Catatan

Salam Aidilfitri

Imej
Tinggal beberapa hari je la nak raya...kat kedah ni esok dah start cuti tapi maisya 30hb nanti baru balik kg kat Kuala Kangsar. Dah lama tak update blog ni walaupun byk sebenarnya resepi yg nak dikongsi tapi malas le plak. Nak letak gambar biskut raya pun tak de sebab tak buat lagi so maisya letak kad raya utk tahun ni. Ni gambar Masjid Ubudiah kat Kuala Kangsar...ambik gambar ni masa raya tahun lepas masa singgah solat kat situ...cantik plak gambar tu so sesuai nak dijadikan kad raya. Nak ambil kesempatan mohon maaf kepada rakan-rakan blog dan juga fotopages yg selalu maisya singgah utk carigali resepi..he..he..halalkan resepi-resepi yg maisya copy & paste kat blog ni( tapi maisya selalu tulis dari mana sumber resepi tu ). Kita jumpa lagi lepas raya nanti ye! Sesiapa yg baca entry ni silalah angkut kad raya ni dan tampal kat blog/fotopages masing-masing( nak hantar sendiri tak boleh )

Kad Raya

Imej
Yeay dapat kad raya dari Zira...sekarang ni dapat kad raya digital je la eh....tak ingat dah bila kali terakhir dapat kad raya melalui pos...dulu masa sekolah rendah boleh dapat berpuluh-puluh kad raya! Tq Zira, nanti akak balas ye( tak buat lagi kad raya utk tahun ni ) Nie tambahan beberapa lagi kad raya yg maisya bawak balik dari rumah kawan-kawan dari rumah bal dari rumah kak jasmeen dari rumah kak tun dari rumah maklang dari rumah mamafami

Savoury Quickbread

Imej
Haritu ada tengok Chef Wan buat savoury muffin kat tv...tak salin le plak resepinya. Dia kata boleh nak letak dalam bekas muffin or just letak dalam loaf pan. Nie maisya modified dari resepi Basic Muffin Sue supaya jadik savoury muffin dan bakar dalam loaf pan. Sangat sesuai kalau buat untuk breakfast. SAVOURY QUICKBREAD Bahan A 2 cwn tpg gandum 3 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil garam 1 sudu besar gula * tpg gandum & baking powder tu ayak 3 x Bahan B 1 biji telur size besar 1 cwn susu segar 1/4 cwn minyak * bhn B ni satukan, just pukul dgn whisker untuk sebatikan Bahan C 1/2 labu bawang besar -dihiris 2 sosej - dihiris daun sup/daun bawang/kucai -dihiris garam minyak utk menumis serbuk lada hitam 1/2 lobak merah - dihiris halus Bahan D Sos tomato 1. Panaskan oven 175'C. 2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga sedikit layu. Tambahkan sosej dan lobak merah. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata. Masukkan daun sup/daun bawang/kucai, gaul rata dan...

Spread The Love

Imej
Received this from Shinky ( http://lifeoffaristeyfamily.blogspot.com/ ). Thank you so much...suka baca your blog.

Apam Tapai & Apam Marmar

Imej
Kat kg Maisya...famous gak apam yg letak dalam daun pisang macam ni tapi Maisya tak tau resepi dan nama sebenar apam tu...gebu dan putih melepak je apamnya. Yang ni apam tapai biasa je tapi saja alas loyang dengan daun pisang. Apam tapai selalunya guna eno tapi maisya malas nak ke kedai semata-mata nak beli eno so guna yis kering ...nasib baik jumpa resepi ni kat Fp kak Masriyah. APAM TAPAI BERAS resepi asal dari http://mariha.fotopages.com/?entry=1582325 Bahan A 1/2 cawan tepung beras ] ayakkan 1/2 cawan tepung gandum ] 1/2 cawan gula 1/2 s/kecil yis kering Bahan B 1/2 cawan tapai nasi 3/4 cawan air pewarna (jika suka) kelapa parut [muda] ] garam ] gaulkan Cara 1. Gaulkan bahan A sama rata. 2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A. 3. Bubuh pewarna jika mahu. 4. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam 5. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. 6. Sapukan minyak pada loyang/alaskan loyang dengan daun pisang dan tuangkan adunan. 7. Kukus selama 10 - 12 minit. 8. Bila telah...

Bubur Lambuk

Imej
Antara menu wajib bulan puasa kan...kadang-kadang surau kat sini pun ada buat tapi kalau buat sendiri boleh la makan byk sikit. Kalau dulu mak selalu masak kanji (bubur nasi) ni kosong je...lepas tu makan dengan kerabu taugeh. Kali ni maisya makan dengan kerabu kacang botol BUBUR LAMBUK quinnie @ myresipi http://myresipi.com/top/detail/5478 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan) 1 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar minyak masak (minyak masak / minyak kelapa) 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga daging segenggam udang kering 2 helai daun pandan 1 sudu kecil halba 1 sudu kecil jintan kasar 1 biji bawang besar - hiris 3 biji bawang putih - hiris 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis 1 sudu kecil serbuk lada hitam 2 cawan santan pekat 6 biji bawang merah - buat bawang goreng daun sup dan daun bawang garam secukup rasa air secukupnya Cara-cara -panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang pu...

Baked Bittersweet Mousse

Imej
Selalu takut nak cuba buat mousse sebab penggunaan telur yg mentah tu...ni terjumpa resepi baked mousse so try buat. Tak tau le sama ke tak antara mousse yg biasa dengan yg baked ni tapi memang sedap( bagi yg sukakan coklat la)...maisya tak de bekas ramekin so letak dlm cawan je. Baked Bittersweet Mousse http://www.insanitytheory.net/kitchenwench/2008/08/04/silky-soft-baked-bittersweet-mousse/ (from ‘Bittersweet‘ by Alice Medrich) Ingredients (makes approx 4 cups/6 serves) 170g bittersweet chocolate, finely chopped 1/4 cup milk (or water or coffee or 1/2 cup heavy cream) 3 large eggs, at room temperature 3 tbsp caster sugar Double cream, strawberries and pure icing sugar, to serve 1. Position rack in lower third of oven and preheat oven to 160 degrees C. 2. Place chocolate and milk in a heatproof bowl, then place over a pot of barely simmering water (make sure the bottom of the bowl doesn’t touch the water) and stir till the chocolate has almost completely melted, then remove the bowl ...