Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cakes

Orange Butter Cake

Imej
ORANGE MOIST BUTTER CAKE Bahan-bahan: 1 buku mentega (250g) 1 1/2  cawan gula(dikisar halus) 5 biji telur saiz A/B 2  1/2 cawan tepung naik sendiri Jus perahan sebiji oren + susu segar = 1/2 cawan Parutan kulit oren(2 biji) Cara-cara: Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170c. Pukul mentega dan gula sampai putih dan berkrim. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati kemudian masukkan parutan kulit oren. Masukkan tepung selang seli dgn cecair. Kaup balik guna spatula. Jangan kacau lama takut overmix, nanti kek tak menjadi moist malahan keras. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersesuaian yang telah dialas dengan baking paper. Bakar suhu 170 selama 45~50 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing dengan menggunakan api atas bawah. Terbalikkan kek atas redai kek dan biarkan sekejap kemudian terbalikkan semula kepada kedudukan asal.

Rainbow Cake

Imej
Setelah lama meninggalkan blog ini tanpa dikemaskini, Maisya kongsikan satu resepi yang telah Maisya cuba pada tahun lepas. Sangat berpuas hati dengan hasilnya walaupun mengambil masa yang lama ( 2 jam ) untuk membakar kesemua 6 lapisan satu persatu. Rainbow Cake taken from http://dairimama.blogspot.com/2011/07/rainbow-cake-by-dorie-greenspan.html Adapted from Dorie Greenspan Ingredients 2 1/4 cups cake flour 1 tablespoon baking powder 1/2 teaspoon salt (omit if u’re using salted butter) 1 1/4 cups  milk or buttermilk  4 large egg whites ¾ cup sugar  2 teaspoons grated lemon zest  125gm unsalted butter, softened  1/2 teaspoon pure lemon extract Gel or powder food coloring 2 tsp vanilla essence 1. Preheat the oven and put a rack in the middle or upper third of the oven. Butter two 5 inch pans and line with buttered parchment paper. 2. Sift together the flour, baking powder, and salt. In another bowl, whisk together the egg whites and...

Hokkaido Chiffon Cupcakes

Imej
Selalu tertarik dengan pelbagai juadah yang dipamerkan di blog MASAM MANIS . Kali ini mencuba resepi ini: HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/01/hokkaido-chiffon-cupcakes.html 4 biji kuning telur 30 gm gula caster 1 sudu kecil esen vanila 40 ml susu segar 40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh 55 gm tepung cake 20 gm tepung kastard 1 sudu kecil baking powder 4 biji putih telur 1/4 sudu kecil garam 80 gm gula caster Panaskan oven pada suhu 170 C Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras Atau boleh juga gunakan cawan muffin Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering Pukul putih telur dan garam hingga berbuih Tambahkan 80 gm gula sedi...

French Apple Cake

Imej
French Apple Cake One 9-inch (23 cm) cake http://www.davidlebovitz.com/2010/11/dorie-greenspan-french-apple-cake-recipe/ 3/4 cup (110g) flour 3/4 teaspoon baking powder pinch of salt 4 large apples (a mix of varieties) 2 large eggs, at room temperature 3/4 cup (150g) sugar 3 tablespoons dark rum 1/2 teaspoon vanilla extract 8 tablespoons (115g) butter, salted or unsalted, melted and cooled to room temperature 1. Preheat the oven to 350ºF (180ºC) and adjust the oven rack to the center of the oven. 2. Heavily butter an 8- or 9-inch (20-23cm) springform pan and place it on a baking sheet. 3. In a small bowl, whisk together the flour, baking powder, and salt. 4. Peel and core the apples, then dice them into 1-inch (3cm) pieces. 5. In a large bowl, beat the eggs until foamy then whisk in the sugar, then rum and vanilla. Whisk in half of the flour mixture, then gently stir in half of the melted butter 6. Stir in the remaining flour mixture, then the rest of th...

Kek Pisang Gebu

Imej
Resepi dari Jintan Manis dot Com. Kek yang Maisya buat hasilnya agak kering, mungkin sebab pisang yang digunakan belum masak ranum. Kalau tambah sedikit susu atau santan mungkin hasilnya berbeza. Kek Pisang Gebu http://www.jintanmanis.com/kek/207-kekpisanggebu 2 cwn tepung gandum 1 s/k baking powder 1 s/k soda bikarbonat 1 cawan gula 3 biji pisang- dilenyek 1/2 cawan minyak masak esen vanila 2 biji telur caranya 1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah. 2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung. 3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Kek Lapis Horlicks

Imej
Maisya cuma buat separuh adunan...ini versi orang nak-cepat-siap/malas...layer dia tebal dan tak sama...janji boleh makan. KEK LAPIS HORLICKS-KOKO http://rozzan.blogspot.com/2006/12/kek-lapis-horlicks-milo.html Bahan-Bahan: 10 biji telur 16 oz mentega 220 gm gula kaster (saya gunakan 200 gm) 240 gm tepung gandum 100gm horlicks 100gm serbuk koko 1 tin susu pekat (397gm) Cara: Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh serbuk koko. Bakar selapis-selapis hingga selesai. *layer pertama 150 C, api atas dan bawah, letak di rak tengah, 15 minit *layer kedua dan seterusnya 140 C, api atas sahaja, letak rak bawah, 10 minit *layer terakhir 150 C, api atas dan bawah, letak rak tengah, 10 ~ 15 minit

Kek Lumut

Imej
Maisya jumpa resepi ini di blog Azlita Aziz http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/01/kek-lumut.html . Resepi asal dari Dayang Jack. Maisya bakar kek ini menggunakan teknik baine marie selama sejam pada suhu 160 C , api atas dan bawah dan seterusnya tambah lagi 10 minit tanpa teknik baine marie pula menggunakan hanya api bawah. Bahagian atas kek ditutup dengan aluminum foil apabila dah nampak perang(lebih kurang pada minit ke 50 - 60 supaya tak hangus. KEK LUMUT Resepi oleh : http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-lumut.html Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ") 1 cawan tepung gandum ~ diayak 1 cawan horlicks 3/4 cawan gula halus 250 g mentega 4 biji telur A pewarna hijau secukupnya 4 sudu besar seri kaya 1/4 cawan susu pekat manis 1 sk esen vanilla Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (gu...

Kek Alunan Kasih

Imej
Akhirnya tertunai jugak hasrat nak buat kek ni. Sungguh tertarik dengan corak yg terhasil apabila melihat rakan-rakan food blogger yang lain membuatnya. Inilah hasil dari dapur Maisya pula. Maisya baru je buang pewarna merah & biru yg dah expired...hanya ada warna hijau dan kuning, maka jadilah kek hijau-kuning ni. Rasa kek ni pun sedap dan lembut. Kalau lihat gambar kek yg Maisya buat ni mungkin akan perasan bahagian tengah kek agak lembap...hu..hu...kat tengah tak berapa masak la plak, next time kena tambah sikit masa dalam 5-10 minit. Masa cucuk dgn lidi tu macam dah ok jer. KEK ALUNAN KASIH (Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi}) BAHANNYA 5 Biji Telur 1 1/2 cwn marjerin atau 250g butter 2 1/2 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder) 2 cwn gula halus (boleh kurangkan, Maisya guna 1 1/2 cwn je) 1 sudu kecil baking powder 1/2 cwn susu cair (Maisya guna susu segar) 1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna perasa lain juga) *Serbuk koko (secukupnya) *Pewarna (ikut ci...

Kek Hari Lahir

Imej
Dah lama tak post apa-apa di blog ni....mmm....gambar & resepi byk yg belum dimuatkan di sini. Blog ini hanya tempat untuk menghimpun resepi supaya mudah dirujuk kemudiannya, sebab selalu tulis dalam kertas lepas tu hilang entah ke mana...blog ini bukanlah catatan harian atau diari masakan, Maisya post entry tak ikut turutan tarikh...ada yg dah berbulan-bulan tersimpan dalam PC...so please bear that in mind... Kek span vanilla dengan lapisan buttercream serta jem strawberry(this one buat bulan 10 tahun lepas)...dihiasi dengan buttercream. Imej Strawberry Shortcake menggunakan teknik buttercream transfer. Kek Batik biskut marie ditambah di atasnya dengan imej My Melody menggunakan teknik buttercream transfer juga...sedikit ralat kerana terlupa nak buat mirror imej so hasilnya gambar dan tulisan jadik terbalik...he...he..dah malas nak repair sebab buttercream pun dah habis, perkakasan semua pun dah basuh, redha sajalah.

Rock Buns/Cakes

Imej
Rock buns..kononnya dalam kelas ERT(ekonomi rumah tangga) ada belajar buat ni, I don't know sebab masa sekolah dulu takde option utk ambik ERT dalam subjek Kemahiran Hidup( even though it was all-girls school tapi kami kena ambik pertukangan kayu...he..he..). Very easy to do. Rupa macam biskut tapi tekstur dia lembut...ada iras macam scones. ROCK CAKES http://www.hazyjane.com.au 2 cups self raising flour(I used plain flour + 2 teaspoons baking powder) 90g butter 1/3 cup caster sugar 1 cup mixed dried fruit(I used sultanas) 1 egg few tablespoons of milk(I used about 100ml of milk) cinnamon powder( I didn't put this) Sift self raising flour with a pinch of cinnamon into a large bowl, and rub in butter till the mix resembles breadcrumbs. Add caster sugar and mixed dried fruit. Stir in egg, and just enough milk to make a firm dough. Place tablespoonfuls on a greased baking tray, and bake in a moderate oven for about 10 mins or until slightly browned, they don't take long. This ...

Kek Kukus Coklat Chips Pisang

Imej
Sedap sangat kek ni, bila makan terasa coklat chips tu. Kek ni Maisya potong masa panas lagi sebab anak dah mintak nak makan so pecah-pecah sikit. Seeloknya tunggu sejuk dulu baru potong. Dalam resepi asal dia tak letak baling powder tapi Maisya pandai-pandai je tambah sendiri. Dalam resepi asal jugak dia masukkan pisang last sekali( bersama dengan coklat chips ) tapi Maisya masukkan awal-awal. Kek Kukus Chocolate Chips Pisang Recipe posted by cheezeyberrie at FNR Bahan-bahan: * 125g butter * 125g castor sugar * 2 biji telur * 150g tepung kek - diayak * 1 1/2 sudu teh baking powder -diayak * 25g cocoa powder - diayak * 2 sudu besar milk powder -diayak * 2 biji pisang - dilenyek * 50g chocolate chips 1) Pukul butter dan castor sugar sehingga kembang 2) Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pisang. Gaul rata. 3) Masukkan bahan yg telah diayak, kacau hingga sebati. 4) Masukkan choc chips, kacau hingga sebati 5) Masukkan bancuhan ke dalam acuan yg telah digris dengan butter dan tutup den...

Birthday Cakes

Imej
Kek yg Maisya buat utk anak-anak yg sambut birthday bulan 8 dan 9 lepas. Ini utk Aisyah. Keknya adalah kek nestum decoration guna buttercream ( steamed buttercream ). First time berjaya buat teknik buttercream transfer. Maisya refer pada video ni: http://www.youtube.com/watch?v=CV2DZDuv9XA Yang ni pulak utk Sarah. Keknya adalah kek span coklat yg dilapis dengan chocolate ganache. Decoration guna white chocolate ganache as topping dan piping gel( homemade ) untuk lukisan atasnya. Cuma outline gambar dan jugak tulisan tu guna chocolate ganache. Sebenarnya topping guna white chocolate ganache tu tak smooth , tu yang pi cover keseluruhan kek dengan piping gel tak de la nampak cacat celanya. Kek Span Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA http://resipinoraini.blogspot.com/2007/12/membuat-kek-span.html Bahan-bahan : 125 gm gula kastor 10 gm ovalette 4 biji telur 120 gm tepung kek 1 sudu teh serbuk penaik 40 gm air 60 gm mentega cair/minyak masak 1 sudu teh esen vanila Cara Membuatnya : 1. Satu...

Banana Caramel Poundcake

Imej
Mencuba resepi kek pisang yang lain sikit dari yang biasa. Satu adunan resepi ni dapat sikit sangat so pandai-pandailah double atau triple kan kuantitinya. Banana Caramel Poundcake resepi oleh Yani @ myresipi Bahan-Bahannya:- 120 g tepung gandum* 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) 90 g gula pasir 50 ml minyak jagung/masak 2 biji telur gred A 1 biji pisang embun/montel 30 g gula pasir + 1 camca besar air* 2 camca besar air*(*untuk karamel) Cara membuatnya:- Lenser acuan pouncake berukuran (7 x 5 x 20) cm dgn mentega/marjerin, alas dasar dan tepi acuan dengan kertas dan lenser juga kertas dengan mentega/marjerin. Panaskan juga oven pada suhu 175C. Pisang dipotong kecil. Ketepikan. Masak 30 g gula dengan 1 camca besar air hingga bertukar menjadi karamel. Tuang 2 camca besar air dan kacau rata. Masukkan pisang tadi, gaul rata dan biarkan sejuk. Masukkan telur, gula dan minyak ke dalam mangkuk tahan panas. Kacau hingga rata. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau cepat hingg...

Birthday Cakes

Imej
Tayang gambo kek yg dah basi ni....bulan 3 was my bday, lepas tu bulan 4 bday hubby dan jugak anak no 2, ni kek yg dibuat utk meraikan hari-hari tersebut. Sekarang ni sgt malas utk mendeko sebab ada si kecik ni yg suka mengekor masuk ke dapur , lepas tu bergayut kat kaki kita...hu..hu..memang la start buat masa dia tido tapi sebabkan org amatur macam kita ni nak deko sebijik kek pun berejam-jam so dari dia tido sampai dia terjaga pun tak siap-siap jugak! Lepas ni berehat sekejap dari buat bday cake ...bulan 8,9,10 nanti berderet plak bday anak-anak. 23/3/2010 --------------- So... for my bday cuma kek togel je. Guna resepi yg dapat sambutan hangat kat forum cari. The cake suppose to be moist tapi Maisya buat tak jadik moist le plak. Dari post mortem yg dibuat kemungkinan Maisya bakar lama sangat or sebab Maisya byk sgt kurangkan gula. Ada terbaca yg kuantiti gula juga memainkan peranan penting utk menentukan moist atau tidaknya sebuah kek tu. Ok nanti bila-bila akan dicuba lagi. Resepi...

Kek

Imej
Sama dgn resepi yg guna utk ni: Eggless Milo Cake . Sebelum ni buat guna milo kali ni ikut resepi betul-betul; guna serbuk koko. Eggless Chocolate Cake II oleh Ginger P di allrecipes. A: diayak 2 1/4 cawan tepung gandum 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1/4 sudu teh garam B 1 1/2 cawan gula 1/2 cawan serbuk koko C: mix well 1 1/2 sudu besar esen vanila 1/2 cawan minyak 1 1/2 cawan susu -Campur rata bahan A & B -Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati. -Bakar sehingga masak. ------------------------------------------------------------------- Swiss Roll resepi yg ni: Kek Gulung Batik . Buat separuh adunan yg plain dan separuh adunan dibuat perasa coklat (dibuang 2 sudu besar tepung dan ganti 2 sudu besar serbuk koko). Maisya bakar 3 kali...2/3 adunan plain tu dibakar dlm loyang utk shortbread tu. 2/3 adunan koko dibakar dalam dulang oven. Selebihnya adunan plain tu dicampur oren emulco sikit dan dimarblekan dgn lebihan adunan koko dan dibakar dalam dulang oven. Yang dibakar dlm lo...

Kek Yogurt

Imej
Salah satu resepi yg dah diperam bertahun-tahun...raya haji tahun ni baru ada peluang untuk mencuba. Sangat sedap! KEK YOGURT KAK PAH resepi sumbangan Tenko di forum cari Bhn-bhnnya: 6 biji telur (maisya guna saiz sederhana) 2 cwn gula halus (maisya kurangkan jadi 1 1/2 cawan je) 1 buku butter ( maisya guna buttercup) 2 1/2 cwn tepung naik sendiri(diayak) 3/4 cwn yogurt -sebrg perasa (maisya guna 2 tub yg kecil tu, perasa blueberry jenama Marigold- satu tub lebih kurang 140 ml) Hirisan badam (maisya tak letak) Secubit garam (maisya tak letak) Cara2nya: 1. Asingkan kuning telur dgn putih telur. 2. Pukul putih telur hingga betul2 kembang. Ketepikan. 3. Pukul butter dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lg. 4. Masukkan putih telur (yg tlh dipukul td), yogurt & tepung berselang-seli. Kacau & tambah garam. 5. Tuang dlm acuan. Taburkan hirisan badam dan bakar hingga masak, lbh kurang sejam atau lbh = 180 darjah C. (Ikut suhu dan masa yg sesuai dgn o...

Kek Milo

Imej
Gambar je dulu, dah lama buat ni...few months back kot?( abaikan tarikh pada gambar tu...lupa nak set semula tarikh lepas ganti bateri kamera)...tgh carik balik resepinya..tapi tak jumpa-jumpa...tak ingat letak kat mana.....tak ingat jugak copy resepi dari mana...uwaaa... Alhamdulillah, jumpa jugak resepinya...(sebab tu la buat blog ni in the first place, sebab selalu tak jumpa kertas resepi..hu..hu..) Resepi ni dah diubahsuai dari resepi Eggless Chocolate Cake II oleh Ginger P di allrecipes. Eggless Milo Cake A: diayak 2 1/4 cawan tepung gandum 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1/4 sudu teh garam B 1 1/2 cawan gula 1/2 cawan milo C: mix well 1 1/2 sudu besar esen vanila 1/2 cawan minyak 1 1/2 cawan susu -Campur rata bahan A & B -Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati. -Bakar sehingga masak.

7th Birthday

Imej
Last week bday anak sulung, Maisya buatkan doll cake utk dia. Bukan dia mintak pun...maknya yg teringin nak cuba buat :) . Keknya guna resepi Kek Coklat Kukus Bebop . Utk doll cake ni maisya kukus dalam bekas tau fu fah dan dadih( yg kecik ) so tak payah la nak trim kek yg besar, senang sikit. Lebihan adunan bubuh dlm loyang kek dan bakar dlm oven. Ini rupa kek yg dah dikukus dlm 2 bekas taufufah(dlm gambar ada 1 je) dan satu bekas dadih. Lepas tu tindan kek tu dan 'gamkan' guna coklat topping. Selalunya org guna kek span utk buat doll cake ni tapi since maisya guna kek coklat, dia berat dan tak berapa stabil bila dah ditindan. Kena extra careful supaya tak tergolek kek-kek tu. Trim kan sikit bagi nampak bentuk macam skirt. Kemudian salutkan dengan buttercream sikit...nipis je utk lekatkan cake crumbs. Simpan dlm petiais sekejap bagi keras, lepas tu barulah boleh decorate. Ni kek yg dah decorate bahagian skirtnya...badannya belum cantum lagi. Bahagian ropol-ropol tu tak menjadi...