Update Resepi

Laksam Terengganu
Photobucket - Video and Image Hosting

First time seumur hidup membuat dan makan laksam Terengganu ni( Maisya kurang arif skit pasal masakan orang pantai timur ni sebab tak pernah sampai lagik ke sana ). Tak tahulah menjadik ke idak laksam yg Maisya buat ni sebab me and hubby dua-dua tak pernah makan laksam....for me dah sedap dah.

Laksam (sumbangan Senorita, board FNR forum.cari.com.my)
Bahan-bahan
3 cawan level tepung beras
4 cawan air
1 sudu teh air kapur (ambik kapur sket pastu + air, kacau...pastu ambik air dia saja...jgn ambik kapur)
3 sudu besar level tepung ubi
1/4 sudu teh garam
Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus.
Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan terangkat menggelembung bila masak)
Angkat dan gulung kemas-kemas (spt gambar di atas). Buat begini hingga selesai semuanya.
Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah scukupnya.
Letakkan sedikit sambal belacan (cili ditumbuk dgn belacan dan sedikit garam)
Sedia dihidangkan.

Bahan untuk kuah:( sumbangan NoorMasri, board FNR forum.cari.com.my )
4 ekor ikan kembung/selayang
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kepala parut } diambil santannya
2 keping asam gelugur
1.5 cm halia
sedikit garam

Cara membuat kuah:
Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk bawang merah, lada hitam dan halia hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.

Bahan untuk ulam:
Daun kesum } dimayang halus
Kacang panjang } dimayang
Timun } dimayang
Daun selasih/kemangi } dimayang
Taugeh } buang ekor



Bingka Labu
Photobucket - Video and Image Hosting

Bingka Labu(resepi asal adalah KUIH BAKAR DURIAN BONDA DIANA, sumbangan Diana, board FNR forum.cari.com.my)
Untuk 7 keping

Bahan-bahannya:
1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2cawan - 2 cawan labu yg telah direbus dan dilecek

secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukup mentega SCS/ Golden Churn

Cara-caranya:
1. Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.
2. Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3. Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.

Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.

Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali.

Untuk Kuih Bakar Nangka: Gantikan isi durian dengan 1 ulas isi nangka (besar) atau 2 ulas isi nangka (kecil). Blender isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Cempedak: Gunakan 3 ulas isi cempedak dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.

Untuk Kuih Bakar Pisang: Gunakan 1 biji pisang emas dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Keledek: Gunakan 1 batang keledek oren (sederhana besar), kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk. Kemudian blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Sedia untuk dibakar.

Untuk Kuih Bakar Jagung: Campurkan 3/4 tin jagung krim kedalam adunan tepung. Jika anda mahu blender jagung tersebut pun boleh.

Untuk Kuih Bakar Durian: Gunakan 180g isi durian




Ayam Masak Kerisek
Photobucket - Video and Image Hosting
Ayam Masak Kerisek (resepi asal adalah Udang Masak Kerisek sumbangan MAKLANG, board FNR forum.cari.com.my)
ayam
bwg merah - ditumbuk
bwg putih - ditumbuk
halia -ditumbuk
kerisek
cili boh
kicap
air asam jawa

CARA:
-tumiskan bhn tumbuk hingga wangi, masukkan cili boh,kerisek. Masukkan udang, kicap dan air asam jawa. Tambah garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika..siap.


Ulasan