Bun Burger


Pada asasnya bun ni guna resepi donut Suria , cuma dah ubah sikit-sikit.


Bun Burger
3 cawan tepung
3 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
garam
2 sudu teh yis kering
3 sudu besar minyak
1/2 - 3/4 cawan air suam(anggaran sahaja, mungkin perlu lebih atau kurang)
water roux *

Satukan tepung, susu tepung, gula , garam dan yis. Gaul rata.
Tambahkan water roux, air dan minyak. Gaul rata dan uli hingga licin.
Peram hingga naik 2 kali ganda.
Tumbuk keluarkan angin dan bahagikan doh kepada 12 bahagian( atau bergantung pada besar mana kita nak buat bun kita tu )
Bulat-bulatkan setiap bahagian dan biar beberapa minit. Bentukkan jadi bulat leper( supaya bun tak naik bulat membumbung...kalau bun burger kan biasa leper je)
Rehatkan hingga naik 2 kali ganda dan bakar. Maisya bakar guna api atas dan bawah, suhu 175 C, selama 15 minit.
Bila keluarkan dari oven terus sapu permukaannya dengan butter/marjerin. Sejukkan di atas redai dengan ditutup dengan kain.
*boleh juga sapukan kuning telur, dan taburkan bijan sebelum dimasak.

*Water Roux
2 sudu besar tepung gandum
100ml air

Campurkan kedua-dua bahan dan kacau hingga sebati. Masak dengan api yg kecil sambil sentiasa dikacau hingga adunan sedikit pekat. Sejukkan sebelum digunakan.

Ulasan