Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Kek Alunan Kasih

Imej
Akhirnya tertunai jugak hasrat nak buat kek ni. Sungguh tertarik dengan corak yg terhasil apabila melihat rakan-rakan food blogger yang lain membuatnya. Inilah hasil dari dapur Maisya pula. Maisya baru je buang pewarna merah & biru yg dah expired...hanya ada warna hijau dan kuning, maka jadilah kek hijau-kuning ni. Rasa kek ni pun sedap dan lembut. Kalau lihat gambar kek yg Maisya buat ni mungkin akan perasan bahagian tengah kek agak lembap...hu..hu...kat tengah tak berapa masak la plak, next time kena tambah sikit masa dalam 5-10 minit. Masa cucuk dgn lidi tu macam dah ok jer.

KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})

BAHANNYA
5 Biji Telur
1 1/2 cwn marjerin atau 250g butter
2 1/2 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan, Maisya guna 1 1/2 cwn je)
1 sudu kecil baking powder
1/2 cwn susu cair (Maisya guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna perasa lain juga)
*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna (ikut citarasa masi…