Wednesday, February 23, 2011

Mee Sanggul

Resepi dari kakak & adik ipar. Maisya baru kenal mee sanggul ni sejak kawin...try buat ikut style family husband.




MEE SANGGUL
Bawang merah(tumbuk)
Bawang putih(tumbuk)
Udang kering(tumbuk)
Cili kisar
Kicap
Sos tomato
Udang
Kucai
Taugeh
Gula
Garam
Kacang tanah (tumbuk)
Mee sanggul(rendam hingga lembut)


Tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar dan udang kering hingga garing.
Masukkan sos tomato dan kicap
Tambahkan udang
Masukkan gula( kak ipar kata gula letak byk sikit )
Masukkan garam
Masukkan mee dan sayur
Gaul rata , bila dah kering dan sebati baru tambahkan kacang tanah. Tutup api.
Ni gambar label mee sanggul yg Maisya guna.

Gambar mee sebelum masak lupa nak snap so pinjam gambar dari http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/ . Macam ni le rupanya.



Tuesday, February 22, 2011

Jemput-jemput Makaroni

Satu idea yang kreatif dari Hanis. Bila ada lebihan makaroni yg dah direbus bolehlah cuba buat ni. Sempoi je.


Jemput-jemput Makaroni
http://rahaniss.fotopages.com/?entry=1292515


Makaroni - yang siap direbus, toskan
Tepung gandum - sama banyak dengan kuantiti makaroni
1 biji telur
1 labu bawang besar - dadu
Udang basah (maisya guna crab stick)
daun kucai (tak letak)
garam dan air.

Campurkan kesemua bahan, jemput dan goreng dalam minyak panas.
Boleh juga guna isi ayam jika suka.

Monday, February 21, 2011

Rock Buns/Cakes

Rock buns..kononnya dalam kelas ERT(ekonomi rumah tangga) ada belajar buat ni, I don't know sebab masa sekolah dulu takde option utk ambik ERT dalam subjek Kemahiran Hidup( even though it was all-girls school tapi kami kena ambik pertukangan kayu...he..he..). Very easy to do. Rupa macam biskut tapi tekstur dia lembut...ada iras macam scones.


ROCK CAKES
http://www.hazyjane.com.au

2 cups self raising flour(I used plain flour + 2 teaspoons baking powder)
90g butter
1/3 cup caster sugar
1 cup mixed dried fruit(I used sultanas)
1 egg
few tablespoons of milk(I used about 100ml of milk)
cinnamon powder( I didn't put this)

Sift self raising flour with a pinch of cinnamon into a large bowl, and rub in butter till the mix resembles breadcrumbs. Add caster sugar and mixed dried fruit.

Stir in egg, and just enough milk to make a firm dough. Place tablespoonfuls on a greased baking tray, and bake in a moderate oven for about 10 mins or until slightly browned, they don't take long.

This one Maisya guna choc chips.

Friday, February 11, 2011

Roti Jala

Selalunya Maisya buat roti jala guna resepi dari Long di FNR tapi haritu tgk mak buat dan mak bagitau resepi yg lebih senang nak ingat, so sekarang dok guna resepi ni je la.


ROTI JALA
resepi dari mak

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
3 sudu makan minyak masak
sedikit garam dan pewarna kuning

Gaul semua sebati dan tapiskan( boleh juga guna blender ). Kepekatan adunan yg diperlukan sebenarnya bergantung pada jenis acuan yg kita guna so cuba ambik sikit masukkan dlm acuan, kalau agak pekat tambah la air. Boleh juga gunakan santan/susu cair bagi menggantikan air. Kalau guna santan, minyak tu tak letak pun ok.


yang ni plak resepi yg biasa Maisya guna dulu...hasilnya memang cantik.

ROTI JALA
resepi sumbangan Long di FNR

2 cup tepung gandum
2 1/2 cup air
1 biji telor
2 tbsp minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

untuk lengserkan pada kuali :-
beberapa helai daun pandan di simpul
1sdt minyak sapi + 1sdt minyak

campurkan garam, serbuk kunyit bersama tepung, kemudian masukkan air, telor dan minyak masak. gaul dan tapis supaya adunan tidak berketul.

panaskan kuali leper, sapukan dgn daun pandan yg di celup minyak...dan kirailah batter tadi dgn acuan roti jala....masak, angkat dan gulung..

Wednesday, February 2, 2011

Kek Kukus Coklat Chips Pisang

Sedap sangat kek ni, bila makan terasa coklat chips tu. Kek ni Maisya potong masa panas lagi sebab anak dah mintak nak makan so pecah-pecah sikit. Seeloknya tunggu sejuk dulu baru potong.
Dalam resepi asal dia tak letak baling powder tapi Maisya pandai-pandai je tambah sendiri. Dalam resepi asal jugak dia masukkan pisang last sekali( bersama dengan coklat chips ) tapi Maisya masukkan awal-awal.



Kek Kukus Chocolate Chips Pisang
Recipe posted by cheezeyberrie at FNR

Bahan-bahan:
* 125g butter
* 125g castor sugar
* 2 biji telur
* 150g tepung kek - diayak
* 1 1/2 sudu teh baking powder -diayak
* 25g cocoa powder - diayak
* 2 sudu besar milk powder -diayak
* 2 biji pisang - dilenyek
* 50g chocolate chips

1) Pukul butter dan castor sugar sehingga kembang
2) Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pisang. Gaul rata.
3) Masukkan bahan yg telah diayak, kacau hingga sebati.
4) Masukkan choc chips, kacau hingga sebati
5) Masukkan bancuhan ke dalam acuan yg telah digris dengan butter dan tutup dengan aluminium foil
6) Kukus selama 1 jam dengan api kecil/sederhana.

Tuesday, February 1, 2011

Telur Dadar Kentang Lecek

Dapat idea nak buat telur dadar ni dari satu rancangan tv tapi dia tak de bagi resepi penuh so cubalah je la buat. Hasilnya telur dadar jadik gebu. Rasa kentang pun tak de la terlalu kuat. Best! Makan pun kenyang.



TELUR DADAR KENTANG LECEK

2 biji telur saiz besar
2 biji kentang sederhana besar
Sedikit mayonis
Garam
Minyak untuk menggoreng

1.Rebus kentang hingga empuk. Toskan dan lecek hingga halus dan licin, tambahkan sedikit mayonis dan gaul rata. (Nak senang boleh guna food processor)
2.Pukul telur dengan garfu. Tambah sedikit garam. Masukkan kentang tadi ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
3.Masak di dalam kuali dengan sedikit minyak.