Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Mee Kuah

Imej
Mee kuah yang sempoi, sesuai waktu kurang rajin nak memasak. Mee Kuah Bawang merah Bawang putih Udang kering Cili kisar Sos Tomato Udang hidup Mee Sawi Telur Garam Kisar bawang merah, bawang putih dan udang kering. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak. Masukkan air dan sos tomato. Biarkan hingga mendidih. Masukkan udang hidup. Biarkan hingga udang masak. Tambahkan garam secukup rasa. Masukkan sawi yg dah dipotong-potong dan pecahkan telur ke dalam kuah. Biarkan hingga telur masak. Tutup api. Bolehlah dituang ke atas mee yg dah dicelur. Siap utk dimakan! * Sayur sawi dan telur tu tambah ke dalam kuah bila nak makan, tak de la nanti sayur tu layu je. * Boleh jugak kalau nak letak daging.

Nasi Goreng

Imej
Ini adalah 3 jenis nasi goreng yang selalu Maisya buat. Nasi Goreng Kampung Nasi sejuk (digaul dengan garam) Bawang merah Ikan bilis Cili hidup(merah) Kacang panjang (hiris halus)/ sayur sawi pun boleh Tumbuk semua bahan kecuali kacang panjang( tak payah tumbuk sampai halus ). Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Tambahkan kacang panjang dan akhir sekali nasi. *kadang-kadang tak guna ikan bilis tapi guna isi ikan goreng yang tak habis semalamnya. *Boleh jugak tambah kicap dan sos tomato sikit. Nasi Goreng Mudah( erk! tak tau nak bagi nama apa ) Nasi sejuk (digaul dengan garam) Bawang merah dihiris Ikan bilis Cili kering dihiris lebih kurang 1 inci Kacang panjang (hiris halus) Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dan cili kering hingga agak garing, masukkan bawang. Tambahkan kacang panjang dan akhir sekali nasi. Boleh jugak kalau nak tambah kicap sikit. Nasi Goreng Telur Nasi sejuk digaul dengan marjerin dan garam Telur Panaskan sedikit minyak dan goreng telur sambil hanc

Zutto Fuwa-fuwa Mushipan

Imej
He..he..tajuk kali ni dlm Japanese....resepi ni ambik dari cookpad.com, website resepi yg popular di Jepun. ** Zutto=sentiasa/always, Fuwa-fuwa=gebu/fluffy, Mushipan=apam(?) /steamed bread (cake) ** Secara ringkasnya bolehlah dikategorikan sebagai apam. Resepi ni memang mudah, bahan pun tak byk dan gerenti dpt hasil yg mekar/tersenyum lebar. Zutto Fuwa-fuwa Mushipan http://cookpad.com/recipe/747785 160 tepung kek(maisya selalu guna tepung gandum biasa je) 40g serbuk koko 2 sudu teh baking powder 100g gula halus 200 ml susu segar 4 sudu besar minyak 80g coklat chips 1.Panaskan kukusan. 2.Satukan gula, susu segar dan minyak. 2.Di dalam bekas lain, ayak dan gaul rata tepung, serbuk koko, serta baking powder. Campurkan kepada bahan dalam langkah 2. Kacau rata hingga smooth. 4.Tambahkan coklat chips dan gaul rata. 5.Alaskan acuan dengan papercups dan tuang adunan. 6.Kukus dengan api yang besar selama 10 minit Gambar bawah ni maisya guna milo ganti serbuk koko Yang ni plak tak letak

Cheesy Wedges

Imej
POTATO WEDGES http://zaliana.blogspot.com/2009/05/cheesy-wedges.html kentang (jenis kulit merah lebih gebu) air untuk merebus tepung berperisa(tepung goreng ayam tu) serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) minyak utk menggoreng Cara-cara Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping. Jerang air hingga mendidih. Masukkan kentang. Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan. Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....! Sos Keju http://amal5041.fotopages.com/?entry=1985098 200gm shredded cheddar cheese yg warna orange (maisya guna yg warna kuning je) 1 sudu besar butter 1 sudu besar

Daging Empal

Imej
Resepi ni dipost oleh seorang forumer di forum cari. Tengok gambar dia terus berkenan...untuk tengok gambar rupa sebenar lauk ni boleh klik kat link pada resepi bawah ni. Maisya punya gambar ni lain sikit rupa dengan yg asal..he..he..daging tu maisya ketuk sampai nipis dengan lesung je( senang anak-anak nak gigit..he.he..tapi still liat jugak..hu...hu..hu...lain kali kena rebus lama sikit dlm pressure cooker!). Gula melaka takde so letak je gula biasa, tu yg tak berapa gelap warnanya....dan daging tu sebenarnya dah perap dengan serbuk kunyit sebab asalnya nak buat resepi lain tapi teringat plak kat resepi ni. Sambal pun tak buat....Anyway, sangat sedap! Daging Empal dan Sambal Padang http://arena184.blogspot.com/2010/03/daging-empal-dan-sambal-padang.html Bahan-bahan:- 1kg daging 2 sudu besar ketumbar - tumbuk halus 1 cawan setengah air asam 5 ulas bawang putih - tumbuk halus 1/3 cawan gula melaka - tumbuk halus Garam secukup rasa Serbuk perasa daging/ayam Maggie( maisya tak leta

Bun Burger

Imej
Pada asasnya bun ni guna resepi donut Suria , cuma dah ubah sikit-sikit. Bun Burger 3 cawan tepung 3 sudu besar susu tepung 1 sudu besar gula garam 2 sudu teh yis kering 3 sudu besar minyak 1/2 - 3/4 cawan air suam(anggaran sahaja, mungkin perlu lebih atau kurang) water roux * Satukan tepung, susu tepung, gula , garam dan yis. Gaul rata. Tambahkan water roux, air dan minyak. Gaul rata dan uli hingga licin. Peram hingga naik 2 kali ganda. Tumbuk keluarkan angin dan bahagikan doh kepada 12 bahagian( atau bergantung pada besar mana kita nak buat bun kita tu ) Bulat-bulatkan setiap bahagian dan biar beberapa minit. Bentukkan jadi bulat leper( supaya bun tak naik bulat membumbung...kalau bun burger kan biasa leper je) Rehatkan hingga naik 2 kali ganda dan bakar. Maisya bakar guna api atas dan bawah, suhu 175 C, selama 15 minit. Bila keluarkan dari oven terus sapu permukaannya dengan butter/marjerin. Sejukkan di atas redai dengan ditutup dengan kain. *boleh juga sapukan kuning telur, da

Acar Buah

Imej
Kali kedua buat acar buah...sebelum ni guna resepi yg lain...this time is much better.. Oklah resultnya bagi yg tak berapa pandai masak ni kan...cuma macam kurang pedas sikit. Maisya buat sikit je beli asam buah sikit-sikit kat kedai, campur kurma, kismis, aprikot...tu je la yg ada. Maisya cuma guna 1 bwg besar(sederhana besar), 2 ulas bawang putih, 1cm halia, 1 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar serbuk kari ikan, 1/4 cawan cuka, 1/4 cawan air, 1/4 -1/2 cawan gula ACAR BUAH http://hanieliza.fotopages.com/?entry=895712 Bahan 500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil] sedikit cili api jeruk [jika suka] -maisya tak letak- belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut] -maisya tak letak- jeruk limau -maisya tak letak- Bahan Mesin Halus 500 gm bawang kecil 10 ulas bawang putih 10 cm halia 100 gm cili kering 3 s/b rempah kari ikan 500 gm minyak 500 gm gula pasir 1 botol kecil cuka 1/2 cawan bija

Apam Lenggang

Imej
Nie antara kuih yg selalu dibuat utk sarapan. Selalunya guna tepung gandum sepenuhnya tapi kali ni cuba guna separuh tepung gandum dan separuh tepung beras. Tapi...anak-anak tak berapa minat plak yg campur tepung beras ni. Selalunya diaorang laju je makan. So lepas ni kena guna tepung gandum je. Maisya belum pernah letak ke resepi Apam Lenggang ni ye? Rasanya macam pernah post...tapi cari tak jumpa plak. APAM LENGGANG resepi dari mak sedara Bahan A 2 cawan tepung gandum ( atau 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung beras ) 2 sudu teh yis kering 1/2 cawan gula ( boleh kurangkan jika mahu ) 1 1/2 cawan air Bahan B 1 telur 1/2 ~ 1 cawan santan Campur semua bahan A dalam bekas yg besar , gaul rata dengan senduk. Tambah telur (yg dah dipukul sedikit dengan garfu) dan tambah santan secukupnya sehingga dapat adunan cair( agak-agak supaya nanti boleh dilenggangkan dalam kuali ...kalau cair sgt pun tak boleh, pekat sangat pun tak sesuai ) Peram adunan sekurang-kurangnya 1/2 jam. Sap

Pulut Kuning & Rendang

Imej
Buat pulut kuning ni tanpa ada apa-apa sebab....saja je sebab dah lama tak makan. Rendang ayam plak kali ni buat lain dari kebiasaan. Selalunya Maisya buat rendang just campak semua bahan dan biar dia masak sampai kering. Kali ni cuba resepi yg perlu tumis dulu bahan-bahannya. My rendang ni terlebih merah plak padahal bukan pedas pun....maybe sebab tak letak kerisik. PULUT KUNING http://hanieliza.fotopages.com/?entry=421568 Bahan 1 kg beras pulut [ dibasuhkan] 3 keping asam keping 3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan air secukupnya untuk merendam pulut. 1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat] garam gula (maisya tak letak) Cara: 1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya] 2. Toskan beras pulut dalam tapisan. 3. Panaskan kukusan. 4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang. 5. Kukuskan sehingga naik wap dari