Friday, May 25, 2012

Kek Pisang Gebu

Resepi dari Jintan Manis dot Com. Kek yang Maisya buat hasilnya agak kering, mungkin sebab pisang yang digunakan belum masak ranum. Kalau tambah sedikit susu atau santan mungkin hasilnya berbeza.




Kek Pisang Gebu
http://www.jintanmanis.com/kek/207-kekpisanggebu


2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang- dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur


caranya


1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.


2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.


3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.


4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Thursday, May 24, 2012

Kerabu Mangga



Kerabu Mangga


bahan-bahan:
Mangga muda
bawang merah
cili merah/cili hijau/cili api
limau kasturi
udang kering
kelapa parut
kacang tanah
gula 
garam


cara-cara:
-udang kering dibasuh dan direndam seketika, toskan. Sangai(goreng tanpa minyak) udang kering hingga garing. Tumbuk hingga lumat.
-kacang tanah disangai dan kemudian ditumbuk kasar.
-kelapa parut disangai hingga perang kemudian ditumbuk lumat.
-mangga dihiris halus
-bawang merah di hiris nipis
-cili dihiris nipis
-ambil air perahan limau kasturi
-gaulkan kesemua bahan hingga sebati


*maisya tambah sedikit daun pegaga yang dihiris halus 

Tuesday, May 22, 2012

DIY...Playdough

Jumpa resepi ni di internet ( from a few blogs ). Ni bukan resepi untuk dimakan ye. Masa mula-mula tengok resepi ingatkan dia salah taip sebab guna 1 cawan soda bikarbonat! Tapi bila check kat blog-blog lain pun tulis kuantiti yang sama, maknanya betullah resepi tu. Ada lagi beberapa resepi lain untuk buat playdough ni, cuba google kalau nak. Simpan playdough dlm bekas kedap udara di dalam peti ais supaya tahan lama. Jangan biarkan terlalu lama terdedah , nanti dia kering. Kalau nak buat banyak-banyak warna, boleh letak warna last sekali(sewaktu menguli)...selepas dibahagi-bahagi kepada beberapa bahagian.

Saturday, May 19, 2012

Bolu Kukus Pecah Merekah

Jumpa resepi ini di blog RIMA. Nampak sungguh gebu.Hasilnya memang tidak mengecewakan.




BOLU KUKUS PECAH MEREKAH
By Lisa basuki
http://alleykitchen.blogspot.com/2008/07/bolu-kukus-si-penantang.html


Bahan :


2 telur ( 100 g )-
250 g gula -dikisar halus
1 sudu teh ( 8 g ) ovallette
250 g tepung gandum/tepung kek
50 g tepung jagung
200 cc air biasa / air kelapa / susu / santan-
1 sudu teh Essence Vanilla
2 sudu besar Paste/emulco Coklat






Cara Membuatnya :


- Siapkan acuan dan alas dengan paper cup.


- Panaskan kukusan


- Pukul telur, gula kastor dan ovallette sampai kental, kalau sudah terasa berat, masukan sebahagian air sedikit demi sedikit


- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung berselang-seli dengan air, pukul terus sampai rata


- Ambil 1/3 bagian adunan dan campurkan paste coklat, kacau rata


- Sisa adunan putih ditambah essence vanilla.


- Isi acuan dengan adunan putih 1/2 bahagiannya, penuhi berselang-seli dengan adunan coklat dan putih menggunakan piping bag, sampai 7/8 tinggi paper cup


- Kukus dalam kukusan dengan api besar selama 15 minit untuk acuan kecil, dan 20-25 minit untuk acuan besar.


*kali kedua Maisya buat, Maisya masukkan semua bhn dlm mangkuk dan terus  putar menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi sehingga adunan pekat dan bewarna pucat. Hasilnya tetap lembut dan gebu.


*gunakan telur dan air yg sejuk( dari peti ais ) untuk mendapatkan hasil yang terbaik

Thursday, May 17, 2012

Upside-down Pizza


Kalau nak describe hidangan ni ...mungkin boleh disamakan dengan bingka berlauk.

Upside-Down Pizza
loyang 9x9 inch
http://qurrataaayun.blogspot.com/2011/05/upside-down-pizza.html


Dough


2 bj telur
1 cawan susu
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil garam


- gaul sebati semua bahan.
- sedia utk diguna


Filling


1 keping dada ayam- kerat2
3 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar oregano
garam


- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan perasakan garam


Keju secukupnya


Cara2:


Panaskan oven 180 degree
Letakkan filling dlm loyang ,tabur cheese atas filling.
cuahkan adunan 'dough' kat atas.
Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.


*Maisya tabur lagi cheese kat atas sekali.
*dalam gambar yang dah dipotong tu Maisya telangkupkan 2 keping sebab tu nampak inti berada di tengah-tengah.

Wednesday, May 16, 2012

Nasi Goreng Bawang Putih



Nasi Goreng Bawang Putih


Bahan-bahan:
Nasi 
Bawang putih
Udang kering
Cili api
Telur
Lobak merah( atau apa-apa sayur lain )
Garam


Cara-cara:
-Gaulkan nasi yang sejuk dengan garam dan telur
-Tumbuk bawang putih, udang kering dan cili api hingga lumat
-Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing
-Masukkan lobak merah
-Masukkan nasi
-Gaul hingga masak rata



Tuesday, May 15, 2012

Congo Bars

Ada yang mengatakan Congo Bars ini umpama gabungan antara brownies dan biskut coklat chips. Teksturnya agak moist dan chewy (tidak gebu seperti kek atau rangup seperti biskut), manakala rasanya pula seperti biskut coklat chip. Amaran: Kurangkan gula ikut kesesuaian...kalau ikut resepi asal, banyak betul gulanya!! Maisya tengok ramai food blogger yang letak cuma antara 200g ~ 300g sahaja.






Congo Bars
http://www.bakerella.com/i-hope-you-have-chocolate-chips-handy/


2 3/4 cup all purpose flour
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened
1 lb. light brown sugar (Maisya menggunakan 300g organic molasses sugar)
3 eggs
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips
1 cup chopped pecans (optional)-Maisya tak letak,cuma taburkan kepingan badam


By mixer:


Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.


By hand:


Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.


Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 350 degrees for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.

Thursday, May 10, 2012

Honey Muffins

Muffin ni gebu macam kek. Maisya ikut seperti resepi sepenuhnya cuma sebab tak de blueberry so Maisya ambil dalam satu senduk adunan dan gaulkan dgn choc paste ( atau serbuk koko pun ok ) supaya nampak berseri sikit bila dah dimarblekan...tak de la plain je.




Honey Muffins (yield 12 standard size or 32 minis)
http://mybakingcottage.blogspot.com/2008/11/honey-muffins.html


Ingredients:
300g self-raising flour
150g castor sugar
15g milk powder
120g butter
30g honey
90g eggs
165g water
3g Vanilla essence
90g Blueberry (optional)


Method:
Preheat oven to 180°C.
Cream butter, sugar, milk powder and honey until light.
Add eggs in stages.
Sift in the Self-raising flour and add alternately with the water to the batter.
Blend in the blueberries and vanilla essence.
Bake for 20-25 minutes or until done.

Thursday, May 3, 2012

Apam Indon




APAM INDON
Resepi asal: Blackmore Forum Cari
Sumber resepi: http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/04/apam-indon.html


5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna


Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inci
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper


Ayakkan tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dalam susu.
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.


Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna


*Lapisan pertama dan terakhir Maisya letak choc paste
*lapisan tengah maisya bahagi kepada 2(plain dan merah)dan marblekan dia( tapi tak berapa nampak plak effect marblenya tu)

Wednesday, May 2, 2012

Kek Lapis Horlicks

Maisya cuma buat separuh adunan...ini versi orang nak-cepat-siap/malas...layer dia tebal dan tak sama...janji boleh makan.




KEK LAPIS HORLICKS-KOKO
http://rozzan.blogspot.com/2006/12/kek-lapis-horlicks-milo.html


Bahan-Bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster (saya gunakan 200 gm)
240 gm tepung gandum
100gm horlicks
100gm serbuk koko
1 tin susu pekat (397gm)


Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh serbuk koko. Bakar selapis-selapis hingga selesai.


*layer pertama 150 C, api atas dan bawah, letak di rak tengah, 15 minit
*layer kedua dan seterusnya 140 C, api atas sahaja, letak rak bawah, 10 minit
*layer terakhir 150 C, api atas dan bawah, letak rak tengah, 10 ~ 15 minit