Kek Pisang Gebu

Resepi dari Jintan Manis dot Com. Kek yang Maisya buat hasilnya agak kering, mungkin sebab pisang yang digunakan belum masak ranum. Kalau tambah sedikit susu atau santan mungkin hasilnya berbeza.




Kek Pisang Gebu
http://www.jintanmanis.com/kek/207-kekpisanggebu


2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang- dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur


caranya


1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.


2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.


3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.


4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Ulasan