Catatan

Tunjukkan catatan dari 2006

Tuna-Mayo Spagetti

Imej
Resepi ni from my friend. Masa Maisya pergi rumah dia dulu( masa zaman bujang ), dia masakkan untuk Maisya. Very simple and it tastes good. Syikin, thank you! Tuna-Mayo Spagetti Bahan-bahan: 1 tin tuna mayonis ( Maisya guna brand Ayam ) 2 tangkai cili kering dibasuh, ditos dan dihiris halus ( boleh bubuh ikut suka banyak mana ) 3 ulas bawang putih dihiris nipis( nie pun bubuh ikut anggaran sendirik ) olive oil ( minyak biasa pun ok jer ) spagetti direbus hingga lembut garam dan lada sulah secukup rasa Cara: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kering sehingga bawang putih agak garing. Masukkan spagetti dan gaul rata. Tambahkan tuna mayonis ,garam dan lada sulah secukupnya dan gaul rata....dah siap!! nota: kalau tak jumpa tuna mayonis yg dlm tin tu boleh gunakan tuna yg dlm tin ( perahkan minyaknya dulu sebelum guna dan hancur-hancurkan isi tuna tu) dan campurkan dgn mayonis...agak-agaklah sukatan mayonis tu sebab kalau banyak sangat nanti spagetti jadik terlalu berminyak!

Mee Bandung Asli Muar

Imej
Maisya try resepi dari Puan Puti Mazura...tengok resepi, dia tulis guna 1 labu bwg putih....takut plak nak bubuh byk tu so Maisya kurangkan sikit. Gula pun Maisya kurangkan. Mee Bandung Asli Muar - mesra.net Kiriman: Puti Mazura Mashudi Sumber: Resepi Asli Muar Bahan-Bahan: 1 kg mee kuning 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 1 labu bawang putih (diketuk) 5 biji bawang merah ½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) ¾ - 1 cawan gula pasir 3 - 4 cawan air rebusan daging 1 sudu makan sos tiram Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang,

Kuih Tako

Imej
Nie first time makan kuih tako sebenarnya...resepi k.liza ni simplified version, kononnya kuih tako yg original guna tepung hoe kwee dan ada bubuh sengkuang cina di dalamnya. Ada juga yg guna tepung arrowroot. Maisya selalu kalau nak pilih resepi untuk dicuba, mesti carik yg paling simple je, so I tried this recipe. Silap Maisya terbubuh jus pandan yg agak pekat so terasa pahit sikit. Casing dari daun pandan tu belajar dari member di FNR. Tak susah rupanya nak buat casing tu. Boleh refer sini utk tengok caranya: CASING DAUN PANDAN KUIH TAKO Kiriman: hanieliza - board FNR, forum.cari.com.my Bahan: Lapisan Bawah 1 cawan tepung jagung [kurangkan sikit..dalam 2 s/kecil] 1 cawan gula 4 cawan air pewarna hijau/jus pandan Bancuh rata dan masakkan atas api/dapur. Tuangkan dalam bekas acuan daun pandan atau bekas pelastik kecil. Lapisan Atas 1/2 cawan tepung jagung 4 cawan santan pekat + garam Kacau rata dan masakkan atas dapur sehingga pekat. Tuangkan atas adunan hijau tadi

Bingka Suji

Imej
Bingka suji ni sebenarnya bukan ler bingka suji yg tulen..he..he..haritu plannya nak buat talam suji yg dlm buku resepi k.liza(hanieliza) tu tapi terasa malas plak nak buat lapisan atasnya tu, so Maisya just buat lapisan bawahnya dan instead of kukus Maisya bakar...jadiklah bingka....rasa dia ada sikit kureng dan tak berapa manis sebab kalau yg asalnya dia ada lapisan gula perang kat atas tu. Nie lah hasil kerja org tgh malas...resepinya Bingka Suji 3 cawan santan cair 1 cawan tpg suji 1/2 cawan gula garam pewarna kuning campur semua bahan dan masak dgn api kecil hingga pekat. Lepas tu tuang dlm loyang dan bakar dgn suhu 190 C for about 30 minutes.

Coleslaw

Imej
Inilah first time cuba buat coleslaw...tak sangka jadik sebijik cam yg makan kat KFC tu..Kalau ikut resepi, semua bahan dicampur sekali, tapi Maisya buat asing-asing. Tak campurkan sayur dan sos tu sekaligus sebab Maisya prepare agak awal. Dalam sejam before makan tu baru Maisya gaulkan semua sekali. Natural yogurt tu Maisya guna susu cair yg diperahkan jus limau nipis dan dibiarkan dalam 5 - 10 minit, then kacau rata. CRUNCHY COLESLAW Kiriman: noormasri, board FNR, forum.cari.com.my Bahan-bahan: 1/2 biji Kobis bulat } dihiris halus 1 btg lobak merah } dicincang halus 1 labu bawang besar} dicincang halus 6-8 sudu besar mayonis 6-8 sudu besar natural yogurt garam secukupnya serbuk lada hitam Cara membuat: Campurkan semua bahan didlm mangkuk, gaul sebati.Sedia dihidangkan

Creamy Potatoes

Imej
Resepi ni dicuba sebab masa tu bahan-bahan ni jer yang ada kat rumah...simple tapi mengenyangkan. Maisya ikut sebijik cam resepi cuma tak bubuh dill sebab tak de dan Maisya tambah grated cheese kat atas tu. Susu tu Maisya pakai susu cair. Creamy Dill Potatoes Post by: speedial, board FNR forum.cari.com.my Source: RecipeZaar A creamy, tasty potato dish that can be made ahead and baked when ready to serve. Ingredients: 4 medium potatoes 2 tablespoons melted butter 2 tablespoons flour 1 cup milk 1/2 cup mayonnaise 1/4 teaspoon pepper 1/4 teaspoon salt 1/4 teaspoon dry dill weed (ni tak tau ape benda nya maybe sejenis rumpai kot) Method: Boil potatoes until almost done, then peel and dice. Spread potatoes out evenly into casserole dish. Mix together butter, milk and flour and bring to a boil, whisking constantly. Cook for 1 minute more, then remove from heat. Add mayonnaise and rest of ingredients and mix. Pour mixture over potatoes in casserole. Sprinkle paprika and additi

Ayam Percik Special

Imej
Maisya pilih untuk cuba resepi ni sebab cara penyediaannya yang agak berbeza. Cara macam ni tak payahlah nak risau ayam tak masak kat dalamnya bila dibakar. Lagipun bahan-bahannya simple sahaja. Alhamdulillah sedap! Ayam Percik Special kiriman:periperi ,board FNR, forum.cari.com.my Bahan2nya: 1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya) Bahan A: (diblender dengan sedikit air) 3 batang serai 2 inci halia 3 biji bawang putih 4 biji bawang merah Bahan B: 1 1/2 cawan air asam jawa pekat 7 sudu besar gula garam secukupnya Bahan C: 6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit) 1 cawan santan pekat Cara2nya: Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata. Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan sa

Crystal Ball / Biskut Arab

Imej
Maisya dah selalu tolong mak buat biskut arab masa dulu-dulu bila menjelang raya. Tapi selalunya mak yang bancuh adunan. Maisya dan adik beradik yang lain hanya tolong bulat-bulatkan jer. Sekarang ni dah ada version baru biskut arab ni yang agak ceria sikit rupanya. Orang panggil Crystal Ball....hu...hu..hu..nama pun gempak jer tapi ianya cuma biskut arab yang dibubuh colour. Dah bertahun tak buat biskut arab ni so this time cuba bubuh colour plak! Biskut Arab source: mak Bahan 4 cawan tepung gandum 3/4 cawan gula kastor Minyak sapi secukupnya Cara Gaul tepung dan gula kemudian tambahkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut. Bulat-bulatkan dan bakar. Gaul dgn gula kastor. Biskut ni memang fragile semasa masih panas so berhati-hati masa nak angkat dari loyang...better tunggu sejuk sikit sebab lebih mudah untuk diangkat. Kalau nak bubuh colour, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan tambahkan pewarna yang berlainan bagi setiap bahagian itu.Nie tips d

Roti John

Imej
Roti John yang ni sempoi jer sebab guna lebihan lauk sardin malam sebelumnya tu. Roti John Bahan: Roti hot dog lebihan lauk sardin bawang besar telur butter/marjerin grated cheddar cheese mayonis sos cili Cara: Panaskan lebihan lauk sardin tu hingga kuah agak kering, then sejukkan. Tambah bawang besar yang dicincang dan telur. Gaul rata. Spread ke atas roti hot dog yang telah dibelah dua dan disapu butter/marjerin. Tabur grated cheese di atasnya. Susun atas loyang( roti dalam keadaan terbuka ) dan grill ( guna api atas ) hingga adunan sardin tu masak. Lepas tu bolehlah dibubuh sedikit mayonis dan sos cili. Dah ready untuk dimakan. Kalau ada sayur timun ke salad or tomato bolehlah bubuh...masa buat ni sayur apa pun tak de kat rumah so tak bubuhlah. Roti hot dog tu Maisya buat sendirik jugak guna resepi ni : Hot Dog/Burger Bun Nie dia roti hot dog yang Maisya buat. Ada part yang gelap sikit..he..he..biasalah pakai oven murah jer dan kita ni amatur bukannya pro.

Royal Chocolate

Imej
Sesuai dengan namanya, biskut ni memang rich dengan rasa coklat. Mungkin akan terasa pahit sikit tapi bila dah makan, tak boleh nak stop...he..he..warna dia pun memang hitam macam biskut oreo tu. Kalau ikut sukatan seperti dalam resepi, adunan akan jadik agak lembik so pepandailah tambah tepung. Maisya rasa masa buat ni dah teroverbeat butter and sugar so adunan jadik a bit oily. Pukul cukup sekadar nak satukan butter dan gula, tak payah sampai macam nak buat kek tu. Maisya gunakan tepung gandum biasa sahaja. Royal Chocolate Kiriman: MMISS, board FNR forum.cari.com.my Bahan: 300g butter ( or 250g butter + 50g marjerin ) 170g gula halus 200g tepung kek 100g serbuk koko 2 kuning telur 1 sudu teh esen vanila Hirisan badam( optional ) Cara: 1.Putar butter dan gula hingga kembang 2.Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi 3.Masukkan tepung kek dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul sebati 4.Bentukkan ikut citarasa sendiri dan aturkan dalam loyang yang telah disapu marjerin. Janga

Biskut Fancy Ice Cream

Imej

Cornflakes Crunchies

Imej

Melon Bread ( Meron-pan )

Imej

Pizza

Imej

Puding Seri Ayu Berkuah Kastad

Imej
Very simple recipe tapi rasa dia agak plain sebab tak bubuh fruit cocktail....kalau time malas bolehlah buat yg ni. Puding Seri Ayu Berkuah Kastad recipe posted by Soda at FNR Bahan2 Puding:- 2 cawan tepung jagung 12 cawan air sejuk 2 sudu besar gula 1 sudu kecil pewarna kuning (or any color) Cara membuatnya:- 1. Bancuh tepung jagung dengan air sejuk, gula dan warna kuning 2. Jerangkan dengan api kecil dan kacau rata hingga adunan pekat dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan kecil dan sejukkan. Bahan2 Kuah:- 1 tin susu cair 1 tin air sejuk 1 1/2 cawan gula 2 sudu tepung kastad (bancuh dengan sedikit air) (kepekatan kuah ikut citarasa sendiri) Hiasan:- 1 tin laici 1 tin anggur 1 tin nenas kiub 6 biji ceri merah dan hijau (dipotong) (bole juga guna buah peach atau buah2 ikut kegemaran pembuat) Cara membuat kuah :- 1. Campurkan semua bahan-bahan kuah dan masak dengan api kecil. Kacau hingga masak dan angkat serta sejukkan. 2. Untuk menghidangnya, keluarkan puding dan letak dalam mangkuk. T

Talam Pisang

Imej

Swiss Roll

Imej
Dah lama teringin nak buat swiss roll tapi selalu malas sebab kebanyakan resepi yang maisya jumpa kaedahnya agak leceh such as; putih dan kuning telur diasingkan dan dipukul berasingan ataupun bahan-bahan yg digunakan banyak, kena guna ovalette la, etc. Akhirnya maisya jumpa resepi yang sempoi. Resepi ni ada pada satu Japanese website, siap ada gambar step by step lagik…tapi terlupa plak nak copy the url. Nie resepi yg dah ditranslate…sorry ayat tunggang langgang. Simple Swiss Roll 3 biji telur 60g gula kastor 50g tepung gandum/superfine flour Isikan air suam ke dalam satu bekas. Letakkan satu bekas yg lain diatasnya dan pecahkan telur ke dalam bekas ini. Pukul telur sehingga gebu/kembang. Tambahkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga adunan gebu dan kental. Tambahkan tepung sedikit demi sedikt dan kaup balikkan aduan sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang oven yg telah dilapik dgn kertas minyak dan digris dengan mentega. Bakar di dalam oven (yang telah dipanaskan terlebih dahulu

Puding Triffles

Imej
First time makan triffles masa my friend buatkan utk maisya sempena my 23rd birhday. Lepas tu makan yg my sis dan aunty buat. This is my first time buat sendiri. Maisya ikut resepi yg kat bawah ni tapi tak bubuh fruit cocktail & yogurt. Dlm gambar nampak cam ok tapi part kastard tu lembik sikitlah...itupun maisya dah tambah sukatan tepung kastad...Anyway, rasa dia memang sedap Puding Triffles recipe posted by ashra at FNR 1 biji kek swiss roll 1 tin fruit coktail 1 bungkus agar2 serbuk 1 tin susu cair+1 tin air+7 sudu gula pasir 4 sudu tepung kastard nestle yogurt cara: layer 1 potong swiss roll dan susun dalam acuan.tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll.ketepikan. layer 2: 1 tin susu cair+1 tin air+7 sudu gula di masak atas api(sambil masak tu, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 gelas air). bila susu dah mendidih, kecilkan api, masukkan bancuhan tepung kastard..kacau hingga susu menjadi pekat. tuang atas layer 1. layer 3: buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2.ke

Biskut Vico

Imej
Biskut ni asalnya biskut lain tapi Maisya dah tukar sikit ingredients dia so kenalah tukar nama sekali. Pada yang tak tahu, Vico ni sama jenis macam Milo, Ovaltine tu ... Maisya suka dengan adunan biskut ni sebab senang nak handle, outcome dia pun best, rangup! Nanti maybe nak try guna serbuk koko plak...sure jadik hitam legam..he...he.. Biskut Vico 100g butter 50g shortening 180g tepung gandum 50g tepung jagung 80g serbuk minuman Vico 80g gula icing 1/2 sudu teh baking powder 1 kuning telur -Pukul butter, shortening dan gula hingga sebati. -Masukkan kuning telur, gaul rata. -Tambahkan tepung jagung, baking powder dan Vico. -Sambil uli, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis. Jika adunan lembik, biarkan beberapa ketika sebelum diterap. -Terap ikut bentuk yang diingini dan bakar dengan suhu 160 C selama 10 minit.

Selamat Hari Raya

Imej
Selamat Hari Raya kepada semua...sorry dah lama tak update sebab sibuk dengan baby baru yang lahir pada 3 Ramadhan yang lalu. Sekarang masih dalam pantang so aktiviti memasak pun kurang sikit

Suji Blueberry Squares

Imej
Haritu secara tak sengaja terjumpa suji ni kat K4 so Maisya try resepi ni. Maisya guna jem blueberry utk fillingnya. Hasilnya memang akan berderai sikit disebabkan suji ni, tak bolehlah nak smooth jer macam kek. Anyway memang sedap dan tak terlalu manis, manis tu hanya dari jem blueberry tu sahaja. Seperti biasa, Maisya gunakan marjerin sebagai ganti butter. SUJI RASPBERRY/STRAWBERRY SQUARES (resepi sumbangan 1mas2ra di board FNR, forum.cari.com.my) A/ 1 1/4 cup plain flour 2 tsp baking powder 1 cup suji 1/2 cup caster sugar B/ 200gm butter, softened 2 eggs (A), lightly beaten 2 tsp vanilla essence Raspberry or strawberry jam 1. Pre heat oven at 170C. 2. Sift flour and baking powder. 3. In a bowl, put together sifted flour, suji, caster sugar. 4. Add in B and stir until well combined using hand whisk. 5. Pour half into a lined and greased 8 x 8 in square tin or 7 x 10 in rectangle tin. Spoon jam on to the batter and pour balance of batter on top. 6. Bake for around 20-25 minutes or u

Roti Blueberry dan Kheema

Imej
Semalam cuba resepi Roti Blueberry dari Nina. Resepinya ada di forum cari dan jugak di fotopages Nina : Roti Blueberry Tak cantik macam Nina punya tapi memang lembut roti ni...berbaloi dok menguli 1/2 jam Roti Blueberry 500 gm tepung high protein 90 gm gula castor 1 biji telur 10 gm yis segera 5 gm garam 20 gm mentega 220 ml air Topping Blueberry Pie Filing Telur - untuk disapu di atas roti Semua bahan diadun sekali kecuali air dan mentega. Setelah bercampur rata, masukkan air sedikit demi sedikit - banyak atau sedikit air bergantung kepada tepung......jgn tuang sekaligus air. Setelah adunan bercampur sebati, masukkan mentega dan uli hingga doh menjadi lembut. Kemudian biarkan sebentar dalam 10 minit. Uli sebentar sebelum dibahagikan sebanyak 50 gm tiap doh. Selepas dibulat-bulatkan dlm 50 gm tiap satu, gentel bagi panjang....susun tiap satu tu dlm bekas rapat-rapat then biarkan dia naik 2x ganda.....dah naik tu baru sapu telur then bubuh topping tu. Atau boleh dibentuk mengikut bentuk

Kuih-muih

Imej
Cupcakes Cupcakes (resepi sumbangan puansri dari board FNR, forum.cari.com.my) 200 gm butter 180 gula castor 3 tbsp custard powder 220 gm tepung naik sendiri 4 biji telur Gaul semua bahan hingga sebati dan pukul hingga ' creamy '. nota: puansri kata ini basic punya resepi, boleh omit tepung kastad dan tambah apa-apa perisa or bahan seperti kismis, serbuk koko etc. Maisya omit tepung kastad dan bubuh 2 sudu besar air perahan oren dan juga parutan kulit oren ke dalam adunan. Memang hasilnya sedap dan lembut je. Oleh sebab tak de tepung naik sendiri so Maisya guna 200g tepung gamdum + 3 sudu teh baking powder + sedikit garam. Ini ikut formula yg Maisya jumpa di internet iaitu: 1 cup(110g) self raising flour = 7/8 cup (100g) plain flour + 1 1/2 teaspoons baking powder + 1 ts salt Cakoi Resepi ni dah lama ada dalam simpanan dan dah lupa ambik kat mana....sorrylah tuan empunya resepi! Cakoi 2 1/3 cawan tepung gandum 1/2 cawan air 1/2 camca besar marjerin( dicairkan ) 1/2 camca teh

BEEF RECIPES

Imej
Daging Masak Kandar DAGING MASAK KANDAR resepi sumbangan crv dari board FNR, forum.cari.com.my Bahan: 1/2 kilo daging di potong besar sikit 2 biji ubi kentang 2 biji bawang besar - dikisar 2 ulas bawang putih-dikisar 2-3 sudu rempah kari ikan Sedikit cili kisar Sedikit daun kari 2-3 asam keping sedikit kicap pekat sedikit air Cara: satukan bawang besar, bawang putih, cili kisar dan rempah kari ikan. kacau hingga sebati. Tumiskan bahan yg telah disatukan tadi bersama daun kari sehingga rempah garing dan naik bau. Masukkan daging dan sedikit air dan sedikit kicap untuk menghitamkan sikit kuah tu juga asam keping. Biar sehingga daging 1/2 empuk dan msaukkan ubi kentang. Masak sehingga ubi dan daging empuk. note: Sedap lauk ni...mula-mula tu risau jugak sebab dlm resepi tulis rempah kari ikan, ingatkan tersilap taip ke apa. Tapi tawakkal saja ikut 100% seperti resepi tu. Alhamdulillah sedap, tak de plak rasa macam lauk kari biasa...Lauk ni sebenarnya digandingkan dengan Nasi Lemak India.

Update Resepi

Imej
Laksam Terengganu First time seumur hidup membuat dan makan laksam Terengganu ni( Maisya kurang arif skit pasal masakan orang pantai timur ni sebab tak pernah sampai lagik ke sana ). Tak tahulah menjadik ke idak laksam yg Maisya buat ni sebab me and hubby dua-dua tak pernah makan laksam....for me dah sedap dah. Laksam (sumbangan Senorita, board FNR forum.cari.com.my) Bahan-bahan 3 cawan level tepung beras 4 cawan air 1 sudu teh air kapur (ambik kapur sket pastu + air, kacau...pastu ambik air dia saja...jgn ambik kapur) 3 sudu besar level tepung ubi 1/4 sudu teh garam Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit. Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus. Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan terangkat menggelembung bila masak) Angkat dan gulung kemas-kemas (spt gambar di atas). Buat begini hingga selesai semuanya. Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuan

Roti Boyan

Imej

Chocolate Shortbread Cookies

Imej
Biskut ni dah banyak kali Maisya buat utk anak-anak makan sebab resepinya mudah. Resepi asal namanya Valentine Shortbread sebab diterap bentuk love. Tapi Maisya selalu just bulat-bulatkan( or bujur ) dan tekan dengan garfu jer...pemalas skit.. Boleh tengok resepi asal di sini --> http://www.jscottcooper.com/Projects/Recipes/Valentines2/ Chocolate Shortbread Cookies 1 cup butter, softened 1/2 cup sugar 1 teaspoon vanilla 2 cups all-purpose flour 1/4 cup cocoa mix butter and sugar, beat until fluffy and creamy. Add vanilla, mix well. Add flour and cocoa powder, mix well until become a dough. Roll the dough and cut using cookie cutter of your favourite shape.

Kek Labu Kukus

Imej
  Resepi ni diolah dari resepi KEK CARROT KUKUS k.liza( hanieliza ) yang terdapat di forum.cari.com.my KEK LABU KUKUS Bahan 1 cawan butter/marjerin 3/4 cawan gula halus 3 biji telur 1 s/k esen vanilla 1 sudu besar susu pekat 1 1/2 cawan labu , diparut    sedikit kurma, dicincang( boleh guna prune or kismis ) 2 cawan tepung gandum 1 s/k baking powder 1 sudu besar tepung kastad Cara. 1. Panaskan kukusan 2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu. 3. Masukkan susu pekat, kacau rata. 4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata. 5. Masukkan esen vanila dan kacau lagi. 6. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan tepung kastad. 7. Masukkan labu, dan kurma. 8. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas 9. Kukuskan dengan api sederhana selama lebih kurang 1 1/2 jam Tips: TEPUNG KASTAD Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek y

Rendang Hitam

Imej
Rendang Hitam sumber : my mom Bahan: Daging Bawang merah -dikisar Bawang putih-dikisar Halia-dikisar Cili boh Kicap Air asam jawa Garam Minyak Cara: -Rebus daging( seketul besar...tak payah potong-potong) sehingga empuk -Toskan daging dan simpan air rebusan daging tadi -Hiris daging( tak perlu nipis sangat ) -Daging yg dah dihiris tadi ditumbuk sedikit dgn lesung one by one supaya dia jadi agak nipis dan melebar -Peram daging dengan kicap sekejap -panaskan minyak dan goreng sebentar daging tadi -Angkat dan ketepikan -Tumis bahan kisar dan cili boh...tambahkan air rebusan daging -Tambah air asam jawa dan garam -Masukkan daging bila dah pecah minyak dan kuah agak pekat -Masak sehingga kepekatan yg disukai...nak kering or basah..

5th Wedding Anniversary Cake

Imej

Popia Basah

Imej
Petang tadi dah berjaya buat popia basah guna resepi dewi. Mula-mula kulit tu tak berapa menjadi sebab dia tak lekat kat kuali( maisya guna kuali hitam yg biasa jer tapi yg jenis tebal punya ). Ada le dlm 3 or 4 keping yg first tu terpaksa dibuang...nak kata kuali tu berminyak dah cuci bersih-bersih dan lap kering-kering so maisya agak kuali tu terlalu panas. Maisya teringat yg ada forumer kat FNR cakap dia alihkan dari api masa nak buat kulit tu so try ler alihkan dari api dan biar kasi sejuk sikit...alhamdulillah lepas tu menjadik! Maisya guna tangan jer, tak de lah panas sangat. Popia Basah Recipe posted by Dewi at FNR Kulit Popiah Bahan: Tepung Gandum 1 kilo Air ( bancuh macam buat cucur tapi pekat sikit) Minyak masak ( 2 sudu besar) 1 biji telur ( optional tak der pun tak pe) Cara: -Bancuh tepung dan gaul sampai tak berketul2. dan biarkan sekurang2nya 1 jam. -Bila kuali dah cukup panas, tak payah panas giler api serderhana kecil, ambil segenggam tepung dan lalukan atas kuali membe

Apom Coklat

Imej
Semalam buat Apom Coklat.....sebenarnya macam kek coklat jer rasanya... APOM COKLAT sumber:BicaraMuslim.com penyumbang:quratul ayuni 1. 4 biji telur 2. 3 cawan gula (nak kurang manis kurangkan sikit dianya kuantiti) 3. 3 cawan tepung gandum 4. 1 cawan minyak masak 5. 1 cawan serbuk koko 6. 1 tin susu cair 7. 2 sudu kecil esen vanilla 8. 1 sudu kecil bikarbonat Cara buat. ~~~~~~~ Pukul No.1 & No.2 = kalau boleh guna mixer (untuk hancurkan gula saja) Lepas tu masukkan bahan-bahan yg lain Kukus di dalam acuan kecil 10-15 minit Nie hasil yg maisya buat semalam....first batch kukus tu maisya lapik dgn papercup, jadik cantik jer kembang mekar...second batch tu sebab dah kehabisan papercup maisya terus tuang dlm acuan jer...tapi yg ni tak mekar le plak, atasnya membulat jer. So maisya potong-potong jer macam dlm gambar no2 tu. Sedap dan lembut jer...

Sagu Gula Merah

Imej
Sagu Gula Merah First time buat, maisya ikut cara yg biasa iaitu basuh sagu, tapiskan lepas tu masak dgn air sampai sagu kembang dan masak, kena kacau selalu dan ambil masa yg lama...tapi hasilnya tak cantik. Refer gambar yg pertama. Kemudian maisya terbaca tips yg ditulis oleh forumer s3Nor!t@ di forum.cari.com.my seperti yg tertulis di bawah ni. Setelah ikut tips ini, barulah sagu tu jadik cantik, dan caranya pun mudah dan cepat. Hasilnya seperti dlm gambar kedua. ...petua dr chef rohani jelani... 1. didihkan air lam periuk (air lebihkan sikit lagi elok), pastu masukkan sagu (jgn basuh...bukak packet terus jer masuk lam periuk tu)... 2. pastu, sambil tuang sagu sambil kacau supaya nanti sagu tak bergentel....biarkan mendidih atas api besar lebih kurang 10 minit. 3. pastu, padamkan api tudungkan periuk. Biarkan sagu duk lam periuk dalam 10-15 minit. 4. pastu, bukak tudung periuk....kacau2 tengok sagu tu, bila dah bertukar jadi jernih boleh lah tapiskan. 5. pastu, siram sagu dibawah a

Maryam's 1st Birthday

Imej
Imej