Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Chicken Pie

Imej
Try buat chicken pie ni tapi just buat kecik-kecik senang nak makan, tak payah potong-potong. Guna acuan tart yg kecik tu. Untuk inti maisya guna resepi dari http://makcikkantin.blogspot.com/2009/02/chicken-pie.html yang maisya copy dari fp mamafami http://mamafami.fotopages.com/?entry=1822498 PAI AYAM Inti : 1 peket daging ayam cincang (about 340g) 1 tin sup cendawan 300g sayuran campuran 300g bawang besar, didadu 2 sudu besar mentega 2 sudu besar tepung dibancuh bersama 1/2 cawan air garam lada sulah Kaedah penyediaan : - Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan bawang dadu. Biarkan sampai lembut. - Masukkan ayam cincang dan kacau agar ayam tidak berketul. Goreng hingga ayam masak. - Masukkan sayuran campuran. - Di dalam mangkuk yang berasingan, bancuh sup cendawan dengan 1 cawan air. Kacau rata. - Tuangkan bancuhan sup cendawan ke dalam ayam tadi. Tambah air jika perlu. - Masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air. Ini adalah untuk memekatkan kuah. - Masak di atas api perlah

Kuih Gunting

Imej
Kuih Gunting resepi chef norzailina nordin Bahan-bahan ( 1 balang ) 375gm tepung 2 sudu besar gula aising 2 sudu besar rempah kari 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh serbuk cili 2-3 tangkai daun kari-hiris halus 1 1/2 sudu teh garam pepper 90gm majerin (maisya cuma guna dlm 70g sahaja) 130-140ml santan (tambah air jika x cukup) Cara-cara Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh. Gunting n goreng.

Kuih Cara Moden

Imej
Resepi ni pun jumpa kat myresipi.com. Intinya guna kaya tanpa telur seperti dalam entry yang sebelum ni. Sedap kuih ni , lembut dan ringan. Ada iras kaya ball tapi ada rasa macam apam juga sebab guna yis. Yang bestnya adunan langsung tak lekat kat acuan so senang je nak keluarkan. Maisya guna tepung gandum je semua sebab tepung jagung dah habis. KUIH CARA MODEN wifemuda @ myresipi.com Resepi asal dari laman web saji http://www.myresipi.com/top/detail/7880 Bahan-bahan 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 250ml susu cair 4 sudu besar gula 1 sudu kecil yis kering (mauripan) sedikit garam 2 biji telur 3 sudu besar butter ( cairkan ) sekaya secukupnya Cara-cara -Campurkan semua bahan kering dan gaul rata -Kemudian masukkan susu dan telur -Gaul hingga sebati. Biar selama 1 jam. -Kemudian masukkan butter cair dan gaul rata semula. -Panaskan acuan (kuih cara ) dengan butter/minyak. Sudukan adunan dan isikan kaya ataupun apa saja isian kegemaran anda -Tuang sedikit lagi adun

Kaya TanpaTelur

Imej
Resepi ni jumpa kat myresipi.com .Sesuai bagi yg allergik dengan telur...rasanya pun sedap. Sukatan gula boleh disesuaikan ikut citarasa sendiri. Maisya buat satu adunan ni dapat byk jugak. Sukatan tepung gandum tu tak berapa sure...mula-mula maisya bancuh 1 sudu besar tepung je dengan air dan tambah ke dalam adunan tapi tak pekat-pekat so tambah lagi, dan lagi, dan lagi...rasanya total ada kot dlm setengah cawan tepung gandum....mmmm..kalau guna tepung jagung macamana ye? Mungkin senang sikit nak pekat. KAYA TANPA TELUR ann melati @ myresipi.com http://www.myresipi.com/top/detail/7015 Bahan-bahan ( 5org mkn ) 1bj kelapa-diambil santan pekat (maisya guna santan kotak 200ml) 2cwn gula-ikut suka nak manis @kurang sedikit tepung gandum-utk pekatkan (maisya bancuhkan dengan sedikit air) pewarna kuning (maisya tak letak) vanilla flavour-optional (maisya letak pandan paste) Cara-cara -santan dan gula dimasak,kacau sampai gula hancur dan pekat. -bila dah pekat masukkan pewarna kuning,bila pe