Kuih Lapis Serikaya


Minggu lepas buat kaya utk inti pau, ada lebih byk so pikir punya pikir camna nak habiskan kaya tu...try buat kuih lapis guna kaya ni. Selepas belek-belek segala resepi kuih lapis…try olah itu ini dan nielah hasilnya. Nasib baik menjadik!

Kuih Lapis Kaya

Bahagian A
1 cawan kaya
1/4 cawan air
¼ cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu teh garam

Gaul rata semua bahan dan tapiskan

Bahagian B
1 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning (warna lain pun ok)

Gaul rata semua bahan dan tapiskan.

Panaskan periuk kukus
Sapukan minyak pada loyang.
Tuangkan 3 senduk nasi bahagian A dan kukus selama 5 minit.
Tuangkan pula 3 senduk nasi bahagian B dan kukus selama 5 minit.
Ulang hingga semua adunan habis.Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Ulasan

umeboshi berkata…
sejak ninshin kali ni, kiter suka betul mkn yg manis2 gitu. (bahaya ni!!) aiseh, nampak kuih lapis ni pun...jadi tingin. kak maisya, nak sikit?!! ehek..
hanny berkata…
nak tanya chef maisya, kalau tepung ubi nak buat apa ek?..selain kuih kasui..cantik la kek lapis2 nih
Maisya berkata…
noora, akak plak kalau time pregnant asyik terliur je dengan masakan yg pedas-pedas, sambal tumis jadik favourite.

hanny, ada juga kuih lapis yg gunakan tepung ubi. Selain tu guna utk buat fishball, kuih lompang, kuih tiram...apa lagik ek? Haa...boleh jugak masukkan dlm adunan biskut utk dptkan biskut yg rangup...bubuh sikit je dalam 1 or 2 sudu besar(tapi kena kurangkan pula sukatan tepung gandum sebanyak itu juga)