Saturday, May 29, 2010

Penang Char Kuey Teow

Resepi ni dah pernah cuba sebelum ni...ada kat entry ni: http://daridapurmaisya.blogspot.com/2008/06/penang-char-kuey-teow.html

Cubaan sebelum ni tak berapa jadik part nak jadikan dia berkuah tu. Kali ni ok sikit. Maisya dah ubah sikit dari resepi asal. Kemudian dibantu dengan tips dari Kak Rahmah pada entry yang dulu bagaimana cara nak masak. Ni Maisya tulis resepi yg dah diubah serta tips dari Kak Rahmah




Penang Char Kuey Teow

Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *
300gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

UTK PASTE-
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
Campurkan semua bahan utk paste dgn air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

TIPS DARI KAK RAHMAH
ram said...
Salam 1 Malaysia sumua :)

Sapa nak makan cha koi teow sedap ala-ala penang ori punya mai kak rahmah ajaq, semua mau kena cara baru dia sedap, xleh silap sikit na!

Mau ada

1. Gas regulator yang bulih ejas gas bagi banyak (api besaq)
2. Kuali kawah 13-14 inci yang ada tangkai kayu/plastik baguih lagi

Cara goreng (sepinggan saja sekali goreng baru syok)

1. Pasang api besaq, Masuk minyak sikit (2-3 sudu)
2. Dah cukup panaih masuk udang besaq 2-3 ekoq (goreng sesedap rasa)
3. Agak2 udang da ok, ketepikan sikit udang tu, buang sikit minyak sampai tinggai 1 sudu (tak mau buang pun xpa ikut suka hangpa)
4. Masuk [b]cabai mesin[/b] setengah cawan (tang ni kena jaga takut tebakaq bulu-bulu hangpa, api naik tinggi woo)
5. Masuk kerang sejemput kecik, toge sejemput besaq, kucai sejemput haluih, kacau bagi cabai masak n sebati ngan bahan2 tadi
6. Masuk la pulak sejemput koteaw, pakai yang haluih (yg depa buat koteaw sup tu) lagi ok, kacau lagi sambe2 katoq kuali ngan sudit tu bagi gempaq sikit weh
7. Bagi bahan2 tu tepi ckit, pecah teloq sebiji, jangan lupa basuh dulu nanti x lalu abe nk makan, cepat-cepat boh [b]kicap koteau special[/b] secawan sambe kacau teloq bagi sebati ngan kicap koteau tadi (nak kuah lebih tarok lebih, nak kerin bagi kureng lar kicap tu)
8. Jangan biaq lama (berapa saat), dah mesra kicap ngan teloq, hangpa padam api

Masuk pinggan dah bulih pekena chakoteau penang punya

KOMEN KAK RAHMAH LAGI

Sebenaqnya nak goreng cakotiau ni x susah, laki kak rahmah yang tak penah pegang suditpun dah pakaq masak cakotiau la ni, Rahsia sedap x sedap cakotiau ni letak kat kicap/sos dia. Kak rahmah buat sendiri kicap cakotiau dengan cabai sekali, insyaAllah bukan nak sombong tapi buleh la saing dengan hat kat matang pauh ka bukit mentajam ka sungai dua ka insyaAllah buleh cuba.

Sapa-sapa nak cuba kicap cakotiau kak rahmah bulih hubungi kak rahmah di 013-7790417 (kak rahmah prefer sms na), yang nak meniaga dialu-alukan

Friday, May 28, 2010

Sambal Sotong Berkuah Kacang

One of my favourite dish.



Sambal Sotong Berkuah Kacang
resepi oleh waheedeana @ myresipi
http://www.myresipi.com/top/detail/3386


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 ekor sotong kembang - dipotong dan dicelur dgn air panas selama 10 minit

**Bahan Kisar**
* 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 2 inci halia
1 batang serai - diketuk
3-4 sudu kacang tumbuk
1 sudu besar gula
1 sudu kecil gula merah
air asam jawa- jus
garam - secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara
panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing
masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan masak sehingga sotong masak. ( kalau kering tambah sedikit air .)
masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati
akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan perasakan dgn garam sesedap rasa. Siap untuk dihidang.

Thursday, May 27, 2010

Coconut Blossom

Ada pelbagai versi resepi ni kat internet , yang Maisya buat ni secara asasnya guna resepi apam mekar kak Liza(berbeza sikit pada kuantiti ovalet yg digunakan) cuma ditambah inti kelapa je. Ini resepi yg dah diolah oleh Lady _Aries dari forum cari.

COCONUT BLOSSOM

Bahan
250 gm gula
2 biji telur sejuk
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml santan / susu cair / susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu besar ovalette
pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula, telur dan ovalet sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum dan susu. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan sedikit adunan kedalam acuan kertas. Letakkan inti dan picit lagi adunan ke atasnya.
9. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api yg besar.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan

Inti:
50g gula
125g gula melaka
1 s.k. cornflour dibancuh dengan 50g air
3 helai daun pandan
225g kelapa parut

Bahan-bahan untuk inti hendaklah disatukan lalu dimasak hingga kering.

Friday, May 21, 2010

Kuih Tiram


Kuih Tiram
http://lifeprettyshort.blogspot.com/2008/02/kuih-tiram.html

500 gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air (lebih kurang)

Bahan lain:
6 sudu tepung jagung(maisya guna tepung ubi)
6 sudu minyak masak

Satukan tepung, margerin, telur & garam, gaul hingga rata semua nyer hinga jadi mc bread crumb.
Masukkan air Jangan masuk semua, takut terlembik. Uli doh sehingga kita dapat doh yang licin.
Sediakan bancuhan tepung jagung dengan minyak. Satukan kedua dua bahan ini & kacau sehingga mendapat bancuhan seperti gam. (Jangan pekat sangat & jangan cair sangat).
Doh tadi dibahagi 2 .Setiap satu doh..kita canai nipis seperti nak buat karipap (kita akan dapat canai yang besar & lebar) :)
Sapukan bancuhan tepung jagung tadi keseluruh permukaan tepung.
Kemudian gulung memanjang. Jika mahukan lapisan yang banyak buat 2 kali proses ini..ataupun terus ke langkah seterusnya.
Kemudian potong kecil2. Potong lebih kurang sebesar ibu jari.
Gelek nipis setiap satu, kemudian goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.

Sira dengan gula halus. Simpan dalam botol kedap udara.

Thursday, May 20, 2010

Banana Caramel Poundcake

Mencuba resepi kek pisang yang lain sikit dari yang biasa. Satu adunan resepi ni dapat sikit sangat so pandai-pandailah double atau triple kan kuantitinya.



Banana Caramel Poundcake
resepi oleh Yani @ myresipi

Bahan-Bahannya:-
120 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
90 g gula pasir
50 ml minyak jagung/masak
2 biji telur gred A
1 biji pisang embun/montel
30 g gula pasir + 1 camca besar air*
2 camca besar air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-

Lenser acuan pouncake berukuran (7 x 5 x 20) cm dgn mentega/marjerin, alas dasar dan tepi acuan dengan kertas dan lenser juga kertas dengan mentega/marjerin. Panaskan juga oven pada suhu 175C.
Pisang dipotong kecil. Ketepikan. Masak 30 g gula dengan 1 camca besar air hingga bertukar menjadi karamel. Tuang 2 camca besar air dan kacau rata. Masukkan pisang tadi, gaul rata dan biarkan sejuk.
Masukkan telur, gula dan minyak ke dalam mangkuk tahan panas. Kacau hingga rata. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau cepat hingga gula hancur. Angkat dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau rata.
Tuang pisang + karamel tadi dan gaul hingga rata. Curah dalam acuan dan bakar 30 - 35 minit hingga masak

Thursday, May 13, 2010

Hadiah dari rakan blogger



sorry Sue (http://alkiram.net/) , dah lama baru pi ambik award ni...Maisya ambik gambonya je...tugasannya tu tak buat boleh ke? He..he...kemalasan melanda semenja dua menjak ni. Dulu dah pernah buat '7 facts about me' so boleh baca kat sini: http://daridapurmaisya.blogspot.com/2008/10/tag-dari-bal.html



Ni plak dari MamaFaMi
Award Pro Memasak? He..he...rasanya cam tak layak je....kalau tak rujuk resepi memang mati kutu gaklah Maisya ni...belum pro lagi. Nie nak kena menjawab homework plak:

JENIS LAUK YANG SUKA DIMASAK....

1. Ayam Masak Merah ( my favourite! )
2. Sayur Tumis Air ( sebab senang..he...he..)
3. Ikan/Ayam Bakar ( sumbat je dlm oven, habis cerita )

PENCUCI MULUT YANG PALING BEST PERNAH BUAT....

1. Tiramisu
2. Parfait
3. Triffle

JENIS BISKUT KEGEMARAN TIME RAYA....

1. Tat nenas
2. Biskut Arab
3. Semperit
*semua biskut yg mak buat!

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yang juga rajin memasak....

1.
Shima
2.
K.Amal
3.
Sue

Thank you to both of you sebab ingat pada Maisya walaupun jarang-jarang update blog ni.

Wednesday, May 12, 2010

Mee Goreng Mamak


Mee Goreng Mamak
buku masakan gerai terbitan ALAF21
diambil dari
http://ruzalila80.blogspot.com/2009/03/mee-goreng-mamak.html


bahan-bahan:
200g mee kuning
sedikit tauge
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 keping tauhu goreng (tak letak)
sedikit kubis n sawi (tak letak)
1 biji telur
*2 sudu besar kuah kacang
sedikit timun n tomato (tak letak)
garam n minyak masak
*Maisya tambah daging dan jugak udang

**bahan kuah kacang (maisya guna kuah kcg lebihan makan dgn cucur udang)
500g kacang tanah-rendam semalaman.buang kulit.
sedikit bawang putih n merah
sedikit serbuk cili
sedikit ikan bilis
*kesemua bahan ini dikisar hingga sebati

cara-cara membuatnya
panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau
masukkan cili kisar dan masak hingga garing
masukkan sawi, tauge n kobis
seterusnya masukkan telur, kicap, sos tomato n garam
kacau sebati..kemudian masukkan kuah kacang, mee dan goreng dengan api kuat
bila hidang, masukkan tomato, timun, cili besar n daun bawang..

*Maisya masukkan telur last sekali...lepas dah masuk semua bahan dan sebati, ketepikan sikit mee, pecahkan telur....biarkan sampai 3/4 masak dan gaul rata.

*Kuantiti kicap & sos tu sesuaikan dengan citarasa masing-masing...Maisya letak lebih kicap.

Wednesday, May 5, 2010

Birthday Cakes

Tayang gambo kek yg dah basi ni....bulan 3 was my bday, lepas tu bulan 4 bday hubby dan jugak anak no 2, ni kek yg dibuat utk meraikan hari-hari tersebut.

Sekarang ni sgt malas utk mendeko sebab ada si kecik ni yg suka mengekor masuk ke dapur , lepas tu bergayut kat kaki kita...hu..hu..memang la start buat masa dia tido tapi sebabkan org amatur macam kita ni nak deko sebijik kek pun berejam-jam so dari dia tido sampai dia terjaga pun tak siap-siap jugak!

Lepas ni berehat sekejap dari buat bday cake ...bulan 8,9,10 nanti berderet plak bday anak-anak.

23/3/2010
---------------
So... for my bday cuma kek togel je. Guna resepi yg dapat sambutan hangat kat forum cari. The cake suppose to be moist tapi Maisya buat tak jadik moist le plak. Dari post mortem yg dibuat kemungkinan Maisya bakar lama sangat or sebab Maisya byk sgt kurangkan gula. Ada terbaca yg kuantiti gula juga memainkan peranan penting utk menentukan moist atau tidaknya sebuah kek tu. Ok nanti bila-bila akan dicuba lagi.

Resepi ni guna self raising flour, tapi Maisya jarang beli tepung ni so guna tepung biasa je then tambah baking powder...actually tak berapa pasti nak letak byk mana baking powder tu sebab ikut formulanya: untuk 1 cawan tpg kena add 1 1/2 sudu teh baking powder...Maisya buat double dari sukatan...so kalau ikutkan tepung yg digunakan 310 g , lebih kurang 2 setengah cawan dah ...jadiknya baking powder kena 4 1/2 sudu teh? Rasa macam byk sgt so Maisya just guna 3 sudu teh je...nasib baik naik ok jer...so kalau nak buat kek ni, guna la self raising flour ye.. tak payah pening nak pikir lagi!


RICH MARBLE CHOCOLATE CAKE SHEILA MAMBO
resepi diambil dari http://bakingnsuch.blogspot.com/2010/02/rich-marble-chocolate-cake-sheila-mambo.html


Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [atau susu segar]
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-

Panaskan oven terlebih dahulu.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.


2/4/2010
-------------
Untuk bday hubby plak Maisya try resepi yg guna mayonis. Tapi masa buat ni tak de serbuk koko so pandai-pandai pi ganti dengan milk chocolate( coklat yg biasa kita makan tu...he..he...) ...hasilnya warna kek ni tak gelap( tak cantik ) ...rasa pun tak berapa syok la...tu la gatai pi derhaka kat resepi kan. Kek pun jadik crumbly sikit.
So rasanya tak payah la letak resepi tu....sebab dah caca marba diubah sana-sini. Kalau jadik ok boleh la nak share kan...hu..hu..

Time ni rajin la sikit nak deko...guna buttercream je , perasa koko dan yg warna gelap sikit tu ada tambah serbuk kopi sikit.




21/4/2010
-------------
Oklah, utk bday anak plak buat kek coklat....yang ni alhamdulillah jadik perfect berbanding 2 kek yg kat atas...hu..hu...Yang tak perfectnya part deko...hajat nak buat gambo Snow White guna teknik frozen buttercream transfer tapi tak menjadi jugak cubaan kali ni seperti cubaan-cubaan yg lalu....lain kali kena lukis direct je la atas kek lagik senang. So inilah hasilnya , yg dah hilang rupa Snow White (tapi yg peliknya anak masih boleh cam tu gambo Snow White...ha..ha.). Untuk topping dia tak berapa jadik...Maisya ikut resepi yg sekali dgn resepi kek ni tapi gula tak larut dan rasa macam berpasir sikit...lepas tu pi gatal tangan tambah tepung jagung sikit, kononnya nak bagi stabil la kan...hasilnya bila sejuk topping jadik retak seribu. Apa-apa je la...yg penting rasa dah sedap!




HERSHEY'S "PERFECTLY CHOCOLATE" Chocolate Cake
resepi dari website Hersyey

Ingredients:
2 cups sugar
1-3/4 cups all-purpose flour
3/4 cup HERSHEY'S Cocoa
1-1/2 teaspoons baking powder
1-1/2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
2 eggs
1 cup milk
1/2 cup vegetable oil
2 teaspoons vanilla extract
1 cup boiling water

Directions:
1. Heat oven to 350°F. Grease and flour two 9-inch round baking pans.

2. Stir together sugar, flour, cocoa, baking powder, baking soda and salt in large bowl. Add eggs, milk, oil and vanilla; beat on medium speed of mixer 2 minutes. Stir in boiling water (batter will be thin). Pour batter into prepared pans.

3. Bake 30 to 35 minutes or until wooden pick inserted in center comes out clean. Cool 10 minutes; remove from pans to wire racks. Cool completely. Frost with "PERFECTLY CHOCOLATE" CHOCOLATE FROSTING. 10 to 12 servings.

VARIATIONS:
ONE-PAN CAKE: Grease and flour 13x9x2-inch baking pan. Heat oven to 350° F. Pour batter into prepared pan. Bake 35 to 40 minutes. Cool completely. Frost.

THREE LAYER CAKE: Grease and flour three 8-inch round baking pans. Heat oven to 350°F. Pour batter into prepared pans. Bake 30 to 35 minutes. Cool 10 minutes; remove from pans to wire racks. Cool completely. Frost.

BUNDT CAKE: Grease and flour 12-cup Bundt pan. Heat oven to 350°F. Pour batter into prepared pan. Bake 50 to 55 minutes. Cool 15 minutes; remove from pan to wire rack. Cool completely. Frost.

CUPCAKES: Line muffin cups (2-1/2 inches in diameter) with paper bake cups. Heat oven to 350°F. Fill cups 2/3 full with batter. Bake 22 to 25 minutes. Cool completely. Frost. About 30 cupcakes.


"PERFECTLY CHOCOLATE" CHOCOLATE FROSTING

1/2 cup (1 stick) butter or margarine
2/3 cup HERSHEY'S Cocoa
3 cups powdered sugar
1/3 cup milk
1 teaspoon vanilla extract

Melt butter. Stir in cocoa. Alternately add powdered sugar and milk, beating to spreading consistency. Add small amount additional milk, if needed. Stir in vanilla. About 2 cups frosting.