Sunday, April 25, 2010

Kheer @ Rice Pudding

Dessert yg agak mengenyangkan...tak boleh makan byk sangat. Maisya buat agak pekat so makan macam pudding guna sudu. Tapi haritu ada orang Bangladesh buat, dia cair sikit macam bubur dan depa makan cecah dengan roti. Maisya tak letak rempah or kismis, just kosong je. Kalau letak kismis tu oklah tapi kalau yg ada rempah tu tak berapa suka. Sebenarnya boleh guna susu pekat untuk ganti susu & gula tu. Ada juga resepi yg buat guna beras tapi ambik masa lama nak masak dan kena kacau selalu.


Leftover Rice Rice Pudding
http://www.slashfood.com/2006/09/10/rice-pudding-with-leftover-rice/


2 cups leftover cooked white rice
3 cups milk (any kind)*
1/2 cup sugar
small pinch salt
1/2 cup raisins
1 teaspoon vanilla extract
1/2 teaspoon cinnamon, optional
pinch nutmeg, optional

Combine cooked rice, milk, sugar and salt in a medium saucepan. Bring to a boil, then lower the heat to a simmer and stir in the vanilla and raisins. Cook until just about all of the milk is absorbed (30-45 minutes, depending on how absorbent your rice is). Stir in cinnamon and/or nutmeg, if using.
Divide rice pudding into individual serving dishes serve warm or chilled.
Makes 4-6 servings.

*Note: add an extra 1/2 cup of milk, if the rice seems unusually firm or dry, to make it creamier. Feel free to add a bit extra if the pudding is not as creamy as you like it. You can use nonfat, lowfat, whole or soy milk in this recipe.

Friday, April 23, 2010

Curry Laksa

Haritu teringin nak makan laksa kari so cari resepi dan buat, walaupun ada kurang bahan sikit...daun kesom tak de plak kat kedai. Resepi dari Mat Gebu.
Untuk mee laksanya seperti biasa Maisya buat guna resepi UDON. Sambal tu tak buat sebab org lain tak makan, so takat buat utk sorang makan je malas le plak rasanya.



CURRY LAKSA
http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/01/curry-laksa.html

Bahan Utama:-
1 bungkus mee laksa kering
500 g ayam (bahagian dada)
2 biji kentang, kupas dan potong dadu sederhana besar
7 batang putik jagung, hiris serong
10 biji tofu "pok", belah dua
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
2 keping fish cake, hiris nipis
2 camca besar rempah kari daging
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 keping asam gelugor
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua
1 biji kelapa, diparut (atau susu sejat = 350 ml)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:-
2 batang serai
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
5 biji cili merah

Bahan Sambal:-
4 biji cili merah
1/2 inci belacan bakar
1/4 camca teh gula
Secubit garam

Bahan Sampingan:-
Telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi, dibelah dua
Hirisan pucuk daun kesom
Bawang besar, dihiris halus
Bawang goreng
Taugeh, dicelur

Cara membuatnya:-

Mee laksa direndam hingga lembut dan rebus hingga betul2 lembut. Toskan dan cuci dengan air sejuk. Toskan dan biar kering.
Ayam dipotong kecil dan perap dgn serbuk lada hitam dan garam 15 minit.
Tuang 300 ml air dalam kelapa parut, ramas dan perah unttuk santan no.1. Tuang 800 - 1000 ml air lagi dan ramas, perah untuk santan no.2.

UNTUK KUAH:-
Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak (tambah jika rasa kurang) dan tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan tuang santan no.2 (kalau guna susu, tuang air masa peringkat ini).
Bila mendidih, masukkan putik jagung, fish cake, daun kesom, bunga kantan, asam gelugor dan serbuk lada hitam.
Tuang santan no.1 dan biar mendidih pada api perlahan.
Perasakan dengan garam dan gula. Matikan api bila kentang empuk dan rasa dah ok. Kalau guna susu tuang sejurus sebelum diangkat dan biarkan mendidih 1 - 2 minit pada api perlahan..

UNTUK SAMBAL:-
Masukkan semua bahan2 sambal dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat. Penggunaan garam kasar akan menghasilkan sambal yang lebih halus dan lumat..

PENYEDIAAN LAKSA KARI:-
Masukkan mee laksa dalam mangkuk yang sesuai. Letak taugeh dan tuang kuah dan letak telur rebus, hirisan bawang besar, hirisan pucuk kesom, bawang goreng, sambal dan belahan limau kasturi

Monday, April 19, 2010

Kari Ikan Utara

Lama~nya dah tak update!

Cubalah resepi kari ni , memang best! Maisya memang fail sikit kalau buat kari ....selalu ada je yg tak kena. Nasib baik la walaupun husband org Penang tapi dia bukan fanatik dgn kari. Kalau arwah bapak mertua, memang wajib ada kari ikan tiap hari...kalau org tak masak, dia akan masak sendiri!
Resepi ni dari puan Kacip_Fatimah dari forum cari. Maisya guna ikan bawal.


KARI IKAN UTARA
http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&ptid=168494&pid=10373600

Bahan2:-

1 ekor ikan jenahak/merah/bijik nangka dsb - potong kecil
3 sdm rempah kari ikan - penuh bumbung
9 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 sdm halba campur
1 sdm cili mesin
1 kotak santan
1/2 cawan minyak atau lebih
3 tangkai daun kari - lurutkan
segumpal asam jawa - rendam dalam air
2sdk garam
1sdk perasa ikan bilis(optional)

Bahan tumbuk:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sdk jintan manis biji
1 sdk jintan putih biji
2 sdk lada hitam biji

Bahan sampingan:-
2 biji terung bulat ungu/putih - potong baji
6 batang bendi
2 biji tomato - potong 4
1 biji bawang besar - potong baji
3 biji cili hijau - belah tgh tapi jgn putus

Cara:-
1. Dalam periuk masukkan minyak dan biar panas.
2. Masukkan halba campur,goreng sekejap dan masukkan daun kari.Biar halba dan daun kari 'masak' sedikit baru dimasukkan bawang merah dan bawang putih.Biarkan sekejap di atas api.
3. Di dalam mangkuk..masukkan rempah kari bersama air panas.Kacau sehingga rempah tidak berbintil-bintil.Kemudian masukkan cili mesin ke dalam mangkuk tadi.Masukkan bahan tumbuk juga.kacau2 dan ketepikan.
4. Pastikan bawang ditumis sehingga garing [color dia mmg kuning nak garing betul]
5. Tuang bahan2 dalam mangkuk tadi ke dalam periuk.Kacau sekejap dan tudung dgn periuk.
6. Dalam pada itu boleh siapkan terung.Potong 4 terung.
7. Kacau rempah sehingga benar2 masak dan pecah minyak.Sampai mercik2 kat tanganlah!
[Lebih kurang mcm dok kacau dodol laa]Bukak tudung dan kacau lagik..tutup balik..pastu dalam 5 minit kacau lagik sampai benar2 masak.[part nie yg penting..rempah kena masak btoi2]
8. Masukkan terung dgn sedikit air.Bila terung dah empuk masukkan air asam dan santan.Ya ng nie kalau rasa pekat sgt kuah tu,boleh masukkan air.tapi jgn byk..tuang skett2 dulu..
9. Bila dah menggelegak,baru masukkan ikan,kacang bendi,bawang yg dipotong baji.Perasakan dgn garam dan perasa ikan bilis.
10. Bila ikan dah masak,tutup api dan masukkan buah tomato yang dipotong 4 dan cili hijau.