Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2007

Chicken Chop

Imej
First time cuba buat. Niat dihati nak ikut resepi yg kat bawah ni tapi tak print resepi tu, masa buat just agak-agak je bahannya, bubuh apa yg teringat jer...ada jugak bahan yg terlupa letak..hu..hu..tapi oklah jugak. Nanti nak cuba ikut sepenuhnya resepi ni. CHICKEN CHOP -resepi dari cikgu suria, ambik kat teratak chetam ************** 4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk ½ cawan jus limau ½ cawan air bawang putih 1 sk serbuk lada hitam 2 sb kicap pekat 2 biji telur dipukul 1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa minyak untuk menggoreng hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad Cara-caranya : 1. Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam. 2. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit. 3. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas. 4. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad. 5. hidang bersama sos chicken chop. Sos lada hitam ac

Double-Quick Dinner Roll

Imej
Guna resepi Double-Quick Dinner Rolls dari Betty Crocker...dah banyak kali guna resepi ni. Resepi utk yg malas menguli, just kacau-kacau jer dengan senduk....maisya bubuh dalam loaf pan jer. Makan dengan kuah durian. Double-Quick Dinner Rolls http://www.bettycrocker.com/recipes/recipe.aspx?recipeId=34115 No need to knead! This magical recipe gives you piping-hot yeast rolls without the work (or mess) of having to knead the dough. Prep Time:10 min Start to Finish:1 hr 30 min Makes:1 dozen rolls 2 1/4 cups all-purpose or unbleached flour 2 tablespoons sugar 1 teaspoon salt 7g( 2 ¼ teaspoons ) dry yeast 1 cup very warm water (120°F to 130°F) 2 tablespoons shortening 1 egg 1. Mix 1 1/4 cups of the flour, the sugar, salt and yeast in large bowl. Add water, shortening and egg; beat with spoon until smooth. Stir in remaining flour until smooth. Scrape batter from side of bowl. Cover and let rise in warm place about 30 minutes or until double. 2. Grease 12 regular-size muffin cups. Stir down

Eggless Chocolate Cake

Imej
Satu resepi yg menarik utk dicuba, tak guna telur tapi still sedap dan moist. Cara buat pun simple. Maisya cuma tukarkan part 2 cawan air tu kepada 1 cawan air dan 1 cawan susu segar. Kek coklat simple tanpa telur umi_e@myresipi.com http://www.myresipi.com/top/detail/1008 Bahan-bahan ( 1 biji sederhana untuk 8-10 orang ) 3 cawan tepung gandum 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan gula (castor sugar) 2 sudu teh baking powder (Kesemua bahan ini bolehlah disatukan) 2 cawan air 2/3 cawan minyak masak 2 sudu makan cuka 1 sudu teh esen vanilla (Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan) Coklat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai) Cara-cara Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan) Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih) Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah se

Mocha Muffin

Imej
Sekarang ni dok seronok buat muffin le plak...sebab senang dan kenyang bila makan. Selalu maisya pilih resepi yg guna 1 bijik telur jer dan jugak yg guna vegetable oil. Kali ni buat Mocha Muffin plak...Maisya tak bubuh chocolate chips so tak berapa mengancam rasanya. Mocha Chocolate-Chip Muffins http://einphilly.blogspot.com/2007/02/mocha-chocolate-chip-muffins.html 1 3/4 cups all purpose flour 2 tsp baking powder 1/2 tsp baking soda 1/4 tsp salt 3/4 cup semi-sweet chocolate chips, and more for sprinkling on top 3 Tbsp good quality cocoa powder 3/4 cup sugar 3/4 cup milk 1/4 cup strong coffee, room temperature 1/3 cup, plus 2 Tbsp vegetable oil 1 egg 1 tsp vanilla extract Sift all dry ingredients together in a bowl. In a large measuring cup, mix all wet ingredients. Add the wet ingredients to the dry and stir ONLY till moistened. It's very important not to over-mix quick breads, such as muffins, or they can get very tough. Line a muffin tin with paper liners and fill with batter.

Kuah Pecal

Imej
Ini resepi kuah pecal dari my mom KUAH PECAL Kacang tanah( disangai dan ditumbuk ) Udang kering, basuh dan goreng hingga garing Belacan(optional, maisya selalu tak letak), digoreng sebentar Bawang merah( dihiris nipis ), digoreng hingga garing Cili kering( dipotong-potong anggaran 1 inci), basuh dan goreng sebentar Asam jawa Gula Garam 1.Kisar bawang, belacan, udang kering, cili kering (yg dah digoreng) hingga halus. 2.Campurkan bahan kisar dengan kacang tumbuk 3.Tambah air asam jawa, gula dan garam. 4.Gaul rata( tambah air masak jika perlu ).

Tauhu Telur

Imej
Jumpa resepi telur kukus ni di FNR TELUR KUKUS diatas nasik Recipe post by cikwawi at FNR yang ni resepi 2 in 1 2 bijik telur dipukul masukkan sedikit garam dan lada sulah masukkan sedikit bawang dan cili cincang masukkan dalam mangkuk dan kukus dalam periuk nasik yang tengah ditanak tu.. (untuk rice cooker yang ada steamer skali) lepas nasik masak, telur pun sure masak... taburkan dengan daun sup dan bawang goreng. (resepi dari serina chef wan) waktu penyediaan : 5 minit waktu memasak : sampai nasik masak.... Resepi yang agak menarik, so maisya pun cuba tapi dengan sedikit alternation. maisya buat plain jer, tak bubuh bwg dan cili. Lepas tu maisya tambah bancuhan tpg kastad sikit( nak bagi dia firm le kononnya). Walaupun rupa dia agak buruk...hu..hu..berlobang-lobang, berjerawat tapi oklah...rasa macam tauhu telur pun ada jugak. So lepas kukus dan dah disejukkan maisya potong-potong, lepas tu goreng plak bagi garing sikit. Masa tu ter' rajin' sikit so buat kuah sweet sour d

Daging Goreng Kunyit

Imej
Time nak cepat or malas nak malas bolehlah masak cam ni. Sempoi je...sedap pun sedap jugak tapi kekadang tu daging jadik keras & liat le plak...hu..hu... Daging Goreng Kunyit Daging dihiris Bawang besar dihiris kasar Kunyit Garam -Gaul daging dengan serbuk kunyit -Goreng daging dengan minyak yg sedikit sahaja...goreng hingga air yg keluar dari daging tu hampir kering. -Tambah lagi minyak sikit, tambah bawang , garam dan goreng hingga masak.

Daging Masak Merah

Imej
I ni resepi campak-campak jer...janji ada rasa. Daging Masak Merah Bawang putih- diketuk Bawang besar- dihiris kasar Cili kisar Sos Tomato Daun limau purut- koyakkan sikit Daging- dihiris Garam Air Tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air -tumis bawang putih hingga agak perang -tambah cili kisar, tumis hingga pecah minyak -masukkan daging, masak hingga daging empuk -tambahkan sos tomato, bawang besar dan air -tambah garam, daun limau purut -tambah air bancuhan tepung jagung, kacau rata dan tutup api.

Puding Roti (Kukus)

Imej
Satu lagik resepi campak-campak....the day before tu ada buat roti tapi tak berapa menjadik, agak keras so daripada membazir tak dimakan, buatlah puding roti ni....kalau nak resepi yg tepat boleh refer entry sebelum-sebelum ni, rasanya dah bubuh. Kali ni buat tak de sukatan langsung. -Potong-potong roti dan susun dalam loyang. Maisya bubuh carrot yg diparut pada setiap lapisan roti. -Ambik marjerin sikit, ada le dlm 2 sudu besar. Lepas tu pukul dengan gula( gula bubuh dlm beberapa sudu besar...tak ingat). -Dah agak gula tu hancur , masuk telur sebiji...pukul rata. -Tambah dalam 1/2 sudu besar tepung kastad/jagung. Pukul rata. -Lepas tu tambah susu( agak-agak sampai hampir tenggelam roti)...dah gaul rata, tuang ke dalam loyang yg berisi roti tadi. Kalau adunan susu tak cukup, tambah je susu lagi. -Tekan-tekan sikit roti tu nak bagi meresap semua aduanan. -Last sekali susun buah kurma( buang biji dan potong kecik). -Kukus dalam 15-20 minit

Acar Ikan Masin

Imej
Try buat acar ikan masin semalam....jadik ke ni? Tak pernah makan, tapi sedap cuma tak pedas sebab tak bubuh cili api tu....kalau bubuh cili api nanti hubby tak makan plak! Sukatan tu maisya tak ikut sebab malas nak berkira-kira, buat sikit jer...main campak jer bahan-bahannya sesedap rasa..he..he。Ikan pun tak tau ikan apa yg maisya guna…tak kenal, main ambik jer ..he…he..Maisya rendam dulu ikan masin tu dalam air biar hilang sikit masinnya tu. ACAR IKAN KERING sumber : sazylina ramly (RN) Bahan-bahan (agak2 ajelah bahan2nya kalau buat sikit) 1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian di goreng macam biasa RM 2 - cili padi RM 2 - bawang kecil RM 2 - bawang putih 2 gengam cili kering } 2 inci Halia } diblendkan 2 inci kunyit hidup } 4 biji bawang besar } Daun kari (4 tangkai diambil daunnya) RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunakan ketumbar biji, gorengkan dulu dan blend halus. Cuka Gula Cara Menyediakan 1. Tumis kan daun kari sehingga wangi. 2. Tumiskan ba

Muffin Durian

Imej
Haritu ada lebih buah durian, cuba buat muffin durian....tapi tak berapa menjadik la. Tak naik dan agak berat muffin tu. Tengok tuan punya resepi punya muffin cantik jer....tapi rasa still ok. Habis jugaklah kami anak-beranak makan masa panas-panas tu. MUFFIN DURIAN http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1242517 Bahan-bahan 1 3/4 cawan tepung gandum 2 s/k baking powder 1/2 cawan gula castor secubit garam 3/4 cawan isi durian -hancurkan 260 ml susu segar 1/4 cawan minyak jagung 1 biji telur - pukul sedikit Cara-cara Panaskan oven 160-170C. Satukan bahan-bahan kering dalam satu mangkuk. Satukan bahan-bahan basah dalam satu bekas. Kemudian masukkan durian dan kacau hingga rata dan durian sebati. Tuangkan ke dalam bahan2 kering tadi dan dikacau rata. Tuangkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan bakar selama 25 minit dengan suhu 170C (bergantung pd oven)

Kek Coklat Kukus Badariah

Imej
Yang ni buat minggu lepas kot...rasanya ni kali kedua buat kek ni. Tak ingat, dah banyak sangat cuba resepi kek coklat kukus...masa kukus tu rasanya kena lebihkan, sebab maisya kukus 1 jam tapi tengok-tengok still ada part yg lembik kat dalam tu walaupun atas kek tu dah merekah. Apasal ye kalau buat kek coklat kukus mesti jadik merekah, dah guna api slow dah. Kalau tutup dgn aluminum foil pun merekah gak....kalau buat apam tu payah plak nak merekah! Kek Coklat Kukus Badariah Sumber :Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet) Bahan-bahan:- 2 cwn tepung gandum 1 cwn serbuk koko 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat 2 biji telur (Gred A) 1 cwn gula pasir 1 cwn susu pekat manis 1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola) 1 cwn air panas Cara-cara: - ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko. - satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer ) - masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi - last sekali

Kuih Lapis Jagung-Koko

Imej
Lama tak buat kuih lapis...ada lebihan jagung krim selepas buat apam balik haritu so buat kuih lapis jagung-koko ni. Ni kali kedua buat. Warna tak berapa ceria la...lain kali kena tambah coloring skit kalau nak cantik. KUIH LAPIS JAGUNG 0leh Kak Liza (Buku Aneka Talam dan Kuih Lapis) Bahan-bahan A: 2 cawan tepung gandum 2 s/b tepung beras 2 s/b tepung kastad 3/4 cawan gula 4 cawan santan 1 s/k garam 1/2 cawan jagung ] 1/2 air ] mesinkan 1 s/b serbuk koko ] bancuhkan dan tapis 1/2 cawan air suam ] Cara: 1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan. 2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian. 3. Masukkan jagung dalam 1 bahagian adunan dan campuran koko dalam 1 adunan lagi. 4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan. 5. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit. 6. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit. 7. Lapiskan adunan koko dan jagung berselang seli sehingga adunan habis. 8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan. Kat bawah ni gambar m

Apam Balik

Imej
Dah lama betul tak update blog ni...kemalasan melanda...hu..hu.. Banyak kali dah buat apam balik, guna macam-macam resepi....kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak. Alhamdulillah kali ni jadik ok. Maisya guna blender jer...malas nak guna mixer. Kuali tu jgn disapu marjerin/butter terlalu banyak nanti kulit apam balik tu akan jadik bersopak! Tak cantik...kalau guna non stick pan tu tak yah sapu apa-apa dah. Tutup dengan penutup kuali supaya cepat masak bahagian atas tu. Apam Balik recipe by Ms Oreo@myresipi.com http://www.myresipi.com/top/detail/627 Bahan-bahan ( 4-5 orang ) 2 cawan tepung gandum ½ cawan gula 1 sudu teh soda bicarbonate 1 sudu teh baking powder Sedikit pewarna kuning 1 biji telur 1½ cawan air Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar Jagung krim Gula Marjerin/butter Cara-cara -Mesin gula bersama telur hingga kembang, -Masukkan soda, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. -Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP) -Oles

Roti Burger

Imej
Cantik plak roti burger yg maisya buat kali ni( sorry le puji diri sendiri..he..he..). Masiya guna resepi utk pau yg dah ditokok tambah sikit. Roti dibelah dan disapu sedikit marjerin/butter kemudian dilapiskan dgn daun salad, sos tomato dan jugak tuna-mayonis. ROTI BURGER 2 cawan tepung gandum 2 camca besar susu tepung 1 camca teh yis kering 1 sudu besar gula garam 1 camca besar marjerin/butter 1/2 cawan air suam 1 biji telur 1.Campurkan tepung, garam, susu tepung dan yis. Gaul rata. 2.Larutkan gula dlm air suam. 3.Campurkan telur dan air gula kepada campuran tepung tadi. Gaul rata hingga dapat dikepal jadi doh. Air yg diperlukan mungkin lebih atau kurang dari sukatan. 4.Campurkan marjerin/butter kepada adunan. Uli rata hingga lembut dan elastik lebih kurang 15 - 20 minit. 5.Rehatkan doh 15 minit. 6.Buangkan angin dan uli sebentar doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil(maisya bahagikan kepada 6). 7.Rehatkan doh 10 minit. 8.Bentukkan doh bulat-bulat dan leperkan sikit supaya can

Begedil Ikan Bilis ...again

Imej
Buat begedil ikan bilis lagi baru-baru ni...kali ni celup dlm tepung tenpura dan goreng. Resepi check kat sini---> Begedil Ikan Bilis

Carrot Muffin

Imej
Muffin ni maisya ubahsuai dari resepi Double Chocolate Muffin yg maisya try haritu. CARROT MUFFIN 9 oz + 5 tbsp flour 3 tsp baking powder 1 tsp bicarbonate of soda 1/2 tsp salt 1 cup shredded carrot 4 to 5 oz brown sugar 260 mls milk 90 mls vegetable oil 1 tsp vanilla essence 1 egg Muffin tray n paper cases Method : Preheat oven at 160C atau 325F. Sift flour, bicarb n baking powder into a bowl, add salt n carrot n sugar. Add milk, oil, vanilla n egg to dry ingredients. Mix, do not over beat or muffins will be heavy. Bake for 8-10 minutes for mini muffins or 12-15 minutes for large muffins. Will make 12 large muffins or about 40-50 mini muffins.