Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agar-agar dan Puding

Kheer @ Rice Pudding

Imej
Dessert yg agak mengenyangkan...tak boleh makan byk sangat. Maisya buat agak pekat so makan macam pudding guna sudu. Tapi haritu ada orang Bangladesh buat, dia cair sikit macam bubur dan depa makan cecah dengan roti. Maisya tak letak rempah or kismis, just kosong je. Kalau letak kismis tu oklah tapi kalau yg ada rempah tu tak berapa suka. Sebenarnya boleh guna susu pekat untuk ganti susu & gula tu. Ada juga resepi yg buat guna beras tapi ambik masa lama nak masak dan kena kacau selalu. Leftover Rice Rice Pudding http://www.slashfood.com/2006/09/10/rice-pudding-with-leftover-rice/ 2 cups leftover cooked white rice 3 cups milk (any kind)* 1/2 cup sugar small pinch salt 1/2 cup raisins 1 teaspoon vanilla extract 1/2 teaspoon cinnamon, optional pinch nutmeg, optional Combine cooked rice, milk, sugar and salt in a medium saucepan. Bring to a boil, then lower the heat to a simmer and stir in the vanilla and raisins. Cook until just about all of the milk is absorbed (30-45 minutes, depen...

Penyejuk Tekak

Imej
Selamat Hari Raya Aidiladha. Rainbow Pudding ni buat untuk jamuan hari raya di surau. Kali ni berjaya dapatkan jalur-jalur yg halus...setiap warna pada permulaan letak 3 sudu besar , bila dah lebih separuh letak 2 sudu besar dan bila dah nak habis tu letak 1 sudu besar je....tapi yg bahagian last tu adunan dah agak mengeras so jadik berketul sikit. Kalau ikut resepi asal dia suruh sengetkan loyang masa tuang setiap lapisan tapi maisya terus tuang kat tengah loyang tanpa sengetkan loyang tu macam buat kek zebra Gula dikurangkan , resepi asal 450g gula tapi maisya guna 400g gula pasir dan 20g gula batu. Resepi dah ada di sini: RAINBOW MARBLE PUDDING Yang ni Daifuku ..dah pernah buat dulu tapi kali ni tambah pewarna merah sikit. Resepinya di sini: DAIFUKU MOCHI Kat bawah ni plak puding-puding yg buat masa bulan puasa lepas. He..he..dah berbulan baru nak letak kat sini. Resepi nak kena cari dulu, mana ntah letaknya...nanti bubuh kemudian...tengok gambar je dulu. PUDING KASTAD resepi dari B...

Baked Bittersweet Mousse

Imej
Selalu takut nak cuba buat mousse sebab penggunaan telur yg mentah tu...ni terjumpa resepi baked mousse so try buat. Tak tau le sama ke tak antara mousse yg biasa dengan yg baked ni tapi memang sedap( bagi yg sukakan coklat la)...maisya tak de bekas ramekin so letak dlm cawan je. Baked Bittersweet Mousse http://www.insanitytheory.net/kitchenwench/2008/08/04/silky-soft-baked-bittersweet-mousse/ (from ‘Bittersweet‘ by Alice Medrich) Ingredients (makes approx 4 cups/6 serves) 170g bittersweet chocolate, finely chopped 1/4 cup milk (or water or coffee or 1/2 cup heavy cream) 3 large eggs, at room temperature 3 tbsp caster sugar Double cream, strawberries and pure icing sugar, to serve 1. Position rack in lower third of oven and preheat oven to 160 degrees C. 2. Place chocolate and milk in a heatproof bowl, then place over a pot of barely simmering water (make sure the bottom of the bowl doesn’t touch the water) and stir till the chocolate has almost completely melted, then remove the bowl ...

Puding Permata

Imej
Tergoda dengan rupanya yg cantik....dah lama nak cuba tapi bulan ramadhan je yang rajin nak buat puding & agar-agar ni so baru sekarang buatnya. Sedap cuma agak manis sikit. PUDING PERMATA http://myresipi.com/top/detail/3756 rossitamz @ myresipi.com Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in ) ** Bahan untuk agar-agar : 300ml air 200ml susu cair/susu segar 125gm gula pasir (maisya letak 12 sudu besar) 2 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar serbuk agar-agar ** Bahan untuk kastad : 500ml air 400ml susu cair/susu segar 250gm gula pasir (maisya letak 20 sudu besar) 10gm serbuk agar-agar (maisya letak 2 sudu besar) 1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air Cara-cara ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih. (maisya masak air dengan serbuk agar-agar sampai larut. Lepas tu tambah gula...bila gula dah larut tambahkan susu yg dah dibancuh bersama serbuk koko...

Chocolate & Blueberry Parfait

Imej
Sekarang ni cuaca agak panas..tambah plak tgh musim durian....bertambah panas le badan ni bila dah makan durian...haritu jengok fotopages kak Linda ternampak Ichigo Parfait ...tergoda la plak...masa puasa 27 Rejab haritu buat ni utk berbuka...simple je nak buatnya, just lapiskan je adunan cheese dengan apa yg kita suka...kalau ada cornflakes, biskut( dihancurkan ) ke boleh letak kat lapisan bawah sekali dan jugak atas sekali...pendek kata bubuh je apa yg kita nak. Chocolate & Blueberry Parfait Adunan cheese: 1 cawan cream cheese ( maisya guna homemade cheese, rujuk nota di bawah ) 1/2 cawan sour milk ( sila rujuk nota di bawah ) 2 sudu besar powdered sugar Pukul semua bahan hingga sebati dan smooth. Nisbah bahan-bahan ni sebenarnya boleh adjust sendiri..nak lebihkan cheese ke etc...ikut selera masing-masing. Chocolate Syrup: 1/4 cawan serbuk koko 1/2 cawan air 1/2 cawan gula garam 1/2 sudu teh esen vanilla Gaul rata semua bahan( kecuali esen vanilla) dan masak dengan api sederhana ...

Aneka Puding & Agar-agar

Imej
Himpunan beberapa resepi utk puding & agar-agar yg dah lama terperuk dlm PC. PUDING LAICI –kak liza http://hanieliza.fotopages.com/?entry=909314 bahan –bahan: 10 gm agar-agar serbuk atau 1 paket agar-agar strips [28 gram] 6 cawan air 1 cawan gula 1 tin susu cair 1 tin laici dalam tin... [dimesin beserta dengan airnya] 1 tin laici [untuk hiasan jika mahu] Cara: 1. Masakkan agar-agar bersama air sehingga larut. 2. Masukkan gula. Biarkan hingga gula larut. [jika gunakan agar-agar strips kena tapis] 3. Masukkan laici yg dah dimesin dengan airnya dan susu cair. Kacau rata. Tutup api. 4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Sejukkan 5. Hidangkan bersama buah laici. NOTA Puding laici ni agak lembut sedikit, gunakan sudu untuk memakannya..... PUDING KASTAD BERJELLY Bahan Puding : 1 cawan susu cair 1 cawan gula 1 cawan tepung kastad 1 cawan tepung jagung 5 cawan air Bahan jelly: nak senang gula instant jelly brand nona etc tu jer...guna perasa strawberry ...

Puding Karamel

Imej
Dah lama copy dan simpan resepi ni( ada le dekat 2 tahun kot )...dah ramai yg cuba dan dapat hasil yg bagus. Kali ni baru ada kerajinan nak buat. Bukan susah pun sebenarnya. Puding ni agak firm, bukan jenis yg boleh goyang-goyang tu. Untuk dapatkan puding yg smooth, jangan beat adunan tu sampai berbuih-buih...cukup sekadar kacau rata perlahan-lahan hingga adunan sebati jer. Tapis adunan masa tuang ke dalam loyang. Kalau kukus gunakan api yg perlahan sahaja. Puding Karamel recipe posted by nsutra at FNR Gula Hangus 3 sudu besar gula pasir 2 sudu besar air Cara-cara Masak gula pasir (guna api perlahan) dlm periuk hingga perang....then campurkan dgn air. Masak semula atas api perlahan hingga gula hancur. Bila sume dah hancur tuang dalam loyang....by the time gula hangus ni sejuk dia akan menjadi pekat dgn sendirinya. Bahan Puding 5 biji telur 3/4 cawan susu pekat manis 3/4 cawan air 1 sudu teh esen vanilla 3 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air) secubit garam Cara-cara Campur...

Puding Cendol

Imej
Last week buat puding cendol ni utk jamu tetamu yg dtg ke rumah, alhamdulillah ramai yg kata sedap. Maisya tak bubuh kuning telur macam resepi tu tapi ok je menjadi. Tapi bahagian gula merah tu agak nipis le plak... Puding Cendol http://myresipi.com/top/detail/2899 tuntung15@myresipi.com Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci ) Lapisan Bawah 500ml air 180gm gula pasir 300ml santan pekat 10gm agar - agar powder 500gm cendol sedikit garam Cara-cara Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong. Lapisan Atas 500ml air 200gm gula merah 300ml santan pekat 10gm agar - agar powder 1 biji kuning telur sedikit garam Cara-cara: Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gu...

Puding Roti (Kukus)

Imej
Satu lagik resepi campak-campak....the day before tu ada buat roti tapi tak berapa menjadik, agak keras so daripada membazir tak dimakan, buatlah puding roti ni....kalau nak resepi yg tepat boleh refer entry sebelum-sebelum ni, rasanya dah bubuh. Kali ni buat tak de sukatan langsung. -Potong-potong roti dan susun dalam loyang. Maisya bubuh carrot yg diparut pada setiap lapisan roti. -Ambik marjerin sikit, ada le dlm 2 sudu besar. Lepas tu pukul dengan gula( gula bubuh dlm beberapa sudu besar...tak ingat). -Dah agak gula tu hancur , masuk telur sebiji...pukul rata. -Tambah dalam 1/2 sudu besar tepung kastad/jagung. Pukul rata. -Lepas tu tambah susu( agak-agak sampai hampir tenggelam roti)...dah gaul rata, tuang ke dalam loyang yg berisi roti tadi. Kalau adunan susu tak cukup, tambah je susu lagi. -Tekan-tekan sikit roti tu nak bagi meresap semua aduanan. -Last sekali susun buah kurma( buang biji dan potong kecik). -Kukus dalam 15-20 minit

Puding Kastad Mangga

Imej
Resepi ni dah bertahun tersimpan dalam buku resepi maisya ...kalau tak silap salin dari majalah Mingguan Wanita. Baru ada kesempatan nak cuba. Sedap tu sedap tapi kurang rasa mangga, maybe mangga yg maisya guna tu tak berapa sedap or maybe kena bubuh byk sikit baru terasa mangganya. Masa tuang adunan kastad ke dalam agar-agar tu kena cepat-cepat kacau supaya adunan tak berketul. Puding Kastad Mangga sumber: Mingguan Wanita 20g agar-agar serbuk/strip 1000ml air 300g gula pasir 4 sudu besar tpg kastad 400ml susu cair 4 biji telur 300g mangga dikisar halus 1/2 sudu teh esen vanilla Pewarna merah -Masak agar-agar bersama air dengan api sederhana hingga larut -Masukkan gula dan kacau hingga larut -Tapis dan asingkan 500ml agar-agar ke dalam periuk lain dan masak guna api kecil -Kacau tepung kastad bersama susu cair dan telur hingga sebati ( tak perlu pukul hingga telur kembang, cukup sekadar semuanya sebati ). -Tuang separuh ke dalam agar-agar pertama, kacau hingga sebati. -Tuangkan ke dal...

Puding Lapis

Imej
Haritu buat puding lapis ni utk majlis tahlil di surau. Sebenarnya nak buat Agar-agar Pelangi Indah resepi dari archive FNR tapi sebab monitor pc rosak, tak sempat nak print resepinya. Nie buat jer ikut pandai sendiri. Nasib baik menjadik gak. Tapi bila potong baru perasan, tersilap susun lapisan 2 yg akhir tu, dah terbalik. Anyway, tak jadik hal pun...yang masalahnya ada layer yg tergelincir le bila dipotong. Ingat nak cakar permukaan layer tu bila nak melapis tapi takut tak lawa plak lapisan tu...camna ye...sesiapa ada tips? Agar-agar Lapis Bahagian A 1 1/2 sb(7.5g) agar-agar serbuk/agar-agar strip 600 ml air 1 cawan gula pasir 40g gula batu (tak bubuh pun tak pe) pewarna merah, hijau, kuning (ikut suka le nak letak warna apa) -Masak agar-agar bersama air hingga larut. -Tambahkan gula. Tutup api bila gula dah larut kesemuanya. -Tapis dan bahagikan kepada 3 bahagian -Tambah beberapa titik pewarna yang berlainan setiap bahagian. Bahagian B 1 1/2 sb(7.5g) agar-agar serbuk/agar-agar stri...

Puding Roti

Imej
Selalunya Maisya buat puding roti ikut resepi sendiri( tak de sukatan, bubuh je bahan-bahan ikut suka hati...he..he.. ). Kali ni try guna resepi k.Liza sebab ramai yang kata sedap. Maisya ikut bebetul resepi except kismis tu maisya ganti dengan kurma yang dicarik-carik. Adunan roti tu Maisya pukul sampai hancur le roti tu( kalau boleh nak blender tapi masa tu malas plak nak keluarkan blender, basuh,etc ). Hasilnya...memang puas hati la...elok je jadiknya. Sedap makan bila dah disejukkan. Ops! Kuah kastad tu Maisya buat jadik agak cair dan kurang manis sebab Maisya guna fresh milk bukan susu cair. Puding Roti post by hanieliza at board FNR, forum.cari.com.my Bahan: A: 500 ml susu segar/fresh milk 8 keping roti (gardenia/high 5) B: 4 sudu besar gula halus ( boleh tambah lam 1 0r 2 sudu kalau nak manis) 2 sudu besar butter 2 biji telur ayam 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu besar tepung jagung C: 2 sudu besar kismis hitam CARA: 1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam 2. Puk...

Agar-agar Pelangi

Imej
AGAR AGAR PELANGI sumber: majalah keluarga tahun 80an 15g agar-agar 1400ml air 2 cawan gula pasir 38g gula batu pewarna merah, hijau, kuning 4 keping roti 1 tin susu cair IDEAL 2 biji telur 1 biji limau kasturi, ambil jusnya 1. Bahagi agar-agar kpd 2 bahagian. Masak satu bahagian dgn 600ml air hingga larut. Kemudian, masukkan 1 cawan gula pasir dan 38g gula batu. Masak hingga gula larut. 2.Tapis dan tuangkan agar-agar ke dlm 3 bekas. Warnakan tiap-tiap satu dgn pewarna yg berlainan. Biarkan keras,kemudian parut halus dan campurkan semua warna. 3. Masak baki agar-agar dgn 800ml air hingga larut. Masukkan baki gula dan masak hingga larut. Tapis dan masukkan kedalam periuk lain; ketepikan. 4. Rendam roti dlm susu cair. Pukul telur hingga sebati, kemudian tuangkan ke dlm adunan roti dan kacau rata. Masukkan air perahan limau dan kacau. Tuangkan kedalam adunan agar-agar tadi dan jerang hingga mendidih. 5. Sediakan acuan yg telah dibilas. Masukkan agar-agar yg diparut hingga menutupi bahagia...

Puding Seri Ayu Berkuah Kastad

Imej
Very simple recipe tapi rasa dia agak plain sebab tak bubuh fruit cocktail....kalau time malas bolehlah buat yg ni. Puding Seri Ayu Berkuah Kastad recipe posted by Soda at FNR Bahan2 Puding:- 2 cawan tepung jagung 12 cawan air sejuk 2 sudu besar gula 1 sudu kecil pewarna kuning (or any color) Cara membuatnya:- 1. Bancuh tepung jagung dengan air sejuk, gula dan warna kuning 2. Jerangkan dengan api kecil dan kacau rata hingga adunan pekat dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan kecil dan sejukkan. Bahan2 Kuah:- 1 tin susu cair 1 tin air sejuk 1 1/2 cawan gula 2 sudu tepung kastad (bancuh dengan sedikit air) (kepekatan kuah ikut citarasa sendiri) Hiasan:- 1 tin laici 1 tin anggur 1 tin nenas kiub 6 biji ceri merah dan hijau (dipotong) (bole juga guna buah peach atau buah2 ikut kegemaran pembuat) Cara membuat kuah :- 1. Campurkan semua bahan-bahan kuah dan masak dengan api kecil. Kacau hingga masak dan angkat serta sejukkan. 2. Untuk menghidangnya, keluarkan puding dan letak dalam mangkuk. T...

Puding Triffles

Imej
First time makan triffles masa my friend buatkan utk maisya sempena my 23rd birhday. Lepas tu makan yg my sis dan aunty buat. This is my first time buat sendiri. Maisya ikut resepi yg kat bawah ni tapi tak bubuh fruit cocktail & yogurt. Dlm gambar nampak cam ok tapi part kastard tu lembik sikitlah...itupun maisya dah tambah sukatan tepung kastad...Anyway, rasa dia memang sedap Puding Triffles recipe posted by ashra at FNR 1 biji kek swiss roll 1 tin fruit coktail 1 bungkus agar2 serbuk 1 tin susu cair+1 tin air+7 sudu gula pasir 4 sudu tepung kastard nestle yogurt cara: layer 1 potong swiss roll dan susun dalam acuan.tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll.ketepikan. layer 2: 1 tin susu cair+1 tin air+7 sudu gula di masak atas api(sambil masak tu, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 gelas air). bila susu dah mendidih, kecilkan api, masukkan bancuhan tepung kastard..kacau hingga susu menjadi pekat. tuang atas layer 1. layer 3: buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2.ke...

Sagu Gula Merah

Imej
Sagu Gula Merah First time buat, maisya ikut cara yg biasa iaitu basuh sagu, tapiskan lepas tu masak dgn air sampai sagu kembang dan masak, kena kacau selalu dan ambil masa yg lama...tapi hasilnya tak cantik. Refer gambar yg pertama. Kemudian maisya terbaca tips yg ditulis oleh forumer s3Nor!t@ di forum.cari.com.my seperti yg tertulis di bawah ni. Setelah ikut tips ini, barulah sagu tu jadik cantik, dan caranya pun mudah dan cepat. Hasilnya seperti dlm gambar kedua. ...petua dr chef rohani jelani... 1. didihkan air lam periuk (air lebihkan sikit lagi elok), pastu masukkan sagu (jgn basuh...bukak packet terus jer masuk lam periuk tu)... 2. pastu, sambil tuang sagu sambil kacau supaya nanti sagu tak bergentel....biarkan mendidih atas api besar lebih kurang 10 minit. 3. pastu, padamkan api tudungkan periuk. Biarkan sagu duk lam periuk dalam 10-15 minit. 4. pastu, bukak tudung periuk....kacau2 tengok sagu tu, bila dah bertukar jadi jernih boleh lah tapiskan. 5. pastu, siram sagu dibawah a...

PUDING & AGAR-AGAR

Imej
Dadih Dadih ni senang je rupanya cara nak membuatnya...Maisya try guna agar-agar serbuk..first try jadik agak keras...jadik puding ler. Second try baru jadik lembut macam dadih. Formulanya senang jer...menurut eonis (forumer di board FNR cari.com yg kirimkan resepi ni), kalau kita selalu guna X ml air utk satu paket agar-agar utk buat agar-agar biasa, kalau nak buat dadih plak kita gunakan cuma 1/3 drpd satu paket agar-agar tu tapi gunakan sukatan air X ml tu. DADIH EONIS Bahan Air 3600 ml susu 530 gm (bancuh ngan air) gula 400 gm sedikit perisa jagung, rose. garam agar-agar 3/4(daripada 20gm) rendam air dulu Cara2 1. masak agar-agar dengan air......hingga hancur 2. tapis bancuhan susu tadi ke dlm periuk.. 3. tambah gula, garam, (esen vanila, jika mahu) 4. rasa dulu sedap ke tak... 5. ambik 1/3 , tapis masuk dlm bekas. 6. ambik 1/3 lagi buh dlm mangkuk then masukkan sirap rose... then tapis masuk dlm bekas 7. 1/3 lagi masukkan perasa jagung... then tapis masuk dlm bekas 8. biarkan ...