Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Roti Bantal/ Loaf

Imej
Tahun lepas tak banyak mencuba resepi roti yang baru, asyik ulang resepi yang sama cuma ubah sana sini ikut bahan-bahan yang ada di rumah. Ada juga mencuba teknik sponge dough seperti resepi Queen Bread yang agak popular di kalangan blogger masakan pada masa itu.

Maisya ada menjadi ahli kepada Kelab Roti, sebuah group di FB. Banyak juga tips dan ilmu baru yang dipelajari. Contohnya,
1)selama ini Maisya selalu guna air suam untuk buat roti tapi sebenarnya penggunaan air sejuk/air ais sangat bagus untuk menghasilkan roti yang lembut dan bertekstur halus, terutamanya jika uli doh menggunakan mixer atau breadmaker kerana semasa proses menguli doh akan menjadi panas.
2)selama ini juga Maisya selalu menggunakan teknik merehatkan doh 2 kali( uli->biar naik 2 kali ganda->uli buang angin->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar), tetapi rupanya selepas diuli boleh terus dibentukkan (uli->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar). Cara ini lebih cepat dan doh lebih sena…

Homemade Peanut Butter

Imej
Senang rupanya nak buat peanut butter di rumah. Beli yang dah siap di kedai sebenarnya lagi senang...tetapi kadang-kadang datang kerajinan nak bereksperimen di dapur. Ini hasil eksperimen baru-baru ini setelah membaca beberapa resepi di internet dan juga menonton video di youtube.

Mentega Kacang
Bahan-bahan yang perlu:
2 cawan kacang tanah
2 sudu besar minyak 
sedikit garam(kalau mahu)

Kacang tanah dipanggang( atau goreng tanpa minyak).Bersihkan kacang daripada kulit/selaputnya tu. Kisar semua bahan sampai halus dan berkrim. Kena sabar sikit masa mengisar tu sebab ambil masa dan kena selalu berhenti-henti dan kacau bagi rata. Bila rupa dah jadi macam peanut butter yang dijual tu dah siap la maknanya.

Boleh ditambah coklat, atau apa-apa yang disukai.

tips: 
1)Masa mengisar tu kita kisar jangan lama-lama terus-menerus. Kisar beberapa saat, berhenti. Kisar lagi, berhenti....ulang-ulang proses ni sampai siap. Masa berhenti tu kacau-kacau sikit supaya sekata.

Boleh tonton video ini di youtube untuk …