Puding Triffles


Photobucket - Video and Image Hosting

First time makan triffles masa my friend buatkan utk maisya sempena my 23rd birhday. Lepas tu makan yg my sis dan aunty buat. This is my first time buat sendiri. Maisya ikut resepi yg kat bawah ni tapi tak bubuh fruit cocktail & yogurt. Dlm gambar nampak cam ok tapi part kastard tu lembik sikitlah...itupun maisya dah tambah sukatan tepung kastad...Anyway, rasa dia memang sedap

Puding Triffles
recipe posted by ashra at FNR

1 biji kek swiss roll
1 tin fruit coktail
1 bungkus agar2 serbuk
1 tin susu cair+1 tin air+7 sudu gula pasir
4 sudu tepung kastard
nestle yogurt

cara:

layer 1
potong swiss roll dan susun dalam acuan.tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll.ketepikan.

layer 2:
1 tin susu cair+1 tin air+7 sudu gula di masak atas api(sambil masak tu, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 gelas air). bila susu dah mendidih, kecilkan api, masukkan bancuhan tepung kastard..kacau hingga susu menjadi pekat. tuang atas layer 1.

layer 3:
buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2.ketepikan sekejap.

layer 4:
masak air panas..sukat air berdasarkan arahan pada plastik agar2 tu..bancuh agar2 dengan air panas tu..pastu tu ke atas lapisan 3..

layer 5:
bila layer dah beku, sapukan nestle yogurt ke atasnya..kalau nak cantik laghi taburkan buah strawberry atau peach keatasnya...

Ulasan