Monday, June 21, 2010

Mee Kuah

Mee kuah yang sempoi, sesuai waktu kurang rajin nak memasak.


Mee Kuah

Bawang merah
Bawang putih
Udang kering
Cili kisar
Sos Tomato
Udang hidup
Mee
Sawi
Telur
Garam

Kisar bawang merah, bawang putih dan udang kering.
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak.
Masukkan air dan sos tomato. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan udang hidup. Biarkan hingga udang masak.
Tambahkan garam secukup rasa.
Masukkan sawi yg dah dipotong-potong dan pecahkan telur ke dalam kuah. Biarkan hingga telur masak. Tutup api. Bolehlah dituang ke atas mee yg dah dicelur. Siap utk dimakan!

* Sayur sawi dan telur tu tambah ke dalam kuah bila nak makan, tak de la nanti sayur tu layu je.
* Boleh jugak kalau nak letak daging.

Tuesday, June 8, 2010

Nasi Goreng

Ini adalah 3 jenis nasi goreng yang selalu Maisya buat.

Nasi Goreng Kampung
Nasi sejuk (digaul dengan garam)
Bawang merah
Ikan bilis
Cili hidup(merah)
Kacang panjang (hiris halus)/ sayur sawi pun boleh

Tumbuk semua bahan kecuali kacang panjang( tak payah tumbuk sampai halus ).
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
Tambahkan kacang panjang dan akhir sekali nasi.


*kadang-kadang tak guna ikan bilis tapi guna isi ikan goreng yang tak habis semalamnya.
*Boleh jugak tambah kicap dan sos tomato sikit.


Nasi Goreng Mudah( erk! tak tau nak bagi nama apa )
Nasi sejuk (digaul dengan garam)
Bawang merah dihiris
Ikan bilis
Cili kering dihiris lebih kurang 1 inci
Kacang panjang (hiris halus)

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dan cili kering hingga agak garing, masukkan bawang. Tambahkan kacang panjang dan akhir sekali nasi.
Boleh jugak kalau nak tambah kicap sikit.


Nasi Goreng Telur
Nasi sejuk digaul dengan marjerin dan garam
Telur

Panaskan sedikit minyak dan goreng telur sambil hancur-hancurkannya, bila telur 3/4 masak...masukkan nasi. Gaul rata dan siap!

Monday, June 7, 2010

Zutto Fuwa-fuwa Mushipan

He..he..tajuk kali ni dlm Japanese....resepi ni ambik dari cookpad.com, website resepi yg popular di Jepun.
** Zutto=sentiasa/always, Fuwa-fuwa=gebu/fluffy, Mushipan=apam(?) /steamed bread (cake) **
Secara ringkasnya bolehlah dikategorikan sebagai apam. Resepi ni memang mudah, bahan pun tak byk dan gerenti dpt hasil yg mekar/tersenyum lebar.



Zutto Fuwa-fuwa Mushipan
http://cookpad.com/recipe/747785

160 tepung kek(maisya selalu guna tepung gandum biasa je)
40g serbuk koko
2 sudu teh baking powder
100g gula halus
200 ml susu segar
4 sudu besar minyak
80g coklat chips

1.Panaskan kukusan.
2.Satukan gula, susu segar dan minyak.
2.Di dalam bekas lain, ayak dan gaul rata tepung, serbuk koko, serta baking powder. Campurkan kepada bahan dalam langkah 2. Kacau rata hingga smooth.
4.Tambahkan coklat chips dan gaul rata.
5.Alaskan acuan dengan papercups dan tuang adunan.
6.Kukus dengan api yang besar selama 10 minit

Gambar bawah ni maisya guna milo ganti serbuk koko
Yang ni plak tak letak coklat chips


Sunday, June 6, 2010

Cheesy Wedges



POTATO WEDGES
http://zaliana.blogspot.com/2009/05/cheesy-wedges.html


kentang (jenis kulit merah lebih gebu)
air untuk merebus
tepung berperisa(tepung goreng ayam tu)
serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka)
minyak utk menggoreng

Cara-cara

Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping. Jerang air hingga mendidih. Masukkan kentang. Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan. Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!


Sos Keju
http://amal5041.fotopages.com/?entry=1985098


200gm shredded cheddar cheese yg warna orange (maisya guna yg warna kuning je)
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung
50 ml susu segar
2 sudu besar sour cream (atau natural yogurt)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

Caranya:
Guna pot non stick..cairkan butter dan masukkan tepung..gaul sebati kemudian masukkan susu dan dikacau hingga pekat .
Masukkan cheese..kacau hingga cheese cair...kemudian masukkan sour cream kacau sebati dan siap..

Saturday, June 5, 2010

Daging Empal

Resepi ni dipost oleh seorang forumer di forum cari. Tengok gambar dia terus berkenan...untuk tengok gambar rupa sebenar lauk ni boleh klik kat link pada resepi bawah ni. Maisya punya gambar ni lain sikit rupa dengan yg asal..he..he..daging tu maisya ketuk sampai nipis dengan lesung je( senang anak-anak nak gigit..he.he..tapi still liat jugak..hu...hu..hu...lain kali kena rebus lama sikit dlm pressure cooker!). Gula melaka takde so letak je gula biasa, tu yg tak berapa gelap warnanya....dan daging tu sebenarnya dah perap dengan serbuk kunyit sebab asalnya nak buat resepi lain tapi teringat plak kat resepi ni. Sambal pun tak buat....Anyway, sangat sedap!


Daging Empal dan Sambal Padang
http://arena184.blogspot.com/2010/03/daging-empal-dan-sambal-padang.html


Bahan-bahan:-
1kg daging
2 sudu besar ketumbar - tumbuk halus
1 cawan setengah air asam
5 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/3 cawan gula melaka - tumbuk halus
Garam secukup rasa
Serbuk perasa daging/ayam Maggie( maisya tak letak )

Cara-cara:-

Rebus daging hingga empuk. Sambil tu tumbuk serbuk ketumbar hingga halus,kemudian tumbuk gula melaka and finally bawang putih sekali. Dalam satu mangkuk, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, air asam, garam, dan serbuk perasa Maggie. Gaul sebati dan ketepikan.

Setelah daging lembut/empuk, potong nipis dan lebar-lebar kemudian ketuk dengan pengetuk daging(guna bahagian yang tajam-tajam tu). Lepas tu celup daging yang diketuk ke dalam ramuan tadi dan perap di bekas lain selama setengah jam atau satu jam.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan goreng daging yang diperap tadi. Masa goreng tu kasi hangus-hangus skit baru sedap. Minyak tak perlu banyak, lebih kurang 3-4 sudu besar saja. Done.

TIPS: Tak perlu goreng lama, bila dah hangus skit-skit tu boleh angkat, lagipun daging ni dah direbus. Saya goreng 4-5 minit jer.

Untuk sambal padang, ada yang merah dan ada yang hijau.

Sambal Padang (Merah)

Bahan-bahan:-
Cili merah - belah dua dan buang bijinya
Bawang merah
Tomato
Garam
Gula

Cara-cara:-

Tumbuk kasar cili merah, tomato dan bawang. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk tadi.

Perasakan dengan garam dan gula. Masak dengan api perlahan supaya warna sambal tak jadi gelap. Masak hingga naik minyak.

TIPS: Sambal padang ni biasanya rasa manis dan masin tu tak terlalu ketara. So pandai-pandai adjust kasi cukup rasa.

Friday, June 4, 2010

Bun Burger


Pada asasnya bun ni guna resepi donut Suria , cuma dah ubah sikit-sikit.


Bun Burger
3 cawan tepung
3 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
garam
2 sudu teh yis kering
3 sudu besar minyak
1/2 - 3/4 cawan air suam(anggaran sahaja, mungkin perlu lebih atau kurang)
water roux *

Satukan tepung, susu tepung, gula , garam dan yis. Gaul rata.
Tambahkan water roux, air dan minyak. Gaul rata dan uli hingga licin.
Peram hingga naik 2 kali ganda.
Tumbuk keluarkan angin dan bahagikan doh kepada 12 bahagian( atau bergantung pada besar mana kita nak buat bun kita tu )
Bulat-bulatkan setiap bahagian dan biar beberapa minit. Bentukkan jadi bulat leper( supaya bun tak naik bulat membumbung...kalau bun burger kan biasa leper je)
Rehatkan hingga naik 2 kali ganda dan bakar. Maisya bakar guna api atas dan bawah, suhu 175 C, selama 15 minit.
Bila keluarkan dari oven terus sapu permukaannya dengan butter/marjerin. Sejukkan di atas redai dengan ditutup dengan kain.
*boleh juga sapukan kuning telur, dan taburkan bijan sebelum dimasak.

*Water Roux
2 sudu besar tepung gandum
100ml air

Campurkan kedua-dua bahan dan kacau hingga sebati. Masak dengan api yg kecil sambil sentiasa dikacau hingga adunan sedikit pekat. Sejukkan sebelum digunakan.

Thursday, June 3, 2010

Acar Buah

Kali kedua buat acar buah...sebelum ni guna resepi yg lain...this time is much better.. Oklah resultnya bagi yg tak berapa pandai masak ni kan...cuma macam kurang pedas sikit. Maisya buat sikit je beli asam buah sikit-sikit kat kedai, campur kurma, kismis, aprikot...tu je la yg ada. Maisya cuma guna 1 bwg besar(sederhana besar), 2 ulas bawang putih, 1cm halia, 1 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar serbuk kari ikan, 1/4 cawan cuka, 1/4 cawan air, 1/4 -1/2 cawan gula


Bahan
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka] -maisya tak letak-
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut] -maisya tak letak-
jeruk limau -maisya tak letak-

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak] -maisya tak letak-

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.


Nie acar buah yg maisya buat kali pertama dulu. Yang ni tak sama macam my mom selalu buat sebab mak selalu letak serbuk kari...tapi tak sure plak kari daging ke ikan.

Guna resepi yg ni:
Acar buah versi mom in law Kak Lynn Hassan
http://periukbelanga.jugem.jp/?cid=1


A:
1 tsp ketumbar biji
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih

sangai semua, blend @ tumbuk sampai hancur

B:
cili kering dibuang biji (ikut pedas)
bawang merah kecil
bawang putih kecil
halia
(semua bahan B digoreng dengan minyak sikit sebelum dikisar agar tahan
lama)

C:
Bawang merah kecil
Bawang putih
(tak payah potong, gaul dengan sikit garam, rendam dengan cuka)

D:
Buah-buah jeruk
Gula
Cuka
Bijan disangai

Cara :
1.Panaskan minyak, tumis bahan A & B sampai wangi, garing
2. Masukkan bahan C dan buah-buah jeruk, kacau. Masukkan gula dan cuka ikut
rasa (cuka x perlu banyak sebab nanti buah2 jeruk jadi terlalu masam).
Kacau sampai naik minyak dan pekat. Tutup api, bila sejuk, taburkan bijan

(kuantiti bahan2 seperti bawang2an, cili, cuka, gula dan bijan ikut berapa
banyak buah, agak-agak ajer.Minyak untuk tumis, kalau boleh banyak sikit,
biar agar berkilat

Wednesday, June 2, 2010

Apam Lenggang


Nie antara kuih yg selalu dibuat utk sarapan. Selalunya guna tepung gandum sepenuhnya tapi kali ni cuba guna separuh tepung gandum dan separuh tepung beras. Tapi...anak-anak tak berapa minat plak yg campur tepung beras ni. Selalunya diaorang laju je makan. So lepas ni kena guna tepung gandum je. Maisya belum pernah letak ke resepi Apam Lenggang ni ye? Rasanya macam pernah post...tapi cari tak jumpa plak.


APAM LENGGANG
resepi dari mak sedara

Bahan A
2 cawan tepung gandum ( atau 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung beras )
2 sudu teh yis kering
1/2 cawan gula ( boleh kurangkan jika mahu )
1 1/2 cawan air
Bahan B
1 telur
1/2 ~ 1 cawan santan

Campur semua bahan A dalam bekas yg besar , gaul rata dengan senduk. Tambah telur (yg dah dipukul sedikit dengan garfu) dan tambah santan secukupnya sehingga dapat adunan cair( agak-agak supaya nanti boleh dilenggangkan dalam kuali ...kalau cair sgt pun tak boleh, pekat sangat pun tak sesuai )

Peram adunan sekurang-kurangnya 1/2 jam.

Sapu sedikit minyak pada kuali( sikit je...ambik tisu dan lap sikit minyak kat kuali tu) dan panaskan kuali.

Kacau rata adunan sebelum guna. Ambil 1 senduk adunan dan tuang dlm kuali. Angkat kuali dan lenggangkan supaya adunan nipis dan elok bentuk bulat.

Tutup dengan tudung periuk dan biar sehingga masak. Angkat, letak dlm pinggan dan lipat dua.

Adunan boleh jugak dibancuh awal. Selalunya Maisya akan bancuh bahan A sebelum tidur. Gaul rata dan tutup bekas tu kemudian letak dlm peti ais(bahagian bawah). Esok pagi tambah kan Bahan B...gaul rata , rehatkan adunan dalam 10 minit dan bolehlah dimasak.
*kacau rata adunan setiap kali nak cedok.

Tuesday, June 1, 2010

Pulut Kuning & Rendang

Buat pulut kuning ni tanpa ada apa-apa sebab....saja je sebab dah lama tak makan. Rendang ayam plak kali ni buat lain dari kebiasaan. Selalunya Maisya buat rendang just campak semua bahan dan biar dia masak sampai kering. Kali ni cuba resepi yg perlu tumis dulu bahan-bahannya. My rendang ni terlebih merah plak padahal bukan pedas pun....maybe sebab tak letak kerisik.


PULUT KUNING
http://hanieliza.fotopages.com/?entry=421568


Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.


1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula (maisya tak letak)

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk(lebih kurang 30 minit)
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi(lebih kurang 20 minit)
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan(jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

RESEPI RENDANG AYAM
resepi oleh forumer Kebayan di forum cari

Step 1 : Beli seekor ayam kat pasar. Suh pokcik jual ayam tu kerat 9 atau 11. Balik rumah, cuci bersih ayam tu. Gaul dengan garam & serbuk kunyit. Goreng 5 minit dan asingkan!! Takyah garing sangat lah. Sebabnya.. satgi kan nak masak rendang.. (maisya tak goreng pun)

Step 2 : Blend lumat bawang merah 4 biji, lengkuas 4 hiris, halia 4 hiris, serai 4 batang dan air sikit. Semua angka 4 sebab senang nak ingat. Terlebih terkurang suka hati lah!

Step 3 : Panaskan minyak (letak banyak pun takpe). Tumiskan bahan blend tadi sampai kuning.

Step 4 : Masukkan 4 sudu besar cili blend. Kalau nak pedas, tambah la lagi bilangan sudunya. Kacau-kacau hingga garing supaya tak sakit perut nanti. Nak buat cili blend senang jek. Ambik 20 tangkai cili kering.. rebus.. pastu blend. Kalau malas dan nak senang citer, masa gi pasar tu.. beli jek cili boh.

Step 5 : Masukkan santan perah sebiji, serai 2 batang (ketuk), asam jawa sebesar ibu jari (ambik air jek), daun kunyit 2 helai (hiris tebal) dan kerisik 1 paket. Kacau atas api hingga naik minyak.

Step 6 : Masukkan ayam yang dah goreng tadi, garam dan gula (secukup rasa). Kacau sampai basah-basah kering. Yang ni letih la sikit sebab mau 1/2jam berdiri mengacau periuk/kuali.

Step 7 : Siappp!!! Leh makan ngan nasi lemak, lemang atau roti!