Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nasi

Nasi Biryani Ayam

Imej
Ini adalah cara yang agak mudah untuk menyediakan nasi biryani ayam. Resepi ini adalah berdasarkan resepi daripada Chef Vah Reh Vah. Boleh rujuk video ini di youtube  Nasi Biryani Ayam persediaan: 1. Cuci bersih dan kemudian rendamkan beras basmathi(kali ini maisya cuma guna beras biasa) di dalam air selama lebih kurang 30 minit. Toskan. 2. Sediakan bawang goreng( kuantitinya bergantung dengan kuantiti ayam dan beras yang digunakan ) Bahan perapan: Cili hijau, dihiris kasar Daun pudina dan d aun ketumbar, dihiris kasar Halia dan bawang putih , ditumbuk lumat Serbuk lada hitam Jintan hitam dan jintan putih Serbuk cili Serbuk kunyit Garam Serbuk jintan putih Serbuk ketumbar Bay leaf(daun salam) Mace(bunga pala) Kulit kayu manis Cengkih Buah pelaga(green cardamom) Black cardamom Bawang goreng Minyak  Yogurt *Boleh juga menggantikan kesemua rempah-ratus di atas dengan rempah biryani yang dijual di pasaran. Cara-cara: 1. Perap ayam dengan bahan...

Nasi Goreng Bawang Putih

Imej
Nasi Goreng Bawang Putih Bahan-bahan: Nasi  Bawang putih Udang kering Cili api Telur Lobak merah( atau apa-apa sayur lain ) Garam Cara-cara: -Gaulkan nasi yang sejuk dengan garam dan telur -Tumbuk bawang putih, udang kering dan cili api hingga lumat -Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing -Masukkan lobak merah -Masukkan nasi -Gaul hingga masak rata

Nasi Goreng

Imej
Ini adalah 3 jenis nasi goreng yang selalu Maisya buat. Nasi Goreng Kampung Nasi sejuk (digaul dengan garam) Bawang merah Ikan bilis Cili hidup(merah) Kacang panjang (hiris halus)/ sayur sawi pun boleh Tumbuk semua bahan kecuali kacang panjang( tak payah tumbuk sampai halus ). Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Tambahkan kacang panjang dan akhir sekali nasi. *kadang-kadang tak guna ikan bilis tapi guna isi ikan goreng yang tak habis semalamnya. *Boleh jugak tambah kicap dan sos tomato sikit. Nasi Goreng Mudah( erk! tak tau nak bagi nama apa ) Nasi sejuk (digaul dengan garam) Bawang merah dihiris Ikan bilis Cili kering dihiris lebih kurang 1 inci Kacang panjang (hiris halus) Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dan cili kering hingga agak garing, masukkan bawang. Tambahkan kacang panjang dan akhir sekali nasi. Boleh jugak kalau nak tambah kicap sikit. Nasi Goreng Telur Nasi sejuk digaul dengan marjerin dan garam Telur Panaskan sedikit minyak dan goreng telur sambil hancur-hancurka...

Pulut Kuning & Rendang

Imej
Buat pulut kuning ni tanpa ada apa-apa sebab....saja je sebab dah lama tak makan. Rendang ayam plak kali ni buat lain dari kebiasaan. Selalunya Maisya buat rendang just campak semua bahan dan biar dia masak sampai kering. Kali ni cuba resepi yg perlu tumis dulu bahan-bahannya. My rendang ni terlebih merah plak padahal bukan pedas pun....maybe sebab tak letak kerisik. PULUT KUNING http://hanieliza.fotopages.com/?entry=421568 Bahan 1 kg beras pulut [ dibasuhkan] 3 keping asam keping 3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan air secukupnya untuk merendam pulut. 1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat] garam gula (maisya tak letak) Cara: 1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya] 2. Toskan beras pulut dalam tapisan. 3. Panaskan kukusan. 4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang. 5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi p...

Kheer @ Rice Pudding

Imej
Dessert yg agak mengenyangkan...tak boleh makan byk sangat. Maisya buat agak pekat so makan macam pudding guna sudu. Tapi haritu ada orang Bangladesh buat, dia cair sikit macam bubur dan depa makan cecah dengan roti. Maisya tak letak rempah or kismis, just kosong je. Kalau letak kismis tu oklah tapi kalau yg ada rempah tu tak berapa suka. Sebenarnya boleh guna susu pekat untuk ganti susu & gula tu. Ada juga resepi yg buat guna beras tapi ambik masa lama nak masak dan kena kacau selalu. Leftover Rice Rice Pudding http://www.slashfood.com/2006/09/10/rice-pudding-with-leftover-rice/ 2 cups leftover cooked white rice 3 cups milk (any kind)* 1/2 cup sugar small pinch salt 1/2 cup raisins 1 teaspoon vanilla extract 1/2 teaspoon cinnamon, optional pinch nutmeg, optional Combine cooked rice, milk, sugar and salt in a medium saucepan. Bring to a boil, then lower the heat to a simmer and stir in the vanilla and raisins. Cook until just about all of the milk is absorbed (30-45 minutes, depen...

Nasi Daging

Imej
NASI DAGING http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1613811 Bahan-bahan: 3 pot beras 1/2 cwn tomato puree cair (maisya guna sos tomato) 1 cawan susu cair Bahan-bahan tumis : 1/2 biji bawang besar, dimayang 3 biji bawang putih, dimayang halus 1 inci halia, dihiris nipis 2 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis Cara-cara: 1. Basuh beras dan toskan. 2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya. 3. Masukkan beras dan kacau seketika. 4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut. 5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi. * Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur. Bahan-bahan utk stok daging : 500gm daging 2 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 1 sudu besar rempah kurma i camca teh ...

Bubur Lambuk

Imej
Antara menu wajib bulan puasa kan...kadang-kadang surau kat sini pun ada buat tapi kalau buat sendiri boleh la makan byk sikit. Kalau dulu mak selalu masak kanji (bubur nasi) ni kosong je...lepas tu makan dengan kerabu taugeh. Kali ni maisya makan dengan kerabu kacang botol BUBUR LAMBUK quinnie @ myresipi http://myresipi.com/top/detail/5478 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan) 1 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar minyak masak (minyak masak / minyak kelapa) 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga daging segenggam udang kering 2 helai daun pandan 1 sudu kecil halba 1 sudu kecil jintan kasar 1 biji bawang besar - hiris 3 biji bawang putih - hiris 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis 1 sudu kecil serbuk lada hitam 2 cawan santan pekat 6 biji bawang merah - buat bawang goreng daun sup dan daun bawang garam secukup rasa air secukupnya Cara-cara -panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang pu...

Moi

Imej
Sekarang dok tgh selsema lagi...anak-anak pon semua berhingus je semua...makan apa pun kurang best sebab hidung tersumbat, kurang deria rasa. Ternampak moi ni kat fp kak amal ...terus buat, tapi guna apa yg ada kat rumah je la...telur tu tak letak sebab tak suka sangat telur separuh masak. Lobak asin tak de so maisya goreng carrot yg dah dihiris nipis. best betul makan masa panas-panas...kalau ada sambal tu mesti lagi terangkat tapi sebab malas, tak buat...lagipun orang lain tak makan pedas. * moi = bubur nasi.... moi ni panggilan orang utara rasanya sebab before kawin maisya pun tak pernah dengar jugak...family maisya panggil bubur nasi ni kanji Moi Londo http://amal5041.fotopages.com/?entry=1620484 2 pot beras di cuci dan dimasak dgn 10 cwn air (Masak hingga menjadi bubur nasi... taruk 2 ketul halia yg diketuk utk ambil baunye ) Ikan bilis -digoreng Isi ayam direbus dan disiat-siat.. Telur separuh masak ( tak letak ) Dimakan bersama-sama: Minyak bwg putih dan halia (cincang 3 ulas ...

Nasi Kerabu Terengganu

Imej
Pertama kali buat nasi kerabu ni terus jadik suka tapi nak buatnya agak leceh sebab byk sgt bahan-bahan sampingannya. Setakat ni dah 2 kali buat tapi tak pernah buat dgn lengkap ..selalunya pilih yg mana rajin nak buat jer..tapi kalau combine yg dua-dua kali maisya buat ni kiranya dah complete le try semua resepi tu... nie masa first time buat, bubuh serbuk kunyit so warna jadik kuning la...masa ni just buat sambal kelapa, kuah tumis belacan, dan ikan celup tepung + ulam-ulam yg ni plak baru buat semalam, kali ni letak pewarna biru...kali ni rajin sikit buat solok lada( tapi guna capsicum ), kuah tumis belacan, ulam-ulam dan telur goreng(malas nak goreng ikan!) NASI KERABU TERENGGANU Resepi oleh Noormasri di FNR Nasi: 3 cawan beras biasa 4 cawan air 1 batang serai } diketuk 10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau sedikit pewarna biru Cara memasak: Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak. Cara menghid...

Pulut Kuning dan Rendang

Imej
Sempena habis puasa ganti, buat pulut kuning dan rendang...sebenarnya tekak terasa nak makan lemang dan rendang sebab tak puas makan masa hari raya haritu....mana taknya, masa pergi beraya asyik sibuk mengekor si kecik, Sarah je....baru pandai berjalan, jadi dia asyik ke sana sini, pegang itu ini....ishk...lepas tu asyik nak keluar dari rumah jer. Tak dapat le nak menikmati hidangan hari raya dengan tenang... Pulut kuning maisya cuma buat 1/2 kilo....tapi tak berapa jadiklah. Tak berapa lembut walaupun dah tambah lagi air....mungkin sebab maisya rendam cuma 2 jam sebelum kukus tu atau mungkin sebab maisya kukus letak pulut tu dalam loyang, tak letak directly atas kukusan tu. Rendang daging ni maisya guna resepi yg sama dengan rendang ayam(boleh check entry yg lalu) PULUT KUNING Recipe from kak liza; http://hanieliza.fotopages.com/?entry=421568 Bahan 1 kg beras pulut [ dibasuhkan] 3 keping asam keping 3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan air secukupnya untuk merendam pulut. 1 biji ...

Nasi Daging Biryani Mudah

Imej
Resepi ni maisya mintak kat kohai(junior) masa kat nagoya dulu, Suraya. Tq Su...dah banyak kali buat sebab senang. Kadang-kadang guna ayam, kadang-kadang guna daging. Tapi Su tak bagi sukatan bahan-bahannya so kenalah kita agak-agak sendiri ye. Nie Maisya copy & paste jer dari email yg Su bagi..boleh paham dak? he..he..he... dis is a recipe for nasik beriyani 1. tumih rempah wangi(kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) dalam minyak sapi hingga wangi 2. bila dah wangi, add bawang dan garlic and halia 3. bila dah layu, add rempah kari sedikit( bukan amount macam nak buat kari tu ) 4. bila dah garing, add daging dan ayaq 5. add tomato(4,5 bijik)(cubed), tomato puree, yoghurt, garam, gula 6. add onion(2,3 bijik)(cubed) 7. layer dengan nasik(yang dah dimasak) dan kismis ps: utk melembutkan daging tuh, better rebus daging selama lebih kughang 1 jam pss:di no 4, kalau nak add ayaq rebusan daging tuh, lebih baguih

Nasi

Imej
Nasi Minyak Hujan Panas Maisya guna beras biasa jer masak nasik minyak ni...menjadik jugak. Simple but delicious! Resepi ini adalah dari forumer NoorMasri dari board FNR forum.cari.com.my Hidangan utk 4-5 orang NASI MINYAK WARNA WARNI aka NASI MINYAK HUJAN PANAS Bahan-bahan: 3 cawan beras basmathi 3 1/2 cawan air } jika beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau bergantung kpd jenis beras yg digunakan 1/2 cawan susu cair 1 sudu besar minyak sapi } 2 sudu besar majerin } untuk menumis 2 sudu besar tomato puree atau sos tomato 1 sudu kecil garam 2 helai daun pandan } disimpul pewarna-hijau, kuning, merah Bahan tumis: 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 1 inci kulit kayu manis 1/2 inci halia } 3 ulas bawang merah } dimayang 1 ulas bawang putih } Bahan hiasan: Sedikit bawang goreng Sedikit gajus goreng Cara membuat: Beras dicuci kemudian ditoskan. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau/kekuningan. Masukkan beras ...