Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2007

Kuih Dangai

Imej
Kuih Dangai ni ada acuannya dia sebenarnya tapi sebab maisya tak de acuan tu so guna apa yg ada kat rumah je. Memula tu guna loyang dan bakar dlm oven tapi jadik keras le plak sebab terlebih bakar, tak reti nak adjust masa. Lepas tu ada balance adunan sikit tu try masak guna kuali plak. Guna kuali lagi senang dan cepat. Tapi terhitam jugak..he...he...rasa dia sedap je....Ni gambo yg buat guna kuali tu. Kuih Dangai Bahan-bahannya :- 1 cawan tepung pulut 1 cawan (atau lebih) kelapa parut sedikit santan garam gula Cara-caranya :- 1) Gaul sebati tepung, kelapa dan garam 2) Adunan ni seroi dan lembab 3) Panaskan frying pan yg telah disapu minyak, kemudian masukkan adunan tadi lebihkurang 1 or 2cm tebalnya 4) Renjiskan sedikit santan 5) Taburkan gula atas permukaan kuih tadi, dan tutuplah dgn penutup kuali 6) Bila dah sedikit perang kat permukaan bawah dan adunan kat atas tu nampak cam kering skit bolehlah angkat. 7) Lipat dua kuih tu dan potong-potong Nie lah rupanya sebenar kuih dangai n

Daging Masak Kerisik

Imej
S edap lauk ni...kalau makan dgn lemang ke ketupat mesti lagik sedap....! DAGING MASAK KERISIK recipe by cranko21 from FNR Bahan2:- A/ 1 kilo daging lembu - potong dadu sebesar 2 inchi (cuci dan tos) B/di kisar halus 15 btg lada hidup atau lada kering 3 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 3 btg serai 1 inchi halia 2 biji buah keras- optional C/ 2 inchi lengkuas - ketuk2 sket 1 cwn kerisik 8 sudu kicap manis 1/4 cwn air asam daun salam (kalau nak laaaaa tak nak takpe) garam & gula secukupnya cara2: lebur semua bahan2 dlm kuali dan gaul rata dan masak laa hingga kering.

Old Fashioned Donuts

Imej
Kalau kat Jepun, donut ni memang biasa nampak kat kedai Mister Donut. Dia tak lembut cam donut biasa...Rangup di luar tapi lembut di dalamnya. Maisya buat ni tak berapa menjadi sebab terap nipis sangat dan rekahannya dia tu pun tak berapa nampak. Kalau nak tengok yg cantiknya pi kat Zack punya Fotopages ni http://zairul.fotopages.com/?entry=1098916 'Old Fashioned' Donut Ingredients: 30 g butter 60 g brown sugar ( you can also use white sugar ) 1 egg vanilla essence 200 g flour 1 tsp baking powder a pinch of salt How to make it: 1. Beat the butter and sugar and fluffy. Add in the egg and vanilla essence.Mix well. 2. Sift together flour, salt and baking powder. Gradually pour it into the butter mixture and using a spatula, mix it together until just combined. 3. Gather the mixture to form a dough and let rest in the fridge for about 10-15 minutes. NOTE: DO NOT knead the dough. That will cause the donuts to be stiff after being fried, and not crusty. 4. Roll out the dough about 1

Abuk-abuk

Imej
Maisya rasanya tak pernah makan kuih abuk-abuk ni...tahu pasal kuih ni pun bila ada ahli FNR yg cerita tentang kuih ni. Just try buat sikit je dan bubuh dalam acuan muffin je...tak de daun pisang la...ok jugak rasanya dan cara nak buat serta bahan-bahan pun simple jer. TALAM ABUK-ABUK Resepi asal di http://rossyabakes.fotopages.com/?entry=1024572 180g sago biji (Rendam selama 15 minit lalu dicuci dan ditoskan) 120g kelapa parut putih 140 gula melaka di racik (boleh ganti gula pasir) 1 tsp garam loyang 8X8" Satukan sago dengan kelapa dan garam secukup rasa. Lalu dibahagi dua. Masukkan satu bahagian adunan sago kedalam loyang dan taburkan dengan gula melaka. Kemudian taburkan dengan bahagian sago yang lagi satu keatas nya. Kukus selama satu jam.. atau sehingga sago masak. Nota : Jika menggunakan gula pasir, gaulkan gula pasir kedalam sago lalu dibahagi dua. Boleh juga mewarnakan adunan sago bahagian atas dengan sedikit air pandan dan warna hijau. Atau boleh juga gantikan dengan sago

Bakar Kemboja Kentang

Imej
Kuih Bakar Kemboja Kentang ...resepi dari Rossya Fotopages. Tak tabur bijan sebab tak de stok kat rumah. BAKAR KEMBOJA KENTANG resepi asal di http://rossyabakes.fotopages.com/?entry=883124 Bahan A 180g gula 4 biji telur sedikit vanilla sedikit garam Bahan B 500g kentang (nett weight 500g selepas direbus) dibuang kulit dan rebus. 65g tepung gandum 450ml santan pekat sedikit pasta pandan (pandan paste) Bahan C sedikit bijan Semua bahan A dijadi satu dan pukul sederhana kembang. Campurkan bahan B dan diblender sebentar sahja. Kemudian tuangkan kedalam acuan bunga kemboja dan tabur sedikit bijan diatasnya. (bole juga menggunakan non-stick baking molds. Atau muffin trays) Bakar pada suhu 170C selama 40minit atau hingga masak. Jangan lupa untuk menyapu sedikit minyak pada acuan supaya kuih senang keluar sesudah ia masak.

Butter Cake

Imej
Resepi plain butter cake tapi maisya buat jadik marble cake. Sedap dan lembut kek ni. Dalam arahan suruh campur semua bahan A dan pukul tapi maisya pukul dulu butter dan gula sekejap then baru bubuh tepung. PLAIN BUTTER CAKE recipe posted by bebop at FNR (A) 250 GM BUTTER 200 GM GULA 210 GM TEPUNG GANDUM 1 TSP BAKING POWDER (B) 5 BIJI TELOR TUANG KESEMUA BAHAN A KEDALAM MIXER DAN ADUN SEBATI. SELEPAS TU MASUKKAN BAHAN B PERLAHAN-LAHAN. PUTAR LAGI SELAMA 4 - 5 MINIT. PUTAR SEHINGGA ADUNAN LEMBUT DAN TIDAK BERBINTIL2. TUANG ADUNAN KEDLM ACUAN 9", BAKAR 160 C SELAMA 50 -60 MINIT ATAU UJI DGN LIDI DENGAN CUCUK DIBHG TENGAH KEK. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.

Kuih Talam Berlauk

Imej
Kuih talam berlauk...bawahnya guna resepi kak liza ( tak guna keladi ). Bahagian atasnya just bubuh serunding daging, bawang goreng dan daun sup. KUIH TALAM BERLAUK source:buku aneka Talam & Kuih Lapis kak Liza Bahan2:- 3 cawan santan 1 cawan tepung gandum 3 sdm tepung jagung 1 sdt garam 1 biji telur Cara :- 1. Kacau semua bahan hingga sebati 2. Tapiskan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. 3. Angkat dan sejukkan.

Cheese Cake

Imej
Dah bertahun-tahun tak buat cheese cake....Nie buat sempena my birthday haritu. . Just buat half adunan je. Base dia guna biskut marie. Atas tu saja buat corak sebab tak de mende nak bubuh kat atas tu...kalau plain kang tak lawa plak. Sekejap je licin kami anak-beranak makan. SIMPLY SINFUL CHEESECAKE source:dessertcomesfirst.blogspot.com posted by mOntey at FNR 2 cups crushed graham cracker crumbs 1/4 cup sugar 1/2 cup margarine or butter, melted 2 (8-oz.) packages cream cheese, softened 1 can condensed milk , guna tin kecik, bukan tin besaq 3 eggs juice of 2 calamansi or 2 tsps. lemon juice (if available) Preheat oven to 300ºF. Combine crumbs, sugar and margarine; press firmly on bottom of 9-inch springform pan. Bake for 10 minutes. Set aside. With mixer, beat cream cheese in large bowl until fluffy. Gradually beat in condensed milk until smooth. Add eggs and calamansi or lemon juice. Mix well. Pour into prepared pan -- it doesn't matter if crust is still warm. Bake 50 to 55

Biskut Koko Rangup

Imej
Masa browse through website MyResipi, terpikat dengan biskut ni...cara buatnya mudah dan bahannya sikit so Maisya terus try. Maisya doublekan ingredientsnya dan dapatlah dalam 21 ketul. Sedap juga...ada yg kata pahit tapi bagi maisya biasa jer. Maisya guna marjerin so tak bubuh garam. Biskut Koko Rangup recipe posted by yani at MyResipi http://www.myresipi.com/top/detail/108 Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm ) 50g mentega tanpa garam *70g tepung *15g serbuk koko *1/8 sk serbuk kulit kayu manis *1/4 sk baking powder *40g gula perang *2 cubit garam Cara-cara -potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. -Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper -Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. -Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul. -Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya. -Bakar selama 25-30 mi

Ayam Goreng Berempah

Imej
Ayam Goreng Berempah recipe posted by hasmal at FNR Bahan A bawang putih 5 ulas bawang merah 5 ulas halia 2-3 inci serai 3 batang Bahan B cili mesin 2-3 sudu rempah kari daging BABA's - 1 paket jintan manis - 1 sudu besar jintan putih - 1 sudu besar ketumbar - 1 sudu besar garam,gula,ajinomoto(kalau tak buh pun tak pe) Blend bahan A dan gaul dengan bahan B dan perap dengan ayam selama 3 jam... pas tu goreng dengan minyak yang banyak hingga tenggelam ayam dengan api sederhana......siap dan sedap di makan dengan nasi kukus dan gulai kari mamak....

Kaya

Imej
Nie dia kaya yang maisya buat haritu...banyak betul dapatnya. SERI KAYA recipe by NGAH 2 posted by MAKLANG at FNR Bahan-Bahan 1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4) 1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1) 1 ½ cawan santan (2) 2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3) Cara 1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4) 2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit) *Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing *Kalau tidak biarkan warna asli saja. * Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya. * nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak * boleh kurangkan gula kalau tak suka manis... * boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya... * nak wangi,boleh letak daun pandan

Rojak India/Pasembor

Imej
Sebelum ni dah pernah buat pasembor ni tapi guna resepi campur-campur...kali ni try guna sepenuhnya resepi dari alaf21 ni. Kuah dan cucur keras tu ok tapi cucur lembut tu tak berapa jadik...dia jadik liat ler....maybe cara maisya yg salah tapi next time kalau nak buat maisya akan guna resepi cucur yg biasa maisya buat je, tak guna telur. ROJAK INDIA sumber resepi: PUAN NORZAILINA NORDIN -alaf21 Bahan Cucur (Keras): 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 camt serbuk penaik 3/4 camt garam 1/2 camt gula 155-165 ml air 1 labu bawang besar, dicincang halus 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus minyak untuk menggoreng Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan. Bahan Sampingan: 8-10 keping tauhu, digoreng ke

Ayam Percik Special

Imej
Nie second time guna resepi ni...sedap! Resepi boleh check sini Ayam Percik Special

Kuih Lapis Serikaya

Imej
Minggu lepas buat kaya utk inti pau, ada lebih byk so pikir punya pikir camna nak habiskan kaya tu...try buat kuih lapis guna kaya ni. Selepas belek-belek segala resepi kuih lapis…try olah itu ini dan nielah hasilnya. Nasib baik menjadik! Kuih Lapis Kaya Bahagian A 1 cawan kaya 1/4 cawan air ¼ cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung kastad 1/2 sudu teh garam Gaul rata semua bahan dan tapiskan Bahagian B 1 cawan santan 1/2 cawan tepung gandum 1/4 cawan gula 1 sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung kastad 1/2 sudu teh garam pewarna kuning (warna lain pun ok) Gaul rata semua bahan dan tapiskan. Panaskan periuk kukus Sapukan minyak pada loyang. Tuangkan 3 senduk nasi bahagian A dan kukus selama 5 minit. Tuangkan pula 3 senduk nasi bahagian B dan kukus selama 5 minit. Ulang hingga semua adunan habis.Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Baked Sweet Potato

Imej
Resepi ni dapat free masa beli marjerin…dah lama simpan, tak pernah try. Seeloknya guna Japanese Sweet Potato/ keledek kuning baru cantik cam dalam gambar bawah ni. Maisya guna keledek oren, huduh la plak jadiknya. Baked Sweet Potato 350g keledek 30g butter/marjerin 50g gula 1 kuning telur esen vanilla kuning telur utk sapuan(maisya tak sapu pun) bijan hitam untuk hiasan -Rebus keledek hingga lembut dan lenyek diatas penapis( utk dapatkan adunan yg smooth, kalau lenyek saja pun ok) -Masukkan keledek, butter/marjerin, gula dan kuning telur ke dalam periuk dan gaul rata. -Masak adunan tadi diatas api sebentar( lebih kurang 5 minit) dan sentiasa mengacau adunan. -Tambahkan esen vanilla dan gaul rata. -Sejukkan sedikit dan bolehlah dibentuk adunan ikut kesukaan masing-masing. Boleh dikepal-kepal saja dengan tangan or gunakan piping bag dan paipkan adunan ke atas baking tray( yg dah disapu butter atau boleh alas dengan paper cup) -Sapu kuning telur pada permukaan kuih. -Taburkan sedikit bij

Puding Lapis

Imej
Haritu buat puding lapis ni utk majlis tahlil di surau. Sebenarnya nak buat Agar-agar Pelangi Indah resepi dari archive FNR tapi sebab monitor pc rosak, tak sempat nak print resepinya. Nie buat jer ikut pandai sendiri. Nasib baik menjadik gak. Tapi bila potong baru perasan, tersilap susun lapisan 2 yg akhir tu, dah terbalik. Anyway, tak jadik hal pun...yang masalahnya ada layer yg tergelincir le bila dipotong. Ingat nak cakar permukaan layer tu bila nak melapis tapi takut tak lawa plak lapisan tu...camna ye...sesiapa ada tips? Agar-agar Lapis Bahagian A 1 1/2 sb(7.5g) agar-agar serbuk/agar-agar strip 600 ml air 1 cawan gula pasir 40g gula batu (tak bubuh pun tak pe) pewarna merah, hijau, kuning (ikut suka le nak letak warna apa) -Masak agar-agar bersama air hingga larut. -Tambahkan gula. Tutup api bila gula dah larut kesemuanya. -Tapis dan bahagikan kepada 3 bahagian -Tambah beberapa titik pewarna yang berlainan setiap bahagian. Bahagian B 1 1/2 sb(7.5g) agar-agar serbuk/agar-agar stri

Kek Lapis Happy Day

Imej
Satu lagi projek utk menghabiskan stok kaya. Maisya buat 1/2 adunan je so resepi kat bawah ni yang maisya dah bahagi 2. Maisya just bahagi kepada 3 bahagian dan bubuh warna merah, hijau dan koko. Setiap lapisan bubuh dalam 2 senduk nasi adunan dan kukus 10 – 15 minit. Untuk lapisan hijau maisya taburkan ceri hijau yang dah dipotong-potong kecil( ni yang orang selalu guna utk hias atas biskut )….tak bubuh kismis sebab tak de stok kat rumah. Abaikan susunan warna yang berterabur tu….kih..kih.. KEK LAPIS HAPPY DAY [Kero-kero] 8 oz mentega 5 biji telur 3/4 cawan gula halus 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 tin susu pekat (lebih kurang 250g) 200g serikaya 2 camca teh Nescafe 1/2 camca teh vanilla Pewarna hijau, kuning, merah & sedikit kismis Cara-caranya: 1. Mentega dipukul dgn gula & kemudian masukkan telur. Kacau rata. 2. Masukkan serikaya ke dlm adunan tadi & gaul sebati. 3. Kemudian masukkan susu pekat, vanilla & tepung. Kacau adunan hingga rata. 4. Bahagikan adunan kpd 4 ba