BEEF RECIPES

Daging Masak Kandar
Photobucket - Video and Image Hosting
DAGING MASAK KANDAR
resepi sumbangan crv dari board FNR, forum.cari.com.my
Bahan:
1/2 kilo daging di potong besar sikit
2 biji ubi kentang
2 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
2-3 sudu rempah kari ikan
Sedikit cili kisar
Sedikit daun kari
2-3 asam keping
sedikit kicap pekat
sedikit air

Cara:
satukan bawang besar, bawang putih, cili kisar dan rempah kari ikan. kacau hingga sebati. Tumiskan bahan yg telah disatukan tadi bersama daun kari sehingga rempah garing dan naik bau. Masukkan daging dan sedikit air dan sedikit kicap untuk menghitamkan sikit kuah tu juga asam keping. Biar sehingga daging 1/2 empuk dan msaukkan ubi kentang. Masak sehingga ubi dan daging empuk.

note: Sedap lauk ni...mula-mula tu risau jugak sebab dlm resepi tulis rempah kari ikan, ingatkan tersilap taip ke apa. Tapi tawakkal saja ikut 100% seperti resepi tu. Alhamdulillah sedap, tak de plak rasa macam lauk kari biasa...Lauk ni sebenarnya digandingkan dengan Nasi Lemak India..tapi Maisya tak buat nasi lemak tu just try buat lauk ni sahaja. Anyway, ini resepi nasi lemak tu kalau sesiapa nak cuba.

NASI LEMAK INDIA
Bahan:
2 pot beras basmathi (yg kecik tu)
1 kotak santan
sukatan air selalunya agak2 je
2 helai daun pandan (disiat dan simpul)
bawang besar - dimayang
1 sudu kecil halba
minyak sapi sikit (utk menumis)
sedikit garam

Cara:
tumis bawang dan halba sehingga kekuningan. sambil tu cuci beras bersih2 dan masukkan beras yg telah dicuci ke dalam bahan tumisan tadi. Masukkan daun pandan dan garam sikit. Masak nasi lemak tu macam biasa.




Balinese Style Beef
Photobucket - Video and Image Hosting

Balinese-Style Beef/Lamb
resepi sumbangan platinum8 dari board Oversea, forum.cari.com.my

3 red thai chillies, seeded (cili serbuk pun boleh...2 tsp) - kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 tsp belacan
1 medium brown onion
2 cloves garlic
1 inch ginger
2 tbs desiccated coconut, toasted (boleh ganti dgn kerisek)
3 tbs peanut oil
1/2 kg beef/lamb fillets, sliced thinly
3 tbs palm sugar (gula melaka pun boleh)
3 tbs kicap manis (kalau tak de, just taruk dark soy sauce...but tambah another 1 tbs of palm sugar etc or to taste)
1 tsp salt (or to taste)
1 tbs lime juice

Method:
1. Blend or process chilli, paste, onion, garlic, ginger and coconut until mixture forms a paste.
2. Heat oil in wok or large frying pan, stir-fry the meat until browned all over. Remove from wok/pan.
3. Add chilli mixture to wok; stir-fry until fragrant.
4. Return meat to wok with combined remaining ingredients; stir-fry until heated through.

note: Maisya buat ikut resepi ni macam manis le plak( bagi tekak Maisya la )....gula tu rasanya perlu dikurangkan sebab dah guna kicap manis...cili pun kalau bubuh banyak sikit baru best.

Ulasan