4th week of Ramadhan

Nie jer gambar yg ada....ada buat mee hailam tapi tak ambik gambar.
ROTI KUKUS PANDAN
12 keping roti (lebih sikit pun ok)
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan gula (boleh kurangkan jika mahu)
3 - 4 cawan santan cair
Air daun pandan / pandan paste
2 sudu besar tepung gandum/tepung jagung

1.Blender semua bhn tu(kecuali roti)
2.Ambil sekeping roti ,celup dlm adunan tadi , lipat dua roti tu dan atur kat dlm loyang..buat sampai habis roti...
3.Lebihan adunan tu campur dgn sikit tepung gandum or tpg jagung then tuang atas roti tadi dlm loyang tu. Biarkan sekejap supaya cecair meresap ke dalam roti.
4.Hias dgn kurma jika suka.
5.Panaskan pengukus lepas tu masukkan loyang tadi  dan kukus hingga masak, lebih kurang 30 minit 

***sukatan adalah anggaran sahaja

Kuey Teow Goreng Basah Dadih Strawberry( guna susu strawberry )


Ulasan

Raha berkata…
Rajinnya cik mayzatt oii.