Royal Chocolate

Photobucket - Video and Image Hosting
Sesuai dengan namanya, biskut ni memang rich dengan rasa coklat. Mungkin akan terasa pahit sikit tapi bila dah makan, tak boleh nak stop...he..he..warna dia pun memang hitam macam biskut oreo tu. Kalau ikut sukatan seperti dalam resepi, adunan akan jadik agak lembik so pepandailah tambah tepung. Maisya rasa masa buat ni dah teroverbeat butter and sugar so adunan jadik a bit oily. Pukul cukup sekadar nak satukan butter dan gula, tak payah sampai macam nak buat kek tu. Maisya gunakan tepung gandum biasa sahaja.

Royal Chocolate
Kiriman: MMISS, board FNR forum.cari.com.my

Bahan:
300g butter ( or 250g butter + 50g marjerin )
170g gula halus
200g tepung kek
100g serbuk koko
2 kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Hirisan badam( optional )

Cara:
1.Putar butter dan gula hingga kembang
2.Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi
3.Masukkan tepung kek dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul sebati
4.Bentukkan ikut citarasa sendiri dan aturkan dalam loyang yang telah disapu marjerin. Jangan atur terlalu rapat.
5.Bakar selama 20- 30 minit.

#kalau suka boleh tambah hirisan badam dalam doh

Ulasan