Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2007

Birthday Cake for Ameenah

Imej
Dah seminggu kita beraya. Hari Sabtu baru kami balik ke rumah, malam tu terus buat kek ni untuk birthday anak yg sulung. Guna kek coklat kukus resepi bebop( dah ada resepi ni di entry yg lalu). Nak senang so bubuh chocolate topping jer. Cuba guna teknik transfer utk lukisan mickey tu tapi tak berapa menjadik, outline guna melted chocolate tu pecah-pecah dan ada yg tak mau tanggal dari plastik. Kena trace semula dengan melted chocolate kat atas cake. Nampak dlm gambar ok tapi kalau tengok yg real tak ok langsung!...Lukisan tu tak smooth, berketul-ketul je chocolate tu....tak pe yg penting birthday girl suka ...he...he.. p/s: boleh refer page ini utk tengok apa itu teknik transfer yg maisya try buat tu http://zatidhati.fotopages.com/?entry=1242463

Aidilfitri 1428H

Imej
Selamat Hari Raya untuk semua. Minta maaf kalau ada salah dan silap. At last siap gak semua biskut raya utk tahun ni..buat yg simple-simple jer, semua jenis gentel-gentel dgn tangan jer...hu..hu...malas nak terap pakai acuan etc. Buat 5 jenis: Biskut Makmur ( first time buat ni...selalu buat biskut arab jer) Biskut Conflakes ( dengan jem strawberry ) Marble Shortbread ( guna acuan yg ada cutter tu, baru beli last week ) Jejari Oats Biskut Choc Chips

4th week of Ramadhan

Imej
Nie jer gambar yg ada....ada buat mee hailam tapi tak ambik gambar. ROTI KUKUS PANDAN 12 keping roti (lebih sikit pun ok) 1 biji telur 2 sudu besar marjerin 1/2 cawan gula (boleh kurangkan jika mahu) 3 - 4 cawan santan cair Air daun pandan / pandan paste 2 sudu besar tepung gandum/tepung jagung 1.Blender semua bhn tu(kecuali roti) 2.Ambil sekeping roti ,celup dlm adunan tadi , lipat dua roti tu dan atur kat dlm loyang..buat sampai habis roti... 3.Lebihan adunan tu campur dgn sikit tepung gandum or tpg jagung then tuang atas roti tadi dlm loyang tu. Biarkan sekejap supaya cecair meresap ke dalam roti. 4.Hias dgn kurma jika suka. 5.Panaskan pengukus lepas tu masukkan loyang tadi  dan kukus hingga masak, lebih kurang 30 minit  ***sukatan adalah anggaran sahaja Kuey Teow Goreng Basah Dadih Strawberry( guna susu strawberry )

3rd Week of Ramadhan

Imej
Minggu ketiga bulan puasa ni memang sangat kurang memasak sebab hubby demam, sakit tekak so tak leh makan yg sejuk-sejuk or pedas-pedas...jadiknya langsung tak de buat puding or agar-agar, just makan buah-buahan jer. Lepas tu banyak kali pulak ada moreh di surau so tak payah le nak masak. Nie je antara yg dimasak...selain dari gambar-gambar ni ada goreng karipap yg difrozenkan minggu lepas, ada buat pizza...mmm...itu je kot! Popia goreng....dlmnya inti carrot, timun, sengkuang, bawang dan telur yg dimasak sekejap. Guna puff pastry yg dibuat dan difrozenkan minggu lepas. Kali ni buat style croissant dan jugak buat chicken pie. Jus tembikai