Chicken Chop

First time cuba buat. Niat dihati nak ikut resepi yg kat bawah ni tapi tak print resepi tu, masa buat just agak-agak je bahannya, bubuh apa yg teringat jer...ada jugak bahan yg terlupa letak..hu..hu..tapi oklah jugak. Nanti nak cuba ikut sepenuhnya resepi ni.

CHICKEN CHOP
-resepi dari cikgu suria, ambik kat teratak chetam
**************

4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk
½ cawan jus limau
½ cawan air bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb kicap pekat
2 biji telur dipukul
1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa
minyak untuk menggoreng
hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad

Cara-caranya :
1. Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam.
2. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit.
3. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas.
4. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad.
5. hidang bersama sos chicken chop.

Sos lada hitam
acik_yarn dari myresipi.com

Bahan-bahan
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara
Cairkan butter dengan api kecil.
Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
Boleh dihidangkan semasa panas.

Ulasan