Crystal Ball / Biskut Arab
Maisya dah selalu tolong mak buat biskut arab masa dulu-dulu bila menjelang raya. Tapi selalunya mak yang bancuh adunan. Maisya dan adik beradik yang lain hanya tolong bulat-bulatkan jer. Sekarang ni dah ada version baru biskut arab ni yang agak ceria sikit rupanya. Orang panggil Crystal Ball....hu...hu..hu..nama pun gempak jer tapi ianya cuma biskut arab yang dibubuh colour. Dah bertahun tak buat biskut arab ni so this time cuba bubuh colour plak!
Biskut Arab
source: mak
Bahan
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
Minyak sapi secukupnya
Cara
Gaul tepung dan gula kemudian tambahkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut. Bulat-bulatkan dan bakar. Gaul dgn gula kastor.
Biskut ni memang fragile semasa masih panas so berhati-hati masa nak angkat dari loyang...better tunggu sejuk sikit sebab lebih mudah untuk diangkat.
Kalau nak bubuh colour, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan tambahkan pewarna yang berlainan bagi setiap bahagian itu.Nie tips dari forumer chempaka_ku cara untuk bentukkannya:
"Ambil sedikit dari semua adunan dan gulung panjang satu-satu....macam logs. Temukan semuanya; shapekan supaya teratur cantik dan ambil sikit dari hujung dan bulatkan...boleh juga main cubit-cubit tapi maybe tak berapa teratur dan memakan masa sikit....better buat sikit-sikit logsnya supaya tidak kering... "
Bubuhlah dalam paper cups supaya nampak cantik dan bakar sehingga masak.
Ulasan