Catatan

Chocolate Shortbread Cookies

Imej
Biskut ni dah banyak kali Maisya buat utk anak-anak makan sebab resepinya mudah. Resepi asal namanya Valentine Shortbread sebab diterap bentuk love. Tapi Maisya selalu just bulat-bulatkan( or bujur ) dan tekan dengan garfu jer...pemalas skit.. Boleh tengok resepi asal di sini --> http://www.jscottcooper.com/Projects/Recipes/Valentines2/ Chocolate Shortbread Cookies 1 cup butter, softened 1/2 cup sugar 1 teaspoon vanilla 2 cups all-purpose flour 1/4 cup cocoa mix butter and sugar, beat until fluffy and creamy. Add vanilla, mix well. Add flour and cocoa powder, mix well until become a dough. Roll the dough and cut using cookie cutter of your favourite shape.

Kek Labu Kukus

Imej
  Resepi ni diolah dari resepi KEK CARROT KUKUS k.liza( hanieliza ) yang terdapat di forum.cari.com.my KEK LABU KUKUS Bahan 1 cawan butter/marjerin 3/4 cawan gula halus 3 biji telur 1 s/k esen vanilla 1 sudu besar susu pekat 1 1/2 cawan labu , diparut    sedikit kurma, dicincang( boleh guna prune or kismis ) 2 cawan tepung gandum 1 s/k baking powder 1 sudu besar tepung kastad Cara. 1. Panaskan kukusan 2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu. 3. Masukkan susu pekat, kacau rata. 4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata. 5. Masukkan esen vanila dan kacau lagi. 6. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan tepung kastad. 7. Masukkan labu, dan kurma. 8. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas 9. Kukuskan dengan api sederhana selama lebih kurang 1 1/2 jam Tips: TEPUNG KASTAD Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk men...

Rendang Hitam

Imej
Rendang Hitam sumber : my mom Bahan: Daging Bawang merah -dikisar Bawang putih-dikisar Halia-dikisar Cili boh Kicap Air asam jawa Garam Minyak Cara: -Rebus daging( seketul besar...tak payah potong-potong) sehingga empuk -Toskan daging dan simpan air rebusan daging tadi -Hiris daging( tak perlu nipis sangat ) -Daging yg dah dihiris tadi ditumbuk sedikit dgn lesung one by one supaya dia jadi agak nipis dan melebar -Peram daging dengan kicap sekejap -panaskan minyak dan goreng sebentar daging tadi -Angkat dan ketepikan -Tumis bahan kisar dan cili boh...tambahkan air rebusan daging -Tambah air asam jawa dan garam -Masukkan daging bila dah pecah minyak dan kuah agak pekat -Masak sehingga kepekatan yg disukai...nak kering or basah..

5th Wedding Anniversary Cake

Imej

Popia Basah

Imej
Petang tadi dah berjaya buat popia basah guna resepi dewi. Mula-mula kulit tu tak berapa menjadi sebab dia tak lekat kat kuali( maisya guna kuali hitam yg biasa jer tapi yg jenis tebal punya ). Ada le dlm 3 or 4 keping yg first tu terpaksa dibuang...nak kata kuali tu berminyak dah cuci bersih-bersih dan lap kering-kering so maisya agak kuali tu terlalu panas. Maisya teringat yg ada forumer kat FNR cakap dia alihkan dari api masa nak buat kulit tu so try ler alihkan dari api dan biar kasi sejuk sikit...alhamdulillah lepas tu menjadik! Maisya guna tangan jer, tak de lah panas sangat. Popia Basah Recipe posted by Dewi at FNR Kulit Popiah Bahan: Tepung Gandum 1 kilo Air ( bancuh macam buat cucur tapi pekat sikit) Minyak masak ( 2 sudu besar) 1 biji telur ( optional tak der pun tak pe) Cara: -Bancuh tepung dan gaul sampai tak berketul2. dan biarkan sekurang2nya 1 jam. -Bila kuali dah cukup panas, tak payah panas giler api serderhana kecil, ambil segenggam tepung dan lalukan atas kuali membe...

Apom Coklat

Imej
Semalam buat Apom Coklat.....sebenarnya macam kek coklat jer rasanya... APOM COKLAT sumber:BicaraMuslim.com penyumbang:quratul ayuni 1. 4 biji telur 2. 3 cawan gula (nak kurang manis kurangkan sikit dianya kuantiti) 3. 3 cawan tepung gandum 4. 1 cawan minyak masak 5. 1 cawan serbuk koko 6. 1 tin susu cair 7. 2 sudu kecil esen vanilla 8. 1 sudu kecil bikarbonat Cara buat. ~~~~~~~ Pukul No.1 & No.2 = kalau boleh guna mixer (untuk hancurkan gula saja) Lepas tu masukkan bahan-bahan yg lain Kukus di dalam acuan kecil 10-15 minit Nie hasil yg maisya buat semalam....first batch kukus tu maisya lapik dgn papercup, jadik cantik jer kembang mekar...second batch tu sebab dah kehabisan papercup maisya terus tuang dlm acuan jer...tapi yg ni tak mekar le plak, atasnya membulat jer. So maisya potong-potong jer macam dlm gambar no2 tu. Sedap dan lembut jer...

Sagu Gula Merah

Imej
Sagu Gula Merah First time buat, maisya ikut cara yg biasa iaitu basuh sagu, tapiskan lepas tu masak dgn air sampai sagu kembang dan masak, kena kacau selalu dan ambil masa yg lama...tapi hasilnya tak cantik. Refer gambar yg pertama. Kemudian maisya terbaca tips yg ditulis oleh forumer s3Nor!t@ di forum.cari.com.my seperti yg tertulis di bawah ni. Setelah ikut tips ini, barulah sagu tu jadik cantik, dan caranya pun mudah dan cepat. Hasilnya seperti dlm gambar kedua. ...petua dr chef rohani jelani... 1. didihkan air lam periuk (air lebihkan sikit lagi elok), pastu masukkan sagu (jgn basuh...bukak packet terus jer masuk lam periuk tu)... 2. pastu, sambil tuang sagu sambil kacau supaya nanti sagu tak bergentel....biarkan mendidih atas api besar lebih kurang 10 minit. 3. pastu, padamkan api tudungkan periuk. Biarkan sagu duk lam periuk dalam 10-15 minit. 4. pastu, bukak tudung periuk....kacau2 tengok sagu tu, bila dah bertukar jadi jernih boleh lah tapiskan. 5. pastu, siram sagu dibawah a...