin ...inti ni ikut suka masing-masing la kan ).

Gulungkan....boleh sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung gandum yg pekat bagi meng'gam' gulungan tu supaya tidak terbukak.

Selalunya ramai yg akan celup dengan telur kemudian baru goreng, atau celup telur kemudian golek dalam breadcrumbs dan goreng( seperti gambar di atas ). Tapi sekarang ni Maisya lebih suka ikut cara Sheila Rusly ( seperti dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan ) iaitu terus je digoreng macam tu saja....hasilnya rangup diluar dan tidaklah byk serap minyak berbanding jika dicelup dlm telur( lihat gambar di bawah ).

Boleh difrozenkan terus jika tak mau goreng masa tu.


Selain digulung boleh jugak dilipat.