Sooji Ki Barfi

Try resepi ni sebab nak menghabiskan tepung suji yang tinggal sikit jer tu...sedap rasanya..lemak-lemak manis. Sesapa yg tak suka minyak sapi tu gunalah minyak masak sebab rasa dan bau minyak sapinya agak kuat....tapi maisya suka. Masa buat ni maisya tak bubuh badam dan kismis pun sebab tak de bahan tu kat rumah...maisya just bubuh kurma( dah dipotong kecik ).

Sooji Ki Barfi

2 cawan suji
1 tin susu pekat manis
1 1/2 cawan minyak sapi/minyak masak
4 cawan air
15-20 biji badam (dihiris)
2 sudu besar kismis
3-5 helai safran(direndam dlm 1 sudu besar air)
3-5 biji badam (dihiris) - utk ditabur diatas kuih

-Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Goreng badam dan kismis sehingga agak keperangan. Angkat dan ketepikan.
-Goreng pula suji menggunakan minyak yg sama sehingga warna agak keemasan. Tambahkan safran( bersama air rendamannya ) dan 4 cawan air. Kacau selalu. Kecilkan api dan terus kacau hingga semua air kering.
-Tambahkan susu pekat dan kacau lagi hingga keluar minyak. Masukkan badam dan juga kismis, gaul rata dan tutup api.
-Tuangkan adunan ke dalam loyang (yg telah disapu butter). Potong-potong kecil kepada bentuk segiempat atau diamond. Boleh hias setiap potongan dgn hirisan badam.

#Safron digunakan utk mendapatkan warna kuning jadi Maisya gantikan dgn pewarna kuning sahaja.

Ulasan